Sep 23, 2013

Kegembiraan


Alhamdulillah hari ini ada dua kegembiraan. Pertama, menerima kunjungan tetamu jauh akhirnya Ahmad Al Furqan bersama ummi Syaza Faisya dan walid Paysal Kampretoz menjejak tanah utara hehe..gumbira smpai tak ingt nk ambik gmbr Furqan.

Emm kedua, alhamdulillah w.pun terperangkap lhmpir sejam dlm 'jam' atas jambatan bermula sejak nak masuk tol sebab ada accident atas jambatan, akhirnya sempat jugak ikuti slot beliau.
Attended Mr Kenn Foo Wedding Fine-Art Seminar! Sukaaaaaa!! This is my PASSION wokeh hahaaa.. No offense!

Sebelum pulang, sempat bertemu beliau utk bertanya beberapa soalan. Ketika menegur beliau, beliau terus menghulurkan tangan untuk bersalam dgn saya. Lalu pantas saya merapatkan kedua tapak tangan ke dada kemudian saya tunduk sedikit kepada beliau dan beliau membalas tindakan yg serupa seperti saya seolah2 memahami maksud hati saya--'sorry!-I-can't-shake-hand-with-u-because-this-is-an-obligation-in-my-religion,-woman-cannot-shake-hand-with-man-except-her-mahrams'-- Sukaaa!! Sebab w.pun beliau seorang lelaki non-Muslim Malaysia, dia tahu dan menghormati cara sy tanpa banyak soal.

Sebab..dulu, dlm suatu acara yg mana pemberi hadiahnya ialah seorang pemimpin tertinggi negara kita, saya pernah 'dibasuh' seketika kerana mengelak utk bersalam dgn beliau sewaktu rehearsal (sy lapik tgn bwah tudung). Tak ada pun yg nak membela saya. Padahal mereka sebangsa seakidah saya..sedihhhh..sebab tu tadi bila jmpa org yg faham gini, saya gembira gila!!
Seandainya semua pemimpin serta para lelaki Muslim memahami...

No comments:

Post a Comment

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni