Assalamualaikum..
Waduhhh lamanya tak menaip. berhabuk bersawang sudahhh...
Ada satu cerita.
Di tengah minggu lepas, 17-18 Nov, di waktu orang lain sedang gigih dan serabut kepala memikirkan urusan kerja, ada 3 makhluk Allah pergi berjimba.
Ketika habis kerja 16hb (syif pagi), semangatlah hajrunsasuke nak balik awai sebab nak kejar feri ke Langkawi di Kola Perlih. Target dalam pukul 3.30ptg paling lambat blah dari wad dan koman-koman pukul 4.30ptg mesti dah gerak ke Perlis. Tapi... ternyata Tuhan punya rencana tersendiri.
Dok siap2 nak keluar dari wad dah ni tiba-tiba ada patient fit pulak dah....dan yang tak boleh blahnya aku pulak yang jadi saksi kejadian..Allahuakbar..piii dah, pakai takdan dah aku naik feri last pukul 7mlm ke Langkawi. Bengong betoi kepala otak ak. Bukannya fikirkan patient haha.. Dah jadi saksi kejadian macam tu takkanlah bangang sangat aku nak balik camtu jaa, kena settlekan segala ler... Aku lari keluar jerit panggil member yang lain, "Wei wei mai tengok patient. Patient fit!" .... dan cempera laa semua orang kalut lari ambik oksigen sucker bagai.. Alhamdulillah i have a good team members! What a relief. Everybody knows what to do.
Setelah selamat settlekan patient tolak smpai HDU-ICU etc, barulah boleh balik dengan tenang. Tenang untuk 1 hal. Tapi bila pikiaq pasal feri terakhir jam 7mlm ke Langkawi aku rasa nak teriak dah tapi aku pasrah dan tawakal je la... Singgah rumah kawan solat asar dan siap secepat mungkin drive pi Perlis. Jam dah pukul 5ptg. Tup2 hujan lebat pulak dah kt Alor Star ni..
.Allah...pakai takdan dah aku... pasrah jelah redah hujan. Yang penting sampai Perlis rumah Cik Kem dulu.
Takdir Tuhan, masuk ja Perlis, langit clear! Takda bekas hujan langsung! Allahuakbar... Pederaih pi rumah cik Kem di Beseri walaupun ingat2 lupa jalan pi rumah dia haha tak guna betoi. Padahal dah pi banyak kali. Perut ni dok kriuk kriuk berdendang macam2 lagu dah. Capai hp dan mesej ke Cik Kem " weii pi cari roti ka apa sat. Lapaq ni"
...dan memanglah kawan yang baik itu anugerah Tuhan, sampai ja rumah dia, dia goreng homemade kepok lekor. Waduhhh sedap ngap2 makan tak hengat dunia. Memang sedap! Pederaih pi hantar aku kat jeti Kola Perlih pulak.
,,...dan aku pun tiba di jeti lagi 10 minit pukul 7mlm kikiki...Tawakal habis dah ni. Redah ja pi cari tiket. Alhamdulillah ada.
Sampai Langkawi jam 815mlm dan drebar siap menanti. Kemaih betoi plan orang Langkawi, cik Azeera hantaq drebar ambik kita. perghh.. Pastu pi naik bot pulak dengan team AADK ke pulau. Cik Azeera ada program kt pulau. Waduhh masyuk! memang letih tapi aku suka!
Bermalam di pulau sambil join aktiviti depa handle budak2 sekolah. Lama dah tak buat aktiviti burung hantu. Haihh dasar tak reti dok diam! Dah la pakai palazo. Palazo pun palazo lahhh..
..dan jam 11pagi esoknya program pun tamat dan kami gerak pulang ke darat. Menanti kedatangan Cik Kem pula yang baru habis meeting haha..
Lepas je ambik cik Kem, terus shoot pi Cable Car! Waduhhh ada orang nak belanja flying fox n abseiling katanya... Layannnnn...
dan bila sampai je kt puncak Gunung Mat Cincang maka bermulalah kegilaan 3 makhluk Allah tersebut! hahahaha....
dan bila dapat je kereta sewa sebijik milik bos Azeera lagi sakan laaa! It's party time yeahhh!
It was awesome experience n memorable 'holiday'!
Percutian terkejut tergempaq lagu ni memang best. Tambah pulak dengan kawan2 sekepala, Allah2....
Sungguh la ukhwah yang bertaut kerana Allah tu memang manisss sangat.
Thank you Allah for surrounding me with people like this!
I love YOU and them very much!
Walaupun kepala otak gila tapi dalam hati ada taman.
Itu yang mahai. haha
Sekian kemengarutan hajrunsasuke.
Sorry for any inconvenience!
Overjoy |
No comments:
Post a Comment