Jan 23, 2010

Kenangan Terindah

Salam'alayk

Alhamdulillah fasa pilihanraya kampus telah berlalu

sekarang adalah fasa mid-sem exam

berusaha!

.....em teringin benar aku kongsikan pengalaman sepanjang menjadi calon SRC di lembaran ini

entri ini mungkin panjang
ah biasalah tu
aku kan penglipurlara terhebat
huahua
sila jangan baca kalau tak suka melihat banyak tulisan + mudah bosan
sekian terima kasih. pesanan penaja

******
Student's Reperesentative Council (SRC)
ini panggilan di Taman Ilmu dan Budi
samalah ertinya dengan Majlis Perwakilan Pelajar
yg biasa digunakan di tempat lain

sungguh sungguh sungguh + sangat sangat kuasa Z ++
pengalaman sebagai seorang calon SRC amat bermakna

A memorable-unforgettable-amazing experience!

sungguh benar dan tidak ada walau sekelumit keraguan
terhadap ketentuanNya
kerana aku sangat percaya bahawa percaturan Allah tak pernah salah
Allah knows best!
bait-bait ini telah tersemat di sanubari setelah sekian lama

aku kecundang
walaupun begitu
aku terlalu dan amat bersyukur
kerana sekurang-kurangnya telah terlerai satu amanah yg cukup berat utk dipikul
aku redha

'ko sedih eh jar?'
haha lagi seronok lagi ada laaa
sebab boleh merapu dgn bahagia selamanya yeay

aku belajar terlalu banyak perkara!

~Ambil borang
~English Proficiency Test
~Nomination Day
~Campaign + Ralley
~ELECTION DAY

kalah menang adatlah tu
semua nk menang habis sape nak kalah kan?

kalah dalam pilihanraya pada aku biasa je
takde mende sangat pun
sebab awal-awal lagi dah berserah kpd ALLAH
DIA Tahu apa yg terbaik untuk hambaNYA
tapi
apa yg buat ak rasa macam pedih + sedikit perit + terkilan + keciwa + terluka dan yg sewaktu dengannya
bila melihat reaksi kawan-kawan..
urghhhh......tatau nk cakap cemana

time kempen lah terserlah segalanya
kawan makan kawan bukan lagi nasi berlauk kak ana
orang yg selama ini baik je dgn dia takde hal lah tuptup rupanya berpura-pura
sandiwara semata-mata
huishh banyak lagi sebenarnya
ditikam kot belakang la, depan, tepi semua ada
diserang hendap dari segenap penjuru

....tapi inilah pengalaman yg aku belajar
bila jadi begini
baru tahu siapa sebenarnya kawan
siapa sebenarnya lawan

Experiential learning =)

aku dah merasai pengalaman menyertai pilihanraya kampus
merasai pengalaman berpidato di hadapan rakyat yg adakalanya sengaja mengutarakan soalan-soalan provokasi
benar sewaktu rally ada yg bertanyakan apa yg boleh aku janjikan utk mereka
dan dengan dangkal lagi mangkuk hayunnya aku menjawab bahawa aku tidak dapat menjanjikan apa-apa
tetapi
i'll try my best and put my very best effort to fight for the student's right
apa sahaja suara anda akan ku cuba sampaikan ke peringkat atasan
itu sahaja yg mampu aku katakan
memang macam bodoh tapi itulah aku..
dan selepas sesi rally itu ada yg menyatakan perasaan tidak puas hati dgn jawapan aku sebentar tadi
'kenapa awk jawab mcm tu jar? nampak la kelemahan awak mcm tu'
'kenapa tak buat janji-janji palsu?'
sahabat..aku bukan jenis yg suka menabur janji-janji palsu
aku bukan jenis yg bertanam tebu di pinggir bibir
maafkan aku sahabat andai jawapanku tadi mengecewakan kamu
sesungguhnya aku takut utk menabur janji palsu kerana amaranNYA dalam ayat ketiga surah asSoff

and my last word was,
The choice is in your hand. Make the best choice

lagi..belajar berkempen
panjat sana sini gantung flyers, lekat poster
dah la poster muka mcm nk nangis bongok betul apa daaa.. i ain't a photogenic type okay

buat merchandise like bookmark
nasib tak buat banner je
haha tu baru nama gigih tahap super
tapi memang seronok!!

Asakura Keita =)
hehe teringat nama itu
bahana terpengaruh dgn cerita jepun bertajuk CHANGE
sepanjang musim election tak puas-puas ulang tayang cite tu
haha suke hati aku lah...

aku sangat berterima kasih Ya Allah
kerana belajar banyak perkara
kerana dgn peluang ini juga
banyak hijab yg terbuka
mengenali diri sendiri dgn lebih terperinci
mengenali siapa sebenarnya sahabat susah senang
mengajar nilai itsar dalam bersahabat
dan bermacam perkara lagi yg tak terungkapkan

dan aku ingin dedikasikan penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih buat mereka-mereka yg sentiasa berada di sisi sejak awal hingga ke saat ini:

~Sahabat susah senang~

~ Afisha
arigato gozaimas!
i don't how to thank u.. ini sahabat yg arggh tak tahu nk describe cemana!
inilah sahabat di kala jatuh bangun
bukan bermula sejak PRK ni semata-mata
yg seboleh-bolehnya cuba menyembunyikan apa jua cerita-cerita yg kurang enak di pendengaran
yg hanya inginkan aku agar tak terbeban dgn kerja mahupun perasaan
You are a terrific friend!
May Allah bless you

~Kak Syeril
classmate sejak matrik dan sama-sama berhijrah ke dunia nursing semasa Taa'ruf Week dulu
sahabat yg memahami dan mengenali diriku yg mcm hampeh cap apa ntah
sangat tidak berkira utk menghulurkan tangan
biarpun dirinya terkorban
terima kasih yg tak terhingga akak
May Allah bless you

~Kak Sal
ini senior sewaktu di IRSHAD dulu
at last kembali bertemu dalam dunia nursing di sini
menawar diri utk turun sama ke medan ini
juga sangat tidak berkira utk memberikan pertolongan
sanggup melayan kerenah tak boleh blah makhluk perosak bernama hajar ni
sangat penyabar dan optimis
jazakillahukhairu jazak
May Allah bless you

~Kak Ham dan Kak Fiey
my seniors. final year students.
K.Ham menawar diri utk membantu apa yg termampu
kerana dia pernah menjawat jawatan SRC ini suatu ketika dahulu
Kak Fiey juga menawar diri utk membantu
setelah terbaca apa yg telah aku nukilkan dlm blog di era penamaan calon
terima kasih yg tak terhingga kalian
kerana sanggup merugikan masa utk aku
walaupun kalian sibuk dgn FYP
May Allah bless both of you

~Naemah dan Fauziah
adik juniors yg aku tak kenal sgt pun sebelum ni
tapi menawarkan diri utk membantu menggantung flyers dan seumpamanya
terima kasih adik-adikku yg sanggup bersengkang mata
berpenat lelah menggantung flyers, menampal poster di sana sini
terima kasih utk segalanya
May Allah bless both of you

~Yuwi
i thank u so much dear!
a very good listener and supporter
thanks Yuwi sebab sangat memahami
May Allah bless you

~Ecah
bai, aku sayang ko plus plus plus!
terbaikk ah ko. terima kasih kerana sangat memahami
terima kasih tolong aku gantung flyers smua
May Allah bless you

~My nominator and seconders
Kak Rif, Hajar Ibe dan Eid.
thank u so much!
tanpa anda tak mungkin aku mampu nk hantar borang
May Allah bless

ini adalah pengalaman dan kenangan terindah yg tak mungkin dapat dirasai oleh orang lain~
kat radio asyik putar lagu ni je
sangat tak bleh blah
Samsons ko mcm tau2 je eh tajuk entri aku ni??

'O believers! Let not the men scoff at the men, perchance they may be better than those who scoff, and nor the women at other women, perchance that they may be better than those women who scoff, and do not taunt one another and nor call one another by nick-names. What a bad name is, to be called a disobedient after being a Muslim, and those who repent not, they are the unjust.' [Al-Hujraat: 11]

'alakullihal, experience is the best teacher in life!

As long as you live keep learning how to live =)

5 comments:

  1. congratz...u got an experience dat other people won't get it...

    ReplyDelete
  2. u r the greatest friend on the planet too..

    ReplyDelete
  3. hm.. tahniah ko dpt byk pglmn.. even aku pun xde rase pglmn tu.. tp ape yg aku tgk mase elect baru ni aku x rase all out lagi ko kempen.. b cos i believe u can do it much better :) gambattee!!!

    ReplyDelete
  4. jaq,terus menulis dari hati..
    Sesungguhnya apa yang terbit dari hati hang akan jatuh juga ke hati..
    Pepun congrats..

    You are the best!

    ReplyDelete
  5. terima kasih di atas segala komentar

    ReplyDelete

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni