May 28, 2009

Sultan Muhammad al-Fatih

Bagaimana Sultan Muhammad al-Fatih bebaskan Kota Istanbul
by Dato' Husam Musa
Wed | May 27, 09 | 2:57:19 pm MYT
Hari ini, 546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Konstantinapole. Pada ketika ini Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, telah pun berada di Kota Istanbul untuk menghadiri sambutan ulangtahun upacara yang amat bersejarah ini.

Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian.

Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;

a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan
c. Kehendak yang kuat
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta

Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan;

Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;

a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter
b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter
c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal
d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
e. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa

Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.
Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.
Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.

Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik
sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.

Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453, hari tulisan ini dipostkan.
Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah berjalan lama!
Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, se orang anak yang nakal.
Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.
Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau.
Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!

Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal al-Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak.

Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujah bahawa seorang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.

Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa.
Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab.
Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.

Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini.

Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisis. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.
Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;

a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu.

Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapole dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!.

Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah! Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.

b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut.

Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh.

Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.

Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.

c. Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun.

Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih.

Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.
Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.

Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad?

Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.
Sultan Muhammad dapat menganalisis dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.
Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole.
Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda baginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!
Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebuah kenyataan.

Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah.
Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu.
Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti.
Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian
dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad.
Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!

Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur.

Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.

Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!".

Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Pertanyaan seterusnya, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!".

Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!".

Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!

Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul.

Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk Sultan Muhammad.

Pertama, Ahmad 'ibn Ismail Al-Kori:

Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara', tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka. Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur'an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.

Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur'an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa takwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerintah.

Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai Ba'q Shamsuddin. Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad.

Beliau telah menginspirasikan Sultan MUhammad meningkatn aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.

Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.

Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain.

Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerintah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi.

Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai.

Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad al-Fatih.
(source: HarakahDaily.net)

p/s: sekadar tatapan buat perkongsian dan renungan bersama. aku suka baca artikel ni. Allahuakbar, sungguh aku kagum!

May 26, 2009

Busy + Sedih + Letih


Salam'alayk

Hari ini wad sangat busy...sangat, amat, amat, amat! Allahuakbar..
ingatkan syif petang selalunya rilek sket..terlupa plak yg sekarang dah di medical ward K12, no longer in K6-ortho ward.
Nature medical ward memang sentiasa sibuk sebab got a lot of patients with many + different cases huuu mcm tak biasa plak pun bole..
em aku menjaga acute cubical yg kedua hari ini. Selalunya ak akn menjaga acute cubical yg pertama. Nak ubah angin plak hari ni =p
Usually acute cubical yg kedua ni tak banyak la patient yg perlu hourly vital signs monitoring tapi hari ni ada 3 patient aku yg perlukan hourly observations.
Vital signs mean checking the blood pressure,pulse rate,respiratory rate,temperature and level of oxygen saturations.
Acute cubical is the place where chronic patients and those who need higher monitoring or high dependency are placed. I don't know why, here in HOSHAS, we, the IIUM student must in charge of this acute cubical and even the Sister of the ward already told us so. O-kayy..no objection.
Em around 6pm like that, patient of bed 24, P.cik Razalin informed me that he had difficulty in breathing when I passed by his bed. He's already wearing nasal cannula with 3 liter oxygen[nasal cannula= one of the devices to supply oxygen].
His diagnosis is = Chronic Cardiac Failure (CCF) + Sinus Bradychardia. Coincidently, Nanad was just standing at the next bed therefore i asked her to help me to prop up the patient to Semi-Fowler position. Then,i quickly informed the staff nurse in charge, Kak Huda about P.cik Razalin. She asked me to keep monitoring his oxygen level.checked his oxygen level and it was so good and no problem at all.100%. normal level of oxygen saturation in the body = 95%-100%].
But the number appeared in the pulse rate column made me unhappy =( red in colour.ohoo that is not a good sign! 42. brady!
[normal range of pulse rate= 60-100 beat per minute]. it is not so abnormal since patient has sinus brady but it is dangerous! brady case is so serious + dangerous. high monitoring is required.informed the staff nurse again n DR Ng, HO incharge noted. em tried to checked his BP but failed! cannot feel his pulse. Sangat laa slow n sayup2 je bleh rasa huu..asked Manjung student to repeat n the result was still same. try amik BP guna manual pun tak dapat..sampai gi pinjam stethoscope DR Ng! haha..em i left mine at home =(
finally staff nurse tried to do it but also failed..huuu..em MO on-call was called n few mins later, she arrived. Dr Nurul Hana.
Em patient next to P.cik Razalin was P.cik Basuri, bed 25.
Diagnosis: Basal Ganglia Bleeding. his condition was worse than P.cik Razalin actually but he's stable. Half-conscious. Around 4-5 o'clock i'd already done suction on him because there're a lot of mucus in his oral-pharyngeal tract. Accumulation of mucus on oral-pharyngeal can cause airways blockage and will lead to short of breathing.
While I'm buzzing around attending p.Cik Razalin, I already heard the snoring-like sound of P.cik Basuri due to the accumulation of sticky sputum inside his mouth. Inside my head, i'd planned to do suction on him right after P.cik Razalin condition improved a lil bit. Suction is a sterile procedure, done to suck the mucus that block the airways tract. it can be oral,nasal or trachy suction, depends on patient condition n docs ordered.
Em monitored the two of them at the same time, sharing 1 machine but one used the BP cuff n one used the oxygen sensor hehe kenalah kreatif sket.. em bila Dr Nurul Hana pun dah sampai kt P.cik Razalin aku pun trus blah ke katil P.cik Basuri dan...
aku nampak suatu keadaan yg kurang menyedapkan hati..kenapa muka p.cik Basuri dh pucat kuning + bunyi snoring tu dah hilang dri pendengaran? aku pegang tangan dia. Sejuk. Ak cari pulse. none! Allah Allah.. oh my God! aku terus panggil Kak Huda yg masa tu tgh dgn Dr Nurul kt katil P.cik Razalin
aku trus buat suction n as expected memang byk mucus dia. machine BP tu beralih tmpt. P.cik Basuri lebih memerlukan perhatian berbanding P.cik Razalin dan Dr Nurul pun terus attend p.cik BAsuri dan bermulalah situasi yg bertambah2 sibuk..
emergency trolley ditolak, cardiac monitoring was on dan beberapa staff nurse lain yg incharge di cubical bahagian depan berlari2 datang. Emergency + critical situation! senior MO pun dtg after that. Ya Allah tolong..
pantas semua org bagai tahu memainkan peranan masing2. Dr Nurul arahkan aku ambik ambu-bag utk bagging patient. Senior MO [alamak, tak ingt nama plak] pantas intubate patient.Dr Nurul terus buat CPR utk patient dan aku ambil port di kepala katil utk terus bagging patient. bila penat bertukar ganti dgn Che Kasma, student Manjung. CPR pun dilakukan bergilir2 bila masing2 dh kehabisan tenaga, Dr Nurul-staff nurse Haliza-staff nurse Anzah-staff nurse Huda-Che KAsma dan ramai lagi..staff nurse minta aku ganti utk buat CPR tapi ak tak berani ambik risiko sebab aku belum ada lesen CPR lagi, tak pegi CPR course masa last sem sebab kena attend prog lain. nama aku tak naik dlm CPR course tapi naik kt baktisiswa huuu..
em tiada perubahan di cardiac monitoring machine, pulse dropped, BP dropped, oxygen level dropped dan staff nurse Haliza mengarahkan aku get ready utk prepare for LO. [LO=last office=the last procedure that nurse will perform b4 patients 'go forever' atau bahasa mudahnya membersihkan patient + m'kafankan]
aku jadi sebak seketika saat itu sebab bila tiada improvement kt cardiac monitoring machine, maka faham-fahamlah..
terasa sebak sebab he's my patient! i'm in charge of him!tough hajar tough!
bayangkan depan mata kita tgh dok monitor dia, tgh buat suction..recovered just within few mins. Alhamdulillah my recovery process didnt take so much time =)
dan setelah semuanya berusaha dgn gigih dan berhempas pulas, sesungguhnya hanya ALLAH Yang Maha Berkuasa. He knows best. Kun Fa Ya kun.. di cardiac monitoring machine, hanya ada garisan panjang...asystole! Innalillahiwainnahilaihiraji'un...
aku menyudahkan LO bersama Che Kasma sebelum org dri Forensic Department dtg utk mengambil jenazah..
baru terasa nk tengok jam..Allah Allah 8.35pm dah rupanya huuu
em tak bleh blahnya bila p.cik tukang tolak trolley jenazah tu smpai, kmi blum siap lgi buat LO dan pcik menjenguk kami dan terus berkata
'alah buat biasa2 sudah, balik umah nnti nk mandi semula jgk jenazah'
dan tangan dia pun cepat je mencapai hujung kain putih membalut tubuh jenazah
'helloo p.cik!! could u please don't interrupt my job?'
bentak ak dalam hati!
ni bukan soal balik rumah nnti ada mandi jenazah semula ke apa, ni soal tanggungjawab okeyyy..i'm doing my job so please laaa..stay away!
aku tunduk bwh je sebab menahan rasa geram! malas nk tengok muka p.cik tu sebab kang tersembur ayat berbisa lagi beracun + cyanide haaa terasa berdosa seumur hidup plak aku..
sedih dgn sikap p.cik tolak trolley tu huuu =(
w.pun itu hanyalah jasad yg tak bernyawa tpi kta still kena respect wahai p.cik!
em baru nk gerak kemas2 trolley, barang2 smua, patient bed 22 pulak panggil.
Ya Allah she's shivering! checked oxygen, informed staff nurse, checked temperature, OMG! 39 degree celcius..demam teruk!!
'kak Huda, 39!'
'bagi PCM 1g stat!'
lantas aku gi ambik PCM=paracetamol aka panadol dan haruslah menumbuk ubat2 tu dulu sebab nk larutkan dlm air sebab patient tu takleh makan guna mulut, she's on naso-gastric tube huuu tube makan yg masuk kot hidung tuuu..
akhirnya, kuar drpd wad pukul 9.20pm..
pancit!

May 17, 2009

Special Dedication

SELAMAT HARI GURU!!

GURU PEMBINA BANGSA NEGARA

Terima kasih atas segalanya
buat dirimu insan yg bergelar guru
Jasamu dikenang
Baktimu dijulang!

No matter what hour of the day
You were always there for me
Lending your helping hand
To correct my mistakes
To guide me through the journey of life
Hope you have a great day ahead
HAPPY TEACHER'S DAY!

Special dedication to;

My dearest Ustazah Siti Alawiyah Haron-guru pelatih syarahan+ngajar QS f4,f5 yg sempoi+kamceng

Cikgu Norhashimah Ismail - my forever buddy =)

Cikgu Rafidah Husin - my 2nd mom at IRSHAD, bio tchr

Teacher Norlilawati Mohd Noor aka tchr Lela- how can i forget a super woman n a happy-go-lucky tchr like u? english tchr from F1-F3

Cikgu Isfaliza- guru pembimbing team bahas yg sgt memahami

Cikgu Roshidah Abu-my pidato trainer + prefect tchr

Ustazah Norazah Ahmad- my homeroom teacher 2 Al-Farabi

Cikgu Rosini Ahmad- my homeroom teacher 3 Al-Farabi

Cikgu Zainol- very very kind-hearted+generous library tchr, hehe selalu je dok 'pau' ckg time skola dulu =P

Ustazah Zuraini- my sister at IRSHAD

Teacher Normala Zainal Abidin- my english tchr during my primary schl

UStazah Zaidah- my Adab wa Nusus tchr at Kisas hehe w.pun sekejap tapi amat bermakna

Mdm Jannah- my hilarious Physics 2 lecturer at matric =p

and to all my IIUM,Irshadian, SKKTB,tadika KEMAS teachers wherever u are..,
I thank u all so much for everything, for anything!

May Allah bless u all teachers!

p/s: berderet2 plak sambutan mother's day,nurse's day,teacher's day..

May 10, 2009

I Love You Mother

wajah terharu ibunda sewaktu Majlis Graduasi SMKA Al-Irshad 2005
Tribute to My Mother: Pn Azizah Hj Abd Rahman

When I'm lost in the rain,
In your eyes I know I'll find the light
To light my way.
When I'm scared,
Losing ground,
When my world is going crazy,
You can turn it all around.

And when I'm down you're there
- pushing me to the top
You're always there,
giving me all you've got.
For a shield from the storm,
For a friend, for a love
to keep me safe and warm
I turn to you.

For the strength to be strong,
For the will to carry on
For everything you do,
for everything that's true
I turn to you.

When I lose the will to win,
I just reach for you and
I can reach the sky again.
I can do anything
'Cause your love is so amazing,
'Cause your love inspires me.

And when I need a friend,
You're always on my side
Giving me faith
Taking me through the night.
For a shield from the storm,
For a friend, for a love
to keep me safe and warm
I turn to you.

For the strength to be strong,
For the will to carry on
For everything you do,
for everything that's true
I turn to you.

For the arms to be my shelter
through all the rain,
For truth that will never change,
For someone to lean on,
For a heart I can rely on through any day,
For that one who I can run to...
For a shield from the storm,
For a friend, for a love
to keep me safe and warm
I turn to you

For the strength to be strong,
For the will to carry on
For everything you do,
for everything that's true
For everything you do,
for everything that's true
I turn to you...
( I Turn to You; Christina Aguilera)


HAPPY MOTHER'S DAY
I love you so much mom!
I thank you for everything!!
May Allah bless you mother

Rabbighfirli Waliwalidaiya Warhamhuma Kama Rabbayani Soghira
ameeen

May 7, 2009

Sekitar di Kenanga 6

Salam'alayk

hari ni tak keja, public holiday..Hari HOL Pahang =) heaven. yeay!
This week and the following week i'm placing in ward K6, a female orthopaedic ward. Normally female orthopaedic ward is less busy compared to male orthopaedic ward.
On my first day there, we had only 10 patients in the whole ward hola hola bahagia laa haha..naaa actually it's not like that. Lesser patient lesser work = BORING. Why boring? because you'll find nothing to do! ehhh? Is it true?
yelah kadang-kadang bilangan student nurse lebih ramai berbanding patient huuu tu yang bleh jadi sampai tak tau nk buat keja apa dah..
Em sebenarnya ada je keje,carilah. buat-buat sibuk.kemas trolley ke, susun barang ke,cop form ke etc
Pada setiap yg mencari dia pasti akan menemui =)

May 4, 2009
it was my first day in K6. it's been a while since my last time being posted in ortho ward was during last semester. itupun kejap je..mostly kat medical n surgical ward. it takes time to adapt in ortho ward again sebab nk remember a lot of the ortho terms,procedures so on n so forth. So moral of the story; get well prepared before entering ortho ward alright?! em hoho patient tak ramai maaa..dah la kena shif petang pulak tu hari ni. Em usually there'll be less works to do during evening shift. Morning shift is the most super duper busy period! because most of the medical procedures are done in the morning.
em petang dah nk dekat maghrib dah masa tu tiba-tiba ada new admission. DFU case.
DFU = diabetic foot ulcer. and i was asked by the staff nurse in charge, Kak Sham to do the dressing. Dressing means cleaning the wound in medical.
Patient diagnosis: Sepsis secondary to DFU.
after assessing the patient's wound at first, i went to prepare all the equipments needed. disebabkan nampak wound tu kecik je so i think i can handle it by myself sebab Farael dgn K.Ayu, my ward-mates pun pegi rehat masa tu. ops it was a povidone-normal saline dressing. Bila dah start nk cuci semua pastu pusingkan kaki makcik tu, aiyakkkk!! it was the largest diabetic wound i'd ever seen! Allah Allah.. seriously almost 80% of her foot was infected!huu memang nampak la tendon dia, tulang ankle dia yg dah mcm terkulai.. My God! seriously i need an assistant man! Because dressing is a sterile procedure, i need assistant to hold the foot in order to clean the plantar side of the foot. Most of the wound covered her plantar side.Went out to find someone n alhamdulillah luckily Farael just came back. 'El, cepat assist aku jap'dan reaksi El sewaktu melihat wound itu..ngeri!
Tried our best to clean the wound n alhamdulillah we made it. It's an interesting experience for today! like it =) gambar hiasan
ohoho just now my clinical instructor came n got h/work to do huhu
sebab ada sorang patient tu diagnosis dia APO, so kena balik cari la menatang apa APO tu...

May 5,2009
found. APO = acute pulmonary oedema.
Acute pulmonary edema is accumulation of fluid in lung usually because heart left ventricle doesn't pump adequately. It's a common complication of heart disease; most associate with heart failure [source: FreeOnline Medical Dictionary]
em hari ni bilangan patient bertambah. total: 12 orang. masih syif petang huu maka masih tak banyak keja sangat. wanna share something about fluid in the ward, ni yg jarang-jarang dijumpai + jarang digunakan;

.S3 = Sodium Chloride 3%. Will be used in fast correction and during cardiac monitoring.
.M20= Mannitol. it's a diuretic. One of its functions is reducing intracranial pressure.Usually used in emergency situation.

em dlm pukul 5ptg cmtu kena hntar patient g X-ray,sebab dia nk buat operation esok. bedridden patient.
patient diagnosis: Fracture of left femur with intraabdominal injury
dari tingkat 6 tolak katil dgn Farael ke X-ray department di tingkat bawah
supposedly we were the first one but priority is given to the emergency n urgent case first huhu keep waiting..
lama tak lamanya tunggu dalam pukul 7++ baru siap huu
balik ke wad n continue doing works as usual

May 6,2009
wake up. wake up. today is the morning shift. get ready for the busy day hehe
the number of patients is increasing, total: 14.
my routine upon entering the ward, after washing hands i'll go n check the water level of humidifier at every bed in my cubical to ensure the oxygen supply runs well.em well as expected, we had to do dressing to all the patients, hourly observations for several patients, bed making,this and that blablabla
basically dressing will be done after surgeon does the ward round to the entire ward. nak tunggu surgeon datang la yg kadang-kadang jdi masalah huuu sebab kadang2 tetiba ada emergency operation awal pagi etc maka surgeon pun akn terdatang lambat dan lambatlah kami nk start buat dressing.. usually dressing will take about 20-30minutes depends on the wound condition. the worse the wound condition the longer time will be taken to dressing it.
hari ni buat dressing utk 2 org patient, 1st case buat flush normal saline and second buat povidone dressing + swab CNS. CNS = culture and sensitivity. Swab CNS will be done to take any sample of the wound for further investigation like investigate the bacteria exist etc. For this patient, because the wound is in bad condition with the existence of puss, bloody woound, gangrene that's why doctor ordered for swab culture and sensitivity. ops this patient has diabetic wound fyi.
em think that's all for today. apepun memang enjoy n best! peace

Baktisiswa : 1


Sunday 19.04.09
BAKTISISWA NURSING, Sik, Kedah.

Selaku person-in-charge utk transport akulah manusia separa gila bergerak ke sana sini utk memastikan semua peserta baksis mendapat tempat masing-masing hehe poyo je! Credit to Rara, Ecah and kak Effy sebab memainkan peranan dgn sebaiknya! Thanks a lot guys =)
Mengambil-alih tugas Bambukh, my headcom yang tiada sewaktu nk bertolak sebab Bambukh pergi terus ke Sik dari rumahnya di Baling, tried to give my best on that day. Bas dibahagikan kepada A dan B kerana jumlah peserta adalah seramai 64 orang. Malang sekali kami dapat bas persiaran, bukan bas UIA huu..tak tahu kenapa tapi di saat akhir bila ak contact Bro Mokhti,orang admin ofis yg handle bahagian transport, dia bagitahu kami hanya dapat bas persiaran...Whatever..yang penting boleh sampai Sik sudaa
Alhamdulillah setelah segala kelam-kabut sewaktu nak naik bas semua akhirnya bas bergerak dalam pukul 3.30ptg. Waktu bertolak sepatutnya pukul 3.00 petang. Salah seorang daripada peserta, Nizam dah bagitahu aku dia akan naik dekat KL
'jar, kalau korang dah nk gerak dari Kuantan bagitau k. aku nk tunggu kt mana?'
'orait bereh. em ko tunggu kt tol Jalan Duta k'
aku pun bagitau la kat driver
'bang nanti berhenti kt tol Jalan Duta ye, ada lagi sorang nak naik kt sana'
'kita mana lalu sana. ikut Terengganu, Jerangau-Jabor'
ehhhhh?? Jerangau-Jabor??
'eh kenapa tak lalu ikut KL?'
'permit bas ikut Jerangau-Jabor'
muka takde darah, terkedu.. yup permit! adoii laa kenapa aku boleh tak teringat langsung pasal permit. bas persiaran memang ada permit perjalanan sendiri adehhh
cemana niiiii...cabaran besarrr ni huu
lantas aku mengkhabarkan hal ni kepada Mr PM, inchek Jadul [PM=project manager]
hadoii laa semua pun fikir bas ni akan lalu ikut KL
'weh nizam, masalah besar ni. bas ni tak lalu KL dowh'
'apadia??'
ak, afisya n few of friends mengerah kepala otak mencari jalan...tiba-tiba teringat Kayan jugak dtg straight dari umah. Kayan dok kat Yan, Kedah. roger Kayan,
'kayan, weh ada masalah blablabla'
'aku jauh kot drpd stesen bas Alor Setar, em try contact Nuaim. dia kan dok SP'
yes Nuaim!! thanks Kayan! aku terlupa psl Nuaim dok Sungai Petani
'nizam, ko bli tiket bas ke SP, contact Nuaim blablabla'
few hours later
'jar, ak da dapat tiket ke SP'
Alhamdulillah selesai sudah 1 cabaran fuhhh..lega! em rasanya dekat 4 movie kot kitorg tengok sepanjang perjalanan haha layan je..huu bila tetiba terbau sesuatu yg menusuk smpai submucosal layer arghhhh tertekan!
i hate smokers! silent killer..ah benci benci!! hadoii laa signage NO SMOKING terpampang sebesar-besar alam kot dlm bas tu tapi inchek drebar bahagia je dok sedut menatang haram tu, dah la dlm aircond kot adehh agak-agak rr kalau mengantuk punn.. kami pakat dok batuk kuat2 biar dia perasan sket! hmmm em tido bangun tido bangun sedar2 dalam kul 3.30 pagi camtu kami dah smpai depan Masjid Pekan Sik. Maka sambung tidurlah dalam bas beramai-ramai sementara menanti waktu subuh masuk...


thanks Rara,Ecah n K.Effy

May 6, 2009

Nak balik Kuantan huuu

Salam'alayk

huaaa aku la insan yg paling+sangat+amat nak balik ke Kuantan!
sebab
dah lama tinggalkan bilik yg mcm tongkang pecah haha
ye ah lepas finals balik Penang pastu datang balik Kuantan sebab nak urus transport utk baktisiswa then gerak ke Kedah for baksis pastu tak ikut bas terus balik Kuantan sebab singgah umah nk amik PCL pastu terus ke Temerloh...disebabkan ada sket masalah teknikal the next week tu kena balik Penang semula then barulah dpt amik PCL dgn hati yg bahagiaaa yeay! end of the story.fullstop. hehe
ntahpape laaa dok main kot jalan je keje huuu
ingat dekat mcm jalan kaki gi kedai sebelah umah ke haha
what to do...
Wamakaru wamakarallah Wallahu khairal makirin =)

Alhamdulillah ak sempat mencuri ruang utk ke bookfair di PWTC hari tu
dah tau dah kena bwk duit cukup2 je
kalau tak semua buku nk borong kot! hehe
Alhamdulillah finally tak off budget =) suke suke
ak rembat few magazines like Forward, Milenia blablabla
sebab sape suh dia jual yg keluaran lepas2 tu RM2 je, pastu 3 = RM5 plak tu
kalau normal price RM6.50 each sooo tunggu apalagi..
opportunity knocks but once lalala
lagi beli buku Emergency Nursing sebab memang dah plan dari awal dah
nak beli few more buku nursing tapi gile mahal dowh...off budget maa so kena la pegang letak pegang letak buat timbang-tara yg bijak which 1 is the best!
Em lagi beli few books of Tok Guru dan yg paling best beli latest novel HLOVATE; Rooftop Rant! hehe dah survey kt website Jemari Seni dah the night before =p
tak boleh blahnya beli buku Qawaid Bahasa Arab! sebab selepas dok belek sekian lama serius macam best!! hehe ops tu out of plan hehe
em agak terkilan sebab tak sempat gi gerai ALAF 21
huuu nak cari latest novel Ramlee Awang Murshid, MIKHAIL..his novel tak pernah tak best punya uhuk
tapi beli buku banyak2 pun tak baca takde makna jugak kann
banyak gile nk kena habiskan pembacaan b4 start new sem! huuu few buku Kak Rif yg aku pinjam berzaman pun tak habis baca lagi haiilaa nak buat khazanah ke apa cik hajar oiii!
huaaa sebab tu la nk balik Kuantan sebab all those things ada kt sana huu =(
takpe2 insyaAllah weekend ni kita balik Kuantan ye

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni