Nov 7, 2010

Monolog..

Ada masa dan ketikanya
resah mulai mencengkam jiwa
terasa sesak di dada
Seakan tidak mampu menarik nafas walau untuk seketika
Alveoli mungkin gagal berfungsi dengan sepenuhnya..

Ya benar
Aku ini manusia yang penuh dengan kekhilafan
Bukannya malaikat yang tidak melakukan kesilapan
Lantaran itu 
ada waktunya aku tetap juga merasa diri tenggelam dalam kelemahan
hanyut dalam kepasrahan..

Ya Tuhan..hidup ini penuh dengan ketidakpastian...

'Don't despair and never lose hope'

Perkataan amat mudah diungkapkan
Namun,
realitinya apa benar aku mampu melaksanakan? 

Ya Tuhan..hidup ini penuh dengan ketidakpastian..
Tegarkah aku melawan perasaan?

Bisikan demi bisikan
Hasutan demi hasutan
Bikin aku sentiasa tidak aman 
untuk terus duduk diam menidakkan perasaan!

Bersabarlah diri
Hanya tinggal beberapa purnama sahaja lagi
untuk blah dari sini!

Aku mahu ke sana
Tetap dan sentiasa ingin mahu menjejakkan kaki ke sana
Biarlah orang kata aku gila
Biarlah orang kata apa
Aku tetap mahu dan terus mahu pergi ke sana

Ya Tuhan
hamba mohon dipermudahkan segala urusan..

Ameen Ya Rabb~

.....My life is full of uncertainties.....

1 comment:

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni