Mar 30, 2011

Menuju Sebuah Pengakhiran...


"Anak-anakku, ilmu bagai nur, sinar. Dan sinar tidak dapat datang dan ada di tempat yang gelap. Kerana itu, bersihkan hati dan kepalamu supaya sinar itu dapat datang, menyentuh dan menerangi kalbu kalian semua"

"Kerahkan semua kemampuan kalian belajar! Berikan yang terbaik. Selepas segala usaha disempurnakan, barulah berdoa dan bertwakal. Tugas kita hanya sampai usaha dan doa, serahkan kepada Tuhan selebihnya, ikhlaskan keputusan kepadaNYA, sehingga kita tidak akan pernah stres dalam hidup ini"

"...Stres hanya bagi orang yang belum berusaha dan tawakal. Ma'annajah, good luck!"

"Ingat selalu, selama kalian ikhlas, maka selamanya Allah akan menjadi penolong kita. Innallah Ma'ana"

" Pasang niat kuat, berusaha keras dan berdoa khusyuk, lambat laun apa yang kalian perjuangkan akan berhasil. Ini sunnatullah, hukum Tuhan"

"... selamat berjuang. Hidup sekali, hiduplah yang bererti.."

-Kiai Rais

"Man shabara zhafira. Siapa yang bersabar akan beruntung. Jangan risaukan penderitaan hari ini, jalani sahaja dan lihatlah apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Sebab yang kita tuju bukan sekarang, tetapi ada yang lebih besar dan asas, iaitu menjadi manusia yang menemukan misinya dalam hidup"

"....ada dua hal yang paling penting dalam mempersiapkan diri untuk sukses iaitu going the extra miles"

"...pilihlah suasana hati kalian, dalam situasi paling kacau sekalipun. Kerana kalianlah tuan dan penguasa hati kalian. Dan hati yang selalu dapat dikuasai pemiliknya, adalah hati orang sukses"

-Ustaz Salman

"Tuhan itu dapat mendatangkan rezeki kepada manusia dari jalan yang tidak pernah kita sangka-sangka"

"...Allah itu dekat dan Maha Mendengar. Dia bahkan lebih dekat daripada urat leher kami. Dia pasti tahu apa yang kami fikirkan dan mimpikan. Semoga Tuhan berkenan mengabulkan mimpi-mimpi kami.."

"...jangan pernah remehkan impian, walau setinggi apa pun. Tuhan sungguh Maha Mendengar"

Man jadda wa jada. Siapa bersungguh-sungguh akan berjaya~

~Negeri 5 Menara, A. Fuadi


"...orang seperti kita tak punya apa-apa kecuali semangat dan mimpi-mimpi dan kita akan bertempur habis-habisan demi mimpi-mimpi itu!"

"Tanpa mimpi orang seperti kita akan mati.."

-Arai

"...berhenti bercita-cita adalah tragedi terbesar dalam hidup manusia!" 
-Pak Mustar

" What we do in life...echoes in eternity!"
-Drs Julian Ichsan Balia

~Sang Pemimpi, Andrea Hirata


...antara sumber motivasi favourite setelah Kalamullah..



Tuhan, berikan kekuatan dan semangat untuk ku terus berlari dan tetap tegar berjuang kerana diri ini senantiasa terasa lelah di pertengahan perjalanan.. 
hamba mohon...~

Mar 24, 2011

Labyrinth

Baru sahaja seketika tadi aku bawa dia ke tandas dengan kerusi roda. Sekitar kurang 10 minit pukul 8 pagi begitu. Dia sudah memakai pampers sebenarnya tetapi tetap berkeras mahu ke tandas juga. Ahh tak ingat namanya.. tetapi yang aku ingat dia katil 14, bukan dari cubicle di bawah jagaanku hari ini.


' Misi! saya mahu kincing aa. Mahu pegi itu tandas sikalang juga' dia memanggil aku yang kebetulan lalu di situ dan dengan pantas dia mengengsot mahu turun dari katil.


'Sekejap auntie sekejap. Eh ni bukan pakai pampers ke? kenapa takmau kencing sini saja?' ah kalut seketika sebab di tangannya ada wayar IV line. Tak pasal-pasal boleh tercabut kang.. Perlu disconnect dahulu jika mahu pergi ke mana-mana. Tetapi tengok keadaan juga, bukan sebarang IV line boleh di disconnect begitu sahaja.


Erm dia menggeleng laju.


'Takmau. Saya nak pegi tandas juga. Mau kincing sana juga'


Segera aku mendapatkan staff nurse memohon pertimbangan kerna bukan sesuka hati boleh bawa patient ke tandas kerana banyak sebab. Takut patient jatuh. Bila patient jatuh hahh bala la jawabnya. Kena tengok juga condition patient macam mana stabil atau tidak untuk bergerak. Kena tengok diagnosis patient. Banyak perkara perlu ditimbang-tara dengan bijak. 


Akhirnya,
'bawak jelah dik dah dia nak sangat pergi tandas'


'Auntie tunggu sekejap saya nak ambil kerusi roda'


Setelah selesai melepaskan apa yang tertahan dia kubawa ke katil semula. Setelah dia baring dengan selesa dan pastikan segalanya ok lalu aku tinggalkan dia kerana aku perlu kembali ke cubicle aku semula. 


Masing-masing sibuk bergerak ke sana ke mari melaksanakan tugas yang tersedia. Suasana wad agak tenang.  Aku sedang buat procedure suction atau menyedut kahak pesakit di katil 7 di cubicle jagaanku hari ini bila mana tiba-tiba sahaja suasana menjadi sedikit kecoh.


Kelihatan staff nurses dan beberapa orang doktor berlari-lari ke cubicle belakang. Terdengar suara doktor mengatakan 'Code blue!'. Itu bermakna emergency. Lalu aku jenguk seketika di sebalik tirai yang menghadang, ternyata mereka mengerumuni pesakit di katil 14. Auntie tu!! Itu yang terlintas di benak.


Setelah kerjaku selesai lalu aku menghala ke cubicle belakang. Mahu lihat apa yang terjadi. Kelihatan Dr. Kok sedang melakukan CPR terhadap auntie bergilir-gilir dengan staf yang lain. Allah.... walaupun hampir sejam telah berlalu setelah segala bagai usaha menyelamat diakukan aku cuba untuk menyibukkan diri juga untuk ambil port walaupun aku sudah dengar doktor beritahu mahu pronounce. Bila mana doktor cakap nak pronounce meaning that itu adalah pemberitahuan tentang kematian. 
..dan bila saatnya doktor arahkan aku supaya berhenti dari bagging dan segala mesin untuk monitor dihentikan maka mengertilah kami. Innalillahi wa innahilaihiraji'uun...


Doktor keluar dari tirai untuk menyampaikan berita kepada ahli keluarga. Cucu auntie yang layak dipanggil nenek itu terduduk di sudut dinding depan sana sambil mata digenangi air mata. Kemudian seorang demi seorang ahli keluarga mereka tiba dan suasana menjadi hening seketika..


Allahuakbar..


Nak katanya..maut itu tidak mengenal masa. Tidak mengenal usia. Tidak pernah terlewat mahupun tercepat walau sesaat.
Nak katanya...malaikat maut itu berada di mana-mana, sentiasa berlegar-legar di sekeliling kita. Cuma terhijab oleh pandangan mata sahaja. Andaikata hijab terbuka nescaya bercemperalah kita, berlari bagai tidak cukup tanah gayanya. Pasti tidak mahu lagi kemana-mana tetapi mahu di atas sejadah semata-mata.


Lupakah kita? Mati itu pasti. Kullu nafsun zaaiqatul mauut..


Ya Allah, panjangkan umur kami dalam mentaatiMU dan RasulMU 
ameeen...


....dan Sebelum Mata Terlena dendangan Hijjaz pun terus berkumandang berulang-berulang meresapi gegendang telinga hingga ke labyrinth..


-hajrun, Medical ward, 6H. HUKM-

Mar 23, 2011

Lalu apa...?

Hari ini aku terima 3 berita yang tak berapa best.


Pertama,
seorang senior yang baru sahaja selamat mendirikan masjid pada hujung minggu lalu, Kak Fiey, terlibat dalam kemalangan semalam sewaktu dia dan suami dalam perjalanan pulang ke KL. Accident  di highway Jabor. Impaknya, tangan kanannya patah dan tangan kiri mengalami kecederaan yang teruk..almost amputate! ..tapi alhamdulillah dengan izin Tuhan satu pembedahan telah dilakukan untuk menyambung saraf, tisu dan sebagainya. Pembedahan berjaya dan doktor kata nak tengok progress tissue perfussion n everything in two weeks. Kalau semuanya ok maka tak perlulah amputate.. Em suami kat Fiey, Mun'em alhamdulillah hanya cedera ringan.
Ayuh mari bersama kita doakan yang terbaik untuk mereka!


Kedua,
menerima panggilan daripada Cik Kem lewat petang tadi namun panggilan tidak dijawab kerna aku pengsan setelah pulang dari kerja. Menjelang maghrib aku hubungi Cik Kem semula. Katanya, neneknya yang relapse Non-Hodgkin Lymphoma (NHL) sudah tidak sedarkan diri dan doktor sudah arahkan untuk dibawa pulang ke rumah. ..dan pada malam ini Cik Kem akan segera pulang ke Perlis. Mohon doa katanya..


Ketiga,
sewaktu pengsan petang tadi selain mendapat panggilan daripada Cik Kem, aku juga mendapat miscall daripada Mr Jim. Dia beritahu yang pakcik Ari masuk hospital semalam sebab suspect denggi.


Lalu..aku terdiam sejenak..


Tuhan mahu tunjukkan apa kali ni? Pelajaran apa pula ini..........?


Maka jadilah hamba yang bersyukur! 'abdan shakura. 
Life is short thus appreciate it.


Fabiaiyi alaa irabbikuma tukazziban? 
Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan...?



Mar 16, 2011

Kalau Tuhan tak izinkan...


'Akak buat slow-slow ye..sakit..'

'InshaAllah..tapi awak kena tolong akak juga. Awak kena tahanlah sikit. Sakit memang sakit'

Dia mengangguk tanda setuju.

Sesungguhnya strategi yang baik diperlukan sewaktu preparation process kerana apabila cucian luka dimulakan aku tidak boleh lagi sentuh sembarangan, semuanya akan jadi sterile.  Lalu segala ilmu tentang dressing yang aku pelajari dan praktikkan sejak tahun dua aku padukan bersama. Sudahlah melakukan seorang diri tanpa assistant..  

Tambahan pula untuk dia yang bernama Muzliya Syaqina, ohh sungguh aku perlu mengatur strategi dengan bijak. Tempat yang perlu dicuci lukanya bukan satu tetapi tiga! Di tangan kanan ada 4 K-wire insertion, di tangan kiri ada pin insertion (yg macam area tv tuh) dan juga open wound di bahagian bawah lengan dan seterusnya di atas buku lali kaki kiri ada luka sepanjang sejengkal yang telah dijahit. Ohh critical thinking..

Aku mulakan cucian luka di tempat yang lebih kritikal terlebih dahulu iaitu di bahagian tangan kiri. Dia mula terjerit-jerit kesakitan bila tidak tahan. Aku cuba mengalih perhatiannya dengan mengajaknya berbual. 

'Jatuh dari tingkat 10 kan?'
"Ha'ah"
'Apa perasaan awak masa jatuh tu?'
"Emm..entahlah kak. Qina rasa macam terbang pun ada. Qina hanya mengucap banyak-banyak je. Qina ingat mama, ayah, keluarga, kawan-kawan"

'arghhh sakitt! huuuhuu..' Dia kembali menjerit. 

'emm awak rasalah kan, Allah nak tunjuk apa sebenarnya?'

Dia menjungkit bahu..
  
'Allah sayang awak kan?'

Dia senyum dan mengangguk.

'Kalau ikut logik akal dan kebiasaan yang kita dengar, kalau jatuh tempat tinggi ni tulang belakang, kepala mesti terlibat sama. Tapi untuk awak, Allah sayang awak kan?'

Sengaja aku ajukan soalan itu untuk dia berfikir.

'Ha'ah'. Dia senyum lagi.

'Awak kena bersyukur sangat-sangat sebab Allah sayang awak, panjangkan umur awak'

Dia senyum dan mengangguk lagi.

'Em tengok mama awak tu, bersungguh dia jaga awak. Lepas ni kena belajar rajin-rajin untuk balas jasa dia'

Dia terus tersenyum memandang diriku bersama anggukan mengiyakan.

..dan kami terus berbicara itu dan ini hingga tanpa sedar aku sudah sampai ke langkah terakhir untuk membalut luka di tangan kiri.

'kalau akak bandage ketat sangat bagitahu ye'

"ok kak"

'Ok dah siap. Em haa lepas ni kena jadi anak yang baik, hamba Allah yang baik. Jaga solat semua sebab itu sebagai tanda syukur awak kepada Allah kan?'

dia mengangguk dan bersuara,
'Terima kasih kak! akak buat tak sakit dan sangat selesa! Terima kasih ye"

..dan setelah itu aku menolak troli dressing meninggalkan dia sambil melirik senyum tanda puas kerana dia selesa.

Seketika teringat pesanan Dr Rafizi, pakar jantung, sewaktu praktikal di wad CCU (cardiac care unit) minggu lepas;

'Hidup ni jangan kira nak menyusahkan orang je. Kena selalu berusaha untuk memudahkan orang'

..hmmm..berbalik kepada apa yang terjadi ke atas Muzliya Syaqina.. 

Allahuakbar..
Sungguh, kerja Tuhan siapa tahu! Jika Allah tak izinkan sesuatu maka ianya tidak akan berlaku. Sesungguhnya Dialah yang Paling Berkuasa dan Berkehendak. Siapa kita untuk menidakkan takdir Tuhan dan melawan ketentuan? 

..ternyata pelajaran ini amat bermakna bagiku~ Kun fayakun!

hajrun
Female Orthopaedic Ward, 4H
HUKM

Mar 15, 2011

...

Tawau, 2009

Tuhan,
aku bukan Salsabila Fahim
yang tegar mengharungi segala ancaman kehidupan
juga bukan seorang Teh Sofia
yang teguh dan tetap pendirian..

..Tunggu teduh dulu, kerja Tuhan siapa tahu!

Feb 28, 2011

Sirih pulang ke gagang

Thanks Mr Jim! ...and good bye PDK.. i'm gonna miss u my hero!

malu tapi mahu


gaduh?






Feb 23, 2011

When I just realize...

Tadaiymak...!

Bila balik rumah, diri mula memikirkan. Seringkali begitu. Berfikir... apa sebenarnya diriku setelah tamat sekolah nanti? Siapakah aku di masa hadapan? Apa benar aku akan jadi seperti apa yg sekolah ajarkan, terapkan, bentukkan?

Ah bingung. Soalan yang akan terus menjadi persoalan.

Bila pulang ke rumah, terasa aku tidak mahu berbuat apa lagi selain berbakti kepada ibunda, nenda dan warga tua yang ada. Biar aku jadi driver mereka, biar aku yang ulang-alik hantar mereka ke sana ke mari, biar aku yang uruskan keperluan harian mereka, biar aku itu dan ini untuk mereka. Sekiranya perlu berkorban untuk menjaga mereka sekalipun inshaAllah aku rela andai itu takdirnya. Wahh bercakap seperti segalanya tergalas dibahuku? Tuhan aku bingung..

Masuk sekolah kejururawatan 4 tahun tambah matrikulasi 2 tahun. 6 tahun semuanya. Apa benar aku ingin menjadi seorang jururawat?
Tidak. Tidak sama sekali. Kerana aku tidak pernah sesekali bermimpi bahawa aku akan menjadi seorang perawat seperti hari ini.
Lantas untuk apa 6 tahun ini dibazirkan??

Hmm.......

Tidak, ini bukan suatu pembaziran kawan. Tidak pernah terlintas bahawa 6 tahun itu suatu pembaziran. Lalu untuk apa?? Ahh kalut!

Aku teringat sewaktu menghadiri satu kursus di tahun satu, setiap daripada kami diminta mengisi biodata diri termasuklah tentang impian dan cita-cita. Bila tiba di ruang cita-cita ahh aku menjadi kalut seketika. Mahu tulis apa?? Aku diam dan berlama-lama memutar pen di atas garisan. Ahh sudah...Sebab sehingga kini aku sendiri tidak jelas aku mahu jadi apa.

Kemudian selepas itu fasilitator membaca biodata kami terutamanya bahagian impian dan cita-cita di hadapan semua. Lalu bila tiba saatnya helaian aku dibaca, fasilitator membaca cita-cita yang aku tulis dengan nada yang nyaring dan seakan berbaur sindiran juga ada. Ahh biarkan. Aku tidak pernah ambil kisah kerna itu cita-citaku bukan cita-cita kamu wahai fasi!

Mahu tahu apa yang aku tulis di ruangan itu? Cita-cita: HELPER. Nahh itu yang aku tulis! Jujurnya aku memang tidak punya cita-cita yang khusus. Sehingga sekarang ini. Ya benar! Cuma apa yang aku amat pasti, aku mahu jadi orang yang boleh menyumbang sesuatu dengan kadar upaya dan kemampuan yang ada. Jika orang lain akan menulis cita-cita mereka mahu menjadi peguam, pensyarah, doktor, jurutera dan apa sahaja, aku pula terasa ingin menulis segala pekerjaan yang ada di dunia. Kerana matlamatnya ' as long as I can give something'. Asalkan itu matlamatnya. Ya aku sudah sedar apa yang aku ingin jadi sebenarnya.. Tidak bolehkah punya cita-cita seperti itu? Betulkan aku jika aku silap membuat percaturan.

Patutlah sejak zaman tadika hingga zaman sekolah menengah cita-cita aku tidak pernah tetap. Asyik berubah sahaja. Semasa tadika bila cikgu tanya bila besar mahu jadi apa aku jawab mahu jadi doktor. Ahh biasalah minda kanak-kanak yang seringkali didoktrinkan dengan pemikiran yang kononya menjadi doktor itu hebat, seakan kerjaya yang paling agung dan disanjung tinggi di atas muka bumi. Tukang sapu sampah tepi jalan juga lebih mulia kerjanya.

Erm kemudian beralih ke zaman sekolah rendah apa ya cita-citaku? Rasanya aku tulis ingin jadi guru atau pensyarah. Darjah 4 ada hati nak jadi saintis seketika. Kemudian darjah 5 rasanya aku pernah ada hasrat nak jadi seorang penulis pula. Polis pun aku rasa macam pernah tulis juga dalam kamus hidup. Erm kemudian darjah 6 kembali ingin menjadi doktor. Hahaha inilah yang dikatakan kanak-kanak...

Naik sekolah menengah dah nampak sikit masa depan, rasa macam nak jadi orang yang boleh serve others terutamanya dalam bidang perubatan. Takpun dalam charity work. Jadi cikgu pun macam best tetapi tidak tabah dan tidak sesuai serta tidak layak kot. Hmm tak kisahlah apa-apa pekerjaan yang boleh tolong orang. Laa nak jadi apa ni sebenarnya? Err... no idea.. Erm paling tak boleh blah sewaktu Majlis Graduasi Tingkatan 5, sewaktu emcee baca biodata, cita-cita: Pakar Bedah kahkahkah...aku main belasah je sebab sudah aku katakan aku memang tidak ada cita-cita yang khusus.

Rupanya baru aku sedar aku nak jadi HELPER... patutlah aku tulis segala bagai cita-cita..



..dan 6 tahun itu adalah tempoh untuk aku mengutip segala ilmu dan pengalaman, mengumpul bekalan serta menyusun strategi dan plan untuk menjadi seperti apa yang aku inginkan. HELPER. Hey me, please walk the talk.

Tuhan, permudahkan aku untuk mencapai cita-cita yang satu ini
Tetapkan hati untuk istiqamah dan tsabat memegang cita-cita yang ini

Ikhlaskan niat dan tunjukkan jalan untuk meraih cita-cita ini
Seandainya cita-cita ini baik untuk ISlam dan diriku maka bantulah aku untuk menggapainya
Tuhan, panjangkan umurku dalam mentaatiMU dan RasulMU serta untuk mengejar cita-cita ini

Ameen..



P/S: err jangan sesekali sebarkan cita-cita ini kepada anak-anak kerana nanti mereka tidak mahu sekolah lagi dan menjadi semakin malas sebab mungkin mereka akan kata 'alah tak payahlah nak belajar tinggi-tinggi, nak jadi helper je.' Dik, ilmu itu penting ok. dan untuk itu, janganlah aku dipersalahkan pula..aku mohon! 

Feb 21, 2011

Disebalik Awan..









Teruslah tersenyum! 
Biarlah mendung itu tetap di langit sahaja~

Aaidh Abdullah al-Qarni

Feb 20, 2011

Feb 17, 2011




Sunrise at Pantai Beserah

Jiwa terasa lapang bila kembali menghayati keindahan ciptaan Tuhan~

Feb 7, 2011

Feb 6, 2011

mouth watering








Best ever cream puff i'd ever eaten!!

Suka. Bahagia. Gumbira

Bismillah..

Alhamdulillah selamat tiba di kampus tengah malam semalam. Pulang ke Tumpat umpama pulang ke rumah sendiri. Hampir 4 tahun aku tidak berkunjung ke sana. Buat apa aku di sana? 

Asal tujuan kembara ke Kelantan pada kali ini adalah kerana aku ada Kursus Induksi PAPISMA 3 hari, bermula Jumaat, 29 Januari sehingga Isnin, 31 Januari. Dah alang-alang berada di Kelantan maka aku mengambil kesempatan untuk menziarahi mereka-mereka yang sudah lama tidak aku ketemui.

(..alamak cemana tiba-tiba boleh terjadi tulis skema. Oho it doesn't sound like me ok. haha belasah lah..)

Seusai program PAPISMA lewat petang Isnin aku dan Anje tumpang bermalam di rumah Khai di Kubang Kerian. Esoknya sesudah menghantar Anje ke hentian bas Langgar kerana dia mahu pulang segera ke Kuala Terengganu, tidak sabar untuk bertemu ibu katanya, aku menghalakan stereng ke arah KB Mall. Janji akan bertemu Irah di situ sebelum bergerak ke Tumpat. Irah ialah adik Sya yang ketiga dan sedang menuntut di USM. Kebetulan dia juga baru sahaja tiba di Kelantan sehari dua yang lalu dari Penang dan belum lagi sampai  di Tumpat kerana singgah bermalam di rumah Kak Nik terlebih dahulu.

Kakak, Sya, Irah, Amir, Sarah aka adik dan Awin. Adik-beradik Sya umpama adik beradik aku sendiri. Mengenali Sya sejak di Irshad, banyak suka dan duka kami kongsi bersama. She is one of my best friends.

(Irah- first year USM. Amir- Inst. Perguruan KB, Adik-baru habis SPM, Awin-darjah 6.)

Kg Air Dingin, Berangan. 

Lama sungguh tidak bertandang ke sini. Ketibaan kami disambut dengan air mata Awin yang terkejut dgn kehadiran Irah yang tidak disangka-sangka. Konon buat surprise la heee.. Lama mereka berdakapan. Melepaskan rindu yang sudah lama tertahan. Hanya mereka yang memahami apa yang tersirat di lubuk hati masing-masing kerana mereka, hanya ada mereka adik-beradik sebagai keluarga. Menyaksikan drama sebabak itu akan membuatkan hati sesiapa sahaja akan terkesan. Oleh sebab itu aku cepat-cepat blah pergi mengambil barang di kereta. Amir, bakal guru itu sudah lenyap masuh ke dalam rumah. Kakak dan Abe Ji masih belum pulang dari kerja.

Seronoknya di sini, sebab rasa macam rumah sendiri, tidak kekok untuk membawa diri kerana kedatangan aku kali ini bukanlah kunjungan kali pertama, juga boleh basuh baju dengan bahagianya wakaka.. 

'Weh k.Sya bagitau dia bertolak balik dri Sepang rabu malam dengan Kak Juli. Maknanya khamis pagi la sampai'

Ohooo..Jom kita buat 'sesuatu'. Hahaha.. Mari kita prank dia! Dan kami serumah membuat pakatan rakyat berkomplot untuk kenakan Sya. Sebelum itu Sya ada mesej bertanya aku akan stay di rumahnya sampai bila. Aku katakan khamis pagi ada kawan aku bertunang di Terengganu. Jadi paling tidak Rabu aku kena gerak dah. Sya frust di hujung talian.. hehehe dia taktau kami kat rumah ni tengah naik tanduk seronok hahaha..
Dan Irah dengan bangganya menghubungi Sya untuk memberitahu yang dia akan pergi mengambil Sya pagi esok di KB. Confident sungguh makcik tu cakap yang dia sudah ada lesen dan dia bersungguh meyakinkan Sya yang dia akan ambil Sya di rumah Kak Juli esok setelah menghantar kakak pergi kerja.

'K.Sya, oghe ado lesen lamo doh dari demo. Oghe tokse gegeh jah!'

dan yang tak boleh blahnya Sya percaya bulat-bulat wakakaka...Sya..Sya..

..dan untuk agenda bengong itu, malam itu Irah, Adik dan aku bersengkang mata gigih membuat kek. Yeah moist choc dah sampai Tumpat dahhh! haha..

Esoknya bila smpai di rumah Kak Juli, kami gigih parking kereta kat hujung pokok sana dan hanya biarkan Irah dan Awin sahaja yang pergi memberi salam di hadapan pintu sedangkan aku dan adik sudah terkekeh bersembunyi di balik kereta di hujung pokok sana.

Sya masih tidak sedar kewujudan aku dan adik kerana Irah hanya beritahu bahawa dia akan datang berdua dengan Awin sahaja. Sehinggalah kami menjelma ke depan pintu selepas itu dan aaaaaaaaaaaaaa!! Sya ketawa geram sambil macam nak sekeh aku pun ada hahahahahahaha....

Petang itu kami merayau hingga ke Kg Laut, Palekbang untuk mencari serunding. Terbaekk dari ladang kot! Two thumbs up. Sambal daging (serunding dlm bhs klate) sedap! Pegi beli kat rumah orang. Panas panas lagi. Jalan gamble ikut singnboard dan tanya orang sudah. Rupanya boleh dikatakan hampir setiap rumah di situ memang pengusaha serunding. Malam itu kami merayap ke Wakaf Che Yeh pula. Tahu dah kesesakan lalu-lintas separa gila yang bakal ditempuhi tetapi gigih punya pasal kan.. semua orang sanggup je.

Pagi Jumaat itu, seusai solat Subuh aku lihat Irah bergegas bersiap memakai baju kurung dan mengerahkan Adik, Awin dan yang lain segera bersiap. Ke mana??? 
Oh aku dapat jawapn sendiri. Mahu pergi membaca Yasin di pusara ayahanda dan bonda yang terletak di sebelah jalan sana sahaja. Aku capai Al-Quran di atas rak dan ikut turut serta. Aku dan Sya redah pakai seluar panjang dan sweater jah. Menutup aurat sudaa...

Suasana pagi itu sungguh mendamaikan. Cuaca juga sangat baik. Matahari yang masih malu-malu untuk menampakkan diri meyinari alam dengan penuh ceria. Ya Allah terasa syahdu pula. Adik dan Awin di hadapan sana di pusara Abah manakala Irah, Sya dan aku duduk bersila menghadap pusara Mama Sya. Amir sudah datang subuh-subuh tadi lagi. Kami mula membaca surah Yassin. Sesekali kedengaran suara menahan tangis Irah dan Sya yang antara keluar dan tidak. Sesekali mereka mengesat air mata dengan hujung lengan baju. Di hadapan sana pula kedengaran suara Adik yang tenggelam timbul dengan suara Awin. Adik membaca dengar kadar yang sederhana sambil diikuti Awin. Aku meneruskan pembacaan sambil sesekali kepala dipanggung untuk terus memerhati adik beradik ini. Perasaan itu hanya mereka dan Tuhan sahaja yang tahu.

Awin
Ya Allah sahabatku ini sangat tabah, sangat cekal hatinya. Berilah dia dan adik-beradiknya kekuatan luar biasa untuk menempuh dugaan hidup ini Ya Tuhan...

Abah Sya kembali ke Rahmatullah juga pada 2002 sewaktu hari kedua Aidilfitri. Manakala Mama Sya pula kembali ke Rahmatullah pada hujung Disember 2005 akibat kanser. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah.

'K.hajar balik la esok. dakyah balik hari ni la'

Ohoo..ini pun sudah delay wahai adik-adikku. Disebabkan mahu menghabiskan sisa-sisa masa yang ada kerana aku perlu bergerak ke Terengganu hari Jumaat juga maka kami merencana sesuatu. Sudah berjanji dengan Aina akan bermalam di rumahnya di Manir kerana pagi Sabtu kami akan bergerak bersama pulang ke Kuantan.

Pantai Sri Tujuh jom!!!
..dan kami buat photoshoot sakan di situ! No offense~

Hmm lepas ni bila dah habis belajar dan balik Penang, entah bilalah pula akan sampai ke Klate T'ganu semula..Sebab kalau dah balik ke utara tu paham-paham la..Melainkan ada sebab yang kuat maka akan sampailah lagi ke Pantai Timur. Akan datang dengan PCL lagi ke?? atau PNG? Wahahaaha wait and see. Berangan! Bukan berdosa tapi... FOC lagi... 

till then..
adios
am not good in picture editing. Seriously no joke. tapi bila tgk gambar ni mcm suka pula haha..
Beauty lies on the eyes of the beholder~ 




Jan 19, 2011

Cerita limited edition

Assalamualaikum wbt..

Semalam, sekitar jam 12 malam aku dan Afisha mengatur langkah untuk pulang ke mahallah atau bahasa mudahnya asrama, dari bangunan KOM (Kulliyyah of Medicine). KOM ibarat pusat tumpu para pelajar (buat masa sekarang) kerana di situ ada perpustakaan, ATM bank Muamalat, ada masjid sementara, ada klinik mata, ada klinik telinga dan  blablabla.. 

Kami menapak bahagia untuk pulang ke asrama sambil menikmati pemandangan indah malam tadi yang berbumbungkan sinaran rembulan purnama. Bulan penuh. Subhanallah. Bercerita itu dan ini sambil disulami tawa dan air mata (nak bagi sedap ayat je ni) kaki kami laju melangkah. Tiba-tiba terdengar salakan anjing di dataran yang terletak agak jauh di sebelah kiri kami

Me: Weh, ada anjing la kat gurun. Anje weh!
Afisha: Alah takpe, dia kan balik naik kereta
Me: Ha'ah laa..

Kemudian salakan anjing bertambah menggalak. Bukan lagi seekor dua nih.

Me: Weh kang dia datang kot depan jalan tu cemana weh?! 
Aku cuak. Kami masih terus menapak mengikut laluan berbumbung yang wujud di situ.
Afisha: Haish..situ kan ada air. Boleh ke dia nak datang

Ada benarnya kata Afisha kerana di sebelah kiri kami adalah kawasan yang nak kata macam lembah bukan lembah, nak  kata paya bukan paya akan tetapi senang cerita kawasan yang dipenuhi takungan air hujan. Seakan tasik pun ada.
Akan tetapi cuak aku masih menggila
Me: Haishh don't underestimate weh. Boleh je weh

Dalam kegusaran kami berbicara perihal anjing di gurun, tiba-tiba mataku terarah ke sebelah kanan jalan. Seekor anjing berwarna putih pantas melompat keluar dari semak tempat pembinaan bangunan admin dan dia meluru ke arah kami. Dan aku yang menjadi saksi kemunculan makhluk itu yang secara tiba-tiba terus 'Anjingggggg! Pacah lariii!'

Afisha secara refleks terus menyambar tangan kiriku dan kami mengangkat langkah seribu. Berlari sekuat hati gaya tak ingat dunia. Waktu itu yang ada dalam kepala adalah kemungkinan diterkam dan digigit anjing tersebut.

Ya Allah tolonglah! Secara refleks aku bertakbir dengan sekuatya. Allahuakbarrr!!
dan kaki memang terus laju berlari. Aku dah rasa tak jejak bumi. Ini bukan lari dah ni tetapi terbang! Sungguh. Bahagian hujung koridor yang akan menghubungkan dengan jalan raya, yang ada rumput-rumput, batu-batu serta pembahagi jalan kami belasah lompat sampai terus landing dekat atas jalan raya dekat roundabout. Oh Tuhan kamikah yang buat aksi terbaekk itu?

Kemudian tiba-tiba ada cahaya yang menyuluh kami dari belakang dan kemudian berhenti di tepi kami dan setelah itu barulah kami perasan bahawa anjing itu tidak lagi mengejar kami sebaliknya berlegar-legar di sana sebelum blah entah ke mana.

Ya Allah alhamdulillah! What a relief. Leganya! Kami tercungap-cungap. Orang dalam kereta bertanya mengapa. 
Kami dikejar anjing! Laa ingatkan korang berdua dok berlumba lari!

Dan sekilas aku menoleh ke arah makhluk itu sambil berkata haishh tak guna punya anjing.

Dan waktu itu juga baru sedar kasut aku tercabut dan tertinggal kat sana! Aaaaa!
Waktu itu juga baru terasa lutut yang injured dan macam rasa sengal kembali.
Waktu itu juga Afisha juga baru sedar kakinya yang injured dah boleh berjalan dengan elok kembali. Tetapi sakit la weh! Huuuu.........

Kami tumpang naik kereta yang macam dah padat itu untuk berpatah balik mencari kasut aku.
Hadoiiiii laaa..........

Masa tengah berlari ada juga terfikir yang Safi pernah cakap kalau kita terserempak dengan anjing jangan lari tetapi buat gaya ala-ala gaya tunduk nak ambik sesuatu untuk dibaling ke arah makhluk itu. Tetapi dah anjing tu start kejar dulu takkan aku nak tunggu lagi. Kata Afisha, dia terfikir juga untuk berpusing ke arah anjing itu dan menyergahnya kembali. Nak je marah dengan sepenuh hati katanya.Terlintas juga di kepala otak aku untuk mencabut kasut dan baling ke arahnya. Akan tetapi dalam keadaan sebegitu, yang minda hanya fokus pada satu perkara iaitu LARi apalah daya kami untuk melawan kehendak kaki untuk terus berlari dan tidak berhenti.

Me: Ya Allah selama 4 tahun aku belajar UIA sini rupanya malam ni ALLAH nak bagi kenangan terindah!

Afisha: Dengan kau pulak tuh!

...dan setelah itu kami terus ketawa sampai sakit perut rasanya~


Dec 7, 2010

Andai ini takdirnya..


Tuhan,


andai ini takdirnya


aku terima..


Tuhan,


panjangkan umurku dalam mentaati-Mu dan Rasul-Mu.....




"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni