Jul 27, 2009

Paroxysmal -Heals with LOVE


Salam'alayk

NURSS Motivational Camp '09 utk freshman nursing bermula 5ptg Jumaat. Bas bertolak ke Pusat Rekreasi Air Balok, Kuantan; trip pertama bergerak pukul 5. Kelas kmi 3rd yr di Jalan Hospital Campus habis pukul 4ptg. Kebanyak komiti2 penting terdiri drpd 3rd yr..

Tengah hari tu plan utk balik ke Indera Mahkota Campus ambil kereta sebab nanti habis kelas on the way nak balik IMC boleh terus singgah ambil beberapa org junior brothers di mahallah diorg kt luar.

Bila smpai kt IMC tengah hari tu

"erk....alamak...kereta kena clamp?!"

Paroxysmal!

Allah..cemana ni..byk bnda akan tergendala ni kalau xdapat ambik kereta.
Terus bergegas ke Security and Traffic Department walaupun masa tu dah pukul 1 dah.
Ya Allah jangan la bagi ofis tutup lagi..

'Pakcik..kereta kena clamp. Boleh tolong buka p.cik..'

'Sekarang pukul 1 dah kan?'

'Alamak boleh la p.cik..Pukul 3 ada kelas p.cik, bukan dkt sini tapi kt JHC'

'Awak taknak bagi p.cik pegi Solat Jumaat? Awak nk tanggung dosa p.cik?'

'takdelah p.cik..tapi masjid kan kt situ je, dlm uia ni jgk..tolong la p.cik'

'Ahh takde2..datang pukul 3 nanti'

Another paroxysmal huuu..

Hmm kelu. Kelas pukul 3-4ptg. dekat JHC nun..it takes about 20mins to arrive by motorbike. Kalau kereta lgi lmbt la sebab jem smua.Kelas Bro Said Nurumal pulak tu.. Nak mintak tolong sapa ni?

'Kak Siti ada kelas tak petang ni?'

Alhamdulillah action speaks louder than words!
Kak Siti memahami maksud hati setelah aku bagi hint 2-3 ayat.

'Ok boleh je, nanti akak tolong. Guna la kereta akak dulu'

I thanked u so much Kak Siti! Barakallahufik

4.15ptg bergegas utk pulang IMC. Singgah Tunas Manja kejap sebab ada beberapa barang program yg Cmte Catering tak dpt nk beli. On my way going back..got a call from Kak Siti.

'Hajar sebenarnya kereta hajar kena clamp tu bukan sebab parking tmpt salah tpi dia nk tahu tuan kereta sebab sebelum ni kan guna nama senior kan..dia mcm tak dapat detect. Sorrylah akak pun terlupa nk menyamar kata kereta akak tdi'

Paroxysmal again!

Allah..pukul 4.50ptg dh masa tu..Sempat ke nk mengejar ofis ni? haiiillaa jgn la tutup lagi!

5.05ptg..memang Kuantan drif jgk la..

haah memang sblm ni kereta guna nama senior sebab syarat nk bawa kereta mesti 3rd year ke atas huuu tak sempat daftar lgi utk sem ni sebab pendaftaran kenderaan bulan 9 nnti kata pakcik guard.

Alhamdulillah masalah selesai akhirnya. Terima kasih atas budi baik pakcik ofis Security yg masih mahu melayan. Terima kasih Kak Syeril sebab jadi penyelamat!

makkkk! pukul 5 lebih dah nii..adik2 junior brothers yg belum diambil, janji tdi nk ambil after solat asar tpi tak sangka jadi mcm ni.

Bas dah smpai. Ya Allah..Kak Syeril,Rara,Kak Syikin,Afisha..kami bdk 3rd yr sapa sorang pun tak siap packing lagi sebab last night smua org struggle buat homework bro Said bagi, tambah2 la yg ada meeting lagi, usrah blablabla...

Bertempiaran lari gaya tak ingat apa dah! Solat asar pastu main capai je apa yg sempat. YA Allah..dah la ditaklifkan jadi Program Coordinator dgn Izwan. Izwan dah kt Balok dah, bdk 2nd year pegi awal sebab nk set up khemah smua..lagipun diorg takde kelas. Ya Allah dah la first agenda ialah briefing drpd PC.huaaaa..

Tugasan mengambil adik2 brothers di mahallah luar Kak Sal take over. Jazakillahu khairan kathir!

Supposedly bas trip kedua gerak pukul 5.40pm tapi at last jdi 1 trip je. 5.45pm bas jalan. Alhamdulillah..

Tiba-tiba bila baru nk smpai dkt entrance,suara Kak Syeril Asst. Program Manager memecahkan suasana

'jar, ada junior bwk kereta jgk ni. tpi diorg tak tahu jalan, tadi diorg kata nk follow bas tapi ntah takde pun masa bas jalan tadi'

hah??ah sudah...paroxysmal!

'kena tunggu diorg ni jar'

i was running out of time seriously huuu.. Izwan dah beberapa kali call, risau sebab aku tak smpai2 lagi..

tunggu punya tunggu punya tunggu..jam dah gerak ke angka 6.10pm..
sekali dapat contact sape ntah bgtau yg bdk2 bertuah bwk kereta tu dah follow Pidot bdk final year!

Ishhhhhhh bdk2 niiii...apesal tak cakap adik2 oiii!tadi kan bgtau nk follow bas.. haiilaaa

Paroxysmal huh?

kepala otak sedikit tunggang terbalik sebab terkena serangan paroxysmal yg lebih drpd 1 dalam masa yg terdekat..

ni smua gara-gara kelas CNS-Central Nervous System..balaja neuro kan sem ni..

Em tapi rupanya disebalik segalanya Allah nk tunjuk kasih sayangNYA =)

It healed with love after all!

Alhamdulillah Allah hantar Kak Siti, Kak Syeril utk menyemarakkan kasih sayang sesama sahabat

Allah beri teman2 komiti yg memahami dan sentiasa menyuntik semangat di antara satu sama lain

dan yg paling indah..

Allah lancarkan dan permudahkan perjalanan program dgn cuaca yg elok, tak hujan apa semua sebab dapat berita mengatakan Tsunami bakal melanda dlm tempoh 22hb-23hb dan program kami pula 24hb..

Allahuakbar Allah buktikan kasih sayangNYa terhadap hamba dgn cara yg sangat tidak terduga!

Thank You Allah

Jul 23, 2009

Berdua dengan Afisha

Salam'alayk

Afisha: "Jar, tadi Mak Cha tanya ko tak datang ke"

hajax: "uhuuu weh ak mintak maaf la sgt3, ak ingat nk jgk gi HTAA tadi lepas balik drpd lawat tempat Motivational Camp tpi mcm tak sempat sebab mengejar Bank Islam plak pastu"

Afisha: "tu la aku dah bagitau Mak Cha ko bz banyak program sket sem ni.. em pastu tdi masa dekat aku nk balik dah, Najibah anak sdare Ayah Chik yg bdk medic kta tu datang

'Eh hajarr..Mak Cha ingat tak datang dah tadi'

Aku tgk Jibah tercengang2 la bila Mak Cha salam n terus peluk dia

"Mak Cha ni Najibah, bukan hajar"

'Eh la mata Mak Cha tak berapa nampak dah, ingatkan hajar'

hajax: "huaaaaa Afisha! cemana ni..rasa bersalah la eden! ok2 insyaAllah esok aku gi"

dan petang semalam..
Alhamdulillah Allah telah memberi sedikit ruang dan kesempatan utk diriku dan Afisha bertandang ke rumah Mak Cha menziarahi Ayie, 7thn yg baru lepas operation Hernia Plasty + dah telah dibenarkan pulang ke rumah ptg itu juga.

Mak Cha ialah ibu saudara kepada Afisha merangkap ibu kepada anak-anak muridku sewaktu aku buat part time mengajar tuisyen kt umah diorg last year. Itupun atas permintaan Mak Cha yg sungguh2 meminta bantuan kerana waktu itu Danial, anak kedua, bakal menghadapi UPSR.

Anak-anak Mak Cha: Madiha,Danial,Hazra'in,Ziyad,Fida'ie aka Ayie, Taye, Rafiq

Kunjungan ke rumah Mak Cha di Taman Sepakat, Sg Isap berlanjutan smpai senja. Dah alang2 solat maghrib teruslah kat situ.

Around 8.20pm kami berhasrat utk pulang tapi disebabkan Mak Cha minta tolong bawa Taye, nama manja utk Aisya Maisara, yg demam + muntah sejak semalam ke klinik kami tak keberatan utk menolak sebab dah rasa mcm family sendiri dah pun. Yelah dah la Ayah Cha takde sini, kt Madinah nun demi melaksanakan tugas sbg Jurutera + Mak Cha plak tak bleh drive huuuu...

Sampai di klinik..
'dah penah datang?'

'dah' aku terus bagi IC Mak Cha

'adik awk ye ni?'

'haah' yakin je aku jawab sebab malas nk memanjangkan cerita

'nama apa ye?'

alamak! sekali kantoi daaa.. aku tak ingat nama penuh Taye haha...pusing ke belakang mencari Afisya

'weh apa nama penuh Taye?'

hahaha dan kami pakat gelak sama2 hehehe

Jam hampir pukul 9mlm lagi 10minit. Aku tgk jam, Afisha tgk aku. haha sama-sama gelisah sebab masing-masing ada meeting pukul 9. Sempat tak ni??
tiba-tiba ada mesej masuk

'Yes meeting aku cancel! fuhhh dah tenang dah..'

'ala jarr aku cemana..takkan nk cancel kot'

'em ko yg organize meeting kan, mesej kt diaorg postpone pkul 9.30 bleh tak, takpun mintak Ashi take over'

dan alhamdulillah selamat tiba di UIA pukul 9.25pm...

Jul 17, 2009

Ishtaq ilaik....

Salama'alayk

Rindu terhadap Bahasa Arab datang lagi..
arghh sukarnya nak diungkapkan dengan kata-kata!

Kecintaan terhadap Bahasa Arab tidak pernah pudar
Itu hakikat.

Sewaktu cuti semester baru-baru ni aku menjengah ke IRSHAD buat seketika. Berjumpa dgn guru-guru,pakcik makcik tukang sapu itu suatu kelaziman yg sukar ditinggalkan jika diri ini pulang ke rumah.

Tak sah laa diriku kalau balik rumah tak pergi IRSHAD sebab nak sampai ke rumah memang akan melalui IRSHAD.

Emm selepas seorang demi seorang guru yg aku temui kini aku tiba di hadapan Ust Nur Azli, guru Bahasa Arab masa aku tingkatan 5 dulu.

Yang tak boleh blahnya, Ust Azli terus speaking Arab tak bagi chance langsung!
huuuu ustaz....bahasa Arab ana dah berkarat dah sekarang ustaz...
faham butir bicara ustaz tu cuma tak dapat nak membalas dgn sepenuhnya dlm arab juga
huaaaaaaaa.....

"Ustazah..saya ingat kalau ada peluang cuti 3 bulan saya nak pergi ambil kursus Bahasa Arab kt Mesir"

"Ustaz, doakan suatu hari nanti ana dpt sambung Bahasa Arab balik ye"

"Kalau nak kena betul-betul planlah hajar"

Lughatul Quran

Lughatul Jannah

Lughatul Arabiah!

ishtaq ilaik jiddan jiddan!


Semoga Allah permudahkan jalan ameeeeeen...

Jul 16, 2009

Tawau's Delights

Salam'alayk
rezeki pemberian Tuhan sewaktu di Negeri di Bawah Bayu =)

Our first lunch set!
price: RM13 (including 4 sup ayam, 4 nasi putih yg memang byk gile tak tipu, 4 air)

Pelbagai rasa ABC!
ABC jagung, ABC kelapa, ABC kelapa-jagung, ABC laici. Setiap satu berharga tidak lebih daripada RM2 =)

Nasi Goreng Payau
Payau = daging rusa
Rm 4.50

hehe sup perut ada, sup daging ada, bakso pun ada

Sanggar Papek
Di Sabah pisang yg digoreng dipanngil Sanggar. Sanggar Papek ni pulak sejenis pisang goreng juga tapi menggunakan pisang yg masih hijau,belum masak.terus goreng dlm minyak cmtu je pastu angkat then kepitkan dia dgn sekuat hati menggunakan sejenis alat ataupun buat la cemanapun asalkan dia jadi kemek,nipis gile. pastu goreng semula dlm kuali.Kuah pencicah dia yg buat sanggar papek ni jadi sedap
nyum nyum Cik Sya suka sungguh ni

Ini namanya "Buras". makanan asli org Bugis Sabah.
ala-ala pulut panggang tapi memang xde rasa pe2, kosong sebab kehebatan Buras ni bergantung kepada rendangnya. Kalau kita sewaktu Hari Raya mesti ada ketupat/lemang org Bugis Sabah pulak diorg mesti ada Buras.

Ini pulak namanya "Brongko" menurut ibu Aida. juga merupakan makanan asli org Bugis Sabah. Brongko ni mcm ala-ala karamel gitu kalau tgk physically sebab dia tak guna tepung, just pisang dgn telur + few ingredients lagi

Kesimpulan:
1) Makanan dekat Sabah memang murah
2) Kami smua kaki makan =P (tolak besi,plastik,kayu je haha)

Jul 6, 2009

Its All About Your Attitude


Salam'alayk

1.Sewaktu di tahun 1 semester kedua,posting di Hospital Tengku Ampuan Afzan...
aku, Asyraf dan K.Effy ditugaskan bersama. Asyraf mendapat arahan drpd staff nurse incharge utk menanggalkan branula di tgn patient kerana tangan beliau sudah bengkak dan kemerah-merahan.Lalu setelah Aysraf mengambil beberapa barangan yg perlu dia bergerak menghampiri pesakit tersebut. Kebetulan aku juga di cubical yg sama kerana sedang memeriksa case note/ file patient. tiba-tiba seorang HO (house officer)lelaki yg kebetulan berada di katil sebelah terus bersuara agak tinggi
'nk buat apa tu?'
'staff nurse order suruh off branula patient, doktor' lembut Asyraf menjawab.
aku terus memerhati gelagat mereka berdua
tanpa memandang wajah Asyraf lagi, doktor pelatih yg kacak bersongkok lulusan sebuah IPT tempatan yg tersohor itu bersuara lagi.. Sinis bunyinya
'pandai ke nak pasang balik??' masih tidak memandang wajah Asyraf walau sekali dan dia terus berlalu..
aku lihat riak tercabar di wajah Asyraf..sebenarnya aku juga turut terkesan dgn kata-kata doktor muda itu sebab itu bukan kali pertama dia bersikap sedemikian..
nak je aku tolong jawab 'kami dah blaja la doktor weh!'
hmmm budi bahasa budaya kita ye?

2. sewaktu di Hospital Temerloh, tahun 2...
'staff nurse, boleh takk hormat sket dekat saya? Saya ni UD41 tau!' seorang doktor pelatih lelaki lulusan luar negara berkata penuh emosi..
'ni doktor, adik2 student nurse yg seluar hijau tu pun U41 kalau doktor nk tau' balas staff nurse..
doktor muda itu terdiam..

3.sewaktu di Hospital Temerloh lagi..
waktu itu staff nurse mnta tolong aku dan kawan-kawan utk hntar beberapa orang patient ke Unit Scope utk menjalani colonoscopy dan OGDS (OGDS= oesophageal gastro duodenal scopy). kebetulan ada beberapa pelajar medic drpd sebuah IPT tempatan posting di wad sama dan ingin turut serta ke Unit Scope juga.
'korang dah tahun berapa dah?' seorang drpd pihak kami bertanya.
'tahun 4 tapi baru praktikal'
'oh kira ni first time la ye?'
'ha'ah baru je. ikut sistem lama, tak mcm UIA. tapi w.pun cmni, kalau kmi tanya bdk medic UIA certain soalan tak semua diorg tahu. nilah kelebihan kami'
erkkk?? o-kay then....

4.waktu itu aku berada di X-ray Department Hospital Temerloh, hntar patient yg diagnosisnya Chronic Cardiac Failure + Sinus Bradycardia utk menjalani Chest X-ray.Di X-ray department terdapat beberapa org pelatih juru x-ray sebuah universiti tempatan sedang menjalani praktikal.Sewaktu menolak patient ke dlm bilik X-ray, pelatih2 juru Xray mula memainkan peranan mereka. Aku di sisi hanya memerhati. Mereka cuba utk mengalihkan patient sewenang-wenangnya tanpa melihat keadaan patient yg sudah mula tercungap-cungap.
'be careful eh. patient ni takleh nk gerak dia byk2 sgt' khabarku kpd mereka
'alah takpe, sekejap je. sekejap je' kata mereka smbil masih bersungguh2 mengalihkan patient aku ke sana ke mari..
haiii tak boleh jadi ni, lalu aku menghadiahkan ayat keramat
'anything can happen within the sekejap-sekejap' aku senyum dan terus mendapatkan patientku
'oh..err ok2..'
lain kali kalau malas nk baca case note patient, tanya kitorg ni patient ni sakit apa cemana2 smua then buat la keja korg..bukan susah pun..

hmmm aku terfikir..
Dr Kamal pun HO jugak, lulusan RCSI (Royal College Surgeon of Ireland) lagi..Dr Izzuan pun apa kurangnya, lulusan Ireland jugak.. Dr Ng Beng Chet, HO lulusan Russia sikit punya friendly smpi boleh bg pnjm stethoscope, join nurses sewaktu passing report..abg juru X-ray yg skrg ni tgh smbung master pun lepak je dgn kitorg siap dok ajar itu dan ini lagi..Dr Naim, Medical Officer sikit punya bagus smbil buat ward round siap boleh mengajar lagi kalau ada apa2 yg kita tak faham or tanya dia. Dr Naim memang best! Mr David, pakar Medical pun bagus tapi....kenapa la yg bwh2 ni selalu mcm ni? kenapa la manusia ni suka sgt nk besar diri?

Its all about your attitude..

5.Sewaktu di Tawau,Allah Allah aku sgt suka dgn pemandu Tawau! Mereka sangatlah bertoleransi.Kalau selalunya bila kita nk lintas jalan kita yg berwaspada tengok kereta,motor smua tapi di Tawau keadaan cukup2 berbeza.Bagus tak bagusnya pemandu Tawau, kereta yg akan berhenti memberi laluan kepada pejalan kaki utk melintas, kiranya org boleh lintas jalan mcm tu jelah tak payah nk risau.Ops aksi melintas jalan dgn sesuka hati ni hanya boleh diaplikasi jika anda berada di Tawau sahaja ya. Kalau kt tempat lain tu...hmm susah kot nk jumpa. Nak kata betapa bertoleransinya pemandu Tawau ni, kalau ada kereta tetiba mencelah pun tanpa bagi signal takdehal punyalah sebab memang diorg akan beri laluan kepada kita.Apatah lagi kalau bagi signal, lagilah senang nk masuk jalan. Aku rasa sebab sikap toleransi ni kot di Tawau terdapat banyak sgt roundabout berbanding traffic light. Daripada sebesar-sebesar roundabout sampai laa sekecil2 roundabout kita boleh jumpa, ada tu yg dia just letak mcm batu penanda ciput ja kt tengah2 hehe pun bole laaa. Traffic light tu boleh kata ada 1-2 cmtu ja..susah la nk jumpa traffic light senang kata.
itulah keunikan Tawau!

hmmm kan bagus kalau pemandu Penang ada sikap toleransi cmtu..ini takk, selagi boleh menyelit dan mencelah hah selagi tulah nk masuk..duhhh memang sakit jiwa jugak la terutama bila kt atas jambatan Pulau Pinang. dah la ada 2 lorong je, kereta banyak jadi berhemah la sket bwk kereta. Dah sah2 nampak kereta tgh slow n jam kt depan boleh lagi nk pecut 140. Hah natijahnya memang accident laa..serve ur right la inchek! tak kira la emergency ke apa tpi use ur mind pls. Allah dh bagi akal yg sempurna utk berfikir, jadi gunalah..
Alhamdulillah mujurlah baru-baru ni dah bertambah 1 lorong, jadi semuanya 3 loronglah kt atas jambatan but still pemandu2 belum ada kesedaran secara menyeluruh..

Its all about your attitude...


6. My great grandmother aka moyang aka toknek jatuh sakit 2-3hari yg lepas. She's almost 90. Em aku perhatikan sikap org2 yg datang berziarah..
- 'dulu masa tgh suap makanan mcm ni la kt arwh anak saya..dok suap mcm nilah'
-'kalau letak makcik ni atas katil sedap la sket. dulu ada la katil kt umah tu yg cikgu tu punya bagi pinjam masa anak saya sakit tpi ada org lain pnjam pulak sat sebab nk guna. Cikgu tu memang suruh tinggal pun kt umah sebab dia kata macam boleh nampak dah makcik ni...'

"Macam boleh nampak dahh..."that lady who throw out these words memang cari pasal! She kept saying those words..ohhh berdesing telinga gue weh!
Kesian la sket kt org sakit..kecik hati org tua tu dia dengar..apa laaa tetamu yg dtg ni. bajet ah nk ckp pun..org tak mengaji sekolah pun bleh fikir daaa

hmmm lagi..tetamu2 yg dtg berziarah ni suka sangat dok bercerita pasal org ni mati org tu mati..kalau bwk pegi hospital jadi mcm nilah, mcm tulah..tambah2 bwk org tua pulak, lagilah nanti doktor dok asyik ambik darah sajalah,kalau yg doktor nmpk mcm takda harapan tu nanti depa ambik darah kita banyak2 utk buat simpan, derma darah la kira..
aku rasa nak jerit je
'woiii aku ni misi keja hospital tau takkkk! aku tau la segala procedure n policy smua'
amboii amboii amboii sesuka hati sesedap rasa oren sunkist mandarin plak hampa nak cakap sembarangan nooo??
adoiii sabar jelah hati!
hampa tu mai melawat org sakit, jadi buat la cara ziarah org sakit. kena tau la adab2 menziarahi org sakit..hadoiiiiaiiii akai ada pikiaq la weh! common sense kot...
hmmm kesian la psychology toknek aku..bertambah sakit lagi ada laa

ada lagi yg tak boleh blah..dok hisap rokok daun la pulak dah..ishhhh rasa nk sumpah jadi sesumpah je! geramnyaa rasa nk tulis kertas sebesar2 alam letak depan pintu rumah,
'SMOKERS ARE NOT ALLOWED'+ lukis logo dilarang merokok besar2! hmmm...

Its all about your ATTITUDE not your APTITUDE that determines your ALTITUDE~

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni