Jun 30, 2010

Aku masih ingat

Setiap kali bila baca belog Inchek Lutfi perasaan itu datang kembali..
kebetulan baru lepas chatting dengan Ziyad yg berada di Madinah 
Uishh lagilah timbul kejelesan teragiga terhadap mereka sekeluarga!
Mak Cha doakanlah saya sampai ke sana ye
erm dan bila terjumpa ni sewaktu di rumah ibunda tempoh hari
huaaa lagilah rasa nak pergi!
Sabarlah wahai diri. The day will come!

Aku masih ingat saat itu, 
kenangan perjalanan jauh terakhir bersama ayahanda.
Sekitar 20 Ogos 2001 hingga beberapa hari sebelum peristiwa Sept 11
dua minggu macam tu.


Aku masih ingat
sebaik sahaja kami menjejakkan kaki di bumi Makkah, belum pun sempat untuk masuk ke Masjidilharam untuk tawaf qudum serta menyelesaikan umrah yang pertama tiba-tiba pula ibunda uzur. Kami masih dalam ihram waktu itu. Kasihan ibunda terpaksa melepaskan aku pergi bersama dengan ayahanda dengan pandangan yang tidak rela. 


Kali pertama bertentang mata melihat tersergamnya sebuah bongkah hitam yang besar di tengah-tengah lautan manusia yang tak putus-putus mengelilinginya, kiblat yang selama ini disembah oleh umat seluruh alam
Allahuakbar.. tidak tergambar perasaan itu dengan kata-kata. Hanya air mata yang menitis satu per satu menzahirkan apa yang tersirat di jiwa. Terlalu bersyukur. Bahagia. Gembira yang tiada tandingannya.
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar!
Kaabah aku datang. Aku telah berada di rumah-Mu Ya Allah. Terima kasih Tuhan kerana menjemput kami sebagai tetamu-Mu Ya Aziz.

Dan untuk beberapa hari itu aku berulang-alik ke Masjidilharam hanya dengan ayahanda. Kami masuk ikut pintu Babul Umrah dan aku berpisah dengan ayahanda sebaik sahaja kami tiba di tangga pertama. Kami berjanji akan bertemu semula di situ selepas selesai bersolat semua. Hari ini tiada mutawwif dari pakej Tabung Haji yang turut serta seperti waktu mula-mula tiba. Kiranya kami pergi sendiri-sendiri. Ayah sudah berpesan supaya mencari Makcik Zarina iaitu keluarga dari KL yang turut berada dalam pakej yang sama.
Bayangkan dalam lautan manusia sebegitu bagaimana aku harus mencari mereka? Aku hanya ikut gerak hati berjalan ke ruang solat di tepi tangga sebelah kanan. Terasa kerdilnya aku di rumah Allah ini. Aku tak tahu nak cari mereka macam mana. Aku terus duduk dan terus mencapai Al-Quran serta membaca surah Yassin. Dalam hati terus berdoa agar dipertemukan dengan mereka. Dan biiznillah, seusai pembacaan dan sebaik sahaja aku mengangkat kepala terus mata terpandang ke satu arah di mana mereka berada. Allahuakbar! terus sahaja doa sampai. Bagaikan tiada hijab langsung berhubungan dengan Yang Maha Mendengar! Lantas tanpa membuang masa aku bergegas ke arah mereka. Itu salah satu kekuasaan yang Allah mahu tunjuk langsung kepadaku. Betapa aku sangat bersyukur Ya Allah!

Selalunya bila datang untuk bersolat Zohor kami akan terus stay dalam Masjidilharam sehinggalah masuk waktu Asar. Waktu ruang seperti itu akan dipenuhi dengan melakukan tawaf sunat dan sebagainya.
Aku suka bila setiap kali selepas menunaikan solat Asar dan sebelum naik ke hotel aku akan mengajak ayah singgah di kedai kebab syawarma yang best di tepi hotel. Pergh memang terangkat abih rr kebab dia! daging banyak, sos special pendek kata menjilat jari laa hehe.. aku belasah je cakap arab fushah suruh letak sos tu taknak ni huahua rojak sudaaa!
Aku sempat makan aiskrim 3 rasa yang sangat unik, jus buah yang memang pure buah. sangat puas hati! ops ops cerita pasal makan pulak hahaha...

Alhamdulillah sepanjang berada di bumi barakah ini aku dan ayahanda sempat mengerjakan umrah sebanyak 5 kali dan ibunda 2 kali. Antara pengalaman menarik yang berjaya dikutip di bumi barakah Makkah ini ialah duduk bertilawah Al-Quran bersama-sama ayah betul-betul di hadapan Kaabah di ruang orang tawaf (kerana masa tu lengang so ada la ruang untuk duduk lepak), berpeluang solat di kawasan Hijr Ismail, berwudhu' di telaga Zamzam, menunaikan solat Jumaat yang pertama kali dalam hidup bagiku, mengunjungi Tana'im, Masjid Hudaibiyah, Ja'ranah, minum susu unta!! Ya itu pengalaman yang cukup unik!  Best susu unta! nak macam susu lembu sket2 tapi lagi sedap. Yang sempoinya minum susu terus dari ladang kot hehe sebab pergi menziarahi ladang unta. Erm lagi pergi mengunjungi kilang membuat kiswah Kaabah, pasar tamar, kaki bukit Jabal Nur (tempat terletaknya Gua Hira'), Jabal Tsur, melawat 'Arafah dan itu je kot yang aku ingat haha..

Sesuatu tentang Hajarul Aswad. Setiap kali bertawaf aku akan memandang sepi ke arah tempat letaknya Hajarul Aswad iaitu di penjuru Kaabah yang ada garisan panjang di lantai masjid menandakan garisan permulaan untuk tawaf. Ayah tanya nak kucup Hajarul Aswad?nakk..dan ayah sampaikan hasrat itu kepada Ustaz. kata Ustaz kalau nak mudah sampai ke Hajarul Aswad pagi nanti datanglah solat sunat tahajud depan Kaabah, mohon Allah permudahkan. Alhamdulillah Allah mudahkan jalan. Ayah menolak aku ke hadapan.Ketika mengucupnya Subhanallah terbau suatu haruman yang sangat wangi dan belum pernah rasanya selama hayat ini terbau haruman wangi sebegitu. Dan ayah pun berkata begitu ketika mencium telapak tangannya kerana ayah hanya sempat menyapu tangannya sahaja ke dalam batu hitam itu. Dan kata ibunda keesokan harinya, malam itu sewaktu aku tidur wajahku kelihatan berseri-seri amat. Subhanallah aku mengakui keagungan dan kebesaran-Mu Ya Allah..

Erm nak dijadikan cerita sewaktu di airport Penang ditakdirkan kami terserempak dengan saudara kepada Tokcik iaitu keluarga Haji Harun dan Hajjah Zainab. Mereka ini memang tinggal di Mekah. Jadinya ayah sudah bertukar-tukar nombor telefon, alamat dan sebagainya tentang keberadaan kami di Mekah nanti. Suatu hari, Haji Harun datang menjemput kami sekeluarga untuk ke rumahnya.Makan-makan dan jalan-jalan sket. Waahh ini memang best! Sesuatu yang tiada dalam pakej Tabung Haji Travel & Tours hehehe.. Setelah berjalan kaki mendaki lorong-lorong kecil di celah-celah bukit batu kerana kereta ditinggalkan dibawah sana akhirnya kami tiba di rumah mereka. Satu menu yang buat aku tak boleh lupa ialah sup daging unta! Unik. Sedap jugak. Kemudian abang tu, tak ingat nama dia, anak kepada Haji Harun dan Hajjah Zainab bawa kami ronda-ronda ke pasar itu ini dan kedai-kedai di tepi jalan. Seronok jalan macam ni sebab ada guide orang tempatan. Jadi susah la sket nak kena tipu dengan penjual atau pemandu teksi yang boleh menge'pau' anda sesuka hati utk harga tambang teksi.

Terlupa. Kami mengunjungi Madinah al-Munawarah terlebih dahulu sebelum berangkat ke tanah haram. Mula niat ihram di Bir Ali sebelum meneruskan perjalanan ke bumi barakah Makkah. Antara pengalaman yang berjaya dikutip sepanjang di Madinah ialah melawat makam Rasulullah, bersolat di Raudhah, mengunjungi Jabal Uhud (makam Saidina Hamzah), Masjid Quba', Masjid Qiblatain, pesisir pantai Laut Merah (sewaktu dalam perjalanan dari Jeddah ke Madinah atau Mekah ke Jeddah tak silap) dan itu sahaja yang terlintas di fikiran heee...Aku masih ingat satu pesanan dari Kak Sya,senior di Irshad dulu yang sudah pernah sampai ke sini. Katanya nanti kalau di Masjid Nabawi, nak cari kawasan Raudhah tengok karpet dia warna putih sebab kawasan dalam Masjid Nabawi karpet dia warna merah. Ya ternyata benar sekali bila aku tiba di sini tapi tak tahulah bagaimana keadaan sekarang samada masih sama atau tidak. Erm di sini kami menginap di Hotel Al-Zuhdi. Suatu perkara yang unik ialah bila juadah tengah hari  atau malam kami kalau bukan tomyam mesti ikan kering siap ada sambal belacan lagi tu dan etc haha.. Ingatkan bila dah kat sini susah la nak jumpa lauk pauk sebegitu tapi aku silap rupanya..

Sebenarnya sebelum berangkat ke tanah suci aku ada 3 hajat yang kalau boleh ingin ditunaikan iaitu: 1-berborak dengan orang arab, 2- mengucup Hajarul Aswad, 3-solat di kawasan Raudhah di Masjid Nabawi.
Alhamdulillah ketiga-tiga hajat itu terlaksana. Terima kasih Ya Allah!

Erm kata ibu ini hasrat ayah untuk datang ke sini setelah aku beransur sembuh. Seakan-akan ayah bernazar sebegitu. Dan Alhamdulillah Allah telah makbulkan hasrat hati ayah.

Semoga kami  dijemput lagi sebagai tetamu Baitullah satu hari nanti! ameeen

2 comments:

  1. Alhamdulillah..
    Doa kt km sama, nk jg jd tetamu Allah :)

    ReplyDelete
  2. yeah mari sama-sama kita berdoa! moga diperkenankan insyaAllah

    ReplyDelete

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni