Dec 30, 2008

Salam Hijrah 1430

Salam'alayk

Salam Hijrah 1430 to all
new year, new spirit, new strategy, new aims
May Allah make it easy on me ameeen..


Terasa kelainan Awal Muharam kali ini
Sungguh terasa lain! tapi ak xpasti cemana kelainan tu..huuu
Dengan semangat dan tekad yg baru semoga ak terus tegar utk melayari kehidupan yg seterusnya!

Semoga ak istiqamah! insyaAllah..




Dec 21, 2008

Futsol yg sempoi

Salam'alayk

Interbatch-futsal tournament 08 menutup tirai.
Pagi Sabtu 20 Dis 2008 menyaksikan batch penjenayah beraksi di atas court futsal kat dpn Medicine Square =)..main 7 sebelah dan guna sistem kira mata je huhu..
setiap team wajib lawan 3 x je
hehe memang sangat-sangattt tak bleh blah!
enjoy n happening tahap super ah! hehe main cap ayam je...gaya bebas ntahpapa!!
Hasilnya, berkongsi tmpt kedua dgn 1st batch pada mulanya sebab sama mata tpi disebabkn diorg lebih gol sket maka ke tmpt ketiga laa kmi tercampak. Pun bole laa tuu.. =P
Congrats to everyones sbb korg mmg perform abih arr..main gaya ala-ala star kot!
Thanks to our coach also, Meji , for your guidance n everything!
we owe u sensei =)

Mantap ah Yuwi!



Cayalah Kakek =)
Al-aqlu saliim fil jismi saliim =)

New sem begins

Salam'alayk

Semester kedua utk sesi 08/09 bermula secara rasminya w.pun aku dah start 2 minggu awal drpd bdk2 course lain..
MSN 4 Endocrine system + Musculoskeletal system
MSN 5 GIT system + Hepatobilliary system
Community Nursing
Gerontological Nursing
Communicable Disease
RKUDs
Family Management and Parenting Skills

These are the subjects that wait for me for this sem huhu..
InsyaAllah berjuanglah! yeah

Em antara perkara yg menarik minat ak utk dikongsi bersama ialah peristiwa suatu pagi.. hehe mcm gempak je.
Begini..
pagi tu kelas mula pukul 10 so lepak2 ah awal pgi tu, xde la nak rush mana sgt..
suasana pagi tu syahdu je dgn keadaan yg masih gelap lagi..
tetiba seorg sahabat dtg bilik ak dgn keadaan yg tercungap2
"Jaq, emergency ni. emergency."
erk?
ak tgh pakai telekung bru nk solat subuh kot..
"Erm apehalnya ni anje?"
"El dia tak boleh bangun. Sakit kat bahagian belakang kepala. Kepala takleh gerak. Dah nangis2 dah dia"
"Ok tggu tepi blok, lps sy solat kta g hospital"

Alhamdulillah jalan lengang sebab masih awal pagi.
Kami selamat smpi di hospital.
A & E menjadi sasaran
[A&E= accident and emergency]
lepas daftar dan tggu turn utk amik baseline data smua baru laa dpt turn kna gi tunggu depan bilik doc plak..
Almost 45minutes ++ kitorg tggu dpn bilik doc tapi xsampai lagi giliran. walhal masa tu ada dlm 2-3 org patients je. the other 2 pun nmpk tgh menahan sakit yg amat.
Si El makin tak tahan dah dgn sakit yg menjadi2..
dah la result observation yg dibuat ke atas El menyatakan pain score 7. it means that kes ni kena prioritized laa.
[ Pain score scale : 1-10 . 1= less pain, 10= extremely pain ]
hmm apa cite ni..
kesabaran teruji.
tetiba ada seorng yg berpakaian staf hosp berkenaan turut dtg menunggu giliran bersama
tetapi keadaan beliau amatlah berbeza jika ingin dibandingkan dgn 3 org pesakit yg sedia ada termasuklah El.
zahirnya org itu tidak nmpk sakit @ sakitnya tidaklah memerlukan perhatian segera sebagaimana keadaan the other 3. org itu siap boleh bertegur sapa dgn kami lagi..
tup-tup nama beliau dipanggil dahulu.
ehh???
cuba utk husnuzon seterdaya mungkin tapi nmpknya lebih kpd gagal.
apakah disebabkan beliau kakitangan hosp maka beliau diberi keutamaan??
itu 1 persoalan.
dan selepas beliau keluar drpd bilik doc, kami terpaksa menunggu lagi.
penantian yg tiada kesudahan.
di hujung kerusi sana ada seorang pakcik yg kelihatan seperti kakitangan emergency department seperti sedang memandang2 ke arah kami sedari tadi.
mungkin dia dah bleh nmpk aura 'panas' ak dan anje yg mula sekejap bangun dan duduk mengintai2 bilik doc.
at last, nmpknya dia sedang bergerak ke arah kami.
"tumpang tanya Encik, apa masalah ye skrg ni?"
we asked him.
" ni ha doc tak masuk lagi.."
haaaa??
ternganga smpai rasa nk jatuh rahang bawah.
"habis bila doc nk masuk?"
"rasanya pagi ni doc ada exam"
"berapa lama doc exam?"
"sekejap je..1 jam mcm tu"
haaaa??
sekali lagi ak dan anje rasa mcm xpijak tanah dah..silap dengar ke?
"habis tu takkan xde back up or doc yg standy ke?"
"entahlah"

Ya Allah...ak dan anje urut dada.
kmi bertanya El samada nk terus tunggu or how?
lantas keputusan dibuat utk bergerak ke private hosp
gasaklah mahal sket pun..
lepas cancel nama kt registration kitorg trus blah g private hosp

Di sana, within 10-15 minutes El da siap dpt rawatan n jmpa doc smua.
mujurlah kata doc ada hanya ada masalah urat. pelik jugak tapi entahlah sebab ak xmasuk ikut El jmpa doc.
Selesai sudah 1 masalah.

tapi sesungguhnya ak pulang dgn 2 PERSOALAN yg ckup buat ak pening kepale jap kalu fikir..
1. Apakah hanya disebabkan seseorang itu kakitangan di sesebuah tmpt kerja itu maka dia berhak diberi keutamaan?
2. Is that the correct role of an emergency department? apakah erti EMERGENCY?

Sungguh ak sangattt222 tak paham dan keliru..

Dec 6, 2008

Cuti-cuti Malaysia : MELAKA

Salam'alayk
Alhamdulillah akhirnya bumi Melaka berjaya ku jejaki setelah sekian lama..hehe
last minute plan!
30.11.08 - 2.12.08
w.pun di saat2 akhir ada hal yg tiba2 berlaku tapi memandangkan teman2 ak dh excited sangat nk jalan2 cari pasal gi Melaka sampaikan ada yg sanggup cancel tiket balik kg..huu..maka ak sangatlah rasa ralat kalau x dpt memenuhi harapan mereka itu. perjalanan ke Melaka bermula pd petang ahad selepas asar.. Smpai Melaka dkt2 kol 8.30mlm cmtu laa lebih kurang..
ops tempat penginapan kt rumah seorg saudara classmate aku..hehe..Jijan! mekaseh ye tumpangkan kitorg kt umah Mak Teh ko.. 1st class resort in the world! heee..
bestnya dapat pusing2 Melaka!! En. Jijan bertindak sebagai pemandu pelancong kami haha..
da beza sgt bandar Melaka masa ak dtg dulu ngan skrg huhu..
sangat3 beza huhu..ye ah da berapa lama da kott..haha the journey of 4 of us + 1 Mr Jijan begins..

Malacca, here we come!








Melaka River Cruise. best!!!

Senpai! =P

baaisl

Dec 5, 2008

Life is full of surprises!

Salam'alayk

We never expect something to be happened but all of sudden it happens without any signal, without any delay for even 1 second.. As Allah says so, then it will be..
Life is unexpected
Life is unpredictable
Life is full of surprises!
thats how life is all about..
TAQDIR. thats the right word.
Praise be to Allah. Everything is in HIS hand..

Segala yg berlaku dlm hidup kita adalah ketentuan Allah yg telah tersurat. Kalau kita kaji dan teliti, memang banyak sangat kejutan yg berlaku dalam hidup kita.. kejutan-kejutan yg adakalanya tak terduga dek akal fikiran.. jauhhh di luar jangkauan pemikiran makhluk homo sapiens yg sememangnya terhad ni.. kejutan2 yg datangnya tidak kira masa dan di kala kita memang tidak bersedia utk menerima apatah lagi menghadapinya..tapi.. siapa kita untuk menidakkan taqdir yg berlaku? yang bakal berlaku?

Sebagai contoh, kejutan seperti berita kehilangan.. tak kesah laa kehilangan apa sekalipun, samada kehilangan yg bersifat sementara atau selamanya.. Suka saya mengambil contoh kehilangan orang yg tersayang, orang yg paling hampir dan dekat dgn kita.
Siapa yg tidak sedih? kucing hilang anak pun dah macam nk gila mak kucing tu meraung2 cari anak dia..inikan pula manusia yg fitrahnya penuh dgn kasih sayang..
MEmang dan memang kesedihan, kepiluan dan kehibaan akan melanda diri saat mendapat berita mengenai kehilangan orang tersayang..
Terasa dunia ini gelap buat seketika. Terasa dunia ini bakal menuju ke penghujungnya.. dan bermacam2 rasa lagi laa..
Bersedih itu tidak salah kerana itu memang fitrah insan bernama manusia dan sememangnya hak kita untuk bersedih atas insiden yg tak terduga berlaku. Namun, janganlah dibiarkan kesedihan menguasai diri berlama-lama sehingga menjejaskan perjalanan hidup.
Whatever happens, life must go on!
Kita perlu bangkit, keluar daripada kepompong kesedihan untuk meneruskan perjuangan yg seterusnya! Andai kita terus diselubungi kesedihan melampau, terus-menerus bermuram-durja kelak ia hanya merosakkan diri sendiri..
Look forward and move on.
Andaikata kita kata kitalah yg paling malang, paling teruk tatkala diuji begini tidakkah pernah terlintas di minda bahawa di luar sana terdapat insan2 yg lebih teruk nasibnya berbanding kita? Saudara-saudara seakidah di Palestin umpamanya..kehilangan insan tersayang di hadapan mata bukanlah lagi merupakan suatu perkara luar biasa..tambah memilukan kehilangan mereka dalam keadaan yg amat menyayat hati..

Sesungguhnya Allah tidak pernah membebani hambaNYA melainkan sesuai dgn kesanggupannya.. Memandangkan Allah lebih mengetahui bahawa kita layak dan kuat utk diuji sedemikian rupa maka didatangkan kejutan2 yg tak terduga itu. We need to find the internal strength that we already have! we have it actually..Yes, we have it..
There must be a reason behind all those things that happened.
Mungkin sekarang kita masih tidak nampak akan hikmahnya tetapi percayalah segala persoalan akan terjawab bila kita menjumpai hikmahnya from time to time..
Find the hikmah!

Be strong + bersangka baiklah dgn Allah kerana sesungguhnya DIA mengetahui apa yg tidak kita ketahui..

Verily after each difficulty there's a relief.. Yakinlah dgn janjiNYA!

Kitakan hamba

Perkongsian ilmiah; KHILAF

Salam'alayk

sekadar perkongsian ilmiah bersama..

ak pernah tanya ust yg ngajar Islamic studies dlu, Ust Hasbullah Mohamad, tentang budaya masyarakat kita yg mengamalkan bacaan Yassin pd setiap mlm Jumaat dan tahlil kpd si mati.

Rumusannya, memang tidak ada dalil khusus yg menunjukkan suruhan membaca surah Yasin pd setiap mlm Jumaat. Bahkan sesetengah pendapat menolak terus amalan ini dan tidak kurang juga ada pendapat mengatakan ia Bid'ah [ perkara yg tidak diamalkan Rasulullah, bukan sunnah]. Rasulullah sebaliknya membaca surah Al-Kahfi pada mlm Jumaat. Memandangkan penerimaan dan tahap pemahaman masyarakat yg berbeza, ada pendapat yg mengatakan bahawa amalan ini tidak menjadi kesalahan kerana yelah daripada org tak baca langsung kalam Allah, setidak-tidaknya pada malam Jumaat dia baca surah Yassin. berzikir mengingati Allah secara tidak langsung..lagipun, membaca kalam Allah bukanlah perbuatan yg melanggar syarak.

Berkenaan tahlil pula, ni ak quote drpd email apa ust ckp;

berkenaan kes tahlil, ia lebih kurang sama dgn bacaan yaasin juga. terdapat khilaf dlm masalah ini.
Pendapat 1.
tiada nas yg jelas tentang tahlil, yg ada hanya hadith tentang apabila seseorg itu mati, akan terputus amalannya kecuali daripada 3 gol. iaitu sedekah jariah, ilmu yg bermanfaat dan anak yg soleh sentiasa mendoakan mrk. oleh itu sedekah drp org lain tak sampai kpd simati, disebabkan tiada dalil jelas. bahkan ia dikira bid'ah.

Pendapat 2.
apa salahnya kalu kita sedekah pahala / benda baik kpd sesiapa sahaja, tidak hanya terbatas spt hadith di atas shj. mereka mengemukakan hujah berdasarkan satu hadith...iaitu semasa Nabi saw melalui satu kaw perkuburan, nabi beritau sahabat bahawa org dlm kubur ini diazab kerana dosa tak jaga air kencing ( tak bersih masa ambik wudhuk) dan yg satu lagi dosa mengumpat. maka nabi ambik pelepah tamar yg masih hidup dan pacakkan atas kubur lantas bersabda : ia akan meringankan azab keduanya2 selagimana pelepah tersebut tidak kering ( kerana pohon/ tumbuhan sentiasa bertasbih kpd Allah) so, sebahagian ulama kiaskannya dgn sedekah2 termasuk zikir, bacaan quran dsb, boleh kurangkan azab kubur / beri syafaat kpd simati w/pun bukan ada pertalian darah.

Pendapat terpilih
boleh beramal dengan mana2 pendapat di atas. tetapi yg aulanya kita (siwaris si mati) sendiri menghadiahkan fatihah, tahlil, tersebut kpd kaum kerabat ( ibubapa, dll...) yg mati kerana nas yg jelas. namun kalau dibuat tahlil pun tak mengapa...mudahan2 sampai kpd simati. kalu tak sampai pun ia dikira mendapat pahala utk mrk yg berzikir tersebut. cuma jangan jadikan ia adat atau kewajipan...bila mati mesti buat tahlil. dibimbangi kita ikut agama / cara yg bukan Islam spt kepercayaan Buddha/ Confucius yg percaya kpd tarikh tertentu utk buat sesuatu kpd simati spt hari ke 3, 7, 40, 100 ...dsb. oleh itu, buatlah dengan niat yg betul. jangan terikut2 dek adat masyarakat yg jahil.


wassalam.

Alhamdulillah

thurs, Dec 4, 2008. 10am
Salam'alayk

Alhamdulillah akhirnya ak selamat tiba di rumah maghrib semalam..
w.pun sangat letih sbb drive seharian dri Melaka tetapi ku gagahkan jua utk layan internet jap smlm..hehe lama dh kot xjmpa internet source.
Masuk OJT kt Temerloh, trus terputus hubungan sket haha..pun bole..

Alhamdulillah OJT utk sem ni dah selesai..
Being posted in the surgical male ward and female orthopaedic ward at Temerloh really creates a memorable experience for me! yeah suka sgttt..hehe jatuh chenta jap kt HOSHAS - Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, sbb almost all equipments needed available + the staffs there are very friendly! The environment there is so condusive!
HOSHAS, we'll meet again next year insyaAllah!

Result final dah release..
Alhamdulillah result kali ni merupakan result terbaik ak penah dapat!!
syukurr yg amat sangat.. memang Allah tolong banyak laa..
Thank YOU ALLAH!

huhu ak nk cite lagi..nk post entry lagi.tapi sangat3 tak bleh blah dah ni...
rasa badan masih letih lagi..
tu laa nk sgt g travel lagi haha..
tpi seriously dah ada rupa mcm mayat hidup kot! haha nk qadha tido sket lagi..huhu


till then
wasalam

Dec 4, 2008

Al-Fatihah

Salam'alayk

takziah dan al-fatihah untuk arwah ayah kepada seorang sahabat saya yg telah selamat kembali ke Rahmatullah beberapa hari yg lalu..Pakcik Razali Ismail.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya.
Walaupun saya tdk pernah mengenali arwah in person tpi saya pernah berbual dgn arwah melalui telefon suatu masa dahulu.
Arwah Pakcik Razali yg saya kenali seorang yg amat baik dan spoting abis!
semoga segala ilmu yg dicurahkan bermanfaat utk seluruh ummah ameeen..
Ya Allah ampunkan segala dosa arwah
Ya Allah tempatkan arwah dalam kalangan org yg beriman
Ya Allah sediakan tempat utk arwah di dlm syurga sana
Ya Allah jauhkan arwah drpd azab api neraka

Ameen Ya Rabbal a'lamiin..

Nov 16, 2008

How do you feel...?

Salam'alayk

People! lets crack our mind for a second... hehee..
How do you feel when people talk something totally wrong about you??
walla..soalan cepu cemas!
em nak2 pulak the way that people ckp tu seolah2 dia kenal kita abih arr konon..
plus bila kita nk defend, tak diberi ruang plak..hoho ni bleh jadi debat piala tak tau apa nk ckp ni! haha..
wohoo panas gak tu! mau berasap gak kalu lama2 cenggitu beb! huhu..

hmm kenapa harus ada makhluk sebegitu hah?
ke kita ni yg ada silap kt memana..?
Boleh ke hah kta nk ckp lebih2 to someone that we don't really know + nk hukum org cenggitu? uhuk..
oh hebatnya kita kalu dgn mudah kta bleh menilai dan menghukum org dgn hal yg tak betul=tak benar=salah..
bukan ke Islam mengajar umatnya agar bersangka baik [ husnuzon ] terhadap 1 sama lain?
huuu..
selemah2 + serendah2 tahap ukhwah itu adalah bersangka baik.

ak pening kepala + bleh jadi gila laa kalu terjebak dgn masalah cenggini..
yelah cuba bayangkan org lain dok nk pertahan stand dia gak say this n that but the truth is 1 habuk menatang apa pun kita xpenah kenal dia..contoh laa..and that person claim that dia kenal kita very well + silap2 dia bleh kalih cerita kata kita plak xknal dia very well..
kepala hotak! tak ke gila namanya tuu?? hailaaa..masalah luar alam btol! kalau ak la, rasa nk tembak dgn machine gun je kot org tu! haha..

andaikata hal mcm ni berlaku, bleh nmpk laa bahawa sesebuah ukhwah tu gagal laa + tak mampu terbina bila mana tahap yg paling rendah sekali pun tak tercapai.. [ husnuzon ].. from my point of view laa..

em ke sebenarnya Allah sengaja datangkan hal mcm tu utk uji kita?
sejauh mana kita mampu sabar + be husnuzon + everything..
+ nk bagitau kt kita kt dunia luar sana nun ada mcm2 jenis manusia lagi yg bakal kita jumpa.. + nk bagitau kt kita jalan dakwah ni sgt la bukan semudah yg disangka..
hmhm tepuk dada tanya IMAn =)
Sesungguhnya percaturan Allah amatlah hebat dan tak terjangkau dek pemikiran hamba2 Nya!

ak rse the best remedy is berlapang dada..+ sabar..
boleh jadi gile + perang dunia ketiga kot kalau nk balah dgn org xpaham bahasa cenggitu..
buat semak+serabut pale otak je nk fikir benda2 picisan cmni kot! haha..huhu nauzubillah.. panas mmg mngkin panas laa bila org ckp sesuatu yg memang kita xbuat, ye x?
tpi kita kna kawal diri kta dgn sebaiknya laa.. biarkan 'kepanasan' itu berlalu bersama angin yg lalu!huhu berusahalah! yeah =p

Jangan kecil hati andai diri tidak dihargai. Berlapang dada dan berbaik sangkalah!


kitakan hamba =)

baaisl

Nov 14, 2008

Picnic!




Salam'alayk

12.11.08. Wednesday.8.30am

Lets go to picnic!
a decision was made..haha semua org excited gile nk g picnic.
ntah cemana idea best+mantap ni bleh terkeluar heee... tpi itulah hakikat yg berlaku kpd insan-insan yg belum pulang bercuti sebagaimana org lain yg telah selamat pulang ke kg halaman masing2. xpe2, jom kita bg reward kt diri setelah selesai finals ni..
hehe..
best.best.best! seronok tahap super ah!no exact word to describe la actually haha.. Ya Allah suka sgt!! hehe..

Hutan Lipur Sg Pandan aka Panching menjadi pilihan hati.
Subhanallah mmg lawa sgt air terjun dia. sblm ni mmg penah dah few times g situ.
K.Siti, K.Fizah, Alang Tikah, A'aa aka mat saman [hehe jgn marah], k.Hus, Zyla n
I. cukup la korum makhluk2 havoc tahap xingat dunia..heee..semangat tol awal pagi tu bangun siapkan sandwich smua. K.Siti is the head chef of the day. ada nasi goreng, buah2 etc..
2 kereta gerak asing2 sbb kitorg g terminal hntar K.syeril balik dlu. meeting point kt entrance air terjun Panching.
Sampai je
sana, smua dah teruja+ x sabar2 nk masuk dlm air. hehe apa tunggu lagi!!
smua main air
gaya tak ingat dunia laa..mmg sangat xbleh blah.. seronok sgt!!
almost 3 hrs ++ berendam dlm air hehe dah terketar2 mcm anak burung dah but still liat xnk naik lagi hehe..
pepun mmg best ah!
semoga ukhwah ini semakin erat dan berkekalan Ya Allah. ameen..







Life is short thus appreciate it!

kitakan hamba =)

baaisl

Nov 9, 2008

Kenapa saye suke rumah saye?

Salam'alayk

kenapa sy suka rumah sy? haha mcm iklan petronas lak yang time merdeka tu.. bdk laki tu ckap why do i like my house?? hehe sje je kasi gimik sket!

holla..holla..kenapa ak semangat tahap xbleh blah post byk entry ni?? haha sbb ak rse lps ni mgkin ak susah sket kot nk post new entry..xpun, mungkin lambat sket ah sbb da nk msuk musim OJT ni hehe..
[ OJT = on job training ].
pepun sok pagi ak nk blah blk kampus dh.
Then this monday i got OSCE to fight with! aiyak..
pray for my success in this clinical exam!
Semoga Allah mudahkan segala urusan..ameen


Ad-dua' silahul mukmin!

kitakan hamba =)

baaisl

Mua'llim

Salam'alayk

em i did visited Tn Hji Sulaiman aka Tok Long this evening with my mom after knowing his condition from my grandma. Tok Long dan isteri, guru mengaji Al-Quran ak masa zaman kanak2 ribena dulu. Allah.. dh terlantar sakit dh beliau. Sakit tua. Tok Long nmpk sgt uzur. yelah usia pun lebih kurg 90 tahun cmtu dh..
em Tok Long jugak merupakan Imam kehormat dlm qaryah masjid kg ak ni. seingat ak raya baru-baru ni Tok Long smpaikan khutbah eidulfitri lagi..
Ya Allah berilah kekuatan kpd Tok Long utk meneruskan sisa hidup yg ada. Semoga segala amalan dan urusannya dipermudahkan.
Syafakallah Tok Long!



baaisl

Dadih

Salam'alayk

alhamdullillah i did it!

haha my first time trial making dadih was successful!
tpi aiyak..it's just a lil bit keras but no so keras like usual jelly hehe still keras sket je tahap dadih laa huahahaha...yg pasti x patah gigi lagi laa heee.. maybe terlajak amount agar-agar tdi, plus guna air sket je tdi sbb nk cuba je kan..hehe.. xpe2 berusahalah for the next time! haha
best.best.best.
xde laa susah mana pun..haha thanks to anyone yg bg recipe mcm2 but lastly rs cm pakai resipi sendiri jek huahahaha...


baaisl

Nov 8, 2008

Miss my school days..huu

Salam'alayk

Sejak kuar sekolah 2004, ak da lama sangat x penah jmpa Cikgu Rosini. nak2 pulak dia tukar sekolah masa ujung form 3 uhuk...

Pn Rosini Ahmad- my homeroom teacher when I was in 3 Al-Farabi. Best ever homeroom teacher! yeah =) memiliki sifat keibuan yg sgt terserlah dan merupakan seorg guru yg sangat memahami pelajarnya. She's not just being a great teacher but a true great friend for us. spoting abes ah!! even masa nk PMR, paper maths, cikgu still dtg tgk kitorg exam w.pun dia da tukar skolah da masa tuh..huhu terharu kot!
i love u so much cikgu! ops.. she's a maths teacher by the way..

Ingat lagi masa peristiwa 27 jun 2002, cikgu Rosini ialah insan yg sangat memahami! penuh dgn kasih sayang. dan sejak hri tu ak jadi sayang sgt dgn ckg. Thanks for all cikgu! i really appreciate it..

hoho nak dijadikan cerita, 2-3hari sebelum eidulfitri hri tu terserempak dgn cikgu kt Kedai Kome!! [ kedai Kome tu kt area skolah ak dulu ]. Allah...Allah.. dri seberang jln ak dh terpekik2 panggil cikgu kot! haha terbuat aksi gaya bebas jap msa tu haha lantak laa.. ya Allah Tuhan saja yg tau perasaanku masa tu! suke, seronok, gumbira tahap xleh nk cakap ah.. Syukur..syukur sgttt!!
maka hari raya hari tu ak pun berkunjung la ke rumah ckg..hehe padahal umah ckg kat2 area Irshad je kot haha bukan jauh mana..hehe mmg xjauh mana tpi disebabkan da lost contact lama, aiyak..ak jdi segan + xtau nk g ke tak.. [ alasan???] huhu ingat2 lupa je jln umah ckg..hehe main redah je masa g tu.. main pakai cari keta dia je hehe buatnya dia da tukar keta alamatnya mmg xjmpe laa huhu..tp alhamdulillah jumpa!

Cikgu tetap gagah dan bertenaga cm dulu hehe mmg sempoi abis ah! best! best!
Thanks for everything Cikgu Rosini! May Allah blesses u always =)
You are not just a muallim but you are a good murabbi.. that's the uniqueness of u!
Semoga cikgu panjang umur
Semoga cikgu murah rezeki
Semoga cikgu sentiasa diberkati
untuk terus menabur bakti kpd anak bangsa
Ameen...


p/s;
Nadiah Osman suh insert gak nama dia sbg makhluk yg bert/jwb utk tjuk entry kali ni haha =p

baaisl




New profession =p

Salam'alayk

wahaha jadi baby sitter jap sehari dua ni sbb makcik ak g kursus kt Langkawi sampai ahad..
haha xde la teruk mana pun sbb tok ak ada..ramai lgi yg ada bila hujung minggu cmni. Semua blk lepak kg..
lagipun si kecil tu da pandai bwk diri, 2 thun lebih dh pun..hehe jadi adik ak lah senang cite!

Safiya yg best! matang w.pun bru setahun jagung huhu
haha nilah insan yg sering membuat onar dalam rumah. boleh jadi riuh, kelam kabut semua angkara dia je heee.. nama pun budak.. ntah2 ak dlu lg teruk..?? wahaha no komen! =p

Perkara yg ak xleh lupa smpai bila-bila insyaAllah, masa sehari dua b4 raya tu..masa dok buat ketupat ramai2 kt umah moyang ak. huhu si Safiya biasa ah tolong menyibuk je heee.. ada laa beberapa sedara lagi yg sebaya, tua setahun dua dgn dia dtg dok main2. asalnya diorg dok main sama2 pastu bila bdk2 ni nk blk umah diorg, alahai adik ak ni pun nk ikut laa.. uhuk part yg xbleh blah nya bila sorg bdk ni ckp kt safiya, "takleh, takleh. Takyah ikut. Jgn sibuk" wohoooo terkesima terkaku adik ak ni. Muka dia menahan gile masa tu! mmg nmpk laa mata berkaca dok tahan tak leleh je.. wuhuu mantap ah adik ak ni! last2 dia pun dtg mkn pulut yg kitorg tgh dok isi utk ketupat ni..haha.. coping mechanism..kesiannya Safiya.. xpe, pengalaman mematangkan hidup! heee.. Ainul Safiya the great! yeah

oklah ak blah dulu. ada perkongsian ilmu secara online jap..haha canggih..canggih..

Strive for mardhatillah! yeah

kitakan hamba =)

baaisl

Field of interest

Salam'alayk

holla..holla..bila berbicara tentang interest perghh ak rasa suma bnda ak suka kot! haha dri yg xsuka pun ak boleh layan jdi suka huahuahua..tgk keadaan jgk kot heee..

i'm a novel lover! haha kalaulah Azean Azzemin baca ni, mesti dia gelak guling2 kat ak sbb masa skolah dulu ak taksuke novel gile-gile kot! muahaha..ak siap bleh balah psl novel je dgn kwn2 ak yg hantu novel ni..haha terutama Azean laa sbb dia roomate ak merangkap classmate ak masa form 3 =) daripada xda minat baca novel pergh skrg ak rasa koleksi novel ak makin bertambah smpi xcukup tmpt nk smpn dh kot huahuahua..haha pengaruh hg la ni Azean!

dolu-dolu ak ske baca novel terbitan alaf** tpi tgk penulis gak.. tpi skrg dh kurang sbb ak rse cm lebih kurg jek cite dia..huhu tatau laa, ak rse jek..
yang kena ngan jiwa ak smpi skrg novel Ramlee Awang Mursyid, Anis Ayuni, Aisya Sofea somehow n Norhayati Berahim.
tapi skrg ak mmg layan Ramlee Awang Mursyid n Hlovate laa! walla..thanks kt Cik Kem sbb kenalkan ak dgn novel Hlovate. mmg best sempoi gile ah! kena dgn jiwa sejibik seketul! dush dush! haha...
actually i love reading! maka apa2 pun ak bleh bedal baca bila ak rasa nk baca hehe tpi buku pelajaran liat sket kot unless momentum kerajinan tahap super muncul dlm diri =)
em novel Inggeris kurang sket kot..bleh bertahan jap je pastu ak tido! muahaha belum jmpa yg kena dgn jiwa kot hehe pun bole laa..


Em seperkara lgi, ak ske tahap tak bleh blah cite Jepun, anime, manga! wahaha nak2 pulak dpt kelas yg majoriti layan jepun korea ni haha lagi menjadi laa.. ak layan je jgk cite korea tpi x sehebat cite Jepun ah heeee..
for me, cite Jepun dia ada mesej n tema yg lebih bgus compared to cite korea.. tu pendapat aku laa..suka tgk Takuya Kimura, Oguri Shun berlakon..suka..suka..suka..hehe
skrg dok layan anime Aishiteruze Baby =p Yuzuyu kawaaiii!!

em band Jepun pun ak layan jek hehe.. Suka NEWS! haha mp3 pun da penuh dgn lagu2 nippon ni.. V6 pun mantap gak! ni Baiti punya virus..hehe sakan dok promote V6 kt ak..haha nilah org kata tak kenal maka tak tahu wahaha..

oklah da melalut mcm apa dah heee.. kalau ak rajin ak share interest ak lgi =p

emm tpi...aiyak ape yg ak leh sumbangkn utk Islam melalui segala yg ak minat ni haa?? erk..dush dush.. fikir..fikir..tepuk dada tanya Iman!! haaitt

Ya Allah semoga apa yg ak lakukan ini mampu memberi manfaat utk diriku agar ak bisa memberi sesuatu yg bermanfaat utk org lain..ameen

kitakan hamba!

baaisl

Nov 7, 2008

Do we really know who we are...?

Salam'alayk

aiyak soalan cepu cemas apa laa yg ak taip ni huhu..

em ntah la.. semenjak dua menjak ni rse cam xkenal diri sendiri plak haiyoh masalah..masalah.. haha masalah besar laa kalau tak kenal diri sendiri..hmhm..
tapi tulah masalahnya! hoho ak pun tak paham...heee

huwaaa rindunya zaman sekolah...sbb rse masa tu mcm baik-baik je..haha..mcm je la..
em adakalanya bila fikir bab mengenali diri sendiri huhu soalan great great final exam pun x sesusah soalan ni kot haha.. tapi soalan nilah yg kita kena selalu fikir agar diri kita tak out of track.. tapi jgn plak terlalu fikir sampai jejas xbleh nk hidup plak..haha haru laa cmtu..

Em utk maju dlm hidup, kena banyak muhasabah diri. Buat post-mortem. tengok and check balik kat mana kot ada yg tak kenanya.
Kereta, motor, basikal pun lama-lama sekali org gi servis..inikan plak diri manusia yg sgt kompleks ni! hehe..

Kadang-kadang kita rasa kitalah org paling malang dlm dunia ni..paling lemah..paling tak bleh blah ( hehe) dan segala yang palinglah.. kalau bukan sewaktu berhadapan dgn masalah, paling tidak mesti akan ada suatu waktu yg jiwa kacau haha..em tapi betul ke apa yg kita rasa tu?

ak pun slalu je terjebak dgn mslh hati yg xbleh blah ni haha.. em bila kita diuji itu tanda Allah sayang kita. Allah nk tengok sejauh mana kesabaran, ketabahan dan kekuatan kita yg kita omongkan sblm ni.. =) some said, cakap memang senang, cuba dia yg kena. .Memang susah nk praktikal but it's worth to try kan? try apa kejadahnya? haha cuba hadapi kenyataan dgn jiwa yg tenang..REDHA. cuba fight dgn perasaan lemah yg melampau tu. sbb kalau kita biarkan diri kita dikuasai perasaan terlalu lemah tu senang2 je la setan menerobos ke dlm jiwa! haha ayat Dr Fadzillah Kamsah..menerobos.. em memang la coping mechanism setiap org berbeza, tmbh2 lagi different gender. Bak kata John Gray dlm buku Men are from Mars, Women are from Venus coping mechanism between males and females are totally different.
tapi itu bukanlah alasan utk kita terus menerus jadi lemah bila diuji, bila berhadapan dgn sesuatu masalah.
La Taqaf Wa La Tahzan!

tak kisahlah cemana pun coping mechanism kita bila berhadapan dgn masalah, kita kena sentiasa ingat yg Allah always be with us! Never ever leave us even for 1 second! Allah tak jadikan sesuatu tu tanpa sebab, btul tak? atas kitalah nk menerima keadaan tu cemana huhu.. Allah tak uji hambaNya melainkan sesuai dgn kesanggupannya. huhu peringatan utk diri sendiri jgk. Ya Allah peliharalah kami drpd mslh2 yg luar biasa yg tak terduga dek akal fikiran.. Bila kita rasa lemah, rasa everything mcm end of the world bangunlah sedaya upaya utk jadi kuat semula utk teruskan perjuangan yg tak pernah selesai ni. Yup it really takes time to heal when we are hit by something, right? Use that time to critically analyze ourselves not for being mushy, gloomy all the time.apepun kita sama-sama cubalah ye? dunia belum berakhir. haaaiit berusahalah!

Ingat lagi Pak Ungku kata, trainer masa ak g kem faci anjuran society ak suatu ketika dahulu, actually there's a hero inside ourselves. Macam lagu Mariah Carey tu, Hero. =) cuba perhati lirik dia sket hehe.. sedar atau tak kita adalah hero untuk diri kita sendiri. wallaa kalah la abg samad lepas ni! haha tak bleh cari makan dh tiong man,keluang man pasni sbb smua org dh jdi hero utk diri masing2..hehe =P

em haha ak pun konfius seketika sesuai ke tak tajuk entry ni..? haha kira halal la ye.. belasah je la labu..

em selamat berjuang utk diriku dan semua =)
ganbatte!
La Taqaf Wa La Tahzan


kitakan hamba? =)

baaisl

hoMe swEEt homE!!

Salam'alayk

alhamdulillah akhirnya berjaya gak aku sampai umah setelah sekian lama dok rasa nk balik..nak balik..hehe..

em ak pun tatau apa kejadahnya tajuk blog ak nih! haha setelah tolak cmpur bahagi darab smua tu itulah yg terhasil..main rembat + campak masuk je! heee...

alhamdulillah lega yg teramat sgt bila da habis paper semalam! hanya Allah saja yg tau cemana perasaan tu w.pun ak rasa ak main aci tembak je jwb soalan last paper ni uhuk... but the thing is i think i'd tried my best! so lets tawakkal.. leave the rest to Allah! HE knows His job well =)

ak rasa dlm spnjg hayat ak nilah kot finals yg ak btol2 pulun buat kot.. ye ke? uhuk tatau laa cemana.. mungkin jgk sebab da msuk 2nd year n jadi matang sket kot..sket je..hehe so bole faham n hadam dh kot what should give priority..hhaaaaiit!

Em actually i'm not a good blogger! seriously! aci ikut dan je,...huhu but i'm trying my best this time heee... Balligh 'anni walau ayah =)
apa yg korang rse baik amik la, yg xbaik tu campak masuk dlm longkang trus!
hmm maybe entry ak byk guna bahasa rojak tak bleh blah yg ntahapapa haha n mgkin akn buat sesetengah org rasa cam xselesa alias tak suka..but i think this is my side so i have the right, the freedom to do anything here =P
mesti cikgu BM ak nangis gile kalau baca blog ni..sia-sia dia ajar BM kt aku tpi x reti aplikasi haha gommene sensei!

oklah..mata dah xbleh blah ngantuk tahap apa ntah.. bru ak sedar, sejak smpai umah subuh tdi rupanya ak blum qada' tido laa..aiseh cemana bleh lupa niii..haaiiilaa musykil..musykil.. haha baiklah ak harus segera tido utk menjana tenaga bagi memanfaatkan masa yg ada kt umah ni dgn sebaiknya =p haaaitt..

see ya! insyaAllah (^^)


:: VERILY AFTER DIFFICULTIES THERE'S A RELIEF ::

baaisl

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni