Mar 6, 2014

Catatan Perjalanan: Italia 2014

1
Feb 10, 2014

Yang dinamakan REZEKI itu tetap akan tiba jua, tetap akan menjadi milik kita walau terhalang oleh segala apapun. Kerana rezeki itu selamanya milik Allah. Sentiasa datang dari arah yang tidak disangka-sangka. Sentiasa tak terduga dek akal fikiran manusia. Satu pintu rezeki tertutup banyak lagi pintu rezeki lain yang terbuka. Tugas kita sebagai hamba mesti terus mencari dan berusaha. Kerana pasti ada jalannya. Jangan persoalkan rezeki orang lain kerana itu ternyata rezekinya dari Allah Yang Maha Kaya. Mintalah kepada Allah inshaAllah DIA pasti memberi. Apa yg penting yakinlah dengan bahagian rezeki kita yang takkan diambil orang. Terima kasih Allah atas segalanya! Hari ini di tanah air terchenta, esok inshaAllah di bumi pasta. Alhamdulillah rezeki. Haza min fadli Rabbi!

2
Feb 11,2014

Subhanallah this is very amazing view! SNOWY Mountain. Saya tak pasti ni di mana tapi yg pasti ni semasa dalam penerbangan kedua dari Kuwait ke ROme. Allah sungguh Maha Besar, Maha Bijaksana dalam melakar landskap alam (11 feb 2014)
Snowy Mountain Valley. sky view.somewhere in the middle of this earth. Maka nikmat Tuhan yg manakah yg kita dustakan...?






3
Feb 12, 2014

Alhamdulillah after 27 hrs travelling, finally safely arrive at @ummu Mar'ie house in Camerino, Marche, Italia. KL-KUWAIT-ROME-FABRIANO-CAMERINO. Ok time to sleep now. Pala sudah penin hoii...

4
(written by Kak Marlina Ummu Mar'ie)

Alhamdulillah, akhirnya selamat sampai juga Adik saya dari PENANG-KLIA-KUWAIT-ROME-FABRIANO-CAMERINO = 27 jam. BAS-KAPAL TERBANG- KERETAPI-BAS-Berat dan banyak barang dia bawa untuk kami. Didoakan Allah sentiasa merahmati kamu.. (^_^)

Nak ucap juga terima kasih kat Mak & Abah Mertua, Alhamdulillah semua barang-barang selamat sampai. Teh Wangi, Kopi Ustad, Bunga Kantan, Daun Limau Purut, Serai, Daun Kesum, Daun Kari, Kicap Mudim, Serbuk Kari Daging & Ikan BABA's, Halba Campur, Serunding Daging Air Tangan Mak (Lepas rindu Suri&Na nak rasa masakan Mak;)...

Kedatangan Hajar walaupun seorang, rasa puas sangat macam dapat jumpa dengan semua family di Malaysia (wakil)..

Nota: buat kawan-kawan Hajar, jangan bimbang dia dah selamat. Tu doq tidoq lagi. Jet lag la tu..hehe




5
Feb, 13 2014

get ready with the kids nak pergi sekolah kakak Naurah n abg Naufal sbb ada live TV show first time in Camerino. selamat petang Malaysia!



6
Feb 14, 2014

pagi Jumaat yg indah. alhamdulillah cuaca sgt baik sekali. Selamat hri Jumaat! kahfi jom




7
Feb 14, 2014
"Apa saja di antara rahmat Allah yg dianugerahkan kpd manusia, maka tidak ada yg dapat menahannya; dan apa saja yg ditahan-Nya maka tidak ada yg sanggup utk melepaskannya setelah itu. Dan Dialah Mahaperkasa, Mahabijaksana" -Fathir:2. TQ Allah for everything!




..jalan-jalan sekitar rumah Kak Marlina, San Paolo, Camerino, Marche, Italy








8
Feb 16, 2014

Kalaulah hidup ini umpama kalkulator yang hanya perlu ditekan-tekan segala nombor dan formula yang diinginkan kemudian langsung mendapat jawapan, alangkah indah dan mudahnya kehidupan... Tetapi hidup ternyata tidak semudah itu. Tidak selalu seperti apa yg kita inginkan dan harapkan. Dan ini tidak bermakna kita tidak perlu merancang hidup dan sekadar membiarkn masa membawa ia pergi begitu sahaja. Bermimpilah setinggi apapun. Khabarkan pada Allah segala keinginan dan impian. Kita bisa merencana dan mencorak impian apa saja, berusaha utk merealisasikannya tetapi setelah itu redhalah dgn ketentuanNya. Jangan sesekali lupa pada DIA yg berkuasa atas segalanya, yang mengetahui segala sesuatu. Bak kata Tere Liye, perasaan serta angan-angan yg dipendam itu kan seperti doa juga? Have faith in HIM in whatever u do!
Tuhan mendengar. Sentiasa!

"Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yg kami sembunyikan dan apa yg kami tampakkan; dan tidak ada sesuatu pun yg tersembunyi bagi Allah, baik yg ada di bumi maupun yg ada di langit" -Ibrahim;38


Civitanova, Italy


9
Feb 17, 2014

Sebelum tido tadi, bila dikhabarkan esok aku sudah mahu berangkat menuju ke Rome sebab sudah mahu meninggalkan bumi Italia pada 18hb feb,..

Ainul: aunty tak payah la balik, aunty duduk la sini sama2 dengan kitaorang. Nanti balik la sekali dengan kitaorang. Tak best la aunty tak ada. Ainul saaaayang aunty. jangan la balik aunty.."

Nawfal: "haah, aunty balik jela sekali dengan kitaorg nanti"

Muhammad:" aunty dah nak balik ke?"

Kaklong Nawrah; "aunty tak payah la balik..esok kaklong pegi sekolah lepas tu balik aunty dah tak ada..aunty..."
"...aunty saya tak boleh tido la. Tadi air mata keluar kejap. tak tahu kenapa..."
"aunty nanti naik kapal terbang elok2 tau. Jangan lupa baca doa tau aunty"

Semalam pun semasa dalam perjalanan pulang dari Civitanova ke Camerino, mereka sudah dapat merasa aura pemergian aku terutamanya Nawrah,

Nawrah: "aunty tak payah balik eh.. duduk la sini selama-lamanya dengan kitaorang. Sini kan banyak tempat cantik. Nanti bila abah dah berjaya, kita balik la sama-sama.."

..am speechless for a while...
They are soooooo adorable + brilliant + amazing kids! Wallahi. Really gonna miss them sooo much after this... I pray to Allah to always protect them n guide them to be a good soleh/solehah kid inshaAllah!




10
...am leaving.... ='(

(written by Kak Marlina )

Kisah semalam 17.02.2014 (Isnin).
Semalam.

Ummi dan anak-anak telah mula merasai 'kehilangan'. Serba tak kena semalam. Alampun seperti turut merasai perasaan yang serba caca merba di dalam jiwa. Sebaik sahaja selepas Auntie Hajar tinggalkan rumah, angin bertiup sangat kencang hingga ke tengah hari.

Macam biasa ummi meneruskan rutin biasa nak ambil Ainul dari sekolah, masak tengahari dan petangnya ke Kelas Belajar Bahasa Italy selama 3 jam juga. Ya, masih perasaan itu sama. hinggalah sampai masa nak tidur:-

Sketsa Malam Tadi.

Ummi: Sudah semua anak ummi. Pergi masuk tidur, esok nak sekolah! (Masa tu jam sudah menunjukkan jam 9.30 mlm)

Semua Anak2: Baik ummi. (Nawrah terus angkut segala bantal dan selimut yang mereka buat main semasa ummi tinggal ke kelas tadi sambil betul-betulkan katil dan bercakap sorang-sorang. Ummi sekadar pasang telinga).

Nawrah: Hmm, semalam Auntie Hajar tidur sini. Sekarang dah tak ada.

Ainul: Ummi, ummi. Auntie Hajar sekarang dekat mana?

Ummi: Auntie dekat Rome sekarang. Dah tidur ye.

Nawrah: Ummi, tak boleh tidurlah! Nawrah ingat kat Auntie Hajar. (Sambil mata diorang tengok ke papan putih yang ada pesanan Auntie Hajar...huhuhu...Ummi sebak juga, tapi terus maintain cool je sebab esok nak bangun awal sekolah. ummi juga yang nak kena bangun..eheh)

Ummi: Ok, kalau ingat baca doa tidur sekarang lepas tu bacakan Al -Fatihah untuk auntie Hajar, tokwan, nenek dan semua...

Depapun baca dan terus tidur lepas tu...Allahu'alam..

Nota: Didoakan Perjalanan berangkat dirimu ke Egypt hari ini dengan Royal Jordanian Flight depart from Rome Leonardo da Vinci-Fiumicino Airport dalam keadaan baik dan selamat petang ini. Amiin, amiin...Selamat jalan dik dan terima kasih buah tangan coklat untuk anak-anak kak itu.... (^_^)




sambungan from Kak MArlina;

17.02.2014 (Lunedi):
Bon Voyage.
Good Bye.
Selamat Jalan.

Selamat meneruskan perjalanan ke Ardhu Kinanah/Ardhu Anbiya'/Bumi Para Anbiya' duhai adikku....

Sampaikan salamku diangin lalu, didoakan kami jua akan sampai di sana juga kelak....amiin..

"Ya Allah ya Tuhan kami, kurniakanlah keamanan dan keselamatan di dalam perjalanan adik kami Hajar, kurniakanlah nikmat Kesihatan yang berkekalan hingga pulang ke Malaysia dan anugerahkanlah kemudahan baginya untuk bertemu dengan hambaMu yang Soleh yang dapat menjaganya didunia dan di akhirat." Amiin....

Notes: already move and walk to station bus stop (in front of Campus) to Train Station at Castelraimondo. Takes about 10 - 15 minutes walking. From Castelraimondo take Train to Fabriano (about 30 minutes). From Fabriano take 2nd Train to Rome Termini Station (about 3 hours). Ok, Sila Check in Hostel, lepas tu sila sambung ambil gambar banyak2 sekitar Rome ya. Hati-hati lebih sedikit dengan "Kegiatan Penyeluk Saku Professional". Berdoa serah sepenuhnya urusan kepada Allah Yang Maha pelindung dan Pemberi keamanan.

Seeru 'Ala Barakatillah....

~Kak Ina with love~
Da Camerino


11
Feb 18, 2014
in Rome,

Dan di antara tanda-tanda kebesaranNya ialah penciptaan langit dan bumi, perbedaan bahasamu dan warna kulitmu. Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui
(ar-Rum:22)
....just few hours left in Rome before departing to Ardhul Kinanah. May Allah bless!




12
Feb 19, 2014

Bon voyage Italia! Am leaving. Alhamdulillah safely arrived at Amman,Jordan airport.waiting for the next flight to Ardhul Kinanah in 1hr.flight delay. Jazakumullahukhairujazak @ummu Mar'ie n fmly, sister @Rabiye Sulaiman, Sr Alannour, Bro @Umer Zubayr for superb hospitality n ukhwah. May Allah ease our journey in this life. Barakallhufikum!




Okay setakat ni dulu catatan pasal Italia hehe..btw ini just koleksi catatan daripada facebook aje =D

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni