Salam'alayk
sekadar perkongsian ilmiah bersama..
ak pernah tanya ust yg ngajar Islamic studies dlu, Ust Hasbullah Mohamad, tentang budaya masyarakat kita yg mengamalkan bacaan Yassin pd setiap mlm Jumaat dan tahlil kpd si mati.
Rumusannya, memang tidak ada dalil khusus yg menunjukkan suruhan membaca surah Yasin pd setiap mlm Jumaat. Bahkan sesetengah pendapat menolak terus amalan ini dan tidak kurang juga ada pendapat mengatakan ia Bid'ah [ perkara yg tidak diamalkan Rasulullah, bukan sunnah]. Rasulullah sebaliknya membaca surah Al-Kahfi pada mlm Jumaat. Memandangkan penerimaan dan tahap pemahaman masyarakat yg berbeza, ada pendapat yg mengatakan bahawa amalan ini tidak menjadi kesalahan kerana yelah daripada org tak baca langsung kalam Allah, setidak-tidaknya pada malam Jumaat dia baca surah Yassin. berzikir mengingati Allah secara tidak langsung..lagipun, membaca kalam Allah bukanlah perbuatan yg melanggar syarak.
Berkenaan tahlil pula, ni ak quote drpd email apa ust ckp;
berkenaan kes tahlil, ia lebih kurang sama dgn bacaan yaasin juga. terdapat khilaf dlm masalah ini.
Pendapat 1.
tiada nas yg jelas tentang tahlil, yg ada hanya hadith tentang apabila seseorg itu mati, akan terputus amalannya kecuali daripada 3 gol. iaitu sedekah jariah, ilmu yg bermanfaat dan anak yg soleh sentiasa mendoakan mrk. oleh itu sedekah drp org lain tak sampai kpd simati, disebabkan tiada dalil jelas. bahkan ia dikira bid'ah.
Pendapat 2.
apa salahnya kalu kita sedekah pahala / benda baik kpd sesiapa sahaja, tidak hanya terbatas spt hadith di atas shj. mereka mengemukakan hujah berdasarkan satu hadith...iaitu semasa Nabi saw melalui satu kaw perkuburan, nabi beritau sahabat bahawa org dlm kubur ini diazab kerana dosa tak jaga air kencing ( tak bersih masa ambik wudhuk) dan yg satu lagi dosa mengumpat. maka nabi ambik pelepah tamar yg masih hidup dan pacakkan atas kubur lantas bersabda : ia akan meringankan azab keduanya2 selagimana pelepah tersebut tidak kering ( kerana pohon/ tumbuhan sentiasa bertasbih kpd Allah) so, sebahagian ulama kiaskannya dgn sedekah2 termasuk zikir, bacaan quran dsb, boleh kurangkan azab kubur / beri syafaat kpd simati w/pun bukan ada pertalian darah.
Pendapat terpilih
boleh beramal dengan mana2 pendapat di atas. tetapi yg aulanya kita (siwaris si mati) sendiri menghadiahkan fatihah, tahlil, tersebut kpd kaum kerabat ( ibubapa, dll...) yg mati kerana nas yg jelas. namun kalau dibuat tahlil pun tak mengapa...mudahan2 sampai kpd simati. kalu tak sampai pun ia dikira mendapat pahala utk mrk yg berzikir tersebut. cuma jangan jadikan ia adat atau kewajipan...bila mati mesti buat tahlil. dibimbangi kita ikut agama / cara yg bukan Islam spt kepercayaan Buddha/ Confucius yg percaya kpd tarikh tertentu utk buat sesuatu kpd simati spt hari ke 3, 7, 40, 100 ...dsb. oleh itu, buatlah dengan niat yg betul. jangan terikut2 dek adat masyarakat yg jahil.
wassalam.
No comments:
Post a Comment