Aku bukanlah penggemar tegar radio ikim terutamanya sewaktu memandu kereta kerana pada aku ikim ini terlalu banyak ilmu yang hendak disampaikan sehingga menyebabkannya terlalu banyak bercakap( minta maaf ye kepada memana pihak yang tersinggung, aku berkata dari hati..). haha org banyak bercakap pun salah ke haa wahai diri..?
Aku nak dengar lagu atau sesuatu yang segar serta tidak menyumbang kepada kantuk yang menggila, utamanya sewaktu memandu untuk perjalanan yang jauh. Oh sungguh aku tidak tabah untuk mendengar ikim untuk jangka waktu yang lebih lama! Tidak berjodoh barangkali... haha..yang pasti seringkali aku gagal menjadikan ikim sebagai pilihan pertama. Itu pasti.Aku tidak kata ikim.fm tidak bagus, amat bagus dan sangat berisi cuma untuk seorang aku yang jiwanya sering sahaja meronta-ronta, maka pada kebanyakan masa seringkali aku berasa red fm atau mix fm macam best jugaa ataupun cucuk pendrive sajaaaa haha haru sungguh laa..aku yang bermasalah okayyy! tiada kena mengena dengan sesiapa.
..akan tetapi sekiranya aku connect internet, aku suka membuka laman web nasyid.fm terutamanya pada malam hari untuk dijadikan peneman aku berjaga sebetulnya dan seterusnya membiarkan sahaja dia berkata-kata seorang diri dan adakalanya aku mute sahaja hahaha.. Ini adalah kerana bila siaran radio berkumandang, maka loading process untuk website lain juga menjadi lebih laju! Sebab tu aku suka! kahkahkah niat salahhhhhh. hadoii...
Akan tetapi..pada sepertiga malam ini, ada sesuatu di ikim.fm yang menjentik hati serta menggoda nurani. Siaran ulangan segmen Islam itu Indah yang bertajuk 'BENIH KEHIDUPAN' bertarikh 11 Mei 2011 oleh Prof Dr Muhaya Mohamad begitu mempesona jiwa dan meresap laju ke labyrinth.
Subhanallah...Allahukbarrrr.. aku menjadi sangat terinspirasi!!! Sungguh. Tiada keraguan. Mohon anda juga turut mendengar kerana aku tidak mahu mendapat ilmu ini untuk diri sendiri sahaja. Boleh klik di sini
Antara intipati yang aku suka dan sempat disalin di kertas resit Giant;
1.Carilah MAKNA atau ERTI kehidupan
bukanlah
berlumba-lumba untuk mencari kesempurnaan hidup
2. Permudahkan hidup. Bebaskan diri daripada mencari penghargaan manusia. Carilah penghargaan Allah kerana KPI (key performance index) kita adalah ALLAH bukannya manusia
3. Ikutlah apa yang Allah kata, bukan apa yang manusia kata. Jangan takut pada manusia
4. Antara VIRUS MINDA : alasan, merungut, tapi..., kalau, apa orang kata nanti,.....dan banyak lagi
5. People are looking for miracle but they are not trying to be the miracle
6. Kalau kita kenali Allah kita akan miliki semua
Moga bermanfaat! (^^)
p/s: sedap la pula kata-kata di nasyid.fm sepanjang malam ini hahaha padahal selama ini aku yang buta hati huahuahua
No comments:
Post a Comment