Feb 23, 2011

When I just realize...

Tadaiymak...!

Bila balik rumah, diri mula memikirkan. Seringkali begitu. Berfikir... apa sebenarnya diriku setelah tamat sekolah nanti? Siapakah aku di masa hadapan? Apa benar aku akan jadi seperti apa yg sekolah ajarkan, terapkan, bentukkan?

Ah bingung. Soalan yang akan terus menjadi persoalan.

Bila pulang ke rumah, terasa aku tidak mahu berbuat apa lagi selain berbakti kepada ibunda, nenda dan warga tua yang ada. Biar aku jadi driver mereka, biar aku yang ulang-alik hantar mereka ke sana ke mari, biar aku yang uruskan keperluan harian mereka, biar aku itu dan ini untuk mereka. Sekiranya perlu berkorban untuk menjaga mereka sekalipun inshaAllah aku rela andai itu takdirnya. Wahh bercakap seperti segalanya tergalas dibahuku? Tuhan aku bingung..

Masuk sekolah kejururawatan 4 tahun tambah matrikulasi 2 tahun. 6 tahun semuanya. Apa benar aku ingin menjadi seorang jururawat?
Tidak. Tidak sama sekali. Kerana aku tidak pernah sesekali bermimpi bahawa aku akan menjadi seorang perawat seperti hari ini.
Lantas untuk apa 6 tahun ini dibazirkan??

Hmm.......

Tidak, ini bukan suatu pembaziran kawan. Tidak pernah terlintas bahawa 6 tahun itu suatu pembaziran. Lalu untuk apa?? Ahh kalut!

Aku teringat sewaktu menghadiri satu kursus di tahun satu, setiap daripada kami diminta mengisi biodata diri termasuklah tentang impian dan cita-cita. Bila tiba di ruang cita-cita ahh aku menjadi kalut seketika. Mahu tulis apa?? Aku diam dan berlama-lama memutar pen di atas garisan. Ahh sudah...Sebab sehingga kini aku sendiri tidak jelas aku mahu jadi apa.

Kemudian selepas itu fasilitator membaca biodata kami terutamanya bahagian impian dan cita-cita di hadapan semua. Lalu bila tiba saatnya helaian aku dibaca, fasilitator membaca cita-cita yang aku tulis dengan nada yang nyaring dan seakan berbaur sindiran juga ada. Ahh biarkan. Aku tidak pernah ambil kisah kerna itu cita-citaku bukan cita-cita kamu wahai fasi!

Mahu tahu apa yang aku tulis di ruangan itu? Cita-cita: HELPER. Nahh itu yang aku tulis! Jujurnya aku memang tidak punya cita-cita yang khusus. Sehingga sekarang ini. Ya benar! Cuma apa yang aku amat pasti, aku mahu jadi orang yang boleh menyumbang sesuatu dengan kadar upaya dan kemampuan yang ada. Jika orang lain akan menulis cita-cita mereka mahu menjadi peguam, pensyarah, doktor, jurutera dan apa sahaja, aku pula terasa ingin menulis segala pekerjaan yang ada di dunia. Kerana matlamatnya ' as long as I can give something'. Asalkan itu matlamatnya. Ya aku sudah sedar apa yang aku ingin jadi sebenarnya.. Tidak bolehkah punya cita-cita seperti itu? Betulkan aku jika aku silap membuat percaturan.

Patutlah sejak zaman tadika hingga zaman sekolah menengah cita-cita aku tidak pernah tetap. Asyik berubah sahaja. Semasa tadika bila cikgu tanya bila besar mahu jadi apa aku jawab mahu jadi doktor. Ahh biasalah minda kanak-kanak yang seringkali didoktrinkan dengan pemikiran yang kononya menjadi doktor itu hebat, seakan kerjaya yang paling agung dan disanjung tinggi di atas muka bumi. Tukang sapu sampah tepi jalan juga lebih mulia kerjanya.

Erm kemudian beralih ke zaman sekolah rendah apa ya cita-citaku? Rasanya aku tulis ingin jadi guru atau pensyarah. Darjah 4 ada hati nak jadi saintis seketika. Kemudian darjah 5 rasanya aku pernah ada hasrat nak jadi seorang penulis pula. Polis pun aku rasa macam pernah tulis juga dalam kamus hidup. Erm kemudian darjah 6 kembali ingin menjadi doktor. Hahaha inilah yang dikatakan kanak-kanak...

Naik sekolah menengah dah nampak sikit masa depan, rasa macam nak jadi orang yang boleh serve others terutamanya dalam bidang perubatan. Takpun dalam charity work. Jadi cikgu pun macam best tetapi tidak tabah dan tidak sesuai serta tidak layak kot. Hmm tak kisahlah apa-apa pekerjaan yang boleh tolong orang. Laa nak jadi apa ni sebenarnya? Err... no idea.. Erm paling tak boleh blah sewaktu Majlis Graduasi Tingkatan 5, sewaktu emcee baca biodata, cita-cita: Pakar Bedah kahkahkah...aku main belasah je sebab sudah aku katakan aku memang tidak ada cita-cita yang khusus.

Rupanya baru aku sedar aku nak jadi HELPER... patutlah aku tulis segala bagai cita-cita..



..dan 6 tahun itu adalah tempoh untuk aku mengutip segala ilmu dan pengalaman, mengumpul bekalan serta menyusun strategi dan plan untuk menjadi seperti apa yang aku inginkan. HELPER. Hey me, please walk the talk.

Tuhan, permudahkan aku untuk mencapai cita-cita yang satu ini
Tetapkan hati untuk istiqamah dan tsabat memegang cita-cita yang ini

Ikhlaskan niat dan tunjukkan jalan untuk meraih cita-cita ini
Seandainya cita-cita ini baik untuk ISlam dan diriku maka bantulah aku untuk menggapainya
Tuhan, panjangkan umurku dalam mentaatiMU dan RasulMU serta untuk mengejar cita-cita ini

Ameen..



P/S: err jangan sesekali sebarkan cita-cita ini kepada anak-anak kerana nanti mereka tidak mahu sekolah lagi dan menjadi semakin malas sebab mungkin mereka akan kata 'alah tak payahlah nak belajar tinggi-tinggi, nak jadi helper je.' Dik, ilmu itu penting ok. dan untuk itu, janganlah aku dipersalahkan pula..aku mohon! 

1 comment:

  1. Takpa Adinda mahu jadi apa pun..
    The key point is KHALIFAH dan khalifah itu tugasnya mentadbir dan berbakti kpd Ummah kan? u'll discover ur ambition soon =)

    ReplyDelete

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni