Dec 29, 2009

Ada Apa Dengan SEJARAH?

Salaam
~peace to all

Ada apa dengan SEJARAH?
[...walaupun SPM tak dapat A utk Sejarah]

SEJARAH mengajar kita erti kehidupan

'Pengalaman adalah guru yg terbaik'

SEJARAH mengajar kita menilai erti kepayahan

SEJARAH mengajak kita merenung kesilapan

SEJARAH menjadi pendorong utk terus mara ke hadapan

SEJARAH melakarkan memori tak terlupakan

hakikatnya....

SEJARAH...
merendahkan keEGOan

SEJARAH...
meninggikan keSYUKURan

SEJARAH...
meningkatkan rasa keHAMBAan!
tawadhu'...




biskut eskrem kegemaran zmn kanak-kanak ribena =)
~menjadi kegilaan Aida senantiasa heee~

p/s: wahai diri sila balik buat keja sekolah yg berlambak!

Rebranding Dakwah Workshop



Jom ramai-ramai pakat pi!

Dec 28, 2009

Terengganu again

salaam

lewat petang Jumaat, tetiba mendapat mesej drpd anje

'jaq, ayah anje mcm kena stroke'

Innalillah...

dan awal pagi Sabtu terus mengatur langkah ke negeri Darul Iman itu
hmm setiap minggu ke Terengganu haaa??
Aida dan K.Fizah jadi peneman setia
Afisha hanya dpt kirimkan salam sahaja
Cik Aina pula yg kebetulan nak balik rumah di Manir pagi itu jugak turut tumpang sekaki
sanggup burn tiket bas kot hailaaa

Alhamdulillah ayah anje beransur pulih
Transcient Ischemic Attack (TIA)
Alhamdulillah mujur!
syukurr amat

dan Cik Aina mula merencana
mengajak kami bermalam di rumahnya
ini kali kedua ak bertandang ke teratak yg penuh layanan istimewa
kalah suite hotel 5 bintang
Ikraamud dhuyuff
sungguh pelajaran itu amat bermakna!
arigato Aina =)















Pokok pun pakai tudung

sesuatu yg menarik perhatian mata

Dec 23, 2009

Hari ini...

Salaam...

hari ini aku telah bersalah terhadap anje dan khai..
disebabkan aku mereka berdua turut tidak dapat masuk ke kelas Sis W di clinical skill lab.
ada sesi demonstrasi pagi ini.
maafkan aku anje dan khai..
kelas bermula 10.30 dan kami pula tiba 10.35am.
ada sebab di situ tetapi tiada yg bertanya mengapa sebaliknya hanya memandang sebelah mata dgn pelbagai tanggapan berbeda.
seorang sahabat yg kebetulan sudah tiba awal di sana memohon bantuan utk mengambil kiriman pos laju beliau yg ku kira amat penting baginya,di ofis mahallah.
hari ini staff ofis yg ku kenal itu tiada pula sebaliknya seorang muka yg agak baru menjelma
cuba menjelaskan situasi mengapa aku pula yg menggantikan shbt ku utk mengambil kiriman pos laju beliau dan sebagainya, namun
kakak si muka baru itu kelihatan terlalu ingin benar melakukan tugasnya hingga menjadi strict pelik
setelah puas memohon budi bicara beliau dan aku sambungkan talian kpd shbt ku kpdnya,
akhirnya barulah dia percaya.
hmm kerenah birokrasi..
dan harga yg perlu dibayar utk urusan itu adalah tidak dapat masuk ke kelas
silap aku juga sebenarnya...
aku mohon kepada staff lab utk memanggil Sis W agar aku bisa menjelaskan situasi sebenar dan supaya anje dan khai dibenarkan masuk kerana mereka sama sekali tdk bersalah
aku yg silap. aku puncanya. jadi hukum aku sahajalah.
namun aku sgt hampa dgn respon si kakak staff lab yg selama ini selalu sahaja bergurau mesra tetapi hari ini tiba-tiba reaksinya bagaikan kami tidak pernah bertemu bersua muka,
lagaknya seperti aku org baru di kuliyyah ini. mana pergi budi bahasa budaya kita?
tidaklah merajuk seperti Sunan yg membawa diri hingga ke Tanah Rencong tetapi
terkilan di situ kerana tidak diberi ruang utk menjelaskan keadaan..
terasa seperti tahanan ISA pula kerana dihukum tanpa bicara
maafin ak wahai anje dan khai..
kerna aku, kalian jua turut terjebak sama..

lalu kami membawa diri lepak di kerusi di luar lab sambil mencuba-cuba praktis sendiri dgn apa sahaja bahan yg ada di depan mata, menjadi kreatif.
terima kasih Ecah kerna sudi berkongsi ilmu mengajar serba sedikit tentang Tracheostomy, Ecah telah masuk lab utk sesi pertama tadi.

lantas aku terfikir..
kalau begitu, Lintang tak akan dapat masuk ke kelas setiap harilah jawabnya?
kerana selalu sahaja terlambat akibat dihalang buaya di tengah paya
hey hjr kamu nggak bisa membandingkan situasi Lintang dgn kamu ngerti?
ah tiba-tiba sahaja aku rindukan seorang guru persis Bu Mus yg amatttt menghargai anak muridnya yg gigih dtg mencari ilmu
aahhh itu Laskar Pelangi....

dan tiba-tiba juga ingatan melayang ke zaman selepas SPM sewaktu mengambil kelas bahasa penjajah di British Council..
Pernah suatu ketika aku terlambat ke kelas, bukan setakat 5 minit, 10 minit tetapi hampir 1 jam lewatnya. aku sudah keluar dari rumah sekitar jam 3 kerna kelas bermula jam 6
namun bas bernombor 52 masih tidak menampakkan diri hmpir 2 jam penantian
hampir menangis aku di situ tetapi aku tidak boleh patah semangat kerna ibu sudah bayarkan wang yurannya
kemudian berkejar-kejar pula mendapatkan feri utk ke seberang laut dan sesudah itu berlari-lari ke bangunan British Council yg letaknya di Jalan Weld Quay
hmm perjuangan utk mendapatkan ilmu nngak mudah ya?
dan bila tiba di pintu kelas,
Debbie guruku menyambut dgn wajah bahagia
'sorry i'm late. the bus didn't come blablabla...'
"oh really my dear? i'm so sorry to hear about that. Never mind, please have ur seat"
sungguh aku terharu dgn jawapan itu!

tapi hari ini...
ya mana mungkin kamu bisa menyamakan situasi dahulu dan sekarang hjr
itu satu kesalahan yg besar jika kamu cuba membandingkan sesuatu yg dahulu dan sekarang
ya aku yg silap
aku yg salah sebab lambat
aku bersalah kerana nggak punctual
aku juga mungkin silap jika cuba menuding jari terhadap bas 52 dan sebagainya
kelihatan aku cuba memberi alasan
tetapi
aku salah juga ya jika aku butuhkan org mendengar penjelasanku?

talk too much huh??

Dec 21, 2009

kembara dalam hujan

Salaam

Kembara ke walimah kak Asiyah di Kuala Terengganu 18/12/09

mula-mula konvoi takdelah byk keta sgt, sekali ada yg terjumpa tgh jalan la, kt traffic light la pastu pakat-pakat konvoi pi sekali laaa
singgah solat di Masjid Terapung sementara menunggu hujan reda

hujan mengiringi perjalanan sejak dri Kuantan sampai la ke KT





dan bila sejuk-sejuk hujan ni ntah kenapa gastric juice terembes dgn banyaknya lantas menyebabkan perut meronta-ronta minta diisi..
maka PCL pun jadilah stor simpanan makanan + kafe bergerak =)
nampak jagung kt tepi jalan sebelum sampai Marang, berhenti! jangan tak berhenti..
sembang-sembang sket akhirnya dapatlah 10 tongkol jagung rebus yg berharga RM10
dan selepas itu haruman jagung krimer manis super lazat itu menjadi haruman PCL utk sepanjang perjalanan



kepok 007

Alhamdulillah Allah mudahkan perjalanan

tetiba terjumpa poster yg buat aku konfius smpai tergelak guling2





Barakallahulakuma wabaraka wajama' bainakuma fil khair



edisi menikmati dan merenungi kebesaran ILAHI

Dec 20, 2009

a dream comes true

kata Cik Kem 'beli DSLR terus la weh!'

boleh,
tapi jawabnya sem depan aku kena posa 3 bulan + keja part time lagi utk bayar yuran sekolah

'uuuuhh dah alang-alang'

takpelah yang ni dulu. Powershot A2100 IS pun tak kurang hebatnya. step by step.
nanti kumpul la duit lagi

Impian lama yg akhirnya bertukar menjadi sebuah kenyataan

Alhamdulillah

Dec 15, 2009

Walimah Kekanda

12.12.2009 Kg Parit Panjang, Baling, Kedah



seri pengantin



Selamat Pengantin Baru Rifqatul Madihah & Hamizi



sembang apa tu makcik?

Edisi kanak-kanak dan eskrem,,








uiks pengantin pun layan eskrem jugak? pun bole laa

kami pun nak eskrem jugak huu

Dec 14, 2009

takziah

takziah buat kak Mawaddah dan Hafiz atas pemergian anakanda Ukasyah yg disayangi mgrib tadi

Semoga kalian lebih tabah!

al-fatihah

Dec 9, 2009

gumbira

new sem, new aim, new spirit insyaAllah!

subjek Trauma, Emergency & Operation Theather yg buat jiwa jadi sgt terkagum + teruja kelas pertama =)

"hiduplah untuk memberi dengan sebanyak-banyaknya
bukannya untuk menerima dengan sebanyak-banyaknya..." -Pak Harfan, Laskar Pelangi

Proud to be a Muslim nurse yeah!

Nov 24, 2009

...baiti..

salaaam
peace to all

tiada fokus utama utk entri kali ini
sekadar mengisi kebosanan tahap cipan yg melanda
sambil Outlandish Aicha bergema di gegendang telinga
>sori cipan tak pasal2 dpt anugerah free<

baru beberapa hari lepas selesai tugas sbg pemandu pelancong
dan menghantar Anje,Afisha dan Kakek pulang
ke destinasi masing-masing
setelah puas menghabiskan masa jalan-jalan cari pasal di bumi Darul Mutiara
terima kasih kalian kerana sudi menjejaki tanah tumpah darah diriku ini
maaf atas segala kekurangan
jangan serik utk bertandang lagi!

hmm buhsan jugak bila duduk kt umah je haha
kan kaki selalu gatal asyik nk berjalan je
bertahan bertahan
mujurlah cik Piya ada
penghibur pemecah suasana =)
sebab kontrak dia kalau setiap kali musim cuti sekolah
dtg bermastautin di sini
sebab ibundanya kena g kursus
makanya setiap pagi aku memang dah ada special alarm
+ menjadi mangsa keganasan kanak-kanak bosan
dia akan datang jerit kt telinga suruh bangkit
tak cukup dgn jeritan, dia akan belasah sungguh-sungguh
smpai aku bangun sebab tak tahan kena belasah muahahaha my bad
>sebenarnya dia boring takde org nk layan dia sembang sebab tu dia bersungguh kejut aku huhu<
cik Piya memang bangun sgt awal
sama-sama bangun dgn abah dia yg nk bersiap utk ke pejabat
mana taknya tak bangun awal
hari-hari pukul 9mlm dah syahid!
mcm Akira dlm Atasinchi no Danshi plak
asal pukul 9pm je terus syahid heeee...
tpi apapun cik Piya memang super teragiga best!
w.pun bru 3tahun tpi sembang mengalahkan org tua heh
banyak akai sungguh!






em baru selamat mengkhatam pelengkap trilogi Bagaikan Puteri, Hijab Sang Pencinta by Ramlee awang Murshid setelah sekian lama mencari peluang nk duduk mengadap
heaven!
marathon melengkapkan trilogi my fav novelist tu akhirnya berjaya
now meneruskan marathon utk tetralogi Andrea Hirata plak, Laskar Pelangi,Sang Pemimpi
+ mengulang novel2 Ramlee Awang Murshid semula
sebab yg Hlovate punya semua dah selamat khatam insyAllah
Handle with Care Jodi Picoult nk selit kt mana?
memanaa jelah di celahan masa yg ada
wahaha inilah satu kegilaan yg sukar dibendung
memang alergik kalu nmpk kedai buku
benci masuk kedai buku sebab mesti nak + akan keluar bukan dgn tangan kosong
haha hailaaa hjr
alangkah bagusnya andai hg dpt mengadap buku pelajaran sepertimana hang mengadap novel-novel picisan ni
picisan pun picisan lah!
janji bahagia =) no offense
hampir-hampir terbeli complilation manga 1st n 2nd edition
tpi nasib baik masih berfikiran waras
cukup-cukuplah mengadap komik-komik ntahpape lagi bodoh tak masuk akal cik hjr haha
tapi melayan komik-komik tu memang best pun =p
sebenarnya off budget haha tu je...

ok aku dah merapu smpai kerak bumi
cukup-cukuplah sekadar itu
aku nk g tgk tv!

"Ya Allah..panjangkanlah umurku dalam keadaan mentaati-MU dan Rasul-MU.
Doa adalah rahsia orang mukmin yg sangat ampuh sekali. Kerana doa itu adalah perkenan, restu dan keredhaan Allah terhadap hamba-hambaNya.
Orang yang suka berterima kasih sesama manusia sebenarnya adalah hamba yg sentiasa mensyukuri nikmat serta rahmat ALLAH TAALA" - Sunan

Nov 7, 2009

Nota Cinta buat Seorang Dia

Nota Cinta buat seorang dia...

saat melihat wajahnya
rasa sayu menerpa
apatah lagi setelah aku membelek case note di trolley nya
berjaya kusingkap kisahnya daripada mula

seorang bayi pramatang
lahir di usia kandungan 32-34 minggu
belum mencukupi 36 minggu utk dikategorikan sebagai cukup bulan

a baby of an active IVDU mother
intra-venous-drug-user
since 9 years ago..
was on Heroine

a baby of an ex-smoker mother,she claimed
luckily non-alcoholic

a baby of unmarried mother
Oh Allah..

a baby of unaware of pregnancy!
arghhhhh
ini yg buat aku tak tahan...
masakan seorang ibu yg hamil tidak sedar akan kandungannya itu?
tidak sedar akan hadirnya jasad kedua dalam rahimnya?
tidak sedar dgn perubahan fizikal dirinya?
adusss aku bingung...
tapi itu semua tidak mustahil bukan

itu dikira tidak mengapa lagi..
aku teruskan pembacaan pada case note yg terbentang
dan bila sampai di helaian itu..
aku amati dan ulangi bait-bait kata itu

"....saya dengan rela hati dan tanpa dipaksa menyerahkan anak ini kepada Jabatan Kebajikan Sosial dan Masyarakat..."

Astaghfirullahal'azim...aku meraup wajah.

kecewa. geram. marah. sedih. aku tak tahu apa status perasaan

si ibu hanya menyedari dia hamil bila suatu hari dia tergelincir di tandas lantas mengalami sakit perut yg amat
lalu segera ke hospital dan kemudian terus melahirkan si anak yg tidak berdosa
sudahlah tidak sedar akan kandungan sendiri kemudian tidak mahu bertanggungjawab pula
Ya Allah...
ya mungkin si ibu punya alasan, aku cuba berasional...
tapi apa?
hanya dia dan Allah SWT yg mengetahui

erm Ya Allah kasihannya anak yg ditinggalkan ini!

sudahlah di dalam wad itu sendiri telah terserlah tahap diskriminasinya
bila trolley si anak itu letaknya di hujung dunia sana
aku sudah dapat mengagak sesuatu
patutlah aku tertanya-tanya aik apesal trolley ni dok sorang2 kt sini tatkala kaki pertama kali menjejak daerah ini
aku sudah temui jawapannya..

sewaktu feeding time di hari pertama juga
baru aku perasan
anak ini antara yg terakhir diberi minum susu walau tangisannya sudah hampir tiada

sewaktu shower time juga
baru aku perasan
anak ini adalah yg terakhir yg akan dimandikan
dan sewaktu hari terakhir di NICU
aku jadi saksi
'aku taknak mandikan budak ni dulu. bagi dia last sekali. dah la berak busuk.
kalau bau je pun dah tahu siapa kalau tak tengok muka. nak kena pakai glove la, mask la hishhh. bagi dia last sekali'

Ya Allah sampai begitu sekali hukuman manusia?
anak itu tidak berdosa
tidak berbuat apa-apa salah sama sekali

aku hanya mampu menahan perasaan dgn akak Jururuwat Masyarakat itu
dan kalau diukur suhu waktu itu mungkin suhuku mencecah takat didih!

rasa nak terajang pun ada!
wei dah nama pun berak mana ada yg wangi
cakap semacam baru menjadi jururawat sehari dua
tak payah jadi nurse pun org tahu la

memang la budak tu ada Hepatitis C
tapi apa mode of transmission nya?
bukannya melalui sentuhan la kakak oiii
kalau tak tahu, belajar la, tanya
jgn jadi bodoh sombong!

ishh aku bengang tahap taktau nk cakap!
kesabaran menipis
main cakap lepas je kakak ni
aiii kang ada yg kena makan penampar
taknak buat takyah la jadi nurse
inilah masalah org yg jadi nurse bukan dgn rela hati + sbg pilihan terakhir
adussss
perosak alam sungguh!

erm bila terdengarkan tangisan si anak tidak berdosa
hati jadi pilu
bila diangkat dan dikendong
dia diam dgn mata terkelip-kelip memandang
ahh ternyata dia dahagakan pelukan kasih sayang

aku dapat membayangkan kehidupannya yg akan datang
pastinya dirinya dihantui dgn pelbagai konflik dalaman
pasti rumit menjadi dirinya yg penuh dgn tanda tanya
Ya Allah tabahkanlah dia

dan setiap kali dia dalam dakapanku
pasti aku akan membisikkan kalimah2 Allah
biar bergema seluruh jiwa dan jasadnya dgn kalimah agung itu
akan kubisikkan ke telinga halus itu
jadilah anak yg solehah
jadilah anak yg berguna
kamu tabah si comel!

Ya Allah permudahkanlah perjalanan hidupnya
tabahkanlah hatinya menempuhi hari-hari mendatang
sesungguhnya dia tidak berdosa apa-apa

dan bila saat terakhir berkunjung tiba
aku tinggalkan dia
dgn bisikan-bisikan membina
serta ciuman kasih sayang cukup bermakna

Barakallahufik!



cyanide
NICU, HOSHAS Temerloh

NICU yang menguja!

salaaam


NICU yang sangat sangat sangat menguja!

serius tak tipu!

sepintas lalu...
NICU is neonatal intensive care unit. Neonate = newborn,baby aged from birth to 28days
bayi yg dimasukkan ke NICU ialah yg bermasalah sewaktu delivery i.e.
tertelan air ketuban, tertelan najis dia, respiratory distress, pramatang,tak cukup berat etc

di sini aku belajar banyak perkara

kalau sebelum ini aku tidak pandai dan teragak-agak jika mahu mendukung baby
seperti kata anje yg suka menyakat diriku saat berhadapan dgn anak-anak kecil,

'Jaq ha nah pegang baby ni. cepatlah angkat baby ni'

dan tika itu aku akan memberikan respon muka sekupang + sengihan colgate yg tak laku

'tak beranilah!'

apatah lagi diriku yang sebatang kara sekangkang kera ni
hoho sungguh aku tak berani nak ambil risiko!
kang tak pasal-pasal terjatuh, terseliuh kaki tangan anak orang ni kang haaaa naya je

Kini..,
aku sudah pandai memegang dan mendukung bayi! yeay
satu pencapaian dan kemajuan terhebat bagi diriku ku kira
posting di NICU memberi aku ruang dan peluang untuk mengutip ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin

kalau sewaktu hari pertama di NICU,
dahlah terkejut dgn ramainyaaaa patient masa tu
54 babies bayangkan! Allahuakbar...
macam mana la staff nurses buat kerja semua kalau takda students masa ni
serius tak menang tangan!
mana nak mandikan baby lagi
mana nak ambil observation lagi
(taking observation= check BP,heart rate,respi rate,oxygen level,temperature)
mana nak buat itu ini blablabla

em kalau sewaktu hari pertama, kedua (kebetulan syif pagi)
bila Kak Wan Maria, staff nurse in charge dah mula bising-bising minta tolong mandikan anak-anak ini
eheh aku yg sedang membantu melucutkan baju anak-anak comel ini + menyalin cadar dan kain bedung
(alamak apa nama lain utk kain bedung aku tak pasti pulak tapi yg pastinya fungsinya utk membalut bayi2 itu)
hanya mampu sengih dan tayang muka sekupang
'tak confident lagi kak. tp insyaAllah sebelum kuar NICU saya akan berjaya mandikan baby jugak'

segalanya kena buat dengan kadar yg pantas!
mengah kot nk kejar momentum akak staff nurse huuu..
nk pecat baju baby satu hal
tukar cadar kotor etc
then bila pass pada staff nurse utk tugasan memandikan
kena sediakan cadar,baju,pampers,kain bedung siap-siap kt atas cot/trolley baby tu
ni bukan utk seorang dua tapi utk anak-anak kecil yg jumlahnya more than 20!
aduss mahu lelah juga dibuatnya

erm keyakinan dan keberanian itu aku cari dan akhirnya...found!
yakinlah pada setiap yg mencari itu dia pasti akan menjumpai =)
Allah Maha Adil

'akak yg ni bagi saya buat.tp ajarlah kalau tak betul'

'apalah nak takut sangat pegang baby. berani-berani sket'

cuak tahap Z + risau bukan kepalang!
Ya Allah janganlah jatuh budak ni sudah
anak orang weh!

memang la mandikan hanya kt dalam sinki yg telah disediakan tapi aaaaaaaa aku cuak gile ni faham tak?!
hahaha lawak jugak bila fikir-fikir balik..
erm alhamdulillah finally...!! i made it
hehe
dan keberanian itu telah berjaya meresap ke dalam diri hinggakan bila syif pagi kembali semula semasa hari Jumaat
dgn yakinnya aku offer diri kt staff nurse
'bagi saya mandikan dululah kak' =)

erm
aku paling suka bila feeding time!
seronok dapat bagi baby minum susu guna syringe (picagari)
sebab masa tu tangisan anak-anak kecil akan memenuhi ruang SCN ini

ops terlupa nk bagitau..dalam NICU ni ada few units.
kami students hanya dibenarkan bertugas di bahagian Special Care Nursing (SCN), Jaundice Bay dan Mother Accompany Baby (MAC)

ok back to feeding story.

anak-anak kecil ini kalau menangis memang berjangkit!
kalau sorang dah start nangis then tetiba boleh je yg tengah sedap tido pun boleh terus nangis sama
hailaaa..
baby menangis boleh jadi dia lapar, sakit, buang air dan sebagainya
jadi assessment la paling penting utk detect apa masalahnya
dah nama pun bayi kannn
memang cara komunikasi dia menangis la apalagi..

erm selalunya before feeding kena check dulu pampers, kalau berak ke apa sila cuci dululah jawabnya
najis bayi ni warna hijau. it is called meconium. lama-lama baru bertukar wrna kekuningan semua.
Why green? because liver is not functioning properly yet. metabolism process tak dapat nk develop dgn baik lagi
erm nak tau selanjutnya tentang meconium sila google lah =)

first day sebab mcm blurr lagi kt NICU so kalau feeding pun just let the baby lying down in the cot then angkat leher dan kepala dia sket then feed him!
natijahnya...
balik tu sakit pinggang laa haha
body mechanic kena jaga la weh
badan nk pakai lama kott
aiyakkk itulah padahnya tak jaga body mechanic betul2

erm the next day dah tau dah maka bila feeding time, memang akan angkat dan dukung baby tu
kita senang baby pun selesa
dan selepas dah selesai kenalah tepuk ataupun gosok2 belakang baby utk pastikan dia sendawa
if not, confirm tak lama japgi mesti dia jeluak or temuak balik (itu bahasa kg gue). bahasa kg sebelah, vomiting
alah kalau fikir logik pun boleh tahu apa..
mcm kitalah kalau right after makan pegi tido or baring terus mesti rasa tak selesa n nk muntah balik kan

erm bila tiba hari terakhir di NICu....
waaaaaa sedihnya nk berpisah dgn anak-anakku!
semoga ketemu lagi jika diizinkanNya
sayonara

cyanide
NICU,HOSHAS Temerloh

Nov 6, 2009

Panggilan Pulau

salaaam

oh man....!!! can't believe that i'll go back to the island once again!
meaning that i'm gonna meet all the 3 jejaka-perasan-hensem-semalaya again?
oh noo...

it all began when i got a phone call from Bgmer last night

Bgmer: Hello..? Assalamualaikum
me: hello.ws. ya..? em silap nombor ni cik
Bgmer: hahh??? errr
me: muahahaha cuak..
Bgmer: Cess!!! kurang asam btol
me: hehe tulaa Bgmer sapa suruh selalu kenakan org. ambik balik
Bgmer: ciss...Bgmer terkejut tak habih lgi tau dak
me: hehe yes! berjaya. eh bgmer kt mana ni?
Bgmer: kt rumah! jgn jeles
me: eleh takde maknanya nk jeles
Bgmer: hehe..oii hg apa cerita?
me:apa cerita apa? Bgmer laa. kaki dah ok? bleh terajang org dah?
Bgmer: kaki dah ok. berjalan merata alam dah cuma blum masuk keja blk lagi
me: oh hooo! bahagia gile
Bgmer: well..cuti smpai bulan 12 kot
me: siot la Bgmer..haa Bgleh bila nk kenduri?
Bgmer: haaa ni la org nk bgtau ni
me: apadia? Bgmer nk kwen ka?
Bgmer:ish bukan laa..insyaAllah Bgleh kenduri bulan 12 ni
me: owh yeah? serius??
Bgmer: ye ahh
me: eleh tu pun mujur org tanya. kalau tak, sure tak ingt nk bgtau
Bgmer: hehe mana adaa..tak lupa la. em haa memandangkan kami tak cukup kaki tangan
nk basuh pinggan nanti maka dgn segala hormatnya dijemputlah datang
me: cessss sebab tu rupanya..tak bleh blah laa Bgmer!
Bgmer: buat la cemana pun 1hb mesti dah ada sini n then 2hb please get out of this island! hehe
me: owh hellooo!suka hati mak bapak je mcm pulau tu dia punya
Bgmer: oh mesti ah! baru nak tau? ok apapun kena mai ok..
me: heh kalau nk suruh basuh pinggan tak jadi ah nk p sana. em kalau nk jugak bayar!
Bgmer:demand! haru la budak ni.makan minum, tempat tinggal di support apaa..
me: takpun bgi elaun. no money no talk
Bgmer:cess siap mintak elaun lgi tu..siot laaa
me: haha ha mak long pak long apa cite? abg Jade?
Bgmer: oh semuanya sihat belaka.. abg Jade kt Sabah dah la ceq
me:owh really?? hmm dekat la dia dgn kak Long kt Sarawak tu
Bgmer: oii ceq! kepala hotak..tu dia la lama sgt tak contact. kak long dah balik keja sini la
me: erk..oh ye ke..hehe sorry2 tak update
Bgmer: so datang tau! em tapi hjr dtg sorg ka nanti? aisehh boleh ke sorg2?
bgmer takut tenggelam di tengah org ramai ja nnti wahaha
me: hell..loo Bgmer! org dah smpai Sabah dah la
Bgmer: so what?
me: don't underestimate me ok
Bgmer: wahaha
me: bongok la Bgmer!

Abg Jade, Bgmer n Bgleh..they are all my forever super-duper-best abangs!
thanks cik iz for bringing me into this family
hmhm baru merancang taknak gi jalan memana cuti ni
uhuk nampaknya kena jejak Langkawi semula jgk la..

Nov 4, 2009

sometimes...

Sometimes ALLAH breaks our spirit
to save our soul

Sometimes ALLAH breaks our heart
to make us whole

Sometimes ALLAH sends us failure
so that we can be humble

Sometimes ALLAH allows illness
so that we can take better care of ourselves

Sometimes ALLAH takes everything away from us
so we can learn the value of everything HE gave us

Make plans but don't forget
that we live by Allah's grace.

SK
gracias

Nov 2, 2009

Randomization part III

Salaam

hoho aku memang gila!

berani mati sungguh!

di saat orang lain sedang membuat pecutan terakhir utk final exam

aku boleh lagi mengadap RADHA karya Rnysa dgn bahagia

wahaha

boleh lagi melayan seepisod-dua cerita Jepun

memang cari pasal sungguh laa

boleh pulak tak tido semalaman sebab takut terbabas subuh lagi mcm semalam

gilo gilo gilo

dan hari ini insyaAllah baru nk masuk gear

bakal mengatur langkah ke JHC utk buat pecutan terakhir yg gila bangang

3/11 Gynaecology

5/11 Community Health Nursing 2

6/11 OSCE

9/11 Paediatric

11/11 Medical Surgical Nursing 6

13/11 Obstetric

Wa allaisa lilinsani illa ma sa'a

Go for it!

Oct 28, 2009



randomization yang menggila part II

~Jangan kecil hati andai diri tidak dihargai

Berbaik sangka dan berlapang dada!

peace =P

~Seeing things from different angles

You may find 'something'

~can't help myself to wait for Maher Zain's album to be released!
sabarrrrlah

Oct 26, 2009

A Piece to Remember

Peringatan buat diri yg terleka...

randomization yg menggila haha

~Don't afraid to venture something new

~Allah Maha Mendengar maka berdoalah
Jangan berputus asa dgn-NYA

~Pada setiap yg mencari dia pasti akan menemui

~Just be yourself!

~Jangan malas2.
Final exam is just around the corner
What you give you get back

~That man can have nothing but what he strives for (53:39)

~O ye who believe! Persevere in patience and constancy; vie in such perseverance; strengthen each other; and fear Allah. that ye may prosper (3:200)

Bersabarlah dalam menuntut ilmu
Bersabarlah dalam beribadah
Bersabarlah dalam memenuhi tuntutan sbg seorang insan
Bersabarlah dalam melaksanakan perintah Allah

kitakan hamba =)

Oct 24, 2009

Sebat Kerana Arak: Adilkah?

Salaam'alayk



tak penah tgk org seramai ni kt UIA Kuantan hoho
menjadi kagum seketika!
(gambar di atas tak termasuk lagi sejumlah manusia yg masih ramai di luar Auditorium sebab tak dapat masuk)

seronok sangat rasa bila habis program tu je tgk lautan manusia berpusu-pusu keluar drpd bangunan Kuliyah Medic utk pulang

warga UIA Kuantan sendiri + org awam semua ada

Subhanallah! What an amazing view!

Sejuknya dan bahagianya mata memandang!

em nampak sangatlah ummat kini dahagakan penjelasan,
dahagakan kebenaran tentang sesuatu

apapun tahniah kepada penganjur Program Wacana Ilmiah Sebat Kerana Arak: Adilkah?
yg aku kira cukup bagus dan sgt menarik + mencapai objektifnya iaitu memberi penerangan dan kefahaman kpd umum tentang isu sebat Kartika ini.

keep up the good work!

boleh baca kupasan selanjutnya tentang intellectual discourse ni di Episode Sebuah Perjuangan

Oct 9, 2009

CPR Workshop



"Sir, sir. Are you okay? Can you hear me?"

No respond.

"You, call 999 ambulance!"

Immediately assess the airway pattern of the patient by doing head-tilt and chin-lift technique.
By doing this, the airway will be opened. Check for foreign body and remove it if seen.
Then assess the breathing. Keeping the airway open, look, listen and feel for normal breathing within less than 10 seconds.
Look for chest movement
Listen at the victim's mouth for breath sounds
Feel for air on your cheek

done.

But he is not breathing!

Quickly give mouth-to-mouth ventilation.

And then check for the pulse at the carotid artery (at the neck, near the adam apple).

No pulse!

Then immediately begin chest compression. must be hard and fast! and approximately 100 times per minute for 5 cycles huuuuu
"1,2,3,4,5,6,7,8,9,10..........30"

next give mouth-to-mouth ventilation 2 times. This is counted as 1 cycle.

Then continue doing chest compression
"1,2,3,4,5,6,7,8,9,10..........30"
until 5 cycles.

5 cycles completed.

check for the carotid pulse again

pulse present.

then check the breathing again. Look,listen and feel formula.

If the breathing is present, turn him into recovery position.

And then while waiting for the ambulance to come, assess ABC of the patient in every 2 minutes.
(The formula in emergency situation is DR ABC: D= danger R= responsiveness A= airway, B=breathing, C=circulation)

***************************************


This is the thing that was going on during the CPR workshop today. And this is part of the situations we did in the practical exam this afternoon.

Huhu it is not easy to be qualified in order to get the CPR license. This basic life support workshop really tests our understanding and critical thinking in order to manage a sudden collapse patient.

What is CPR is all about?

CPR or cardiopulmonary resuscitation is the term used to describe a series of action that comprises artificial respiration and chest compressions
on patients in cardiorespiratory arrest, which has to be initiated promptly to improve the chance of survival before advanced medical care is available.

In the absence of spontaneous breathing and circulation, brain damage starts to occur in about 4 minutes.
And if no resuscitation is carried out, brain death is almost certain to occur in 10 minutes.

All in all, i learn a lot in this workshop and really enjoy it!

Starting with the training course in the morning and having the written exam and clinical exam in the afternoon ohoho it really makes my head cramp!
Nasib baik tak status epilepticus uhuk...
This CPR course is essential for us in order to get the license so that we could perform basic life support officially.
But the deal is if only u pass both practical exam and written exam therefore u may have the license in your hand.

Alhamdulillah finally i made it!

Sesungguhnya terima kasih yg infiniti Ya Allah kerana semua ini adalah bantuan daripadaMU.

Sungguh aku study tak habis mana pun!

em btw special thanks to Anje, Kak Nani our staff nurse because u guys really help me! explaining this and that until i manage to absorb all those things
Arigatogozaimas

May Allah bless!

Oct 8, 2009

Suke-suke mencari sakinah

kata Anje "anje tgh dalam dilema ni.. anje tgh sedih. tak tahu apa perasaan"

Yuwi pulak walau cuba berlagak bersahaja tetapi ternyata action speaks louder than words babe!

Afisha pulak status mcm pending haha adakalanya berjaya menjadi dirinya Nur Afifah Aisyah Mohmood Nor tetapi adakalanya dia sendiri pun tidak tahu apakah dan siapakah dirinya? ah sudahh..

lantas,
'Taman Gelora jom weh?'

'lama dah tak pegi berjalan atas batu refleksologi'

Ujian kesibukan bertandang
Ujian perasaan tidak ketinggalan menumpang
hanya beberapa hari sahaja lagi berbaki sebelum melangkah ke sesi on job training yg bermula 12 Oktober
maka segala tugas dan tanggungjawab yg tergalas harus segera ditunaikan dan dilaksana
hmmm...
Lantas
langkah pantas diatur ke Taman Gelora utk menikmati secebis kedamaian milik Tuhan













Pelangi yg indah khas utk Anje

dan hari ini seusai Clinical Simulation Practical Assessment,

'afisha, umah Mak Cha jom?'

masak?

'set!'

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni