Jun 30, 2010

Menuju Puncak 2

Pagi itu semua bermujahadah untuk bangun awal
'Jaq bangun jaq. dah dekat pukul 4 ni'
ku gagahkan diri jua utk bangun demi misi yang satu ini! Dan selepas qiam langkah diatur pantas. Weh kalau pak guard tanya nak jawab apa ni? Balik kg?! Pergi ekspedisi Adventure Club?ah pepandai la goreng nanti..
Tengok dulu sapa jadi guard hari ni, lepas tu baru boleh fikir nak jujur ke goreng apa ka.
Masalah sket la kalau dpt pak guard baru + tak ngam..
(note: gate mula dibuka pada pukul 6pagi)



Dan kepala otak pun mula tak boleh nak duduk diam berfikir helah itu dan ini
bila tiba di main entrance..
Yuwi pun keluar utk ke pondok pak guard..Kami yg dalam kereta debar tahap taktau nak cakap dah ni!
dan sekali..dengar suara yg macam sangat dikenali
Pak Matt!!!!
ahh bereh la kalau ada Pak Mat
terus semua semangat buka mulut
Alhamdulillah syukur ya Allah! urusan dipermudahkan. terima kasih Tuhan!


Jalan gelap gelita
kelapa sawit kiri kanan
kereta ada sebiji dua tiga je sekali sekala
cuak doh!
tapi tawakal sudahh..
PCL dipecut laju 
go go go PCL!
(*ada cerita sensasi di sini hehe sila lihat di bawah jika berjaya menghabiskan pembacaan)
Dan akhirnya Alhamdulillah selamat tiba di pekan Sungai Lembing. Lantas PCL terus dipacu ke arah kaki bukit Bukit Panorama. Waktu itu jam lebih kurang hampir pukul 5.30am.
Gulap gulita kawan-kawan oii!
Mujur persediaan awal telah dibuat. Malam tu lagi dah sibuk kalut cari torchlight. Asalnya ada dua tapi aiseh jumpa satu ja. Ntah pergi menyorok mana la yg lagi satu.
Selepas melafazkan doa secara berjemaah kami berEnam bergerak;
>Cik Kem-Afisha-Yuwi-KakRif-Unney-akus>


Langkah diatur mendaki satu persatu anak tangga yang telah terbentang. Jom hiking!
Bila dah jalan satu pertiga,mak aii apesal satah condong je bukit ni. Bagi la ada kawasan landai sikit. Kepenatan sudah mula dirasai sedikit demi sedikit.
Silap kami juga sebab boleh pulak tak ingat nak streching ngan warming up sket tadi, hailaa konon gaya pro laa nak hiking ni huahua..
Dan perjalanan juga menjadi kurang lancar kerana hanya ada satu torchlight untuk Yuwi handle di bahagian hadapan. Kalau ada lagi satu torchlight untuk aku dan Kak Rif suluh dari belakang sedap la sket. Erm tidak mengapalah.
Sampai di pertengahan jalan..
Unney sudah menyatakan bahawa dia tak larat dah ni. Ok2 kita rehat kejap.
Yuwi pula selaku ketua kumpulan pada saat itu tidak putus-putus melaungkan kata-kata semangat agar semua tetap tabah untuk sampai ke puncak.


Kemudian kami teruskan perjalanan dan terus berhenti beberapa kali kerana Unney sudah kelihatan tidak berdaya. Dan tidak disangka-sangka bila sudah hampir dua pertiga perjalanan..
Unney muntah!
Aaaa sudahh..Masa tu dalam hati,Ya Allah silap2 sampai setakat ni je. Takpun ada yang kena berkorban turun bawah hantar Unney.Unney kelihatan sangat tidak berdaya.Ya Allah terasa bersalah pula..
Yuwi seperti biasa terus memberi kata-kata semangat
'tak jauh dah ni Unney, dekat dah. lagi sikit je nak sampai ni'
Kami rehat untuk seketika dan tiba-tiba Yuwi berbisik
'Jar, sebenarnya jauh lagi ni'
erk..baiklahh!
Setelah Unney macam dah ok sket dan dia kata boleh teruskan perjalanan kami berasa sedikit lega.
Semua diam sewaktu berjalan. Fokus berzikir mengingat Tuhan. Cuma hanya sesekali kedengaran suara Yuwi 'dekat dah ni.nak sampai dah ni'
haha ayat tu cukup sempoi!
Bagus betul cara psycho kamu Yuwi
Bila dah terasa semakin jauh berjalan tiba-tiba terdengar sayup-sayup suara orang berbual rancak. Eh ini maknanya kita sudah menghampiri puncak ni!!
Ganbatte kawan2
bertabahhhhh!! sikit je lagii
dan Alhamdulillah tatkala menjejakkan kaki di puncak, Subhanallah! 
terasa sangatlah bahagia dan gumbira! teragiga punya bahagia!
Huuu rupanya dah ramai manusiaaaaa!! Ingatkan kami yg terawal tadi haha baru bajet nak buat gaya juara keskeskes..tapi kelihatan semuanya bermata sepet. Em kami kumpulan Melayu Muslim pertama. Waktu itu jam sudah 6suku begitu kalau tak salah.
Ayuh kita solat Subuh segera!
Yang sudah siap sedia berwudhu' bersiap2 untuk bersolat dan yang wudhu'nya sudah tiada segera mengambil kembali dengan air mineral yg dibawa.
Ya Allah terasa sangat damai tunduk sujud kepadaMU secara berjemaah di atas puncak ini. Dah la pagi tu pagi Jumaat. Syahdunya! Solat kami diimami Kak Rif. Dan bila selesai solat pantas kami cari port yg sesuai utk bertapak mengambil gambar
hehe gigih gila usung tripod naik ke atas ni wakaka
Thanks to Yuwi!
Tapi yang paling buat aku konfius dan rasa nak ketuk-ketuk kepala...hmmm
yang muntah tadi tulah yang paling sakan bergambar!
huahua hang ni lawak la Unney..
Seronok sangat taktau nak cakap
hehe paling best siap bawak handmade sandwich lagi utk breakfast yeay!


Tapi sebenarnya...
Disebalik kegembiraan sementara yang dikecapi ini
kami perlu membayar dengan suatu harga
jeng jeng jeng..
flashback~ (*)


dalam perjalanan gelap gelita malam kelam ke sana...aiseh depan sana lembu melintas pulak. slow down...rilek rilek..cool cool..Wahai lembu janganlah tetiba buat gaya bebas nak lintas jalan sesuka hati pulak. Takde kereta depan belakang nih huuu..dan tiba-tiba..
weh!!
dengar tak apa yg aku dengar?
apa?
aku rasa macam terlanggar sesuatu tadi
ha'ah la saya pun macam terdengar, sahut seorang
sunyi sepi. semua diam.
weh bau tak??
dan ramai-ramai menyahut, ha'ah laaa bauu!!
aaaa cepat bukak tingkap!
gasping for air
gasping for air
Ya Allah tolong!
waaa sekali terlanggar 'periuk api' daaa
uwekkk macam nak termuntah pun ada rasa
haha terlangggar tahi lembu laaa..baik punya parking kt tengah jalan haiilaa lembu, lembu.. memang dasar lembu sungguh!
hehe itulah harga yang perlu kami bayar untuk menikmati pemandangan indah di Bukit Panorama
sunrise punya pasal tak kesah laa labu
balik nanti cuci lah~


the end.. =D

2 comments:

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni