Give thanks to Allah! |
Give thanks to Allah
For the moon and the stars
Praise Him all day
For what is and what was.
Take hold of your Eeman
Don't give in to Shaitan
O you who believe give thanks to Allah.
Allahu Ghafur, Allahu Rahim, Allahu yuhibo el Mohsinin
Hua Khalikuna Hua Razikuna wa hua ala qulli shayyin Qadir
Allah is Ghafur, Allah is Rahim, Allah is the One who loves the Mohsinin
He is the Creater, He is the Sustainer and
He is the One Who has power over all
-Give Thanks to Allah, Zain Bhikha
Ini ialah tomato.
Aku bukan nak cerita pasal tomato dan sejarah tomato serta salasilahnya. Taknak cerita pasal apapun sebab minda tengah kering kontang sebarang idea melainkan hanya bertumpu pada reseacrh yang sedang merangkak-rangkak macam hapa hahaha padan muka diri sendiri..kehkehkeh..
Erm berbalik kepada tomato. Aku bukanlah penggemar tegar tomato. Setakat termakan dalam masakan ke, dalam burger ke salad ke boleh la layan lagi tetapi kalau nak makan mentah-mentah macam tu jerrr hohoo gua serender de! Pernah muntah kot...wakaka..tak tabah langsung!
..akan tetapi bila tiba-tiba sahaja ada seorang rakan memberi sebungkus plastik cherry tomato terus dari ladang ni fuhh..aku tengok dia atas bawah je. Dia bagi dekat Zyla. Kebetulan aku ada di bilik Zyla masa tu. Hmm aku tengok Ati makan selambe jerr macam makan kacang kuda. Aku pegang sebiji yang paling kecik tetapi lepas tu letak balik. Aku geleng-geleng haishh tak boleh..tak boleh.. Muntah free saja nanti.
Akan tetapi dalam hati ada perasaan tak puas hati. Terasa nak cabar diri. Nak cuba jugaklah! Aku ambik sebiji. Paling kecik sekali. Bismillahiraahmanirrahim! Aku pejam mata. Ekpresi muka dah terlebih gaya macam hapa. Sangat tak boleh blah. Memaksa diri untuk kunyah..huuu.. huu..berusaha..berusaha..dan tiba-tiba eh..?! Macam ok je!! Ambil lagi yang kedua kemudian ketiga dan seterusnya. Wahh aku sudah boleh tolerate dgn tomato mentah! Yeah berjaya akhirnya! Tahniah untuk diri sendiri. Sila cuba lagi.
Nak cerita apa nih weh? hahaha..
Nak ceritanya.. it's all about your mind. Kalau fikir benda tu susah, tak boleh.. jawabnya memang tak bolehlah. Kalau fikir boleh, tak susah serta mampuuu.. maka bolehlah!
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
Nak seribu daya, taknak boleh blah!
hahahaha
It's all about your mind =)
Masjid UIA Kuantan.. still under construction. bila zaman nak siap pun entahlah.. |
No comments:
Post a Comment