Nov 27, 2015

Escapism


Assalamualaikum..

Waduhhh lamanya tak menaip. berhabuk bersawang sudahhh...

Ada satu cerita.
Di tengah minggu lepas, 17-18 Nov, di waktu orang lain sedang gigih dan serabut kepala memikirkan urusan kerja, ada 3 makhluk Allah pergi berjimba.

Ketika habis kerja 16hb (syif pagi), semangatlah hajrunsasuke nak balik awai sebab nak kejar feri ke Langkawi di Kola Perlih. Target dalam pukul 3.30ptg paling lambat blah dari wad dan koman-koman pukul 4.30ptg mesti dah gerak ke Perlis. Tapi... ternyata Tuhan punya rencana tersendiri.

Dok siap2 nak keluar dari wad dah ni tiba-tiba ada patient fit pulak dah....dan yang tak boleh blahnya aku pulak yang jadi saksi kejadian..Allahuakbar..piii dah, pakai takdan dah aku naik feri last pukul 7mlm ke Langkawi. Bengong betoi kepala otak ak. Bukannya fikirkan patient haha.. Dah jadi saksi kejadian macam tu takkanlah bangang sangat aku nak balik camtu jaa, kena settlekan segala ler... Aku lari keluar jerit panggil member yang lain, "Wei wei mai tengok patient. Patient fit!" .... dan cempera laa semua orang kalut lari ambik oksigen sucker bagai.. Alhamdulillah i have a good team members! What a relief. Everybody knows what to do.

Setelah selamat settlekan patient tolak smpai HDU-ICU etc, barulah boleh balik dengan tenang. Tenang untuk 1 hal. Tapi bila pikiaq pasal feri terakhir jam 7mlm ke Langkawi aku rasa nak teriak dah tapi aku pasrah dan tawakal je la... Singgah rumah kawan solat asar dan siap secepat mungkin drive pi Perlis. Jam dah pukul 5ptg. Tup2 hujan lebat pulak dah kt Alor Star ni..
.Allah...pakai takdan dah aku... pasrah jelah redah hujan. Yang penting sampai Perlis rumah Cik Kem dulu.

Takdir Tuhan, masuk ja Perlis, langit clear! Takda bekas hujan langsung! Allahuakbar... Pederaih pi rumah cik Kem di Beseri walaupun ingat2 lupa jalan pi rumah dia haha tak guna betoi. Padahal dah pi banyak kali. Perut ni dok kriuk kriuk berdendang macam2 lagu dah. Capai hp dan mesej ke Cik Kem " weii pi cari roti ka apa sat. Lapaq ni"
...dan memanglah kawan yang baik itu anugerah Tuhan, sampai ja rumah dia, dia goreng homemade kepok lekor. Waduhhh sedap ngap2 makan tak hengat dunia. Memang sedap! Pederaih pi hantar aku kat jeti Kola Perlih pulak.
,,...dan aku pun tiba di jeti lagi 10 minit pukul 7mlm kikiki...Tawakal habis dah ni. Redah ja pi cari tiket. Alhamdulillah ada.

Sampai Langkawi jam 815mlm dan drebar siap menanti. Kemaih betoi plan orang Langkawi, cik Azeera hantaq drebar ambik kita. perghh.. Pastu pi naik bot pulak dengan team AADK ke pulau. Cik Azeera ada program kt pulau. Waduhh masyuk! memang letih tapi aku suka!

Bermalam di pulau sambil join aktiviti depa handle budak2 sekolah. Lama dah tak buat aktiviti burung hantu. Haihh dasar tak reti dok diam! Dah la pakai palazo. Palazo pun palazo lahhh..

..dan jam 11pagi esoknya program pun tamat dan kami gerak pulang ke darat. Menanti kedatangan Cik Kem pula yang baru habis meeting haha..

Lepas je ambik cik Kem, terus shoot pi Cable Car! Waduhhh ada orang nak belanja flying fox n abseiling katanya... Layannnnn...

dan bila sampai je kt puncak Gunung Mat Cincang maka bermulalah kegilaan 3 makhluk Allah tersebut! hahahaha....

dan bila dapat je kereta sewa sebijik milik bos Azeera lagi sakan laaa! It's party time yeahhh!

It was awesome experience n memorable 'holiday'!
Percutian terkejut tergempaq lagu ni memang best. Tambah pulak dengan kawan2 sekepala, Allah2....

Sungguh la ukhwah yang bertaut kerana Allah tu memang manisss sangat.

Thank you Allah for surrounding me with people like this!

I love YOU and them very much!
Walaupun kepala otak gila tapi dalam hati ada taman.

Itu yang mahai. haha

Sekian kemengarutan hajrunsasuke.

Sorry for any inconvenience!

Overjoy











Jun 27, 2015

P r o j e k P i s t o L ...

17.06.15

PROJEK PISTOL

Ada sorang kakak cleaner kt tempat kerja sy. Ibu tunggal, anak 6 orang, ada sorang anak OKU umur 6thun. Anak yg paling tua tingkatan 5, masih sekolah. Anak kedua tingkatan 4 dah tak sekolah sbb nak jaga adik2 di rumah. Nak hntar pengasuh nanti nk kena bayar lg.
Gaji dia rm750 per month. Sewa rumah sebulan rm250. Kalau keja siang dia akan jual nasi lemak. Sedap!

Sy tanya dia, bulan posa nanti mcm mana? Ada plan meniaga? Dia diam. Lama. Hari tu blk keja mlm, jumpa dia pun nk blk juga.
'kak balik dgn apa? Ada org ambik?'
''tengok la kalau anak kak mai ambik. Takpun selalu jalan kaki ja''
'jom sy hantarkan'

Sebenarnya ak nak pi tengok sendiri keadaan rumah dia. Sebelum ni dengar ckp org ja.
Jauh rumah dia! W.pun dia kata selalu ja jalan kaki. Setengah jam kot! Ohoii..
..dan bila smpai umah dia., Allahuakbar, mcm rumah sewa yg terbiar! W.pun rumah tuan rumah kat sebelah tu je, rumah banglo besaaaaq ok, tapi tuan rumah takmau ambik tau, tlg baiki apa yg patut ka.. Dah 4-5thun dia sewa situ. Hmmm.. Ak taktau nk cakap apa. Yg ak tau YES dia sangat perlukan bantuan!

Jadi, ak sedang merencana utk bg barang asas dulu macam beras, gula etc sempena nk puasa ni. Dan tak syoklah kalau ak buat projek ni sorang2 je, so i'm inviting anyone to join me!

Anyone in?
Boleh bank in ke
MAYBANK 157054654744
Siti hajar mohd

Dan roger ak di talian 0139177238 utk makluman.

Btw, IMAM (international muslim aid m'sia) pun tengah buka offer utk sesiapa saja yg nk join PROJEK BANTU FAKIR MISKIN sempena Ramadhan.

You're all invited to join us!

Ramadhan Kareem!


2
..sambungan PROJEK PISTOL

20.o6.15

Tadi dekat nak buka puasa sangat dah, tetiba kakak cleaner tu call. Awat pulak dah hospital call ni, nak suruh pi keja ka. Erm dia bgtau dia nak berhenti kerja sebulan, dah apply dah. Nak meniaga. Kalau nak tunggu gaji hjung bulan saja kak nak makan apa hari2 dik. Kak ingat nk meniaga lauk dpn tu dik.. Tapi tulah,.kak nak sembang sikit dgn adik.erm modal..

Stop. Ak paham dah. Paham sangat. Mestilah dia perlukan modal. Dan memang ini pun plan asal aku! Instead of bagi bantuan barang, i'm thinking of bagi 'pancing' kat dia. Bagi 1 ruang utk dia generate income.

Ini soal kelangsungan hidup hari2. Jangan cerita bab nak sambut raya lagi. Hmm..

Sapa pernah tengok cerita Restaurant Impossible di Food Network Channel? Cerita tentang 1 team manusia yg pi tolong renovate kedai makan orang yg selama ni macam hidup segan mati takmau, improve resipi sedia ada, ajar apa yg patut. Pokoknya, bantu orang bangkit utk teruskan hidup. Beri sinar harapan pada hidup seseorang.
How I wish I could do the same thing..

Kakak ni dulu brpisah dgn suami dia, jadi mangsa dera. Dan bekas suami pun dah meninggal. Itu dia kata. Kalau dia tipu aku, maka ak pun tipulah hampa semua..

Sorry tadi baru ak sempat tengok akaun maybnk sebenarnya. Dan ak tak sangka dgn amount yg ada! Dalam rm400. Jadi ak plan boleh tak kalau selain ak tolong belikan barang asas utk dia, ak akan bagi tu secara berkala utk dia buat modal meniaga.

Jangan risau, ak selalu clearkan akaun maybnk ak supaya tak tercmpur dgn duit sumbangan orang.
Jangan risau, ak tak cas komisyen atau ambik seduit pun segala duit hampa.
Jangan risau, inshaAllah ak cuba uruskan duit hampa sebaiknya.

So this is the real project pistol! :-)

Mari jayakan bersama. Ayuh!

Anything sila roger sy ya, hajar 0139177238.
Maybank 157054654744






P/s: gmbar tu sekadar hiasan. Tiada kaitan. Tapi kalau betul bagai dikata sy mohon doakanlah ;-)



3
..sambungan Projek PistoL
21.06.15

Hari ni kerja pagi. Dekat2 nak habis syif tetiba ada code blue. Patient collapse. Bergilir2 buat CPR. Pancit sangat rasa sbb tak ramai yg buat cpr,, banyak round kena buat. Smua orang ada keja, struggle set line for few times. Intubate pun susah. Pt big size. Sudahnya Allah lebih sayangkan makcik tersebut.. Dan bergemalah ruang itu dengan tangisan dan raungan ahli keluarga..

Habis kerja tadi sy call kakak tu nak tanya dia ada mana sbb nak bagi duit dan nak tau apa crita permohonan cuti dia. Dan.. Dia jawab dgn esak tangis
'dik, bos tak bagi kak cuti sebulan. Kak dah crita rayu mcm2 tapi bos tak bagi. Kak nak makan apa dik. Larat ka nak makan ikan masin setiap kali buka puasa, sahur pun ikan masin lagi. Anak2 kak.. Kak nak berhenti kerja la kot'
..dan tangisan menjadi2.

Allah.. Aku tarik nafas dalam2. Penat buat cpr masih berbaki. Lidah kelu seketika. 'sy nak solat zohor sat, nanti sy p jumpa kak kt hospital ok'

Jumpa dia. Dia cerita dgn mata yg berkaca. Anak2 kt rumah taktaulah berbuka dgn apa. Erm..Ak memang dah bawa duit dan barang sikit serta dah beli juadah berbuka utk anak2 dia.
'Nah kak ambik ni dulu (ak sua sikit duit sumbangan ke dlm tangan dia ). Kak jangan risau sy memang nak p rumah kak hntar barang sikit ni '

Ada sedikit kelegaan di wajahnya diiringi setitis dua air mata.

Inshaallah ak ada plan nak contact pejabat zakat kedah dlm masa terdekat. Sebelum ni ada tanya dia takda dapat bntuan zakat ka apa ka. Takdak dia kata. Pernah pi jumpa tok imam tapi tok imam kata kak muda lagi. Bagi kt orang tua dulu..'
Oh ya umur kakak tu 38 tahun.

Teman2, ada banyak lagi kes seperti ini di luar sana. Jomlah kita tolong ringankan beban mereka dan beri sinar harapan kepada mereka.
Takda sapa pun dalam dunia ni minta hidup susah.

Sahabat2 team IMAM (international muslim aid Msia) sy pun tengah berusaha mencari golongan seperti ni utk beri bntuan.

Sapa nak join silakan roger sy ya!
Hajar 0139177238
MAYBANK 157054654744


4
...sambungan PROJEK PISTOL
24.06.15





Pagi semalam call kakak cleaner tu (namanya Kak Sarah) nak tau cerita dia. 'Alhamdulillah cuti kak lulus dik! Kak dapat cuti 2minggu!'

Jelas sekali nada yg penuh kegembiraan. Alhamdulillah!

''jadilah nak meniaga ni ya? Agak2 berapa nak pakai modal mula? Kak ckp la, takyah malu dgn sy''
'inshaAllah jadi dik! Em modal mula ni biasanya teruk sikit la'
Ak tau dia malu nak sebut.
''takpa kak tunggu sy pi rumah bincang ok''

Kebetulan semalam keja syif petang so terus gerak ke rumah dia utk bincang lebih lanjut tentang projek meniaga dia. Ada kawan nak turut serta sama sebab nak bagi barang. Kami bincang itu dan ini macam2. Sebelum balik ak hulur sampul ke tangan dia. Ada rm500 dlm tu. Utk modal mula. Dia terus peluk ak!
'terima kasih banyak dik! Adik banyak tolong kak'
''eh kak, ni bukan duit sy tau. Duit ramai lagi orang di luar sana. ALlah yg tolong kak sebenarnya. Sy tukang perantara ja hehe..''

..Dan hari ni, dengan izin Allah kak Sarah mula berniaga lauk-pauk utk berbuka di tepi pagar hospital.

Sebelum balik keja tadi, ak pi jumpa dia di gerai. Dari jauh lagi sudah terpancar sinar kebahagiaan di wajahnya. Puas dia dok gamit ak.
Ya ALlah sukanya tengok dia gembira!

Perasaan?
Taktau nak cakap lagu mana. Kalau dia gembira, ak lagilah!
Ini semua usaha anda teman2! Bukan usaha sy seorang.
You're all the unsung heroes!! Jom kita jana pahala!

Inshaallah ada lagi baki duit sumbangan anda semua nanti sy akan bagi lagi secara berkala pada dia.

Teruskan menyumbang ya kawan2. Ada ramai lg insan seperti K.Sarah di luar sana. Inshaallah sy dan team IMAM akan berusaha mencari mereka.

Anything roger sy
Hajar 0139177238
MAYBANK 157054654744

Selamat berbuka!

P/s: kepada yg taktau menatang apa ak dok ckp ni, nanti ak compile cerita Projek Pistol ni kt blog wokeh! Btw k.sarah yg berbaju putih tu.



5
..sambungan Projek Pistol
26.06.15

Hari pertama meniaga, malam tu sy call k.Sarah nak tanya apa cerita. Nadanya kurang ceria,
'lauk tak berapa habis dik. Mungkin hari pertama, orang tak berapa tau lg kot'
''takpa doa byk2 kak. Lagipun lauk tu boleh makan anak beranak kan''

Semalam sy call k.Sarah nak tanya cemana perkembangan dia meniaga tapi tak jawab. Dah lena kepenatan agaknya. Pagi tadi sy call semula,

'Alhamdulillah dik! Kemarin lauk habis licin! Orang ramai mai. Ada encik tu kereta besar dah 2hri brturut2 dia mai beli. Sedap katanya'

Seronok sungguh dia bercerita. Ak senyum sampai telinga. Alhamdulillah ya Allah..

Esok inshallah habis kerja pagi ak nk p hantar beras 4kampit x10kg kpd dia. Utk meniaga.

Oh ya. Ak trfikir. Utk memanjangkan saham pahala anda semua, ak plan beli kurma dan packing then bagi percuma kpd setiap pengunjung gerai k.Sarah. Ok tak?
Hadiah ramadan utk semua.






Nanti ak bgtau jumlah terkumpul hasil sumbangan anda semua utk Projek Pistol ni ya. Setakat hari tu alhamdulillah dah ada dlm 1.4k. Tolak yg dah bg utk modal hri tu ada dlm kurang lebih rm800 lg.

Andai katalah hingga habis tempoh berniaga k.Sarah ni duit tak hbis jugak so ak plan utk bg sbg duit raya kpd k.Sarah dan anak2nya. Boleh ya?

Btw sy dan team IMAM juga sedang plan utk buat set barang makanan utk 60 fmly rohingya. Kalau ada yg nk bg duit zakat,fidyah etc
YOU'RE MORE THAN WELCOME!

Jom jana pahala!

Roger sy Hajar 0139177238
MAYBANK 157054654744

Nak derma berapa pon boleh. Saya terima ja. Ini offer untuk anda jana pahala. Saya hanya tolong uruskan.
So jangan malu jangan segan!
Kerana seringgit dua anda begitu berharga bagi sebuah kehidupan..

Selamat malam donia!
Sok ak keja pagi..pheww..

ALHAMDULILLAH HAZA MIN FADLI RABBI!



Mar 10, 2015

Bismillah

Terasa lamanya tidak menulis sesuatu di sini..

Cerita tetap ada cuma sudahnya tersimpan di dalam dada jua akhirnya haha.. maafkan saya!

Banyak hal yang tak terluahkan.

Soal masa depan, soal sekarang dan apa saja di saat usia menginjak delapan.

Kadang-kadang rasa seperti tamak.

Mahu Tuhan kotakan segala kemahuan.

Angkuhnya kan?

Atas apa saja yang berlaku, selamanya saya yakin dan percaya dengan bahagian rezeki yang telah Tuhan tetapkan, bahagian rezeki yang takkan diambil orang.

Bismillah.. 


Saya melangkah. 

Sertai aku setiap waktu Tuhan.



"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni