Dec 30, 2008

Salam Hijrah 1430

Salam'alayk

Salam Hijrah 1430 to all
new year, new spirit, new strategy, new aims
May Allah make it easy on me ameeen..


Terasa kelainan Awal Muharam kali ini
Sungguh terasa lain! tapi ak xpasti cemana kelainan tu..huuu
Dengan semangat dan tekad yg baru semoga ak terus tegar utk melayari kehidupan yg seterusnya!

Semoga ak istiqamah! insyaAllah..




Dec 21, 2008

Futsol yg sempoi

Salam'alayk

Interbatch-futsal tournament 08 menutup tirai.
Pagi Sabtu 20 Dis 2008 menyaksikan batch penjenayah beraksi di atas court futsal kat dpn Medicine Square =)..main 7 sebelah dan guna sistem kira mata je huhu..
setiap team wajib lawan 3 x je
hehe memang sangat-sangattt tak bleh blah!
enjoy n happening tahap super ah! hehe main cap ayam je...gaya bebas ntahpapa!!
Hasilnya, berkongsi tmpt kedua dgn 1st batch pada mulanya sebab sama mata tpi disebabkn diorg lebih gol sket maka ke tmpt ketiga laa kmi tercampak. Pun bole laa tuu.. =P
Congrats to everyones sbb korg mmg perform abih arr..main gaya ala-ala star kot!
Thanks to our coach also, Meji , for your guidance n everything!
we owe u sensei =)

Mantap ah Yuwi!



Cayalah Kakek =)
Al-aqlu saliim fil jismi saliim =)

New sem begins

Salam'alayk

Semester kedua utk sesi 08/09 bermula secara rasminya w.pun aku dah start 2 minggu awal drpd bdk2 course lain..
MSN 4 Endocrine system + Musculoskeletal system
MSN 5 GIT system + Hepatobilliary system
Community Nursing
Gerontological Nursing
Communicable Disease
RKUDs
Family Management and Parenting Skills

These are the subjects that wait for me for this sem huhu..
InsyaAllah berjuanglah! yeah

Em antara perkara yg menarik minat ak utk dikongsi bersama ialah peristiwa suatu pagi.. hehe mcm gempak je.
Begini..
pagi tu kelas mula pukul 10 so lepak2 ah awal pgi tu, xde la nak rush mana sgt..
suasana pagi tu syahdu je dgn keadaan yg masih gelap lagi..
tetiba seorg sahabat dtg bilik ak dgn keadaan yg tercungap2
"Jaq, emergency ni. emergency."
erk?
ak tgh pakai telekung bru nk solat subuh kot..
"Erm apehalnya ni anje?"
"El dia tak boleh bangun. Sakit kat bahagian belakang kepala. Kepala takleh gerak. Dah nangis2 dah dia"
"Ok tggu tepi blok, lps sy solat kta g hospital"

Alhamdulillah jalan lengang sebab masih awal pagi.
Kami selamat smpi di hospital.
A & E menjadi sasaran
[A&E= accident and emergency]
lepas daftar dan tggu turn utk amik baseline data smua baru laa dpt turn kna gi tunggu depan bilik doc plak..
Almost 45minutes ++ kitorg tggu dpn bilik doc tapi xsampai lagi giliran. walhal masa tu ada dlm 2-3 org patients je. the other 2 pun nmpk tgh menahan sakit yg amat.
Si El makin tak tahan dah dgn sakit yg menjadi2..
dah la result observation yg dibuat ke atas El menyatakan pain score 7. it means that kes ni kena prioritized laa.
[ Pain score scale : 1-10 . 1= less pain, 10= extremely pain ]
hmm apa cite ni..
kesabaran teruji.
tetiba ada seorng yg berpakaian staf hosp berkenaan turut dtg menunggu giliran bersama
tetapi keadaan beliau amatlah berbeza jika ingin dibandingkan dgn 3 org pesakit yg sedia ada termasuklah El.
zahirnya org itu tidak nmpk sakit @ sakitnya tidaklah memerlukan perhatian segera sebagaimana keadaan the other 3. org itu siap boleh bertegur sapa dgn kami lagi..
tup-tup nama beliau dipanggil dahulu.
ehh???
cuba utk husnuzon seterdaya mungkin tapi nmpknya lebih kpd gagal.
apakah disebabkan beliau kakitangan hosp maka beliau diberi keutamaan??
itu 1 persoalan.
dan selepas beliau keluar drpd bilik doc, kami terpaksa menunggu lagi.
penantian yg tiada kesudahan.
di hujung kerusi sana ada seorang pakcik yg kelihatan seperti kakitangan emergency department seperti sedang memandang2 ke arah kami sedari tadi.
mungkin dia dah bleh nmpk aura 'panas' ak dan anje yg mula sekejap bangun dan duduk mengintai2 bilik doc.
at last, nmpknya dia sedang bergerak ke arah kami.
"tumpang tanya Encik, apa masalah ye skrg ni?"
we asked him.
" ni ha doc tak masuk lagi.."
haaaa??
ternganga smpai rasa nk jatuh rahang bawah.
"habis bila doc nk masuk?"
"rasanya pagi ni doc ada exam"
"berapa lama doc exam?"
"sekejap je..1 jam mcm tu"
haaaa??
sekali lagi ak dan anje rasa mcm xpijak tanah dah..silap dengar ke?
"habis tu takkan xde back up or doc yg standy ke?"
"entahlah"

Ya Allah...ak dan anje urut dada.
kmi bertanya El samada nk terus tunggu or how?
lantas keputusan dibuat utk bergerak ke private hosp
gasaklah mahal sket pun..
lepas cancel nama kt registration kitorg trus blah g private hosp

Di sana, within 10-15 minutes El da siap dpt rawatan n jmpa doc smua.
mujurlah kata doc ada hanya ada masalah urat. pelik jugak tapi entahlah sebab ak xmasuk ikut El jmpa doc.
Selesai sudah 1 masalah.

tapi sesungguhnya ak pulang dgn 2 PERSOALAN yg ckup buat ak pening kepale jap kalu fikir..
1. Apakah hanya disebabkan seseorang itu kakitangan di sesebuah tmpt kerja itu maka dia berhak diberi keutamaan?
2. Is that the correct role of an emergency department? apakah erti EMERGENCY?

Sungguh ak sangattt222 tak paham dan keliru..

Dec 6, 2008

Cuti-cuti Malaysia : MELAKA

Salam'alayk
Alhamdulillah akhirnya bumi Melaka berjaya ku jejaki setelah sekian lama..hehe
last minute plan!
30.11.08 - 2.12.08
w.pun di saat2 akhir ada hal yg tiba2 berlaku tapi memandangkan teman2 ak dh excited sangat nk jalan2 cari pasal gi Melaka sampaikan ada yg sanggup cancel tiket balik kg..huu..maka ak sangatlah rasa ralat kalau x dpt memenuhi harapan mereka itu. perjalanan ke Melaka bermula pd petang ahad selepas asar.. Smpai Melaka dkt2 kol 8.30mlm cmtu laa lebih kurang..
ops tempat penginapan kt rumah seorg saudara classmate aku..hehe..Jijan! mekaseh ye tumpangkan kitorg kt umah Mak Teh ko.. 1st class resort in the world! heee..
bestnya dapat pusing2 Melaka!! En. Jijan bertindak sebagai pemandu pelancong kami haha..
da beza sgt bandar Melaka masa ak dtg dulu ngan skrg huhu..
sangat3 beza huhu..ye ah da berapa lama da kott..haha the journey of 4 of us + 1 Mr Jijan begins..

Malacca, here we come!








Melaka River Cruise. best!!!

Senpai! =P

baaisl

Dec 5, 2008

Life is full of surprises!

Salam'alayk

We never expect something to be happened but all of sudden it happens without any signal, without any delay for even 1 second.. As Allah says so, then it will be..
Life is unexpected
Life is unpredictable
Life is full of surprises!
thats how life is all about..
TAQDIR. thats the right word.
Praise be to Allah. Everything is in HIS hand..

Segala yg berlaku dlm hidup kita adalah ketentuan Allah yg telah tersurat. Kalau kita kaji dan teliti, memang banyak sangat kejutan yg berlaku dalam hidup kita.. kejutan-kejutan yg adakalanya tak terduga dek akal fikiran.. jauhhh di luar jangkauan pemikiran makhluk homo sapiens yg sememangnya terhad ni.. kejutan2 yg datangnya tidak kira masa dan di kala kita memang tidak bersedia utk menerima apatah lagi menghadapinya..tapi.. siapa kita untuk menidakkan taqdir yg berlaku? yang bakal berlaku?

