Jul 4, 2011

Berani bermimpi. Ayuhlah!

Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah. Segala puji hanya untukMu. 
Allahuakbar. Terasa begitu menusuk ke kalbu. Menusuk ke lapisan dermis yang paling akhir mungkin. Mungkin inilah kesannya bila seseorang itu menulis dari hati. Sesuatu yang lahir dari hati akan sampai ke hati. Tahniah kepada Ahmad Fuadi kerana sekali lagi berjaya menyorot aku masuk jauh ke dalam dimensi Ranah 3 Warna. Luar biasa rasanya. 






Ternyata mantera Man Shabara Zhafira berjaya meresap masuk hingga ke dasar hati lalu terus bertapak kukuh di sana. Moga ianya bukan sekadar menjadi hiasan taman hati tetapi langsung mampu diterjemahkan oleh diri. Aku baru sahaja menamatkan pembacaan novel Ranah 3 Warna yang sudah tertangguh buat sekian lama pada minggu lepas. Lalu di sini ingin sekali aku titipkan mutiara-mutiara yang aku jumpa sepanjang pengembaraan ke dimensi Ranah 3 Warna ini;


"Yang namanya dunia itu ada masa senang dan masa yang kurang senang. Pada saat kurang senanglah kalian perlu aktif. Aktif bersabar. Bersabar bukannya pasif, tetapi aktif bertahan, aktif menahan cubaan, aktif mencari jalan penyelesaian. Aktif menjadi yang terbaik. Akftif tidak menyerah kepada keadaan. Kalian punya pilihan supaya tidak menjadi mangsa. Sabar adalah dasar bukit terakhir sebelum sampai ke puncak yang dituju. Selepas ada di titik terbawah, ruang kosong hanyalah ke atas. Supaya menjadi lebih baik. Bersabar menjadi lebih baik. Tuhan sudah berjanji yang Dia berjalan dengan orang yang sabar," -Kiai Rais

..siapa yang bersabar dia akan beruntung. Jadi sabar itu bukan bererti pasrah, tetapi adalah sebuah kesedaran yang proaktif.

"Menginjakkan kaki di tarmac lapangan terbang Montreal ini menjadi sebuah sensasi yang membuat badanku seakan terbang melayang. Aku cubit lenganku kuat-kuat dan meringis sendiri. Ini bukan mimpi, tetapi awan impian yang menjadi nyata. Alhamdulillah. Pada awalnya hanya angan-angan di bawah menara masjid Pondok Madani. Kini lihatlah, anak kampung ini berjaya menjejak benua Amerika. Modalku hanya berani bermimpi, walaupun sejujurnya, dahulu aku tidak tahu cara menggapainya," - Alif Fikri

"Ketika semua kemungkinan sudah tidak ada lagi, rupanya Tuhan mendengar doaku. Jalan penyelesaian yang Engkau tunjukkan selalu datang pada masa dan dari tempat yang tidak disangka-sangka. Min haitsu la yahtasib. Betapa Tuhan suka memberikan kejutan. Membuatkan aku sering kaget," - Alif Fikri


"Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang" (Imam Shafie). Jangan menyerah. Menyerah bererti menunda masa senang pada masa  datang

...kita tidak boleh meremehkan orang lain, bahkan tidak boleh meremehkan impian kita sendiri, setinggi apa pun. Sungguh Tuhan itu Maha Mendengar.

"Anak-anakku, doa kita memang didengar Tuhan, tetapi Dia berhak mengabulkannya dalam pelbagai bentuk. Boleh jadi dalam bentuk yang kita minta, boleh jadi ditunda ataupun digantikan dengan yang lebih sesuai dengan diri kita," -Kiai Rais

..Iza shadaqal azmu wadaha sabil..
Apabila benar ada kemahuan, maka terbukalah jalan!


3 comments:

  1. nampak menarik novel tu..ada jual kat MPH x?

    ReplyDelete
  2. kalau dah baca sendiri nanti lagi terasa betapa menariknya novel tu =) tak silap ada rasanya kt MPH sebab skrg ni dah boleh didapati di mana2 bookstore. Trylah cari. InshaAllah nnati jumpa =)

    ReplyDelete
  3. Insya' Allah, kalo pegi MPH saya carik buku tu..thanks for the info :)

    ReplyDelete

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni