Nov 28, 2012

Petang

Petang tadi alhamdulillah diberi kesempatan menziarahi keluarga Mami Timah, merangkap kakak angkat ayah di Bandar Perdana. Lama sungguh aku tidak ketemu mereka.. Waktu terakhir aku bertemu mereka sewaktu menziarahi mereka di Johor Bahru dahulu ketika usiaku baru 9 tahun dan baru sebesar tahi hidung cuma. Sejak mereka berpindah ke utara, hanya emak yang sudah beberapa kali bertemu mereka.

Mami Timah dan suaminya, Mamu Usop adalah orang yg bertanggungjawab menguruskan perkahwinan ayah dan emak suatu masa dahulu. Sementelah ayah sudah tidak punya sesiapa maka mereka menawarkan diri untuk membantu menguruskan pernikahan ayah. Mamu Usop itu merangkap rakan sekerja ayah. Senior. Mereka terlalu murah hati untuk membantu sesiapa sahaja. Junior-junior bujang seperti ayah, mereka anggap seperti adik sendiri. Itulah yang menyebabkan tautan ukhwah itu terlalu kuat hingga sekarang.

Saat kami bertentang mata, mereka kata wajah aku persis ayah! Saling tak tumpah dari hidung dan sebagainya. Makcik Siti pakcik Jabbar juga pernah berkata perkara yang sama ketika terserempak sewaktu majlis kenduri anak salah seorang sahabat ayah tempoh hari. Malah beliau sampai tidak sanggup menatap wajahku berlama-lama kerana teringatkan ayah. Ya, sesiapa yang pernah mengenali ayah pasti akan mengatakan perkara yang sama.

Lalu segala nostalgia 20 tahun lalu terhambur semula...Aku lebih banyak diam mendengar butir bicara emak dan mereka. Menjadi pendengar setia cerita suka duka suatu masa dahulu. Sekali-sekala aku menyampuk bila perlu. Tiba-tiba, Kak Ida, anak Mami Timah yang kedua pulang bersama suami dan ibu mertua. Lantas beliau pun menegur perkara yang sama, "Laaaa muka macam Uncle Mad!" dan dia pun terjebak dalam bual-bicara di meja itu. Bila tiba cerita tentang aku, mereka juga yang bersungguh-sungguh memberi nasihat itu dan ini hingga membuat aku terharu.

"Wahh bagus tu ambik nursing. Boleh buat banyak pahala"

'Ada rezeki pi la sambung oversea'

'Pi Saudi setahun dua ke jadilah. Takpun pi keja Singapore ke'

'Umur muda lagi, keja cari duit dulu nanti dok rumah goyang kaki'

'Nanti nak kawen, carilah orang yang begini, begini dan begini..'

Blablablabla...

Wah wah wah banyak sekali suara yang memberi komen serta cadangan itu dan ini! Terbakar segala semangat yang sedia ada. Aku suka!

Kami memang tiada pertalian darah namun itulah anugerah ukhwah yang Tuhan berikan. There are time when strangers are like family and family are like strangers.

Lalu setelah selesai bersolat maghrib di rumah mereka, melantak laksa semangkuk dua dan setelah puas menyambung cerita, kami mohon mengundur diri saat jam sudah menginjak pukul 9 malam.

Terima kasih Tuhan atas anugerah ukhwah ini. InsyaAllah akan aku jaga amanah ukhwah ini seterdaya yang mampu.

..dan aku pun pulang bersama suntikan semangat baru. Terasa agak puas menerima dos-dos terbaik daripada orang2 yg bersemangat. Terasa impian kembali dibajai dengan harapan ia akan subur kembali. InshaAllah biiznillah!

Tersenyum puas. Alhamdulillah.

Nov 25, 2012

Pagi

Antara perkongsian menarik ketika menonton rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 sebentar tadi....;
(Terjebak amalan khurafat, Ust Syarhan Shafie)

1. Cara paling mudah utk pagar rumah: Ayat 4, surah Yassin

2. Elak anak-anak dari sebarang kecacatan : Ayat 78, surah An-Nahl (info: yg disebabkan oleh jin Ummul Sibian, suka ganggu anak2. RUhul AHmar pula suka attack orang tua. Paling baik amalkan semas
a sejak mengandung lagi)

3. Jika ada menyimpan sebarang azimat atau terjumpa azimat, cara membuangnya:
- masukkan dalam botol, tutup
- baca Bismillah
- surah Al-Fatihah
- Ayat Kursi
- Ayat 81-83 surah Yunus
- kemudian BUANG ke dalam air yg mengalir

4. Cara utk nyahkan/muntahkan saka dari dalam diri: Amalkan baca Doa Taubat Nabi Yunus


Semoga bermanfaat. Jom amalkan! InsyaAllah biiznillah. Selamat beramal~

Nov 21, 2012

Bicara seorang aku

Bila membaca blog orang, status-status orang di muka buku, pasti akan ada rasa yang membungkam di hati. Saya tidak pasti dari mana ia berakar umbi, yang pasti adakalanya saya seperti menangisi nasib diri. Tidak bersyukurkah saya dengan apa saya ada hingga ke saat ini? Wallahi saya terlalu bersyukur atas segalanya.. Cuma ada masa dan ketika, saya tetap tidak dapat lari daripada fitrah seorang manusia yang lemah, yang senantiasa berbolak-balik hatinya..Maafkan saya Ya Allah.