Sebagai contoh, kejutan seperti berita kehilangan.. tak kesah laa kehilangan apa sekalipun, samada kehilangan yg bersifat sementara atau selamanya.. Suka saya mengambil contoh kehilangan orang yg tersayang, orang yg paling hampir dan dekat dgn kita.
Siapa yg tidak sedih? kucing hilang anak pun dah macam nk gila mak kucing tu meraung2 cari anak dia..inikan pula manusia yg fitrahnya penuh dgn kasih sayang..
MEmang dan memang kesedihan, kepiluan dan kehibaan akan melanda diri saat mendapat berita mengenai kehilangan orang tersayang..
Terasa dunia ini gelap buat seketika. Terasa dunia ini bakal menuju ke penghujungnya.. dan bermacam2 rasa lagi laa..
Bersedih itu tidak salah kerana itu memang fitrah insan bernama manusia dan sememangnya hak kita untuk bersedih atas insiden yg tak terduga berlaku. Namun, janganlah dibiarkan kesedihan menguasai diri berlama-lama sehingga menjejaskan perjalanan hidup.
Whatever happens, life must go on!
Kita perlu bangkit, keluar daripada kepompong kesedihan untuk meneruskan perjuangan yg seterusnya! Andai kita terus diselubungi kesedihan melampau, terus-menerus bermuram-durja kelak ia hanya merosakkan diri sendiri..
Look forward and move on.
Andaikata kita kata kitalah yg paling malang, paling teruk tatkala diuji begini tidakkah pernah terlintas di minda bahawa di luar sana terdapat insan2 yg lebih teruk nasibnya berbanding kita? Saudara-saudara seakidah di Palestin umpamanya..kehilangan insan tersayang di hadapan mata bukanlah lagi merupakan suatu perkara luar biasa..tambah memilukan kehilangan mereka dalam keadaan yg amat menyayat hati..

Sesungguhnya Allah tidak pernah membebani hambaNYA melainkan sesuai dgn kesanggupannya.. Memandangkan Allah lebih mengetahui bahawa kita layak dan kuat utk diuji sedemikian rupa maka didatangkan kejutan2 yg tak terduga itu. We need to find the internal strength that we already have! we have it actually..Yes, we have it..
There must be a reason behind all those things that happened.
Mungkin sekarang kita masih tidak nampak akan hikmahnya tetapi percayalah segala persoalan akan terjawab bila kita menjumpai hikmahnya from time to time..
Find the hikmah!

Be strong + bersangka baiklah dgn Allah kerana sesungguhnya DIA mengetahui apa yg tidak kita ketahui..

Verily after each difficulty there's a relief.. Yakinlah dgn janjiNYA!

Kitakan hamba

Perkongsian ilmiah; KHILAF

Salam'alayk

sekadar perkongsian ilmiah bersama..

ak pernah tanya ust yg ngajar Islamic studies dlu, Ust Hasbullah Mohamad, tentang budaya masyarakat kita yg mengamalkan bacaan Yassin pd setiap mlm Jumaat dan tahlil kpd si mati.

Rumusannya, memang tidak ada dalil khusus yg menunjukkan suruhan membaca surah Yasin pd setiap mlm Jumaat. Bahkan sesetengah pendapat menolak terus amalan ini dan tidak kurang juga ada pendapat mengatakan ia Bid'ah [ perkara yg tidak diamalkan Rasulullah, bukan sunnah]. Rasulullah sebaliknya membaca surah Al-Kahfi pada mlm Jumaat. Memandangkan penerimaan dan tahap pemahaman masyarakat yg berbeza, ada pendapat yg mengatakan bahawa amalan ini tidak menjadi kesalahan kerana yelah daripada org tak baca langsung kalam Allah, setidak-tidaknya pada malam Jumaat dia baca surah Yassin. berzikir mengingati Allah secara tidak langsung..lagipun, membaca kalam Allah bukanlah perbuatan yg melanggar syarak.

Berkenaan tahlil pula, ni ak quote drpd email apa ust ckp;

berkenaan kes tahlil, ia lebih kurang sama dgn bacaan yaasin juga. terdapat khilaf dlm masalah ini.
Pendapat 1.
tiada nas yg jelas tentang tahlil, yg ada hanya hadith tentang apabila seseorg itu mati, akan terputus amalannya kecuali daripada 3 gol. iaitu sedekah jariah, ilmu yg bermanfaat dan anak yg soleh sentiasa mendoakan mrk. oleh itu sedekah drp org lain tak sampai kpd simati, disebabkan tiada dalil jelas. bahkan ia dikira bid'ah.

Pendapat 2.
apa salahnya kalu kita sedekah pahala / benda baik kpd sesiapa sahaja, tidak hanya terbatas spt hadith di atas shj. mereka mengemukakan hujah berdasarkan satu hadith...iaitu semasa Nabi saw melalui satu kaw perkuburan, nabi beritau sahabat bahawa org dlm kubur ini diazab kerana dosa tak jaga air kencing ( tak bersih masa ambik wudhuk) dan yg satu lagi dosa mengumpat. maka nabi ambik pelepah tamar yg masih hidup dan pacakkan atas kubur lantas bersabda : ia akan meringankan azab keduanya2 selagimana pelepah tersebut tidak kering ( kerana pohon/ tumbuhan sentiasa bertasbih kpd Allah) so, sebahagian ulama kiaskannya dgn sedekah2 termasuk zikir, bacaan quran dsb, boleh kurangkan azab kubur / beri syafaat kpd simati w/pun bukan ada pertalian darah.

Pendapat terpilih
boleh beramal dengan mana2 pendapat di atas. tetapi yg aulanya kita (siwaris si mati) sendiri menghadiahkan fatihah, tahlil, tersebut kpd kaum kerabat ( ibubapa, dll...) yg mati kerana nas yg jelas. namun kalau dibuat tahlil pun tak mengapa...mudahan2 sampai kpd simati. kalu tak sampai pun ia dikira mendapat pahala utk mrk yg berzikir tersebut. cuma jangan jadikan ia adat atau kewajipan...bila mati mesti buat tahlil. dibimbangi kita ikut agama / cara yg bukan Islam spt kepercayaan Buddha/ Confucius yg percaya kpd tarikh tertentu utk buat sesuatu kpd simati spt hari ke 3, 7, 40, 100 ...dsb. oleh itu, buatlah dengan niat yg betul. jangan terikut2 dek adat masyarakat yg jahil.


wassalam.

Alhamdulillah

thurs, Dec 4, 2008. 10am
Salam'alayk

Alhamdulillah akhirnya ak selamat tiba di rumah maghrib semalam..
w.pun sangat letih sbb drive seharian dri Melaka tetapi ku gagahkan jua utk layan internet jap smlm..hehe lama dh kot xjmpa internet source.
Masuk OJT kt Temerloh, trus terputus hubungan sket haha..pun bole..

Alhamdulillah OJT utk sem ni dah selesai..
Being posted in the surgical male ward and female orthopaedic ward at Temerloh really creates a memorable experience for me! yeah suka sgttt..hehe jatuh chenta jap kt HOSHAS - Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, sbb almost all equipments needed available + the staffs there are very friendly! The environment there is so condusive!
HOSHAS, we'll meet again next year insyaAllah!

Result final dah release..
Alhamdulillah result kali ni merupakan result terbaik ak penah dapat!!
syukurr yg amat sangat.. memang Allah tolong banyak laa..
Thank YOU ALLAH!

huhu ak nk cite lagi..nk post entry lagi.tapi sangat3 tak bleh blah dah ni...
rasa badan masih letih lagi..
tu laa nk sgt g travel lagi haha..
tpi seriously dah ada rupa mcm mayat hidup kot! haha nk qadha tido sket lagi..huhu


till then
wasalam

Dec 4, 2008

Al-Fatihah

Salam'alayk

takziah dan al-fatihah untuk arwah ayah kepada seorang sahabat saya yg telah selamat kembali ke Rahmatullah beberapa hari yg lalu..Pakcik Razali Ismail.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya.
Walaupun saya tdk pernah mengenali arwah in person tpi saya pernah berbual dgn arwah melalui telefon suatu masa dahulu.
Arwah Pakcik Razali yg saya kenali seorang yg amat baik dan spoting abis!
semoga segala ilmu yg dicurahkan bermanfaat utk seluruh ummah ameeen..
Ya Allah ampunkan segala dosa arwah
Ya Allah tempatkan arwah dalam kalangan org yg beriman
Ya Allah sediakan tempat utk arwah di dlm syurga sana
Ya Allah jauhkan arwah drpd azab api neraka

Ameen Ya Rabbal a'lamiin..

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni