Salam'alayk
Jumaat, 9 Januari 2009
Alhamdulillah IIUM MEGA ASSEMBLY AGAINST ISRAEL berjalan dgn lancar dan jayanya.
w.pun pada awalnya, beberapa detik sebelum waktu sebenar bermula, hujan turun membasahi bumi.
suasana di bumi Indera Mahkota redup dan mendung sejak awal pagi
Ya Allah permudahkan urusan kami
hujan yg renyai bertukar menjadi lebih hebat
committee gusar seketika
Ya Allah apakah bumi juga turut menangisi nasib saudara2 seakidah di Palestin sana?
terasa syahdu waktu itu
hujan yg turun sama sekali tidak mematahkan semangat hadirin yg datang untuk berkumpul di Kulliyyah Medicine Foyer.
crowd mula dibanjiri oleh sisters memandangkan brothers masih belum selesai menunaikan solat Jumaat di lobi KOM [ Kulliyyah of Medicine]
Alhamdulillah beberapa ketika selepas itu hujan mulai reda dan berhenti serta merta seolah2 memberi ruang kpd kami untuk meneruskan agenda.
Terima kasih Ya Allah!
hampir lebih 2000 hadirin yg menghadiri perhimpunan ini termasuklah wakil2 drpd IPT sekitar Kuantan seperti KIPSAS.
Warga IIUM Kuantan, syabas dan tahniah buat anda semua!
Terima kasih Ya Allah kerana menggerakkan jiwa kami semua utk turut serta menyuarakan isi hati kami terhadap nasib saudara2 seakidah di tebing barat sana.
walaupun penglibatan kita semua ini hanyalah berupa sumbangan yg amat kecil sahaja tetapi ingatlah bahawa Allah tidak menilai pada sebarang hasil yg anda lakukan sebaliknya Allah menilai pada setiap usaha yg cuba dilaksanakan.
teringat tazkirah sewaktu majlis iftar semalam,
diceritakan bahawa sewaktu Nabi Ibrahim a.s diikat dan dilemparkan ke dlm lingkaran api angkara Namrud yg zalim, terdapat seekor burung kecil yg terbang di sekitar itu dan dgn khudratnya yg terbatas ia cuba mengangkut air menggunakan paruhnya utk memadamkan api tersebut.
dan apabila ditanya;
"wahai burung kecil, apakah yg engkau lakukan?
tidakkah engkau fikir bahawa usahamu itu tidak akan memberi apa2 kesan terhadap lingkaran api yg besar itu?"
"ya mmg usahaku tidak mampu memadamkan api yg hebat itu. tetapi setidak2nya di akhirat nanti tatkala ALLAH bertanya apakah usahaku apabila melihat situasi demikian? setidak2nya aku mampu menjawab bahawa aku telah berusaha mengangkut air menggunakan paruhku utk memadamkan api itu.."
Firman Allah,
Pada hari ini Kami tutup mulut mereka: dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yg dahulu mereka usahakan..
[ 36: 65 ]
Khaibar khaibar ya yahud! Jaishu Muhammad saufa ya'ud !
takbir
skuad troublemakers!
No comments:
Post a Comment