Jujurnya saya suka membaca tulisan junior/senior saya di blog mereka. Suka membaca pengalaman suka-duka kehidupan undergrad mereka di rantau orang khususnya. Dan saya selalu membayangkan, alangkah indahnya jika saya yang dapat menaip sebegitu di halaman blog saya. Alangkah indahnya jika saya yang punya lakaran kenangan sebegitu dalam kamus hidup saya. Alangkah indahnya itu dan ini. Ahh bayangan dan angan-angan, pasti sahaja ianya indah-indah belaka! 
Lalu saya tarik diri untuk kembali sedar ke alam realiti. Menelek nasib diri. Merenung jauh ke dalam diri sendiri. Lalu saya katakan pada diri, " Bersabarlah. Itu bahagian orang lain. Rezeki mereka. Setiap orang punya jalan cerita tersendiri bukan? Jikalau semuanya sama sahaja jalan ceritanya, tak syoklah. hmmm..

Dan mungkin juga disebabkan saya ini seorang yang punya impian setinggi awan dan bermacam-macam awan impian yang saya telah dan cuba saya pahatkan di papan impian. Lalu situasi itu sedikit-sebanyak membuahkan segala macam perasaan. Gembira bila sesuatu impian dimakbulkan Tuhan dan sedih bila sesuatu impian hanya tinggal sebagai harapan yang tak tertunaikan. Pada saya itu perkara normal pada seorang manusia biasa. Gembira dan sedih. Dua perasaan anugerah Tuhan. 

Namun, saya masih tidak merasa cukup sekadar itu. Untuk seorang saya yang seringkali tunggang-terbalik hatinya, saya perlu mencari titik kekuatan dan keinsafan yang sebenar. Itu yang saya fikirkan. Supaya saya dapat jadikan bekalan untuk tetap bertahan dalam melalui hari-hari esok yang belum pasti apa kesudahan. 

Kalaulah dari awal-awal lagi Tuhan sudah khabarkan hidupmu begini, begini, begini dan ini kesudahannya. Ohh senangnya hidup macam tu. Duduk goyang kaki pun tak apa. Biarkan masa berlalu begitu sahaja. Tapi alangkah tak best la pulak..Ibaratnya seperti dalam satu pertandingan lumba lari. Kalau awal-awal lagi kita sudah tahu kita akan menang atau kalah, nahh tak perlu bersusah-payah mengerah keringat sejak dari mula lagi kerana natijahnya sudah jelas sejak awal lagi. Sejak perlumbaan belum bermula lagi. Kamu tetap akan menang walaupun kamu yang paling terakhir membuka langkah, kamu tetap akan menang walaupun kamu tak pernah berlatih bersusah payah, kerana nanti sewaktu perlumbaan akan ada bantuan jutsu-jutsu rahsia daripada Sasuke dan kawan-kawan yang boleh menerbangkan kamu teruuus ke akhir garisan. Ataupun kamu tetap akan kalah sekalipun kamu telah berhempas-pulas berlatih saban waktu. Nahh jikalau semuanya sudah diketahui, maka tak perlu lagi segala usaha dan penat lelah itu. Persetankan segalanya! Just follow the flow. Kita sudah tahu kan kesudahan cerita..

Namun, setelah difikir-fikir, berbaloikah jika sekadar mengikut arus...?? Follow the flow? Tak rasa rugi ke jika di hujung waktu nanti bila kita baca semula catatan hidup kita, tak ada pun sangat corak dan warna..? Sekadar stereotype sahaja.. Itu je ke catatan istimewa tentang sejarah hidup kita yang nak kita persembahkan kepada generasi kita dan utamanya kepada Pencipta kita nanti...? Nak patah balik ke masa lampau dan edit apa yang patut adusss itu harapan yang sama sekali takkan jadi kenyataan. Hmm s
oalan-soalan seperti inilah yang senantiasa bermain dalam minda saya.. 

Setelah difikir-fikir lagi..realitinya, Allah itu suka memberi kejutan. Itu yang saya lupa... Allah tak bagi siap-siap manuskrip kehidupan sebab dia nak bagi kita kejutan. Ya, saya sudah mendapat jawapan. Life is full of surprise! Ya itu satu point. Namun, sejauh mana kita mampu nak memahamkan diri tentang realiti hidup yang penuh dengan kejutan dari Tuhan, itu yang menjadi persoalan. Tapi saya rasa, asalkan kita MAHU berfikir dan terus membuka mata hati meneliti setiap apa yang Tuhan kurniakan, inshaAllah kita mampu menempuh hari-hari mendatang.

Point yang kedua, Allah wants us to be creative! Although HE already has our manual book, still He wants us to make some effort to create something special for HIM..Ya Allah I just realize..

Ya utk itu kita perlu merancang. Dan sekarang, teruskan merangka plan kehidupan. Teruskan membina awan impian. Kerana saya fikir kita tidak akan dapat hidup tanpa mimpi dan harapan. Kerana dari harapan akan tumbuh impian. Biar sekecil apapun impian yang kita ada, biarkan ia terpahat kemas di dinding awan impian. Sekalipun kita tidak dapat menggapainya, setidak-tidaknya kita pernah bermimpi tentang hal demikian. Tak rugi apapun. Maka, teruskan perjalanan. Jalani hidup seperti biasa. 
Bersyukur dengan apa yang kita ada. Ingat, setiap kita punya naskah kehidupan yang istimewa dan ternyata berbeza daripada orang lain. Yes Hajar, please bear in mind! 

Yang lepas biarkan ia berlalu, cuma sekali-sekala tolehlah ke belakang memerhati apa yang tertinggal. Kerja kita sekarang adalah merancang hidup, menghargai dan memanfaatkan setiap ruang masa yang ada. Selebihnya serahkan kepada-Nya. Kerana DIA Pencipta, pasti DIA tahu segalanya =)

Ya Allah tetapkan hatiku dalam menelusuri ranjau kehidupan yang penuh berliku ini. Sabarkan aku dalam menanti setiap bahagian rezekiku yang tidak akan diambil orang.. dan aku TETAP ingin menjadi seorang hamba yang bersyukur biarpun adakalanya nawaitu, tutur kataku, tindak-tandukku tidak selari dengan janjiku. Please guide me to the right path Ya Allah..  Ameen.

(Bicara seorang aku...)

Nov 20, 2012

Seorang dia..

Sedang makan nasi tadi, sambil tu dok bersembang dengan tok tentang seorang sahabat, yg currently sedang sambung belajar di UK, yg bakal mendirikan masjid Disember nanti. Lalu tok pun bertanya itu dan ini mengenai tempat belajar beliau,
"di mana dia belajaq?"
'UK. United Kingdom'
"Ooo yg England, London tu ka? Yang dekat atas yg pulau dua tu?" 'Alamak tak pasti la pulak, cuba check kt peta'.
Sekali tok masuk dalam dan keluar dengan sesuatu di tangan dan terus menghamparkannya di tengah laman. Tak sangka la pulak!! I'm sooo impressed with her action!!
K.E.G.I.G.I.H.A.N itu yg buat ak terharu.. Allah2. dan kami pun terus melalut membelek peta ke Terusan Suez, Palestin, Mekah, Australia dan seantero dunia =) Tok sy memang cemerlang bab ilmu alam alhamdulillah2. May Allah bless u my dear tok! Barakillah~


Nov 19, 2012

Harapan

"Harapan yang selalu disakiti, akhirnya akan hancur. Bila kerap kali dihancurkan, harapan itu akan mati...bila harapan telah mati, maka bekulah kehidupan ini". Oleh itu jgn bunuh harapan sesiapa pun disisi anda, kerana apabila kehidupannya beku, anda hanya bergaul dengan jasadnya sahaja, bukan jiwa dan hatinya..
(Ust Mokhtar)


Nov 14, 2012

Buku Baru

Salam Maal Hijrah! Happy new year =) 

Jom buka buku baru. Moga lembaran baru bakal melakarkan memori yg lebih bermakna untuk sejarah hidup kita yg seterusnya. JOm CARI at least SATU perkara utk kita HIJRAH. Tak kiralah sekecil-kecil apapun perkara itu, yg penting kita ada EFFORT utk berhijrah ke arah yg lebih baik! Biar tak panjang umur asalkan hidup berkualiti. Memaknakan hidup yg sementara. Moga hidup bermanfaat =)

Nov 6, 2012

Retak sejuta..


Teguran dari Allah...
just few hours ago sewaktu otw ke rumah Ust Mahizan..Allahu Allah. Ingatkan bom apa meletup rupanya bnda lain yg jadi..Astaghfirullah astaghfirullahal'azim. buat banyak dosa lagi nah Allah bayar cash je! 
Tetapi walau dalam apa jua keadaan sekalipun, kasih sayang Allah tetap mendahului kemurkaanNya.. Sebab 1.sewaktu kejadian, saya tidak keseorangan seperti selalu sebaliknya bertemankan sepupu Norhidayah Ahmad, 2. lokasi kejadian di hadapan Petronas Bndar Mutiara bukannya di kawasan tepi hutan gelap gelita huhu...
Alhamdulillah Alhamdulillah. All praise be to Allah!
Maka nikmat Tuhan yg manakah yg kamu dustakan....?
Things to ponder tonight~

P/S: Terima kasih buat skuad rescue rangers Md Juhari Ismail Abdul Razak dan bigboss Ust Mahizan. Tak dilupakan Pakteh saya. Allah yubarik fikum!

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni