Oct 29, 2011

Saat Sakarat

Sudah lama rasanya entry ini tersimpan kemas diruangan 'draft'. Sudah lama juga terpendam perasaan ini yang tak terluahkan. Aku baru sahaja selesai mendengar ceramah Ust Don Danial Don Biyajid di You Tube yg bertajuk "Anak Asset ke Syurga atau Neraka" setelah di tag oleh ibu saudaraku, Long Najmiyah. Brilliant! Isinya sangat basic serta mudah difahami tetapi berjaya menyentuh hingga ke dasar hati. Sungguh!

http://www.youtube.com/watch?v=h9TRUvdCO3Q&feature=share

Lantas, aku terimbau ke suatu pagi itu..

Pagi itu..aku masih melingkar di atas sejadah. Masih lagi berselubung dengan telekung. Huarghh sedapnya duduk mengeram macam ni!

Sekitar jam 7.30 pagi kurang lebih tiba-tiba sahaja seluruh rumah gempar.

"Cepat, cepat pi tengok Toknek jadi apa nuuu'

Aku bingkas bangun. Mencapai tudung ala kadar dan kami seisi rumah berlari ke rumah Toknek yang terletak sedikit terkehadapan dari rumahku kurang lebih dalam jarak 10-15 langkah.

Tiba di situ, aku lihat Toklang Timah, adik ipar kepada Tok ataupun nendaku, sudah sedia memangku kepala Toknek dengan mulutnya tidak putus-putus mengucapkan kalimah syahadah. Toklang 'Aq ,Cikyah dan Pakcik Sharol sedang mengalunkan surah Yaasin. Seterusnya orang ini datang, kemudian orang itu dan serta-merta seluruh rumah bergema dengan bacaan Surah Yaasin.

Lalu aku pandang Toknek..Kaku. Sayu. Dan aku dengar sesuatu.

Itu bukan bunyi stridor. Ya aku pasti. Juga bukan bunyi ronchi. Jauh sekali bunyi SOB (short of breathing). Tidak dan tidak. Bunyi seperti ini tidak ada dalam silibus nursing yang aku pelajari selama ini. Jujurnya aku tidak pernah mendengar bunyi sebegini. Ya Tuhan.. Bunyi apakah ini?? Aku berjeda. Lalu kembali ke alam nyata. Dan bunyi menderu-deram (ahh sebenarnya aku tidak tahu mahu gambarkan seperti apa) yang keluar dari mulut Toknek terus rancak bersahut-sahutan. Allahu Allah. Inilah dia bunyi seseorang itu mahu habis umur! Bunyi nafas tersekat-sekat saat sakarat! Allahuakbar...

Aku tidak tunggu lama untuk terus berwudhu' dan memulakan bacaan Yaasin dgn Quran yang sempat dicapai dari rumah tadi. Toklang menyuruh aku membaca surah Ar-Ra'du seterusya beberapa surah yang lain. Aku menyaksikan sendiri dengan mata kepala detik pertarungan nyawa seorang hamba di ambang sakarat.

Aku lihat Toknek, walaupun dengan mata yang terkatup, dia menggenggam erat-erat jari-jemari tangannya sekuat hati yang mungkin lalu dibawa rapat hingga ke dada. Terjemahan rasa betapa sakitnya nyawa sedang mula dicabut dari jasad barangkali. Allahu Allah.. Aksi itu berterusan dan berulang-ulang hingga suatu ketika Toknek sedikit tenang, tidak lagi bersusah payah bertarung seperti tadi. Menurut Toklang Timah, yang kebetulan memang seorang petugas yang menguruskan jenazah wanita sejak beberapa tahun lalu, kala ini nyawa sudah melepasi beberapa tahap dan sudah sampai ke bahagian dada. Toklang juga menunjukkan beberapa tanda yang jelas ketika nyawa sudah sampai ke stage ini, ke stage itu. Sungguh halus dan teratur rupanya urusan mencabut nyawa dari jasad walaupun rasa sakit sakarat itu hanya Tuhan saja yang tahu.

Pagi Aidilfitri kami sepi, sayu dan tidak langsung meriah seperti selalu. Bahkan buat julung-julung kalinya kami semua sekadar menunaikan solat sunat Aidilfitri di rumah sahaja.Takbir raya berkumandang bersahut-sahutan dari corong masjid di balik bendang sana. Kami terus bergilir-gilir membaca Yaasin di sisi Toknek. Toknek kelihatan lebih tenang dari semalam.

Menjelang hari kedua Aidilfitri merangkap Hari Kemerdekaan kita, Toknek kami lihat semakin tenang. Ketenangan itu terzahir di wajah yang redup serta seakan-akan tersenyum itu. Sekitar jam 2.30 petang, kebetulan waktu aku yang menunggu di sisi Toknek, Maksu Najihah datang untuk menggantikan aku kerana dia sudah menunaikan solat Zohor. Lalu aku pulang ke rumah bersama emak untuk bersolat. Entah kenapa mata terasa sangat berat dan aku diserang kantuk yang menggila. Tok juga merasakan perkara yg sama. Dalam keadaan hampir terlelap itu tiba-tiba telefon rumah berdering.

'Toknek dah takda ni!' suara Tokcik Munah, adik Tok, bergema di hujung sana.

'Allah!'

Kami bingkas ke sana semula.

Dan aku lihat Toknek memang sudah kaku serta seluruh tubuhnya sudah menjadi pucat tidak berdarah. Aku ke sisi kanan Toknek meraba urat di leher. Mencari carotid artery untuk mendengar nadi kalau-kalau masih ada yang tersisa. Kebetulan di sisi kiri Toknek ada seorang lelaki yang sebaya aku gayanya, dia juga turut meraba mencari urat nadi di leher. Dan aku mengagak dia juga seseorang dari latarbelakang bidang kesihatan. Telahan aku mengena bila terdengar dia berkata lebih kurang begini;

"Kalau ada stetoskop sedap sikit nak sahkan"

'Nak stetoskop? Ada di rumah'

"Ha boleh-boleh"

Rupanya dia bernama Hadi, cucu angkat Toklang Timah, seorang MA di Hospital Manjung. Patutlah..

Setelah dia lakukan auscultation dan kami sekali lagi check nadi di carotid artery, Toknek disahkan sudah tiada lagi. Daripada Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali...

Tidak sangka rupanya aku terlibat secara tak langsung dalam hal sebesar mengesahkan kematian Toknek.. Allahu Allah..

Kemudian, urusan pengkebumian. Disebabkan hari sudah menginjak waktu Asar dan setelah membuat perkiraan dan timbang tara yang terbaik lalu diputuskan bahawa jenazah Toknek akan dikebumikan pada jam 10 pagi esoknya.

Seawal jam 8 pagi, urusan memandikan jenazah dimulakan. Toklang Timah mengepalai urusan memandikan jenazah Toknek. Alhamdulillah dalam kalangan yang memandikan jenazah Toknek itu terdiri daripada kami semua anak-beranak, dari generasi kedua seperti Toklong dan Tokcik Munah, kemudian generasi ketiga seperti Long Najmiyah, Long Azirah, Cik Fatahiyah serta Maksu Najihah dan aku selaku wakil generasi keempat. Alhamdulillah yang teramat sangat!

Berpeluang merasai pengalaman memandikan jenazah sendiri dengan tunjuk ajar Toklang merupakan pengalaman yang amat bermakna. Dimulakan dengan langkah pertama jirusan cucian hadas kecil kemudian langkah kedua jirusan cucian hadas besar kemudian seterusnya jirusan air daun bidara kemudian disertai kapur barus. Sekadar itu yang aku ingat. Mungkin juga ada yang tertinggal. Dan baru aku sedar yang rupanya prosedur LO (last office) aka pengurusan jenazah yang aku belajar dan dilpraktikkan di hospital hanyalah sekadar satu persepuluh daripada ilmu pengurusan jenazah yang sebenar.

Setelah selesai segalanya jenazah diusung ke masjid. Aku, Makngah Yati, CikYah, Makcik Ju ikut serta ke masjid. Liang lahad Toknek betul-betul terletak di sebelah kanan kubur ayah. Disebabkan lokasi kubur memang betul-betul di tepi pagar masjid, maka kami memilih untuk berdiri diluar sahaja kerana aku rasakan di situ adalah angle terbaek untuk melihat jenazah dikebumikan.

Kala jenazah diusung ke liang lahad, suasana jadi bertambah sayu. Paklong Ali, Paklang Own dan Pakcik Ari turun ke dalam liang untuk menyambut sekujur jasad Toknek yang sudah tidak bernyawa. Kemudian tanah ditimbus sedikit demi sedikit hingga akhirnya lenyaplah bayangan keranda dari pandangan mata. Pakngah Ee, Pakngah Mat, Paklang Mizi, Pakteh Rodi bergilir-gilir dengan beberapa orang saudara mara yg lain untuk menyudahkan urusan pengebumian Toknek.

Kemudian Imam memulakan bacaan talkin. Dalam hati terdetik, Ya Tuhan..hanya beberapa saat sahaja lagi setelah 3 langkah jemaah bergerak meninggalkan perkarangan kubur, jenazah Toknek akan terus disoal Munkar dan Nakir. Allahu Allah! Tak terbayang aku akan hal itu..

Jauhkan Toknek dari azab siksa api neraka, ampunkan segala dosa-dosa Toknek serta cucurilah rahmat ke atas Toknek Ya Allah. Semoga Toknek tenang di sana.. Ameen..

Ramadhan 1432, Ramadhan terakhir buat seorang Toknek @ moyang aku yg bernama Zainab binti Husin. Tiada lagi selepas ini berkumpul di rumah Toknek membuat ketupat beramai-ramai seperti kebiasaannya tiap kali menjelang hari raya. 


Erm Toknek sudah selamat kembali ke sana..kita pula bagaimana pengakhirannya...??

...Allahumma takhtimna bihusnil khatimah, wala takhtimna Ya Allah bisuuil khatimah..


Ameen Ya Rabb~

Sep 28, 2011

Nilah budak-budak

Hari ini aku mendapat seorang murid tambahan.


Aku suruh dia jawab soalan. Dia sampai terbaring-baring terpejam mata dok fikir jawapan. Tapi aku rasa soalan aku tidaklah sekejam atau sesusah mana serupa tahap dewa ke apa..alah setakat 1 + 2, 2+3, 5-2 aku rasa pejam mata pun boleh jawab. Tapi aku tengok dia fikir macam nak gila. Lalu aku pun tanya;


'Amar, pasaipa tak kira guna jari. Kan senang'


'Ish, Amar dok fikir ni..dok fikirr'


'Laa...kira jelah pakai jari Amar..'


'Ish Amar nak fikir, nak fikirr. Amar takmau pakai jari..'


Aku tengok dia serupa orang tak ketahuan lagi dengan tangan memegang muka sambil kaki terangkat ke atas. Dahsyat budak ni mengerah otak untuk berfikir.


''Ya Allah..Amar, pasaipa la Amar takmau sangat kira guna jari? Kan senang boleh dapat jawapan terus'


"Ish tu macam budak-budak la!'


..jawapan Amar sangat tak boleh blah. Aku nak tergelak. Tapi nak jaga hati dia punya pasal aku paksa diri untuk tahan gelak.


'Oooh ok. Macam budak-budak..habis tu Amar ni apa?'


'Amar dah besaq la!'


Aku geleng-geleng kepala dan tersenyum dengan tawa yg bersisa..Lalu aku biarkan sahaja dia dengan caranya menyelesaikan soalan sehingga selesai. 


Nilah dia budak-budak!


Inilah dia kanak-kanak yang berjiwa besar, yang mindanya sentiasa berjalan untuk meneroka sesuatu yang baru. Dia sudah tahu ada jalan mudah untuk tiba ke destinasi akan tetapi dia tetap juga mahu mencabar dirinya mencari sesuatu kelainan. Menarik bukan?? 


Jika dia yang baharu darjah satu itu mampu berfikir sedemikian rupa apatah lagi kita ini yang semakin hari semakin dewasa. Ayuhlah teman berani mencuba! Carilah sesuatu kelainan dalam arah tuju hidup kalian agar bisa terlakar sesuatu yang istimewa di kanvas kehidupan =)


Dare to be different~

Murid sedia ada.. Ilya Fasya

Dia yang bernama murid tambahan

   ..tulisan seorang budak lelaki darjah satu. Aku terkagum sbb jarang jumpa bdk laki tulisan lawa!

p/s: home tutoring is soo0oo ....!!! arghh can't put into words..Only Allah knows =)

Sep 8, 2011

Yang Dinamakan Takdir




Cerita Seorang Ummi Tentang Takdir Jodoh

Bismillaahirrahmanirrahiim,

Nak,

Ramadhan memasuki 10 hari terakhir. Maafkan sudah lama ummi tak menulis pesan-pesan hidup untukmu. Kali ini ummi ingin bercerita tentang takdir jodoh. Ummi tak tahu siapa kelak jodohmu dan dengan cara apa kau bertemu dengan pasangan duniamu, namun bolehkan ummi bercerita hikmah tentang maha besarnya Allah yang mengatur masalah pertemuan 2 hati manusia dengan keindahan takdirnya.

Nak, jika kau bertanya: "Kapan saya menikah?"

Aug 18, 2011

A piece of reminder...

Bila aku lupa diri, aku akan selak ke muka surat ini...


Katakanlah (Muhammad), "Apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya?". Yaitu orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya.

Al-Kahfi; 103-104


Adakah ak sebahagian daripada golongan itu?

Am i...????



Aug 9, 2011

Damai BersamaMu




Aku Termenung Di Bawah Mentari    
Di Antara Megahnya Alam Ini
Menikmati Indahnya Kasih-Mu
Kurasakan Damainya Hatiku

Sabda-Mu Bagai Air Yang Mengalir
Basahi Panas Terik Di Hatiku
Menerangi Semua Jalanku
Kurasakan Tenteramnya Hatiku

Reff;
Jangan Biarkan Damai Ini Pergi
Jangan Biarkan Semuanya Berlalu
Hanya Pada-Mu Tuhan
Tempatku Berteduh
Dari Semua Kepalsuan Dunia

Bila Ku Jauh Dari Diri-Mu
Akan Kutempuh Semua Perjalanan
Agar Selalu Ada Dekat-Mu
Biar Kurasakan Lembutnya Kasih-Mu


Chrisye, Damai BersamaMu


Aug 1, 2011

Eman Rush



Ramadhan Kareem!
Happy Ramadhan to all =)
Ramadhan yang sama, natijah berbeza..
Jom bersihkan diri inside out, upgrade Iman level dan perbanyakkan amal!
Eman RUSh~


p/s; inzar buat diri yang alpa!

Jul 31, 2011

Menjejak Haramain

Assalamualaikum wbt..

Allahuakbar..terlalu lama rasanya aku mengambil masa untuk mulakan tulisan ini. Ya sebenarnya, sejujurnya aku tidak tahu dari mana dan bagaimana aku harus mulakan. Sudah beberapa orang teman yang bertanya tentang mana perginya catatan tentang Haramain?? Teman, ketahuilah betapa aku terlalu terlalu dan terlalu mahu bercerita di sini, terlalu banyak yang aku ingin nukilkan, terlalu banyak yang aku mahu coretkan, bicarakan serta kongsikan hingga aku rasakan segalanya tidak terluahkan! Arghh mengapa jadi begini...


Terima kasih Pakngah, makngah, pakcik, makcik dan semua kerana menghantar kami

Alhamdulillah sedar tidak sedar, hampir seminggu lebih sudah kami menjejak bumi permata. Terima kasih Tuhan! Terima kasih Tuhan kerana telah memeluk mimpi-mimpi kami. Terima kasih kerana telah menukarkan awan impian kami menjadi nyata. Terima kasih atas segalanya! Aku terlalu bersyukur! Alhamdulillah. Seandainya ada perkataan yang lebih baik dan bisa menggantikan perkataan terima kasih dan syukur tolonglah khabarkan kepadaku Tuhan. Syukur yang teramat wahai Tuhan yang sentiasa mendengar! 

(WARNING: ini entry terpanjang yg pernah aku tulis! JANGAN teruskan pembacaan kerana ia mungkin mengundang kebosanan menggila!)

Jul 29, 2011

Mozek kehidupan

Tuhan,
aku mahu menyusun atur mozek-mozek kehidupanku dgn susunan terindah
aku mahu mengatur mozek-mozek yang berwarna-warni 
dan dihiasi dengan pelbagai corak kehidupan
biar sedikit berbeda
biar sedikit berliku jalannya
kerana aku mahu dalam kamus hidupku 
ada lakaran kenangan yang istimewa
ada sensasi kehidupan yang mungkin orang lain tak punya
kerana akhirnya aku percaya
aku akan tetap juga tiba ke destinasi yang sama
aku akan tetap juga menyusur masuk ke jalan yang sama
cuma bezanya
aku sedikit terlewat dalam aturan masa
kerana aku terlebih dahulu mahu menggapai awan-awan impian di pinggiran
yang aku rasakan
seandainya aku lepaskan
aku tak mungkin mampu memiliki ruang dan kesempatan 
yang seumpama ini Tuhan..
juga kerana aku percaya apabila benar ada kemahuan
maka terbukalah jalan!


Hidup sekali hiduplah yang bermanfaat!


Tidak salahkan Tuhan...?


Tetapi walau apapun Tuhan
aku tetap percaya bahawa Kau juga punya plan
dan sesungguhnya perancanganMu adalah sebaik-baik perancangan!


Maka untuk itu aku telah mempersiapkan diri agar 
sentiasa belajar untuk pasrah dan redha dengan segala ketentuanMu
kerana aku tahu Kau tahu apa yang kami tidak tahu =)

Jul 7, 2011

Adios

...off to somewhere in the middle of this earth...
InshaAllah panjang umur ada rezeki ketemu lagi!

Tunggu Teduh Dulu,
bisakah menjadi realiti??

Kerja Tuhan siapa tahu~

Min haitsu la yahtasib!







Jul 4, 2011

Berani bermimpi. Ayuhlah!

Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah. Segala puji hanya untukMu. 
Allahuakbar. Terasa begitu menusuk ke kalbu. Menusuk ke lapisan dermis yang paling akhir mungkin. Mungkin inilah kesannya bila seseorang itu menulis dari hati. Sesuatu yang lahir dari hati akan sampai ke hati. Tahniah kepada Ahmad Fuadi kerana sekali lagi berjaya menyorot aku masuk jauh ke dalam dimensi Ranah 3 Warna. Luar biasa rasanya. 






Ternyata mantera Man Shabara Zhafira berjaya meresap masuk hingga ke dasar hati lalu terus bertapak kukuh di sana. Moga ianya bukan sekadar menjadi hiasan taman hati tetapi langsung mampu diterjemahkan oleh diri. Aku baru sahaja menamatkan pembacaan novel Ranah 3 Warna yang sudah tertangguh buat sekian lama pada minggu lepas. Lalu di sini ingin sekali aku titipkan mutiara-mutiara yang aku jumpa sepanjang pengembaraan ke dimensi Ranah 3 Warna ini;


"Yang namanya dunia itu ada masa senang dan masa yang kurang senang. Pada saat kurang senanglah kalian perlu aktif. Aktif bersabar. Bersabar bukannya pasif, tetapi aktif bertahan, aktif menahan cubaan, aktif mencari jalan penyelesaian. Aktif menjadi yang terbaik. Akftif tidak menyerah kepada keadaan. Kalian punya pilihan supaya tidak menjadi mangsa. Sabar adalah dasar bukit terakhir sebelum sampai ke puncak yang dituju. Selepas ada di titik terbawah, ruang kosong hanyalah ke atas. Supaya menjadi lebih baik. Bersabar menjadi lebih baik. Tuhan sudah berjanji yang Dia berjalan dengan orang yang sabar," -Kiai Rais

..siapa yang bersabar dia akan beruntung. Jadi sabar itu bukan bererti pasrah, tetapi adalah sebuah kesedaran yang proaktif.

"Menginjakkan kaki di tarmac lapangan terbang Montreal ini menjadi sebuah sensasi yang membuat badanku seakan terbang melayang. Aku cubit lenganku kuat-kuat dan meringis sendiri. Ini bukan mimpi, tetapi awan impian yang menjadi nyata. Alhamdulillah. Pada awalnya hanya angan-angan di bawah menara masjid Pondok Madani. Kini lihatlah, anak kampung ini berjaya menjejak benua Amerika. Modalku hanya berani bermimpi, walaupun sejujurnya, dahulu aku tidak tahu cara menggapainya," - Alif Fikri

"Ketika semua kemungkinan sudah tidak ada lagi, rupanya Tuhan mendengar doaku. Jalan penyelesaian yang Engkau tunjukkan selalu datang pada masa dan dari tempat yang tidak disangka-sangka. Min haitsu la yahtasib. Betapa Tuhan suka memberikan kejutan. Membuatkan aku sering kaget," - Alif Fikri


"Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang" (Imam Shafie). Jangan menyerah. Menyerah bererti menunda masa senang pada masa  datang

...kita tidak boleh meremehkan orang lain, bahkan tidak boleh meremehkan impian kita sendiri, setinggi apa pun. Sungguh Tuhan itu Maha Mendengar.

"Anak-anakku, doa kita memang didengar Tuhan, tetapi Dia berhak mengabulkannya dalam pelbagai bentuk. Boleh jadi dalam bentuk yang kita minta, boleh jadi ditunda ataupun digantikan dengan yang lebih sesuai dengan diri kita," -Kiai Rais

..Iza shadaqal azmu wadaha sabil..
Apabila benar ada kemahuan, maka terbukalah jalan!


Jun 30, 2011

..sebelum berangkat pergi ke daerah sana
lepaskan beban ini
yang mencengkam jiwa dan ragaku..

Jun 21, 2011

Sayonara Part 2



The alma mater...




En-route to Kuala Terengganu
16 Jun 2011
Last visit to Terengganu? Perhaps..







Pantai Kuala Abang




Kanak-kanak ini sudah tidak sabar lagi mahu terjun ke laut kerana tergoda dgn kejernihannya pada hari itu



Subhanallah..memang rezeki kami. The weather is just amazing! Dapat beli ayam golek Bukit Bauk dan 'bersidang' di atas batu sambil melihat keindahan laut yg terbentang luas ..Allah... speechless!







Pekena cendol dengan colek pun sodapp di kala cuaca terbaekkk sebegini


Pantai Timur, till we meet again ya! 
Kami semua sudah mahu pulang ke negeri utara di balik Banjaran Titiwangsa 

Jun 20, 2011

Sayonara Part 1


Laksa dekat pasar malam Indera Mahkota






Chicken Chop Eddy yg terbaekkk punya!

Lepas ni dah tak boleh lepak kat warung Eddy dah sambil  tengok bola ke, ABPBH ke huu

Seharian menanti lori Leh yg akhirnya berkunjung tiba juga! ayuh mengangkat barang2 4 tahun punya nii..

barang 4 tahun milik 7 orang kami makhluk pulau utara

buhbye lori Leh + Leh+ kwn2 Leh. selamat bersinggah hntar barang di Manjung-Baling-Tasek Gelugor-Sg Petani-Arau

Belian terakhir di Gerai Cahaya Makmur, atas Terminal Bas Kuantan. Lepas ni  abg cahaya kena cari customer baru sebab abg cahaya dah kehilangan raamaaaii customer dri UIA 

Jun 19, 2011

The day...The Battle!

Hari yang ditunggu-tunggu selama 4 tahun akhirnya tiba jua..
15 Jun 2011
Exam Lembaga Jururawat Malaysia
(pra-syarat utk mendapat lesen utk praktis)


Before exam...


Hanya 100 soalan..MCQ..tetapi pada satu booklet soalan itu terhimpun segala subjek yang telah kami pelajari sejak tahun 1. Rasa pening-pening lalat jugalah 

Just after exam! Senyuman terukir jua akhirnya setelah seminggu dua muka semua kelat macam hapa sebab asyik dok mengadap buku saja..mereka lah. bukan saya hee




aite aite Captain!

We are now officially graduate!
Alhamdulillah what a relief.....48 mutants omedetto!

Debaran menanti result yg dijangka keluar dalam masa sebulan ..samada pass atau tidak.
 i know HE knows best!



Jun 8, 2011

The Story Left Untold

"Kau takkan dapat cari seorang pun yang sempurna atas muka bumi ni. Tak ada... Setiap orang ada kelemahan masing-masing. Adam contohnya... semua orang nampak dia as a perfect person. Baik dari segi rohani dan jasmani. Tapi sebenarnya dia juga punya kelemahan. Cuma kita tak nampak kelemahan dia. Kita jatuh cinta bukan sebab berjumpa dengan orang yang sempurna tetapi setelah kita belajar menerima segala yang ada pada diri dia. We come to love not by finding a perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly. Dan pada Adam, aku rasa dia nampak kesempurnaan pada diri kau. Paling penting, kau harus yakin dengan diri sendiri. Kualiti yang ada pada diri sendiri. Cari kualiti-kualiti baik yang ada pada diri kau sendiri. Kau tak perlu jadi orang lain. You cannot become what you want by remaining who you are."


Relevankah aku di hatimu aka RADHA by Rnysa.
Novel ini telah lama aku biarkan tersadai di dalam beg guni di hujung katil. Cuma baru-baru ini Yayan minta untuk dipinjamkan.  It is not just an ordinary novel.  It has more than that! Hlovate yang kenalkan aku dengan novel ni. Thanks to her! Because Hlovate read it so that i know it must have 'something' therefore i wanna read it too heee.. 


Sebenarnya ak terjumpa ayat2 di atas tu dekat blog somebody nih. Ia mengingatkn ak tentang novel yg telah sekian lama ak tinggalkan itu. Apapun thanks to her, the owner of this blog http://solaceinmyself.blogspot.com/ sebab i just copy n paste je haha..sorry then!

Jun 7, 2011

..se-sua-tu..

Bila aku tengok atas, aku nampak sesuatu di rak buku Kak Ayu;


"Allah did not promise that life would be easy for us, but he did promise that HE will be by our side, in every step we take, as long as we are in His path, SEEKING and HOPING to gain His Mercy and Love"


..dan bila tiba di bilik pula, aku tengok ada satu bungkusan di atas katil dan di dalamnya ada sesuatu berserta secalit nota;


"I have an ambition that I have no intention of leaving just a dream" 
(Uchiha Sasuke)






Gracias!

Jun 6, 2011

Senjakala



Kata Salsabila Fahim, ini cerita kecil,
cerita sederhana, tentang dia lari berteduh
di bangsal di puncak bukit
bersama Kamil dan Lam Ping Hai
ketika hujan mula gerimis.

Kata aku, ini perkara besar,
hal berteduh
sementara duga datang mencuba
bukan hal main-main.

Kata Teh Sofia, ya
kerja Tuhan siapa tahu?

Kata aku, Tuhan akan menunjukkan 
kepada yang mencari. Ya, asal kau mahu
mencari, Dia menunjukkan.

Apa kata kau?



...bait-bait kata ini sengaja aku ulang-ulang dan senantiasa menjadi tarikan jiwa pada bila-bila masa. Buah tangan Faisal Tehrani ini ternyata punya sesuatu yang luar biasa. Ah Tunggu Teduh Dulu, kerja Tuhan siapa tahu kan? 

Maka teruslah tersenyum. Biarlah mendung itu tetap di langit sahaja!

Senyum, tak perlu kata apa-apa =)





Sunset..just in front of my house

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni