Nov 28, 2011
Nov 27, 2011
Epilog
Aku tidak tahu hendak mulakan dari mana. Hahaha begitulah aku selalunya kan? Namun, apa yang pasti hingga ke saat ini aku masih menampar-nampar pipi, mencubit-cubit lengan kanan dan kiri, bermonolog dengan diri sendiri; apakah aku masih bermimpi di siang hari atau ini memang realiti?
Sudah masuk hari keempat keberadaanku di sini dan setelah menyuap Ruz bil Laban serta Mahallabiyah buat kali kedua ke dalam mulut sebentar tadi maka aku tidak dapat menolak hakikat lagi yang ya, amat pasti dan memang benar sekali aku sudah menjejakkan kaki ke bumi barakah ini. Ya dan ya!
Dahulu, sekitar tahun 2005 aku pernah mencoretkan sesuatu di helaian paling hadapan sebuah kamus. Kamus setebal 2-3 inchi yang aku beli bersama-sama dengan sahabatku Husna Hamdan di Pekan Klang. Ah sahabatku itu sekarang ini sedang kuliah di Universiti Al-Azhar! Aku masih ingat, lewat masa itu kami sama-sama menaiki bas mini biru kuning yang datang dari arah Kg Jawa dan melalui perkarangan KISAS dengan satu tekad dan matlamat iaitu mahu mencari kamus Bahasa Arab. Ya mungkin juga waktu itu semangat sebagai pelajar 6 rendah STAM masih menyala-nyala dalam jiwa maka itu yang memandu aku untuk mencoret sebegitu di halaman itu. Waktu itu apa yang aku tahu, aku pasti bahawa Tuhan akan memeluk mimpiku ini suatu hari nanti. Suatu hari yang entah bila pun aku tidak pasti dan tidak akan pernah mampu untuk mengetahui.
Namun, bila beberapa hari sebelum keberangkatanku ke sini, setelah aku berjaya mendapatkan semula kamus itu yang dipinjam oleh 'Izzah setelah hampir 6 tahun lamanya kerana dia memang guna kamus arab dalam kuliahnya di UIA, saat aku menyelak helaian pertama setelah aku membelek-belek kamus yang telah terpisah sekian lama dengan tuannya, MashaAllah..Subhanallah..tidak tergambar perasaan dengan kata. Sebetulnya aku sudah lupa bahawa aku pernah menukilkan ayat sebegitu rupa suatu masa dahulu. Tetapi sungguh! Terasa mahu menitis air mata.
Apa benar Tuhan sedang memeluk mimpiku? Hanya pujian kepadaNya yang terlafaz dibibir..
Ardhul Kinanah aku datang!!
p/s: mahu menulis lagi tetapi esok mahu sekolah jam 7 pagi! harus tidur dengan segera walau jam baru hendak menginjak jam 10mlm waktu sini =) musim sejuk menyebabkan malam lebih panjang!
Sudah masuk hari keempat keberadaanku di sini dan setelah menyuap Ruz bil Laban serta Mahallabiyah buat kali kedua ke dalam mulut sebentar tadi maka aku tidak dapat menolak hakikat lagi yang ya, amat pasti dan memang benar sekali aku sudah menjejakkan kaki ke bumi barakah ini. Ya dan ya!
Ruuz bil laban |
Mahallabiah aka rice pudding. ADA macam2 flavour. Sedap!! |
(Ruuz bil laban n mahallabiah; they are just like rice pudding. When u put it into ur mouth, it just melt like... arghh can't put into words! S.E.D.A.P, that's the word)
Namun, bila beberapa hari sebelum keberangkatanku ke sini, setelah aku berjaya mendapatkan semula kamus itu yang dipinjam oleh 'Izzah setelah hampir 6 tahun lamanya kerana dia memang guna kamus arab dalam kuliahnya di UIA, saat aku menyelak helaian pertama setelah aku membelek-belek kamus yang telah terpisah sekian lama dengan tuannya, MashaAllah..Subhanallah..tidak tergambar perasaan dengan kata. Sebetulnya aku sudah lupa bahawa aku pernah menukilkan ayat sebegitu rupa suatu masa dahulu. Tetapi sungguh! Terasa mahu menitis air mata.
Apa benar Tuhan sedang memeluk mimpiku? Hanya pujian kepadaNya yang terlafaz dibibir..
Ardhul Kinanah aku datang!!
p/s: mahu menulis lagi tetapi esok mahu sekolah jam 7 pagi! harus tidur dengan segera walau jam baru hendak menginjak jam 10mlm waktu sini =) musim sejuk menyebabkan malam lebih panjang!
Salaam Ma'al Hijrah 1433 dari bumi Kinanah,
Maryam wa Hajar
Nov 7, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."
'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni