~entri ini didedikasikan kpd mereka berEmpat
"Nyeng kenduri 27hb ni"
"Kak Chik Nazirah bulan 11 nnti"
saat tiba di rumah, itu antara berita awal yg menerpa ke gegendang telinga.
Tymphanic membrane terasa bergema seketika.
Mat Nih-Mat Rod-Nyeng-Mat Kot
inilah teman-teman sepermainan sewaktu di zaman kanak-kanak ribena dulu
Sama-sama berbasikal ke sekolah sejak tadika
Sama-sama bermain guli atau gasing di waktu petang (games ikut musim jugak sebenarnya)
Sama-sama bermain bola sepak sebelum pergi mengaji Al-Quran
Sama-sama berbasikal mengharungi malam yg pekat pergi mengaji Al-Quran di surau
(Mat Nih dan Nyeng tak turut serta sebab diorg mengaji Al-Quran kt tempat lain)
Sama-sama ke kelas tambahan malam di sekolah
Sama-sama buat kerja sekolah dan study jika rajin heee
Sama-sama keluar berjogging di waktu pagi bila tiba musim cuti sekolah
dan
akan duduk makan nasi lemak bersama dekat port di bawah pohon cenerai yg rendang setelah penat berjogging -(sekarang ni pokok tu dah takde tak silap)
Sama-sama pergi mengail ikan jika tetiba kegigihan dan kerajinan datang
*Adakalanya Man,Zambri, Kak Chik Nazirah dan Madihah turut serta juga utk aktiviti tertentu
inilah geng sekepala otak yg gila-gila
suka gaduh, berbalah pendapat, bermasam muka
kena rotan dgn ustaz sekolah kafa sebab main bola dalam kelas haha
main bendang smpai berselut semua
dan yang sukar utk dilupakan
pergi beraya bersama...
kita semua telah melalui satu fasa perjalanan hidup yg sgt unik dan bermakna dan inilah yg telah mendewasakan kita sebenarnya
Kini...,
Mat Nih @ Mohd Hanif b. Ishak sedang menuntut di Universiti Al-Azhar,Zagazig-Mesir dalam jurusan Lughah
Mat Rod @ Mohd Rodzi b. Hj Abd Muttalib pelajar tahun akhir di USM dalam jurusan Mechanical Engineering
Nyeng @ Mohd Fikri b. Elias telah tamat latihan TLDM di Johor dan berkhidmat sebagai pegawai TLDM di Sabah dan terkini bakal mendirikan rumahtangga
Mat Kot @ Mohd Shukor b. Zainol berkhidmat sebagai pegawai TUDM di Subang
dan
aku, pelajar tahun ketiga ijazah kejururawatan di UIAM kampus Kuantan =p
bak kata Mat Nih
"Weh jom la kita buat reunion masa aku balik nanti"
InsyaAllah semoga Allah temukan kita semua kembali 1 fine day =)
No comments:
Post a Comment