Kami semua tidak pernah mengenali satu sama lain sebelum ini (kecuali Akmarina Ramli), tapi IMAM menjadi medium untuk kami bersua dan hati-hati kami bertaut antara satu sama lain hanya dengan matlamat dan kesukaan yg satu iaitu 'doing-charity-works'. Serving the ummah. We are more than a family!!
Masih teringat2 saat ditertawakan oleh 'mereka' apabila aku khabarkan bahawa cita-citaku nak jadi HELPER. Menatang apakahhh kata mereka..?? Tak pernah dibuat/disebut orang kata mereka..kamu ni macam takda matlamat yg jelas dlm hidup, serupa main2 pun ada juga. Lalu mereka meneruskan tawa. Tahukah mereka bahawa aku sangat serius saat menuturkan hal tersebut? I say it when i mean it.
Ini bukan hal main-main. Ini soal impian dan cita-cita.
Namun, aku terlupa seperkara. Bicara kpd manusia begitulah ragamnya. Hanya Yang Esa yang tidak pernah mentertawakan segala sekecil apapun angan-angan impian dan bisa mendaratkan segala cita-cita dan keinginan. Hanya DIA. Terima kasih ya Allah kerana telah memberiku jalan. Semoga dan semoga aku terus istiqamah! --feeling blessed!! i've found my PASSION n i really wanna work for it, 'enjoy' it as long as i can. Semoga Allah tetapkn hati di jalan ini ameen!
Kak Asyura -MO, K.Laily-MO, K.Jasimah-Psy MO, K.Aida-MO,Fateha- ER MO, Kema-Dentist
Wallahi merindui mereka2 ini!!!
..dan atas kecintaan inilah kami semua bawak balik sakit mata ke Malaysia hehe.. Pakat jangkit sorang sikit. hambikk! habuan sungguh.
----(gambar: hari terakhir di Kemboja, kami bermalam di Siem Reap dan berkesempatan ronda2 Angkor Watt bersama2 geng muda remaja bujang trangtangtang kecuali Mcik Jamilah, Abg Ameir dan pak Wan hehe mereward diri sat setelah bekerja keras!)
hajrun
Humanitarian Delegate and Medical Team,
International Muslim Aid Malaysia (IMAM)
Cambodia Oct, 2013
#throwback
No comments:
Post a Comment