Jan 7, 2009

Khaibar khaibar ya yahud!

Salam'alayk


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


GAZA BERHADAPAN JENAYAH KEMANUSIAAN

Itulah hakikat yg tidak dapat disangkal oleh sesiapa pun seperti yg dinyatakan oleh Menteri Luar Syria, Walid Muallim dalam mesyuarat Menteri-Menteri Luar Arab di Kaherah baru-baru ini.
Hakikatnya,
1] Umat Islam Palestin di Gaza khususnya yg ditimpa penyakit kronik tdk dapat keluar drpd Gaza bg mendapatkan rawatan kerana larangan drpd pihak Israel

2] Sumber kesihatan Palestin mengesahkan angka bilangan kematian yg tercatat sepanjang kepungan yg dibuat oleh Israel seramai 261 orang termasuk seorang wanita berumur 34 tahun. Dr Mu'awiyah Husnain berkata, "termasuk yg syahid setakat ini ialah seorang wanita yg bernama Karimah Zuhair Abu Dallal, ibu kpd 5 orang anak." Penyakit yg dihidapinya sepatutnya dpt dirawat di hospital luar Gaza. Akan tetapi dek kepungan ini beliau tidak dibenarkan utk mendapatkan rawatan sehinggalah beliau mati

3] Kementerian Kesihatan Palestin menyatakan bahawa hospital terbesar yg terdapat di Gaza berhadapan dgn masalah kehabisan gas memasak, keadaan ini amat menyukarkan kerana mereka sepatutnya menyediakan hampir 1500 makanan setiap hari kepada para pesakit. lebih menyulitkan keadaan apabila gas yg sama sepatutnya digunakan juga untuk proses pengeringan tuala dalam proses pembedahan. Oleh yg demikian kementerian tersebut menyeru negara arab dan Islam menyuarakan isu ini ke peringkat antarabangsa.

4] Lebih memalukan umat Islam apabila sebuah akhbar berbahasa Arab bertarikh 20/11/08telah melaporkan Majlis Kesatuan Ekonomi Arab di bawah Liga Arab membelanjakan 50 juta dolar untuk projek membela Penyu Laut, sedang umat Islam di Gaza dikepung dan dihimpit kesusahan serta penderitaan, mereka sibuk dgn projek yg tidak menguntungkan ini. Muhammad Abdul Fudhail Syusyah, gabenor timur Sina menyifatkan " inilah projek pertama yang sepertinya di Mesir". Adakah penyu laut lebih berharga daripada nyawa saudara mereka di Gaza?

5] Akibat daripada kepungan ini, bekalan makanan juga semakin berkurangan. Satu laporan menyebut bahawa mereka yg menduduki Gaza kini terpaksa mengambil tepung yg pada asalnya adalah dijadikan makanan kpd burung-burung, kini ianya dijadikan makanan kepada sebahagian penduduk Gaza yg kekurangan bekalan

6] Bantuan drpd luar juga tidak dibenarkan masuk untuk disalurkan kepada masyarakat dan penduduk Gaza

7] Bekalan elektrik juga terputus akibat daripada kepungan ini, bermakna mereka kini berada dalam keadaan bergelap pada waktu malam


sumber: handout from One Faith Unit




"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni