May 27, 2011

kerna DIA tahu

When the going gets tough, the tough gets going!
Bersabarlah dan terusss bersabarr
kerna Tuhan tahu tapi menunggu~

May 14, 2011

Biarlah bermanfaat..

Nurse: Jom. Dah boleh pergi sebelah dah. Diaorang dah panggil

Gina: Ok. Tapi boleh buka line terus tak sebab before going there I nak pergi toilet dulu

Nurse: Oh boleh. Tapi kena tunggu sekejap la sebab nak bagi ubat ni habis dulu. After that dah boleh buka line terus

Gina: Kejap lagi I nak bawa sweater sama boleh? Sebab nanti masuk plasma tu sejuk. Semalam dah menggigil'

Nurse: Boleh je. Takda masalah. Ha'ah yelah kan. Masuk plasma memang sejuk sikit compared to blood

Gina: Eh you tahu?

Aku senyum lebar.

Nurse: I'd been experienced it.

Gina: Haaa?? Why?

Di wajahnya tergambar tanda soal yang maha besar.

Nurse:  I had ********. But it was 10 years back. More than 10 years

Gina: Wow! Cool

Her mom: You look very positive! So now how's your condition?

Gina: Yeah, cool

Nurse:  Thanks.  Doctor said if everything is fine in 10 years, I could be declared as recover

Her mom: I see..but..positive!You are very positive! I can see that.  So now are you still on medication or anything?

Nurse: Nope. Totally stop everything in 2001. Just follow up once a year

Her mom: Wow..miracle!

Gina: Miracle!

Nurse: Alhamdulillah thanks God! haha you know what, even the doctor said I don't need to go for follow up anymore. Dan saya sendiri pun dah lupa saya pernah sakit haha..

Gina: Haha yalah..dah lama kan.. but still..cool!

Nurse: Erm when you've been diagnosed?

Gina: 2005

Nurse: I see..It's about 5-6 years. Never mind. No one asks to be sick. You are the chosen one! Be strong then

Gina: Yup. We are the chosen one. It's not easy you know.. I feel afraid, anxious blablabla'

Nurse: Yeah I can feel it. I used to be a patient back then and now I'm a nurse. So that, I know how does patient feels

Gina: Cool

Nurse: Lucky you because you have such a very supportive family

Gina: Yeah... Without them, it's hard you know.. I don't think I can bear it alone

Nurse: Yup. Thanks God!

************************************************

Tuhan, 
aku ingin menjadi orang yang bermanfaat kepada yang lain
ingin menjadi inspirasi kepada pesakit-pesakit ku
tetapkanlah hatiku di jalan ini
kerana aku ingin berada di barisan paling hadapan ummah!
biar aku dicemuh, dipandang rendah, dihina, dicaci, dikeji serta apapun
tetapi KAU tahukan apa yang tertulis di hati..?

Semakin sering aku diremehkan, semakin kuat rasa ingin melawan dan cuba untuk membuktikan bahawa segala apa tentang hidup ini adalah di bawah kuasa Tuhan!

SELAMAT HARI JURURAWAT, 12 Mei 

..hidup ini tidak lama, sekadar antara azan dan solat cuma maka biarlah bermanfaat hendaknya~


hajrun
13 Mei 2011
Syif petang, Medical Ward 8TD
Pusat Perubatan Univ. Malaya

May 12, 2011

Terinspirasi!



Aku bukanlah penggemar tegar radio ikim terutamanya sewaktu memandu kereta kerana pada aku ikim ini terlalu banyak ilmu yang hendak disampaikan sehingga menyebabkannya terlalu banyak bercakap( minta maaf ye kepada memana pihak yang tersinggung, aku berkata dari hati..). haha org banyak bercakap pun salah ke haa wahai diri..?

Aku nak dengar lagu atau sesuatu yang segar serta tidak menyumbang kepada kantuk yang menggila, utamanya sewaktu memandu untuk perjalanan yang jauh. Oh sungguh aku tidak tabah untuk mendengar ikim untuk jangka waktu yang lebih lama! Tidak berjodoh barangkali... haha..yang pasti seringkali aku gagal menjadikan ikim sebagai pilihan pertama. Itu pasti.Aku tidak kata ikim.fm tidak bagus, amat bagus dan sangat berisi cuma untuk seorang aku yang jiwanya sering sahaja meronta-ronta, maka pada kebanyakan masa seringkali aku berasa red fm atau mix fm macam best jugaa ataupun cucuk pendrive sajaaaa haha haru sungguh laa..aku yang bermasalah okayyy! tiada kena mengena dengan sesiapa.

..akan tetapi sekiranya aku connect internet, aku suka membuka laman web nasyid.fm terutamanya pada malam hari untuk dijadikan peneman aku berjaga sebetulnya dan seterusnya membiarkan sahaja dia berkata-kata seorang diri dan adakalanya aku mute sahaja hahaha.. Ini adalah kerana bila siaran radio berkumandang, maka loading process untuk website lain juga menjadi lebih laju! Sebab tu aku suka! kahkahkah niat salahhhhhh. hadoii...

Akan tetapi..pada sepertiga malam ini, ada sesuatu di ikim.fm yang menjentik hati serta menggoda nurani. Siaran ulangan segmen Islam itu Indah yang bertajuk 'BENIH KEHIDUPAN' bertarikh 11 Mei 2011 oleh Prof Dr Muhaya Mohamad begitu mempesona jiwa dan meresap laju ke labyrinth. 
Subhanallah...Allahukbarrrr.. aku menjadi sangat terinspirasi!!! Sungguh. Tiada keraguan. Mohon anda juga turut mendengar kerana aku tidak mahu mendapat ilmu ini untuk diri sendiri sahaja. Boleh klik di sini

Antara intipati yang aku suka dan sempat disalin di kertas resit Giant;

1.Carilah MAKNA atau ERTI kehidupan
bukanlah
berlumba-lumba untuk mencari kesempurnaan hidup

2. Permudahkan hidup. Bebaskan diri daripada mencari penghargaan manusia. Carilah penghargaan Allah kerana KPI (key performance index) kita adalah ALLAH bukannya manusia

3. Ikutlah apa yang Allah kata, bukan apa yang manusia kata. Jangan takut pada manusia

4.  Antara VIRUS MINDA : alasan, merungut, tapi..., kalau, apa orang kata nanti,.....dan banyak lagi

5. People are looking for miracle but they are not trying to be the miracle

6. Kalau kita kenali Allah kita akan miliki semua


Moga bermanfaat! (^^)

p/s: sedap la pula kata-kata di nasyid.fm sepanjang malam ini hahaha padahal selama ini aku yang buta hati huahuahua

The most beautiful sunset i'd ever seen in my life.. Subhanallah! (highway PLUS, Sg Muda)
...but unfortunately i was driving during that time therefore.....ak pakse emak akulah snap juga moment ni! haha kesian emak snap gambar dalam keterpaksaan..dah emak tak bagi aku berhenti ambil gambar dan sudah marah2 suruh ak fokus pada pemanduan...haha maafkan ak ye emak

May 11, 2011

Teruslah bermimpi!

Bersabar dan ikhlaslah dalam setiap perbuatan
Terus  meneruslah berbuat baik, ketika di kampung dan di perantauan
Jauhilah perbuatan buruk dan ketahuilah pelakunya pasti dibalas, di perut bumi dan di atas bumi
Bersabarlah menyongsong musibah yang terjadi dalam waktu yang mengalir
Sungguh dalam sabar ada pintu kejayaan dan impian akan tercapai
Jangan cari kemuliaan di kampung kelahiranmu
Sungguh kemuliaan itu ada dalam perantauan pada usia muda
Singsingkan lengan baju dan bersungguh-sungguhlah menggapai impian
Sebab kemuliaan tidak akan dapat diraih dengan kemalasan
Jangan bersilat kata dengan orang yang tidak mengerti apa yang kau katakan
Sebab debat kusir adalah pangkal keburukan

                   -Ranah 3 Warna, buku kedua trilogi Negeri 5 Menara by  A. Fuadi


p/s: Ardhul Kinanah, tunggu kehadiranku! Aku semakin hampir...

May 10, 2011

in the middle of nowhere..




...hidup ini bukan boleh dikira dengan kalkulator. Kerja Tuhan siapa tahu~

May 1, 2011

..tell the world i'm coming home

I have a lot to tell, to share, to rant etc.. but.. let 'them' do it =p

..first day dah sampai sini nak cakap apa..?haha.. Jalan gaya tak ingat dunia sampai kaki dah tak mampu nak gerak barulah terasa nak balik hehe..esoknya terpergi lagi adusss

Genius Matematik Islam...
(mak, saya nak repeat semula segala paper Maths sejak zaman sekolah buleh?? saya baru sedar yg rupanya saya takdelah bodoh Math sgt cuma tersilap teknik je dulu...

Terjumpa USt Mohd Nazmi Desa yg kebetulan join slot yg sama juga. Sudah berzaman tidak ketemu sama ust sejak melangkah pergi dari Irshad

Adi Putra Abdul Ghani

"Marah biar bersopan, kurang ajar biar berbudi bahasa.."

Adi Putra Abdul Ghani

..i like most! berjuta-juta-juta lemon + teragiga punya like =)



Orang bagi...setelah dibayar




..pasal gambar ni, ak tetap nak mengepek dekat Cik Kema. Sebabnya..ak dah pesan awal-awal dan jauh-jauh lagi supaya standby nnti nak ambil gmbar menatang nih akan tetapi dek kerana dok masyuk karok lagu Anuar Zain punya pasal.. Cik Kema lupa diri!! haishhhh ak marah nii de 






..sebenarnya memang nak terus upload lagi gmbar kenduri tetapi laaaaaa baru tersedar rupanya aku mengantuk sejak tadi dan mahu tidurr! sehingga ketemu lagi jika ak teringat nak update belog~

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni