Salaam
ramai bertanya
kenapa?
mengapa?
bukankah sudah tahun 3?
kerja gila ya?
Ya aku amat sedar dan tahu aku pelajar tahun 3
yg bakal memasuki tahun akhir hanya beberapa purnama lagi
kerana aku baru tersedarlah
tersedar yg diri bakal melangkah ke fasa terakhir alam sarjana muda
tersedar yg aku rupanya tidak punya banyak masa
tersedar bahawa aku belum menyumbangkan apa-apa
Kerja Tuhan Siapa Tahu
suka pada bait-bait kata Faisal Tehrani dalam novel TungguTeduh Dulu
Sesungguhnya Allah lah pemilik hati dan jiwa hamba
diri yg penuh hina
noda dan dosa
DIA gerakkan juga
walau sudah mampir ke garis tamatnya
DIA gerakkan hati yg sekian lama terlena
utk bangkit memberi sesuatu
masih ingat petikan kata yg sering digunakan seorang teman sewaktu zaman sekolah
lebih kurang bunyinya
'Negara telah banyak menyumbangkan apa jua kepada anda tetapi apakah pula sumbangan anda terhadap negara?'
Majlis Perwakilan Pelajar
tidak pernah terlintas di benak
sungguh
aku bukan mengejar nama
apatah lagi mengejar glamor
juga bukan kerana suka-suka
utamanya aku tidak ketagihkan kuasa
sesekali tidak
dan selamanya tidak
kerana aku amat dan terlalu sedar
aku bukan siapa-siapa
hanya cuma
atas dasar
mungkinkah ini sumbangan yg boleh aku lakukan sebelum melangkah keluar daripada sekolah taman ilmu dan budi?
apakah ini bakal menjadi sumbangan terakhirku utk agama tercinta?
Ya mungkin ini penyebabnya mengapa DIA gerakkan hati ini
di saat-saat sebegini
Ya mungkin ini puncanya hati menjadi galau lewat kebelakangan ini
ahh mimpikah aku?
mengigau kot...
Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yg tidak kita ketahui
Percaturan Allah tak pernah salah jar!
berpegang pada
'The real life begins when you step out from the university'
di situ cabaran sebenar bermula
aku percaya
lantas aku sekadar ingin teman-teman mengutip sebanyak mungkin pengalaman sewaktu zaman belajar
sebagai bekalan utk menghadapi cabaran sebenar di luar sana
kerana aku percaya pada pentingnya' Experiential Learning'
ku kira jika akademik sahaja ianya tidak benar-benar cukup utk meneruskan survival hidup
kerana realitinya
kita bakal berhubungan dgn kehidupan
suatu ruang lingkup yang penuh dengan perkara tak terdugakan
maka atas alasan itulah 'i want to have more options for skills subject in IIUM Kuantan Campus'
kerana taman ilmu dan budi kampus Kuantan ini masih ketandusan subjek-subjek skills jika ingin dibandingkan dgn kampus induk
juga andai diberi ruang dan peluang memperbanyakkan program2 Health Promotion
dengan tema 'All for Health' to attain 'Health for All' because 'Health is Wealth'
[medical-based campus -->serving the nation, educating the ummah]
dari kaca mata seorang aku yg tak punya apa-apa dan bukan siapa-siapa
begitulah yg aku bisa lihat
namun atas alasan apa sekalipun
sesekali aku tidak akan mampu tegar utk berjuang dan merealisasikan apa-apa
tanpa bantuan dan sokongan teman-teman seperjuangan
aku amat butuhkan pandangan, teguran atau apa jua daripada kalian
please correct me if i'm wrong
selagi mana aku tidak melanggar syariat ingatkanlah diriku andai aku terlupa
sejujurnya aku amat takut
tambah-tambah lagi dgn ayat ketiga surah As-Soff
Ya Allah aku mohon ditabahkan hati dan perasaan
diberi kekuatan utk berjuang
demi matlamat yg satu
mencari REdha-MU
retorik semata-mata...? terpulanglah
May Allah bless~
kembali ke gelanggang? doakan saya selalu akk. moga dijaga Allah...
ReplyDelete