Jul 29, 2010




Jom balik?? 

Kalaulah semudah itu....

Jul 23, 2010

Suka hati




Sabda Rasulullah SAW;
"Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka ALLAH akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka"


"Duhai anakku Saifudin...ingatlah ALLAH di mana-mana saja, nescaya ALLAH tidak sekali-kali melupakanmu. Usahlah kau sombong kerana itu warisan terlaknat iblis. Janganlah kau marah kerana jiwamu akan terbakar. Dengki itu pula seperti setitis racun yang menjalar ke seluruh anggota tubuh dan akhirnya membunuhmu. Maka, bersujudlah pada ALLAH, berlindunglah dari segala kejahatan yang nyata mahupun tersembunyi, dari kejahatan seluruh makhluk dan yang paling penting, berlindunglah pada ALLAH daripada kejahatan diri kita sendiri."
~Pesanan Wali Sufi kepada Sunan

Setinggi mana pun darjat seseorang manusia, dia tetap hamba. 
Bakal kembali ke tanah dengan hanya berkain kapan sahaja 
~Sunan

Ini adalah antara sebahagian quotation dalam novel Cinta Sufi karya Ramlee Awang Murshid
Subhanallah sangat best tatau nak cakap!
Terserlah kesufiannya! Sedap gile baca. Kalau boleh dibuat makan dah lama makan hehe
Pelengkap tetralogi Bagaikan Puteri-Cinta Sang Ratu-Hijab Sang Pencinta
ingatkan Hijab Sang Pencinta will be the last sequel tup-tup hari tu terjebak singgah Borders dalam seminit dua tengok kat ruangan latest novel
aikkkk Cinta Sufi??
Oh noo!! ini mesti beli! hehehe...
Baru selamat mengkhatam petang semalam haha gigih! 
Sekarang dalam proses menghadam Abu Bakar Sahabat Sejati karya Abdul Latip Talib
Cecelia Ahern punya letak tepi dulu, hold sekejap naaa..
haha boleh pulak di saat-saat kritikal tengah bergelumang dengan kerja sekolah yang macam hapa banyaknya aku melayan mata mengadap novel dan seangkatan dengannya
Ada aku kesahhh???
kenalah kesahh cik hajar oiii assignment hg tu sapa nak buat kalu tak kesahhh 
heeeeeee......

Dah final year kan makanya cikgu semua memang tak bagi chance langsung
baru rasa nak bernyawa barang sesaat dua dapat pula tugasan baru haha well, student's life..what do u expect?


Oncology Nursing
Critical Care Nursing 
Issues in Nursing
Management in Nursing
Research Methodology

Gila mencabar!
Bersabarlah wahai diri!
Setahun je lagi!
Just a year to go
A year!

Jul 10, 2010

terasa macam nak menulis sesuatu dua tapi macam dah increase ICP (intracranial pressure)
limaza? again and again and again sakit kepala due to selsema heeee runny nose!
Unney jangan marah aku tau sebab tak makan vitamin C regularly huahuahua
hari tu kena curi dengan kera di hutan laaa!
tapi dah beli yg baru sebenarnya hihi
immunosuppressant.. what to do....

Jul 8, 2010

Ceritera part time

Bila cakap nak kerja part time kawan-kawan mesti kata
'ishh gigih la kamu ni Jar. tak penat ke?'


'Rajin ah mu'


'penat kot nanti jarr'



Hmm entahlah. Aku pun tidak tahu kenapa suka sangat buat part time terutamanya bila musim cuti sekolah. Konon-konon cuti banyak la heee...Rajin ke aku? not really. Gigih? may-be. Gopoh ke aku ni? Gelojoh? Ke semangat? Haha entahlah. Tapi aku selalu terfikir life is short thus appreciate it plus I don't have next time. Sebab tu rasa nak cuba segala benda yang mampu. Ain't experience is the best teacher in life? hehe terpulanglah. Tapi bagi aku, aku suka mencuba sesuatu yang baru. Don't afraid to venture something new haaa? Itu pesanan Ustaz Nizam yang aku akan sentiasa ingat. At least ada duit poket untuk perjalanan balik kampung wakaka..Erm aku ada PCL dan PDK harta pusaka untuk dibela jadi kenalah ikhtiar hidup lebih sikit. Elaun posting bukannya ada pun. Nak harap biasiswa MAS jenuh la. (MAS= mak aku sendiri). Tapi itu bukan soalnya. Soalnya aku suka. Noktah.


Bermulanya episod kerja part time dalam kamus hidup adalah selepas SPM sewaktu cuti 3 bulan. hehe jadi cikgu kelas komputer dekat Sekolah Menengah Agama apa ntah tak ingat nama penuh dia tapi yang pasti bila sebut je sekolah pondok Pokok Sena masyarakat setempat mesti tahu. Punca boleh terjebak ke kancah ni bila suami Makcik Shida iaitu kerani di pejabat SMKA Al-Irshad merangkap sekolahku minta tolong ganti cikgu yg sebelum ini. Pun boleh laaa.. Aku mengajar kanak-kanak riang yang majoritinya tidak pernah mengenali komputer apatah lagi menyentuhnya. Bukan setakat tak tahu cara nak menaip, guna mouse apatah lagi lah tapi nak on komputer pun mereka tidak tahu. Kasihan bukan? Tapi itulah hakikatnya. Mengajar manusia dari zero ni adakalanya senang juga adakalanya macam susah pun ada. Tapi bersabarlah. Nak buat macam mana dah dia tidak pernah terdedah dengan benda alah ni semua. Bukan salah ibu mengandung. Tapi bila semakin sehari mereka menunjukkan kemajuan itulah kepuasan hati yang sebenar yang dapat dirasakan.


Pencen menjadi cikgu komputer aku terjebak menjadi private tutor anak-anak Ustazah Siti Alawiyah Haron iaitu guru subjek Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah di Irshad. Asalnya fokus kepada Syafiq sahaja kerana bakal menduduki UPSR tapi at last yang lain pun terjebak juga kuangkuangkuang..Syafiq si abang sulung kepada Asma',Aisyah,Balqis dan Anis Sofiya masa tu sangatlah hyperactive. Biasalah kanak-kanak lelaki pramatang wakaka. Yang bestnya tengah-tengah buat latihan, "Kak Hajar jom kita pi main badminton. Sat ja. Satgi sambung la buat balik." Aku pun layan je, "Joomm!". haha terbaikkk ah!


Hmm maju setapak, masuk alam universiti ingatkan nak berubah tetapi apakan daya aku tidak tabah untuk duduk diam. Kalau dulu sewaktu cuti sekolah masa first year aku kerja sekejap kat Klinik Dr Hassan dekat Pekan Dato' Kailan, Kepala Batas. Dr Hassan sangat best! Layan macam anak dia. Boleh kata setiap hari dia mesti ajar sesuatu yang berguna tentang ilmu perubatan dan bagi aku pinjam buku dia. Siap belanja makan char koey teow kat depan jalan tu lagi hehe..apapun memang enjoy habis! I learnt a lot from him! May Allah bless you!


Kemudian  bila waktu sem bermula buat part time lagi jadi private tutor untuk anak-anak Mak Cha iaitu Danial yang masa tu nak UPSR, Hazrain darjah 4 dan ajar  si darjah 1 Ziyad membaca. Dan disitulah bermulanya titik perkenalan diriku dengan keluarga Mak Cha yang merangkap mak sedara kepada Afisha. Mengajar kanak-kanak ribena ini memberi suatu pengalaman yang cukup bermakna. Dengan egonya lah, degil lah, buat perangai lah macam-macam ada. Bertikam lidah tu memang dah biasa la, nak-nak pulak dengan aku yang memang seronok berbicara ni haaa nasib laa. Tugasku bukan sekadar mengajar tetapi menjadi pendamai bila adik-beradik ni bergaduh pun ada haha. Memang mencabar! Nasib baik aku tak kena belasah sekali.Kalau tak dah lama padam.


Kemudian semasa cuti sekolah tahun kedua aku terjebak juga buat part time di Temerloh sebab masa tu on job training (OJT) di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS). Aku buat part time di Mini Market A.Sandran yang terletak bersebelahan 7-Eleven di seberang jalan bertentangan dengan bus stop depan HOSHAS. Waktu kerja fleksibel, kalau aku OJT shif pagi bermakna aku masuk kerja petang dan begitulah sebaliknya. Penat. Tapi bertabah jelah. Susun barang, kemas barang itu menjadi perkara biasa. Di sini juga aku mengenali ikan pelaling. Apadia? Mula-mula aku blurr bila customer minta ikan pelaling sekilo. Selama hayat aku tak pernah lagi dengar nama ikan tu. Bila dia tunjuk, laaa ikan temenung kecil rupanya atau bahasa bukunya ikan kembung. Manalah ceq tau, kat Penang kami panggil ikan pelaling tu ikan temenung. Lagi timbang kacang hijau, kacang dal, gula merah, tepung, dedak ayam, mesin kelapa blablabla sampai sekarang kira dah terer sket arr bila sukat barang tanpa mesin timbang dah boleh agak banyak mana amount 1kg etc huahuahua..Bukan nak bangga tapi untuk diriku itu pengalaman berharga.


Berlabuhnya tirai tahun dua, masuk pula cuti sekolah untuk tahun ketiga. Mula-mula ingat nak minta part time kat klinik tapi takda nak pakai orang pula. Kemudian teringat la iklan vacancy fulltime/part time dekat stesen minyak petronas dekat jalan nak menghala ke Kolej Shahputra tu. Malu juga nak tanya wakaka tapi no harm to try kan? Sekadar mencuba nasib aku buat walk-in interview lepas tu dia kata apa-apa hal dia akan call. Tunggu 2-3hari senyap je. Takpelah tak ada rezeki la kot kali ini. Tuptup tiba-tiba petang Jumaat tu dapat call yang mengatakan boleh masuk kerja esoknya. Wahh gumbira teragiga laaa! Lupa pula aku hanya kerja time weekend. Sabtu dan Ahad sahaja. Masuk pukul 7am hingga 5pm. 10 jam bekerja  darab 2 hari kiranya setiap minggu buat part time 20 jam. Weekdays pergi OJT macam biasa everyday 7jam kalau shif, kalau kena ofis hour 9 jam. Kiranya tiada istilah rehat dalam seminggu. Balik kerja memang syahid terus. Penat? Of course. Aku bukan robot android untuk cakap tak penat. Tapi enjoy. Masuk kerja dengan bodoh-bodoh mulanya lepas tu bila dah boleh adapt barulah rasa bahagia sket. Aku diajar itu ini oleh Nurul dan Jiha. Thanks a lot Nurul! I learnt a lot from you. Alhamdulillah dalam masa sehari aku dah boleh jadi cashier sket-sket dengan dipantau oleh Nurul. Fast learner? Itu janjiku dengan bos sewaktu walk-in interview tempoh hari. Mula-mula susah juga nak kena hafal pam minyak yang mana semua kemudian nak diesel ke petrol ron 95, tekan situ sini segala bagai, nak cash kan semua, scan itu ini, kalau orang beli pau ayam nak tekan icon mana, pau kacang item mana, suratkhabar berita harian yang mana, china press yang mana, suratkhabar untuk hari ahad pula yang mana dan segala bagai fuhh memang la guna touch skrin tapi jenuh juga la.. I learnt step by step and Alhamdulillah able to catch everything up from time to time. 
Aku belajar dari macam mana nak start buka kaunter sampai nak kira tutup akaun semua in case ada short of money ke access of money ke dan itu memang pengalaman yang cukup menarik! Menjadi cashier tidak bermakna aku hanya duduk bergoyang kaki menanti pelanggan datang sahaja terutamanya yang menjadi cashier B. Mop lantai, lap cermin chiller, lap cermin pintu masuk, kira stok dekat setiap gondola, buat jagung, bancuh waffle dan buat waffle, masak pau semua itu aku pernah buat dan disitulah aku belajar tentang kehidupan. 


Life ain't easy. 


Siapa kata aku suka buat part time saja-saja? Nak cari duit kerna mahu kaya? hahaha mimpi di siang harilah andai sebegitu yang berlaku. Kalau nak kaya baik aku pi mengorat dato' mana yang kaya-kaya. Rupa ada juga sikit-sikit wakaka. Kalaulah hidup semudah itu... Aku mencari pengalaman hidup. Di lapangan yang berbeza kita akan bertemu dengan manusia-manusia yang berbeza cara bekerja, pemikiran, pelbagai kerenah dan ragam serta segalanya. Itulah realiti sebuah kehidupan. 


Di Petronas aku mengenali Mat yang baik budi dan jarang sekali tidak menghulurkan bantuan bila diminta walaupun Mat seringkali mengelat bila aku cakap kat dia, 'Weh Mat hayya a'lassolah!' dan Mat akan sengih menyeringai hingga menampakkan geraham bongsunya. Abu pula walaupun hisap rokok kuat gile sampai mulut bau busuk sampai aku rasa nak termuntah serta kuat membebel mengalahkan mak nenek tapi seorang yang bertanggugjawab dan fokus ketika membuat kerja. Kadang-kadang menyampah juga bila lelaki asyik berleter ni. Panas je telinga! Rasa nak sekeh pun ada. Sebab dia bebel benda remeh temeh yang ntahapapa. Kita sambung kisah Mat dan Abu di lain masa ok.


Erm pernah je aku kena marah dengan customer sebab aku dah siap pulangkan baki wangnya dan dia pula baru menghulurkan syiling. Sedangkan pada mulanya bila ditanya ada syiling dia berkata tiada. Dia marah kerana dia telah bersusah-payah menyeluk poket seluar mencari syiling tapi aku tak terima. Semacam tidak dihargai mungkin itu yang dirasainya. Baiklah minta maaf cik.


Pernah juga ketika aku sedang mengemop lantai kemudian orang terus lalu lalang dan pijak macam tu je tanpa rasa apa-apa. Namun ada juga beberapa orang yang ada common sense akan memanjangkan langkah mereka atau menukar arah berpusing ke belakang gondola untuk ke kaunter dan tak kurang juga yang memohon maaf bila terpaksa pijak juga. Sekarang aku dah paham apa perasaan makcik cleaner bila lantai yang tengah dimop dipijak begitu sahaja oleh orang yang lalu-lalang.


Tak kurang juga yang memandang slek diri kita, bila bayar bercakap acuh tidak acuh sahaja, marah-marah pula bila kita tanya elok-elok untuk clarify pam yang mana dan kereta mana blablablabla... Takkanlah nak tunggu aku cakap saya ni degree holder, budak UIA baru nak cakap elok-elok dan memaniskan muka. Tidak perlulah kot. 


Itulah rencah kehidupan.


Kita memang diciptakan berbeda tetapi kita punya satu fitrah yang sama iaitu bersaudara. Islam itu bersaudara. Bila bersaudara perlulah bantu-membantu, hormat-menghormati antara satu sama lain. Bila bersaudara inshaAllah kita mampu untuk membentuk satu kesatuan ummah yang ampuh. Saudara yang tikam saudara sendiri itu lain cerita.


Hooho ada kaitan ke semua ni? Haha jika dirasakan tiada kaitan anggap sahajalah anda telah membaca satu kisah dongeng nusantara di abad milenia.


Noktah.


ps: versi ayat buku terbaikk?? sekali-sekala =p

Jul 2, 2010

Moist choc cake


Bahan-bahan;
100g serbuk koko
1 tin susu cair
250ml susu pekat
200ml minyak jagung
100g gula


Happy agent; he is

1.28am 
mesej to Bmer: Salam.helo helo bmer? tdoq dakgi? sori kaco. ada kat kl dak esok lusa?
dan selepas itu tiba-tiba terus mendapat call masuk,

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni