Jul 2, 2010
Moist choc cake
Bahan-bahan;
100g serbuk koko
1 tin susu cair
250ml susu pekat
200ml minyak jagung
100g gula
--> masak bahan-bahan di atas dengan api perlahan kemudian sejukkan. Bila dah sejuk;
masukkan
4 biji telur yang telah dipukul
150g tepung gandum ( kalau nak hasil yang lebih baik ayak dulu)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
-->kacau hingga sebati kemudian masukkan dalam bekas dan kukus!
(untuk hasil yg lebih baik sebelum dituang ke dlm bekas utk dikukus tapislah terlebih dahulu)
--> masak dalam tempoh ikut anda sendiri pepandailah check guna garfu dah masak ke belum tapi approximately it will takes about 30-40 mins macam tu
Untuk toping pula;
Masak di atas api yang sederhana
+ serbuk koko
+ susu pekat
+ butter
+ air
Semuanya serba sedikit sahaja, agak-agaklah sebab tiada sukatan yg khusus hehe
tapi mengikut pengalaman kalau nak lebih moist, buatlah toping lebih sikit
confirm terangkat! haha
apapun SELAMAT MENCUBA!
nanti jangan lupa bagitau apa hasilnya okeh
kalau tak sedap jangan salahkan aku pulak
salahkah mereka dgn keluarga mereka wakaka
masalah dengan tunas rasa mungkin hihihi
ps: Harly ko mesti berbangga sebab aku dah promote resipi moist choc Wak Jo ke seluruh alam ni!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."
'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni
No comments:
Post a Comment