Nov 23, 2014

Layankan saja

Off day.
Balik kampung dan keluar dating dengan budak kecil yang sudah besar. Rasanya dari tahun lepas tak jumpa. Kebetulan birthday dia 15 November yang lalu jadi layankan sajalah....

Sambil jalan tiba-tiba dia tanya,

"kak Hajar bila nak kawen?"

aku senyum sampai telinga. Haiiilaaa...soalan oh soalan.

'Kenapa tanya?'

"Saja. Nak jadi flower girl" dia sengih.

hahahahahahaahaahhaaha pecah perut seketika. LOL.

Terkenang zaman gumbira jadi home tutor dolu-dolu. Sungguh rindu! Yang baik-baik tu ambik lah ya. Yang tak baik tu silakan tauk dalam parit depan rumah saja okay!!

Lebiuuu adik manisss! 




Nov 19, 2014

Satu hati






Kami semua tidak pernah mengenali satu sama lain sebelum ini (kecuali Akmarina Ramli), tapi IMAM menjadi medium untuk kami bersua dan hati-hati kami bertaut antara satu sama lain hanya dengan matlamat dan kesukaan yg satu iaitu 'doing-charity-works'. Serving the ummah. We are more than a family!! 

Masih teringat2 saat ditertawakan oleh 'mereka' apabila aku khabarkan bahawa cita-citaku nak jadi HELPER. Menatang apakahhh kata mereka..?? Tak pernah dibuat/disebut orang kata mereka..kamu ni macam takda matlamat yg jelas dlm hidup, serupa main2 pun ada juga. Lalu mereka meneruskan tawa. Tahukah mereka bahawa aku sangat serius saat menuturkan hal tersebut? I say it when i mean it.

Ini bukan hal main-main. Ini soal impian dan cita-cita.

Namun, aku terlupa seperkara. Bicara kpd manusia begitulah ragamnya. Hanya Yang Esa yang tidak pernah mentertawakan segala sekecil apapun angan-angan impian dan bisa mendaratkan segala cita-cita dan keinginan. Hanya DIA. Terima kasih ya Allah kerana telah memberiku jalan. Semoga dan semoga aku terus istiqamah! --feeling blessed!! i've found my PASSION n i really wanna work for it, 'enjoy' it as long as i can. Semoga Allah tetapkn hati di jalan ini ameen!

Kak Asyura -MO, K.Laily-MO, K.Jasimah-Psy MO, K.Aida-MO,Fateha- ER MO, Kema-Dentist


Wallahi merindui mereka2 ini!!!

..dan atas kecintaan inilah kami semua bawak balik sakit mata ke Malaysia hehe.. Pakat jangkit sorang sikit. hambikk! habuan sungguh.

----(gambar: hari terakhir di Kemboja, kami bermalam di Siem Reap dan berkesempatan ronda2 Angkor Watt bersama2 geng muda remaja bujang trangtangtang kecuali Mcik Jamilah, Abg Ameir dan pak Wan hehe mereward diri sat setelah bekerja keras!)




hajrun
Humanitarian Delegate and Medical Team,
International Muslim Aid Malaysia (IMAM)
Cambodia Oct, 2013
#throwback

Nov 14, 2014

Pagi yang gelap kini sudah terang

Masih teringat-ingat sensasi perasaan pada hari Jumaat lepas tuptup dah sampai Jumaat seterusnya dah pun. How time flies!

Disebabkan kerja pagi maka keluar rumah sekitar pukul 6 pagi itu rutin. Dan yang bestnya bila syif pagi boleh tengok sunrise! Selalunya timing matahari nak naik ni bila sampai kat area Pendang. Ohoiii silhouttte memang cun habiss laa time ni!

Erm pagi Jumaat tu, bila sampai kat area Pendang macam biasa aku akan tertoleh-toleh ke sebelah kanan nak tengok matahari naik. Tapiiiiii surprisingly kat sebelah kiri bulan jugak masih tinggi. Bahkan makin bulat membesaq baq hang! Allahuakbar....taktau nak cakap cemana perasaan. Yang aku tau aku nak sangat pegang kamera masa tu tapi apakan daya...sapa nak tolong drive kalau gitu? haha...
Sensasi perasaan masa tu haishhhhhh can't put into words laa.. Subhanallah MashaAllah Tabarakallah the feeling is sooo great! 


Dah la tengah membelah highway yg lurus terbentang masa tu. Terasa seperti kat sebelah kiri, i'm talking to the moon dan sebelah kanan pulak matahaaaari bangunlah! Perghhh...berdentam-dentum Bruno Mars dengan Hafiz berselang-seli menyanyi dalam kepala otak aku hahahaha...

Thank You Allah for this great moment! Wallahi i love it and really enjoy the scenery. Nak lagi!

Selamat hari Jumaat =)

(randomization. NO offense! LOL)

Nov 13, 2014

Belasungkawa


Sejak 2-3minggu yang lalu sudah dikejutkan dengan sesuatu. Punca yang boleh tau bila perasan ada 3-4 miscall daripada Hamzi. Waktu tu tengah kerja. Terus mesej,

"Weh Ji awat? Sorry aku tengah keja"

'Wei jaq, Azim kat ICU Hospital Kajang. Meningitis. Ko tolong viral kan eh'

Kemudian, Sabtu baru ni Farah pula bagitau,
 ' eh Azim kt ICU HKL dah sekarang. Still koma'

Kemudian, semalam dapat mesej daripada Farah lagi,

'Hajar, Azim dah meninggal'

Allahuakbar....terdiam sat.

Daripada Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali.

Shahrul Azim Ghazali.

Classmate selama 2 tahun masa matrik UIA dulu masa aku masih science student sebelum convert to nursing. Was a very good friend! Seorang manusia baik yang pernah aku kenai.

Kalau laptop aku hang ka, kena virus ka apa kaaa dia la makhluk yg aku cari sebab kami semua tau dia memang terer bab gajet ni. Dan dia tak pernah jemu melayan kerenah-kerenah kawan2 dia yang buta kayu tak berapa nak reti ilmu komputer ni.

Nak cari external hard disk cap apa ka, mana yg bagus ka, dialah antara orang penting yang akan aku tanya pendapat. Bab download toksah cakap la. Memang juara. Aku tukang sedut aje...

Kalau pasal kamera pun uishhh pesaing utama ni. Tapi dia tak lokek ilmu nak dikongsi bersama. Masa kenduri Ahmad dulu, sakan dia dok main-main try test kamera cap ayam aku dok banding-banding shot dgn Nikon dia. Sampai sekarang pun kalau dia ada ilmu baru pasal kamera dia mesti semangat nak cerita.

Tapi, sesungguhnya Allah lebih sayangkan hang Azim.. 13/11/2014.

 Semoga dan semoga Allah tempatkan hang dalam kalangan orang yang soleh dan semoga dengan kebaikan hang selama ni dengan kawan-kawan menjadi asbab hang terus masuk syurga tanpa dihisab ameeeen..

Allahummaghfirlahu warhamhu.

Damailah dikau di sana.

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni