Salam'alayk
Hari ini seharian aku di luar kerana menyelesaikan urusan ibu dan tok di sebelah pulau..
em tiba-tiba seawal pagi itu sewaktu sedang memandu, ku lihat sudah ada 2 misscalled drpd Cikgu Shimah
ahhh sudah..apekehal la pulak..ak dah bgtau ckg tak jadi nk pegi Irshad hri ni
em bila dah selesai beberapa urusan barulah aku berpeluang utk menghubungi Cikgu Shimah semula
'ha cikgu, pasaipa?'
'ni ada kisah tragis nak cerita kt awak nii...'
Pagi itu pagi Jumaat seperti biasa, sekitar pukul 7pagi si ayah kepada seorang pelajar lelaki tingkatan 1 menjalankan rutin hariannya menghantar si anak ke sekolah.
Hendak dijadikan cerita, pagi itu si ibu serta kakaknya turut serta di dalam Toyota Avanza utk menghantar beliau ke sekolah.
Nak dijadikan cerita lagi, si kakak itu ialah Wan Syazzawani Wan Omar, junior setahun drpd aku yg kini menuntut di Belfast, Ireland.balik bercuti musim panas..
Em memasuki perkarangan IRSHAD, berhampiran kawasan tapak perhimpunan harian si ayah memberi isyarat utk belok ke kiri menuju ke loading area.
dan....
belum sempat kereta sampai ke simpang masuk loading area, tidak semena-semena tiba-tiba si ayah terkena serangan jantung! dan si ayah terus tidak sedarkan diri..
waktu itu kereta sudah terhenti dgn keadaan sebahagian tayar di bahagian kiri sudah memasuki longkang.
keadaan jadi kalut!
Pelajar-pelajar IRSHAD bergegas turun mahu mengetahui apa yg terjadi.
Tubuh si ayah dikeluarkan daripada perut Avanza dan dibaringkan di atas tilam lompat tinggi yg diletakkan di bawah bumbung tempat parking guru-guru.
Ambulan tiba, diikuti polis selepas itu.
Saat doktor mengesahkan bahawa pakcik Wan Omar telah tiada, suasana hiba mula menyelubungi.
Innalillahi wainnahilaihi raji'uun..
Bacaan Yassin yg sememangnya sedang berkumandang pada waktu itu kerana itu rutin di IRSHAD pada setiap pagi Jumaat, menambah suasana syahdu dan pilu. Si adik menangis semahu-mahunya, begitu juga ahli keluarga,para waris dan juga para guru serta warga IRSHAD yg menyaksikan detik tragis itu..
Warga IRSHAD terus membentangkan tikar dan mengalunkan bacaan Yassin serta tahlil beramai-ramai sebagai tanda penghormatan terakhir utk Allahyarham..
Bulu roma meremang tatkala Cikgu Shimah habis bercerita..
Allah..Allah.. Sesungguhnya tiada keraguan terhadap kuasa Dzat Yg Maha Esa, Jadilah, Maka Jadilah!
Semoga ruh arwah tenang di sana, dicucuri rahmat,diampunkan dosa, ditempatkan dalam kalangan org2 beriman dan dijauhi api neraka
ameeeen..
salam kak hajar. maaf sy baru membaca post ini.
ReplyDeleteterima kasih atas doa. moga abah dikalangan insan yang bertaqwa.
to ensyirahakim: ameeen! insyaAllah dik
ReplyDelete