Apr 6, 2011

Langkah Bermula...




Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Akhirnya selamat selesai sudah kami mengharungi kertas terakhir peperiksaan terakhir universiti semalam. Final paper for final sem, final year. Hamdallah..

Terasa bagai baru semalam sahaja mendaftar diri di kampus Kuantan setelah tamat matrikulasi UIA di Petaling Jaya selama 2 tahun. Terasa-rasa lagi yang diri ini masih bergelar pelajar sains hayat yang sepatutnya menyambung pengajian dalam bidang Bio-medic setelah masuk kampus Kuantan. Akan tetapi perancangan Allah itu ternyata rapi dan sukar dijangkau akal fikiran manusia. Minit-minit terakhir perjuanganku di matrikulasi, Allah menjentik hati.

 'Why not nursing?'   

Ya Tuhan... rencana apa pula kali ini...?

Sungguh tidak pernah terlintas di hati bahawa aku akan memilih jurusan kejururawatan ini. Malah sejujurnya dalam kamus hidupku, aku pernah memandang rendah terhadap kerjaya jururawat. Ahh bingung! 3 bulan terakhir di matrikulasi bikin aku benar-benar bingung dengan arah tujuan hidup..

Lalu aku ambil keputusan untuk istikharah dan istisharah selama 3 bulan itu. Aku tanya pendapat ramai orang tentang keputusan yang bakal dibuat ini. Aku pulang ke Irshad bertemu Cikgu Rafidah, Cikgu Shimah, Ustazah Alawiyah serta beberapa orang guru lain lagi untuk bertanyakan pandangan mereka. Aku naik turun bilik Mdm Jannah, pensyarah Fizik di matrikulasi untuk berdiskusi tentang rencana terbesar yang bakal dibuat dalam hidupku. Aku tanyakan kepada sesiapa sahaja yang boleh memberi pandangan. Aku buat analisa diri sendiri, menilai diri sendiri, apa potensi diri yang ada, apa kelebihan, apa kekurangan serta apa kecenderungan diri. Lalu aku bandingkan antara nursing dan bio-medic apa lebih apa kurangnya dan yang mana lebih kena dengan diri ini. Sungguh selama hayat ini aku tidak pernah membuat keputusan sebesar ini!

Dalam tercari-cari arah tujuan hidup, aku serahkan seluruh jiwa dan raga serta segalanya kepada-NYA. Tidak putus-putus aku berdoa siang dan malam andai ini yang terbaik buat diriku maka permudahkan jalannya. Permudahkanlah segalanya! Kerana aku sangat percaya bahawa DIA mengetahui segalanya. DIA tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA. Dia tahu apa yang kita tidak tahu!

..dan akhirnya setelah masuk ke kampus Kuantan sewaktu minggu orientasi permohonanku untuk menukar jurusan diterima. Allahuakbar... Tidak tergambar perasaan waktu itu. Aku tidak pernah rasa gembira serupa itu. Hatta semasa mendapat keputusan SPM dahulu pun aku tidak rasa sebegini. Allah..Gembira sehingga mengalir air mata! Ya benar.. aku menangis. Aku menangis kerana terlalu terharu! 

Tuhan telah tunjukkan jalan maka aku tidak ada alasan untuk tidak meneruskan perjuangan. Dan perjuangan itu tidak pernah terhenti. Hari ini ia sekadar berhenti singgah seketika untuk melepaskan lelah di stesen kehidupan yang pertama. 

Siri kehidupan fasa pertama telah berlalu semalam dan hari ini siri kehidupan yang sebenar dan utama baru sahaja bermula.

Arghh rupanya masih banyak perkara yang belum diketahui dan perlu dipelajari! 

Benarlah ilmu Allah itu teramatlah luas sehingga tidak dapat diukur dengan segala apa pun. Berkelanalah di atas muka bumi ini untuk terus mengutip segala mutiara dan segala ilmu yang tersadai luas di lautan kehidupan agar kita bisa menjadi manusia yang berguna dan bermanfaat kepada agama dan selainnya. 

Jadilah manusia yang berjiwa hamba kerna kita tak punya apa-apa bahkan terlalu banyak berhutang dengan-Nya!






Wajah-wajah ceria yang akan dirindui...

2 comments:

  1. Adinda, tahniah!
    Km still ingat ampa wish kt km 1 year ago, kan?
    Today, i gonna wish u, slmt melangkah ke alam pasca graduasi adikku!
    Dunia di luar ini memerlukanmu, lebih mencabar dan lebih mengujakan!
    Mahu jumpa kamu di angkasa kejayaan!

    With luv~

    ReplyDelete
  2. kan...bila toleh belakang, rasa sekejapnya masa berlalu.. semoga Allah beri kekuatan utk mmghadapi dunia luar yg lebih mencabar!

    ReplyDelete

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni