Kata Salsabila Fahim, ini cerita kecil,
cerita sederhana, tentang dia lari berteduh
di bangsal di puncak bukit
bersama Kamil dan Lam Ping Hai
ketika hujan mula gerimis.
Kata aku, ini perkara besar,
hal berteduh
sementara duga datang mencuba
bukan hal main-main.
Kata Teh Sofia, ya
kerja Tuhan siapa tahu?
Kata aku, Tuhan akan menunjukkan
kepada yang mencari. Ya, asal kau mahu
mencari, Dia menunjukkan.
Apa kata kau?
...bait-bait kata ini sengaja aku ulang-ulang dan senantiasa menjadi tarikan jiwa pada bila-bila masa. Buah tangan Faisal Tehrani ini ternyata punya sesuatu yang luar biasa. Ah Tunggu Teduh Dulu, kerja Tuhan siapa tahu kan?
Maka teruslah tersenyum. Biarlah mendung itu tetap di langit sahaja!
Senyum, tak perlu kata apa-apa =)
Sunset..just in front of my house |
lawanya sunset! memang tenang sungguh lah..
ReplyDeletekena yakin, setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. saya yakin tu!
canteknya jar sunset itu!
ReplyDeleteASaDa: arigato ne..
ReplyDeleteKhaulah: kekanda bila nk bertandang ke rumah? bolehlah tengok sunset =)