Jul 31, 2011

Menjejak Haramain

Assalamualaikum wbt..

Allahuakbar..terlalu lama rasanya aku mengambil masa untuk mulakan tulisan ini. Ya sebenarnya, sejujurnya aku tidak tahu dari mana dan bagaimana aku harus mulakan. Sudah beberapa orang teman yang bertanya tentang mana perginya catatan tentang Haramain?? Teman, ketahuilah betapa aku terlalu terlalu dan terlalu mahu bercerita di sini, terlalu banyak yang aku ingin nukilkan, terlalu banyak yang aku mahu coretkan, bicarakan serta kongsikan hingga aku rasakan segalanya tidak terluahkan! Arghh mengapa jadi begini...


Terima kasih Pakngah, makngah, pakcik, makcik dan semua kerana menghantar kami

Alhamdulillah sedar tidak sedar, hampir seminggu lebih sudah kami menjejak bumi permata. Terima kasih Tuhan! Terima kasih Tuhan kerana telah memeluk mimpi-mimpi kami. Terima kasih kerana telah menukarkan awan impian kami menjadi nyata. Terima kasih atas segalanya! Aku terlalu bersyukur! Alhamdulillah. Seandainya ada perkataan yang lebih baik dan bisa menggantikan perkataan terima kasih dan syukur tolonglah khabarkan kepadaku Tuhan. Syukur yang teramat wahai Tuhan yang sentiasa mendengar! 

(WARNING: ini entry terpanjang yg pernah aku tulis! JANGAN teruskan pembacaan kerana ia mungkin mengundang kebosanan menggila!)

Jul 29, 2011

Mozek kehidupan

Tuhan,
aku mahu menyusun atur mozek-mozek kehidupanku dgn susunan terindah
aku mahu mengatur mozek-mozek yang berwarna-warni 
dan dihiasi dengan pelbagai corak kehidupan
biar sedikit berbeda
biar sedikit berliku jalannya
kerana aku mahu dalam kamus hidupku 
ada lakaran kenangan yang istimewa
ada sensasi kehidupan yang mungkin orang lain tak punya
kerana akhirnya aku percaya
aku akan tetap juga tiba ke destinasi yang sama
aku akan tetap juga menyusur masuk ke jalan yang sama
cuma bezanya
aku sedikit terlewat dalam aturan masa
kerana aku terlebih dahulu mahu menggapai awan-awan impian di pinggiran
yang aku rasakan
seandainya aku lepaskan
aku tak mungkin mampu memiliki ruang dan kesempatan 
yang seumpama ini Tuhan..
juga kerana aku percaya apabila benar ada kemahuan
maka terbukalah jalan!


Hidup sekali hiduplah yang bermanfaat!


Tidak salahkan Tuhan...?


Tetapi walau apapun Tuhan
aku tetap percaya bahawa Kau juga punya plan
dan sesungguhnya perancanganMu adalah sebaik-baik perancangan!


Maka untuk itu aku telah mempersiapkan diri agar 
sentiasa belajar untuk pasrah dan redha dengan segala ketentuanMu
kerana aku tahu Kau tahu apa yang kami tidak tahu =)

Jul 7, 2011

Adios

...off to somewhere in the middle of this earth...
InshaAllah panjang umur ada rezeki ketemu lagi!

Tunggu Teduh Dulu,
bisakah menjadi realiti??

Kerja Tuhan siapa tahu~

Min haitsu la yahtasib!







Jul 4, 2011

Berani bermimpi. Ayuhlah!

Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah. Segala puji hanya untukMu. 
Allahuakbar. Terasa begitu menusuk ke kalbu. Menusuk ke lapisan dermis yang paling akhir mungkin. Mungkin inilah kesannya bila seseorang itu menulis dari hati. Sesuatu yang lahir dari hati akan sampai ke hati. Tahniah kepada Ahmad Fuadi kerana sekali lagi berjaya menyorot aku masuk jauh ke dalam dimensi Ranah 3 Warna. Luar biasa rasanya. 






Ternyata mantera Man Shabara Zhafira berjaya meresap masuk hingga ke dasar hati lalu terus bertapak kukuh di sana. Moga ianya bukan sekadar menjadi hiasan taman hati tetapi langsung mampu diterjemahkan oleh diri. Aku baru sahaja menamatkan pembacaan novel Ranah 3 Warna yang sudah tertangguh buat sekian lama pada minggu lepas. Lalu di sini ingin sekali aku titipkan mutiara-mutiara yang aku jumpa sepanjang pengembaraan ke dimensi Ranah 3 Warna ini;


"Yang namanya dunia itu ada masa senang dan masa yang kurang senang. Pada saat kurang senanglah kalian perlu aktif. Aktif bersabar. Bersabar bukannya pasif, tetapi aktif bertahan, aktif menahan cubaan, aktif mencari jalan penyelesaian. Aktif menjadi yang terbaik. Akftif tidak menyerah kepada keadaan. Kalian punya pilihan supaya tidak menjadi mangsa. Sabar adalah dasar bukit terakhir sebelum sampai ke puncak yang dituju. Selepas ada di titik terbawah, ruang kosong hanyalah ke atas. Supaya menjadi lebih baik. Bersabar menjadi lebih baik. Tuhan sudah berjanji yang Dia berjalan dengan orang yang sabar," -Kiai Rais

..siapa yang bersabar dia akan beruntung. Jadi sabar itu bukan bererti pasrah, tetapi adalah sebuah kesedaran yang proaktif.

"Menginjakkan kaki di tarmac lapangan terbang Montreal ini menjadi sebuah sensasi yang membuat badanku seakan terbang melayang. Aku cubit lenganku kuat-kuat dan meringis sendiri. Ini bukan mimpi, tetapi awan impian yang menjadi nyata. Alhamdulillah. Pada awalnya hanya angan-angan di bawah menara masjid Pondok Madani. Kini lihatlah, anak kampung ini berjaya menjejak benua Amerika. Modalku hanya berani bermimpi, walaupun sejujurnya, dahulu aku tidak tahu cara menggapainya," - Alif Fikri

"Ketika semua kemungkinan sudah tidak ada lagi, rupanya Tuhan mendengar doaku. Jalan penyelesaian yang Engkau tunjukkan selalu datang pada masa dan dari tempat yang tidak disangka-sangka. Min haitsu la yahtasib. Betapa Tuhan suka memberikan kejutan. Membuatkan aku sering kaget," - Alif Fikri


"Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang" (Imam Shafie). Jangan menyerah. Menyerah bererti menunda masa senang pada masa  datang

...kita tidak boleh meremehkan orang lain, bahkan tidak boleh meremehkan impian kita sendiri, setinggi apa pun. Sungguh Tuhan itu Maha Mendengar.

"Anak-anakku, doa kita memang didengar Tuhan, tetapi Dia berhak mengabulkannya dalam pelbagai bentuk. Boleh jadi dalam bentuk yang kita minta, boleh jadi ditunda ataupun digantikan dengan yang lebih sesuai dengan diri kita," -Kiai Rais

..Iza shadaqal azmu wadaha sabil..
Apabila benar ada kemahuan, maka terbukalah jalan!


"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni