Tuhan,
aku mahu menyusun atur mozek-mozek kehidupanku dgn susunan terindah
aku mahu mengatur mozek-mozek yang berwarna-warni
dan dihiasi dengan pelbagai corak kehidupan
biar sedikit berbeda
biar sedikit berliku jalannya
kerana aku mahu dalam kamus hidupku
ada lakaran kenangan yang istimewa
ada sensasi kehidupan yang mungkin orang lain tak punya
kerana akhirnya aku percaya
aku akan tetap juga tiba ke destinasi yang sama
aku akan tetap juga menyusur masuk ke jalan yang sama
cuma bezanya
aku sedikit terlewat dalam aturan masa
kerana aku terlebih dahulu mahu menggapai awan-awan impian di pinggiran
yang aku rasakan
seandainya aku lepaskan
aku tak mungkin mampu memiliki ruang dan kesempatan
yang seumpama ini Tuhan..
juga kerana aku percaya apabila benar ada kemahuan
maka terbukalah jalan!
Hidup sekali hiduplah yang bermanfaat!
Tidak salahkan Tuhan...?
Tetapi walau apapun Tuhan
aku tetap percaya bahawa Kau juga punya plan
dan sesungguhnya perancanganMu adalah sebaik-baik perancangan!
Maka untuk itu aku telah mempersiapkan diri agar
sentiasa belajar untuk pasrah dan redha dengan segala ketentuanMu
kerana aku tahu Kau tahu apa yang kami tidak tahu =)
No comments:
Post a Comment