Jul 30, 2014

Tekad


Ketika mendapat berita pesawat MH17 terhempas kerana ditembak pengganas, aku dok di dalam bas membelah kepekatan malam menuju ke KL kerana esoknya nak terbang ke Aceh. Perasaan jadi celaru kemudian beku. Esok pun nak naik flight jugak kot! Apapun yg terjadi tekad tetap bulat nak ke negeri serambi Mekah itu juga. Membawa amanah orang ni! 

Erm sewaktu dalam flight, bila kapal berlanggar dengan awan beberapa kali Allahu rasa macam nak luruh jantung! Padahal perkara tu biasa. Terus kepala otak melayang teringatkan MH17 dan MH370. Aku akan mati tang sini ka?? Mulut dan hati bersatu laju2 minta ampun dan doa segala macam.

Bila dah selamat mendarat dan sudah waras, fikir-fikir balik erm kalau nak mati ni kat memana pun boleh jadi kan dgn kehendak Allah.. Tak payah tunggu nak naik kapal terbang. Takdir sudah tertulis cuma kita ja yang taktau.. Sentiasalah istighfar dan taubat sebagai persediaan. Ya Allah bagilah kami semua sempat taubat sebelum kami mati..!

---Hajrun,
Masjid Raya Baiturrahman,
ACEH Darussalam
#pray4Gaza

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni