Jan 31, 2009

Tepuk dada tanya IMAN

Salam'alayk

huaa teringat zaman sekolah dolu2..
sebab
w.pun bodo-bodo lagi form 1 masa tu tak tau pekebenda lagi tpi bila kena gi prep smua, pegi laa jugak..bila kna buat tu,buat ni, buat je..ikut je arahan
sami'na wa atoqna sungguh!
best betul masa tu..
masa makan, g je dwn makan..org dh sedia smua dh,mkn je
pagi2 loceng asrama bunyi kuat tahap tak bleh blah utk kejut bgun pagi
gi sekolah pun kena g awal,cepat2 sebab pengawas asrama dh dok standby kt gate utk tulis nama org yg lewat
balik sekolah dah siap2 nk kna pegi prep pulak
lambat je, kena tulis nama
hampeh btul..
petang2 bila hbis prep kena turun riadah plak
tak turun kena tangkap dgn warden laa pulak
hailaaa..
solat maghrib, isyak wajib jemaah kt surau
tiap2 hari ada tazkirah, kuliah drpd ust atau senior
malas nk dengar ke, taknak dengar ke, kena gak dengar
huhu tertekan jugak kekdg tpi itulah tarbiyah sewaktu zaman sekolah
yg terlalu bernilai dan tak mampu dibeli dgn apa sekalipun!

tapi bila menginjak masuk zaman IPT
huhu takde dah org nk kejut bunyi loceng kuat2 waktu pagi
takde dah org nk sedia mkn smua
takde dh org nk paksa2, suruh gi prep, riadah, dgr kuliah kt surau smua
dah takde dah org nk sediakan apa2
You manage yourself!
pepandai laa nk hidup..

kalau dulu terasa jiwa ni bahagia laa jugak sbb selalu je disirami peringatan2 drpd kuliah2 ust @ majlis ilmu
jiwa tak kering dgn peringatan2
bila dh kurg terdedah dgn benda-benda cmni, jiwa mula jadi kacau
pernah tak sesekali terasa cmtu?
ada je kuliah2, majlis2 ilmu mcm tu kt IPT sebenarnya tpi situasinya dh berbeza laa
kalau dulu, org sediakan, kta just attend je. tak pegi, kena paksa pegi..
so apa pilihan yg ada? hehe paksa rela laa pegi jugak..
em skrg bila kita yg kena mencari
bila kita ada pilihan mcm tu..
hmmhmm pepaham laa bila dh ada pilihan ni..

hmm apa khabar ya IMAN hari ini?
apakah semakin bertambah, berkurang atau masih di takuk yg lama?
jika semakin bertambah Alhamdulillah, jutaan kesyukuran ke hadrat Ilahi
jika masih di takuk yg lama, berusahalah utk meningkatkannya
tapi seandainya semakin berkurang..
there must be something wrong somewhere!
check + muhasabah blk kt memana yg patut
tepuk dada tanya IMAN sendiri!

Jan 30, 2009

Know Your Enemy then Fight Them!

Salam'alayk

1st paper utk midterm berlalu sudah..
got 5 more papers to go! yeehaa
berusahalah!!

em kelas MSN 4 [ Medical Surgical Nursing] semalam benar2 buat ak rasa teruja!
Dr Shapiee Abd Samat,lecture UIA merangkap surgeon HTAA yg sempoi habis ah..lawak selamba jaa.. i 'learnt' a lot in his class!!
dh tak rasa blaja psl Endocrine System plak sbb seronok dgr motivasi dia hehe
"Know your enemy then attack them!"
itu ayat Dr. tpi ak modify sket ah utk tajuk entri kali ni heee..
who knows our real enemy?
hmm intro yg baik..
once kamu dh kenal musuh kamu, takkan kamu nak biarkan dia mcm tu je?
ha'ah betul2..
em
jika musuh anda adalah PELUPA maka lawanlah ia dgn mengulangkaji, berzikir
jika MALAS maka lawanlah dgn sibukkan diri, rajinlah

yeah thanks a lot doc!
arigato gozaimas
byk lagi yg doc ckp tpi ak quote yg mana ingat je laa + ak tertarik jela =p
lepas kelas tu ak rasa cm refresh semacam je
maybe dh recharge kt dlm clas tdi dgn motivation Dr. hehe

yeah kenalilah musuh anda!
musuh dlm selimut
duri dlm daging
daging dlm duri pun bole laaa jgk
apa-apa jelaaa..
sebab dgn kehadiran 'musuh2' yg tanpa sedar ni lah buat hdup kita kacau bilau
caca-merba, tergendala jap huuuhuu
walhal everybody has its own strength to fight back
cuma kta tak sedar + tak perasan + tak tahu siapakah musuh kta..

andai kta terus buat tak endah je,buat tak peduli je dgn 'musuh2' yg have no sense of humanity ni heh
kelak diri kta jgk yg akan merana, sengsara 1 hri nnti
pastu jdi makhluk perosak alam separa gil! heh
at that moment,don't blaim others. don't point your fingers to others.
bukan salah ibu mengandung ehh
salah siapa??
mereka dan keluarga mereka huahua
emm tak timbul isu salah siapa dlm hal ni
pokok pangkalnya,
jika ingin maju ke hadapan

know your enemy n fight them!
yeah
Allah bersama dgn org ug berusaha =)

Jan 23, 2009

We Will Not Go Down - Michael Heart



A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die

We will not go down
In the night, without a fight

We will not go down
In Gaza tonight

BerSabarlah..


Salam'alayk

lately ak selalu dgr perkataan "STRESS" keluar drpd mulut manusia2 di sekeliling
bleh kata di mana-mana lah kot..
smlm pun, masa dok lepak2 santai sembang2 masalah ummah [ konon rr ] dgn teman-teman seperjuangan
hmmm almost everyone bgtau condition masing2 skrg agak stress, severe depression, slightly stress laa + mcm2 laa yg berkaitan dgn stress..
yg penting tajuk utama = STRESS heee..
kitorg berkongsilah experience coping stress masing2 cemana-cemana smua..
pastu bila ak fikir2 balik
ha'ah kan sebenarnya stress ni part of tarbiyah from Allah, ye x?
bila jdi stress kalau kta sedar kta makin dekat dgn DIA, makin nk mengadu dkt DIA,
bru laa terasa nk muhasabah segala mende..
hmm fikir2..

dri sudut pandangan yg lain plak, sebenarnya it's all about your mind la kn? [ abg Bad slalu kata]
kalo kta fikir bnda tu sbg stress so memang stress ah jadinya
Law of Attraction! yeah itulah dia..
bak kata Rhonda Byrne dlm bukunya The SECRET [stkt yg ak baca, tak hbs lgi sbnrnya],
You are the most powerful magnet in the Universe!
hmm likes attract likes.. hoho nnti kte cite lain ye bab Law of Attraction ni okai!
tutup cite psl tu jap.

em apepun ak rase key dia ialah BERSABAR..

bak kata seorang penceramah dlm 1 kuliah ni,
SABAR can be divided into 3:
1. SABAR dlm melaksanakan perintah Allah
2. SABAR dlm meninggalkan larangan-NYA
3. SABAR dlm menghadapi setiap ujian yg mendatang

bila rasa jiwa tertekan + terjebak dgn stress
BerSabarlah..

bila byk assignment bertimbun-timbun semakin hari semakin sayang
BerSabarlah..

bila masuk kelas pastu rasa cm lecture buhsan tahap petala ke 7 ke apa ke
BerSabarlah..

bila ngantuk tak bleh blah dlm kelas
BerSabarlah..

bila rasa apesal laa lambat lagi nk habis belajar nii, cepat laa nk keje
BerSabarlah..

bila rasa tetiba hidup sensorang, xde yg peduli [ perasaan kte je kekdg kn]
BerSabarlah..

bila traffic light lambat bertukar ke warna hijau
BerSabarlah..

bila tgh call utk sesuatu yg penting tpi org tak jawab
BerSabarlah..

bila apa yg kta inginkan tak menjadi kenyataan
BerSabarlah..

Bersabarlah kerana

Allah sentiasa bersama-sama dgn org yg sabar
Janji Allah itu pasti
hari bahagia itu akan tiba, just a matter of time =)

jadi
bersabarlah!

kitakan hamba?

Jan 22, 2009

Lazy huh??

Salam'alayk

pegi skolah+buat assignment+meeting+solat+makan+tido
tu je rutin hidup??
haha tak boleh blah..
adakalanya bila diserang sindrom akut kemalasan tahap 8
perghhh ak rasa nk rebah tergolek-golek jatuh masuk dalam longkang..dush
smpai bila nk malas2??
keje makin bertambah, masa makin terbang naik jet pejuang Hamas terus serang Israel,
hidup makin sibuk mengalahkan menteri huahua
everything keeps moving without waiting for even 1 second
kadang-kadang rasa bukan mcm diri sendiri dah..
habis tu ape??haha ntah ak pun tatau..fikir sendiri lah
tapi bagus jugak hidup dlm kesibukan ni sebab
antara 2 nikmat yg membuatkan manusia lalai ialah nikmat masa lapang + kesenangan..
bukan aku kata, tpi maksud hadis..
hmm be positive + set niat work for ISlam

so buhbye MALAS!
selamat tinggal
get out from my life
jgn datang2 dah!!

Jan 12, 2009

Resolusi

Salam'alayk

Our resolutions;

1- Boycotting Israel's and any Israel-related products or services
2- Sending humanitarian aids and assistance to Palestine
3- Donating money to Palestinians as much as we can
4- Reciting Qunut Nazilah & performing solat hajat continuously

[ ihsan from K.Ac's blog ]
SAVE PALESTINE!!

Jan 10, 2009

Great assembly! Takbirr

Salam'alayk

Jumaat, 9 Januari 2009
Alhamdulillah IIUM MEGA ASSEMBLY AGAINST ISRAEL berjalan dgn lancar dan jayanya.
w.pun pada awalnya, beberapa detik sebelum waktu sebenar bermula, hujan turun membasahi bumi.

suasana di bumi Indera Mahkota redup dan mendung sejak awal pagi
Ya Allah permudahkan urusan kami
hujan yg renyai bertukar menjadi lebih hebat
committee gusar seketika
Ya Allah apakah bumi juga turut menangisi nasib saudara2 seakidah di Palestin sana?
terasa syahdu waktu itu
hujan yg turun sama sekali tidak mematahkan semangat hadirin yg datang untuk berkumpul di Kulliyyah Medicine Foyer.
crowd mula dibanjiri oleh sisters memandangkan brothers masih belum selesai menunaikan solat Jumaat di lobi KOM [ Kulliyyah of Medicine]
Alhamdulillah beberapa ketika selepas itu hujan mulai reda dan berhenti serta merta seolah2 memberi ruang kpd kami untuk meneruskan agenda.
Terima kasih Ya Allah!

hampir lebih 2000 hadirin yg menghadiri perhimpunan ini termasuklah wakil2 drpd IPT sekitar Kuantan seperti KIPSAS.
Warga IIUM Kuantan, syabas dan tahniah buat anda semua!
Terima kasih Ya Allah kerana menggerakkan jiwa kami semua utk turut serta menyuarakan isi hati kami terhadap nasib saudara2 seakidah di tebing barat sana.


walaupun penglibatan kita semua ini hanyalah berupa sumbangan yg amat kecil sahaja tetapi ingatlah bahawa Allah tidak menilai pada sebarang hasil yg anda lakukan sebaliknya Allah menilai pada setiap usaha yg cuba dilaksanakan.

teringat tazkirah sewaktu majlis iftar semalam,
diceritakan bahawa sewaktu Nabi Ibrahim a.s diikat dan dilemparkan ke dlm lingkaran api angkara Namrud yg zalim, terdapat seekor burung kecil yg terbang di sekitar itu dan dgn khudratnya yg terbatas ia cuba mengangkut air menggunakan paruhnya utk memadamkan api tersebut.
dan apabila ditanya;
"wahai burung kecil, apakah yg engkau lakukan?
tidakkah engkau fikir bahawa usahamu itu tidak akan memberi apa2 kesan terhadap lingkaran api yg besar itu?"
"ya mmg usahaku tidak mampu memadamkan api yg hebat itu. tetapi setidak2nya di akhirat nanti tatkala ALLAH bertanya apakah usahaku apabila melihat situasi demikian? setidak2nya aku mampu menjawab bahawa aku telah berusaha mengangkut air menggunakan paruhku utk memadamkan api itu.."

Firman Allah,
Pada hari ini Kami tutup mulut mereka: dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yg dahulu mereka usahakan..
[ 36: 65 ]

Khaibar khaibar ya yahud! Jaishu Muhammad saufa ya'ud !
takbir









skuad troublemakers!

Jan 9, 2009

Preparation

Salam'alayk

Saat mendapat berita satu perhimpunan raksasa membantah tindakan Israel akan diadakan di bumi UIA Kuantan, suasana riuh seketika. ada yg menyokong dan tidak kurang juga terdengar suara-suara halus seakan2 tidak bersetuju dgn tindakan ini.

apapun ak terlalu terharu dgn sahabat2 seangkatan apabila kalian semua sanggup turun padang utk sama2 membuat persediaan seperti mengecat banner dan sebagainya sejak 2 mlm berturut2 sebelum tibanya hari kejadian iaitu hari Jumaat, 9 Januari 2009.
musolla level 2, block F menjadi OR kami. [OR=operating room]
pengkhususan kerja berjalan dgn lancar,
ada yg mengecat banner, ada yg menggunting kain utk dibuat bandana, ada yg menulis kalimah syahadah di atas bandana yg telah siap dipotong, ada yg menulis baris di atas qunut nazilah, ada yg laminate handbill bertulis qunut nazilah, ada yg memotong kertas dan sebagainya..
dan tatkala melihatkan usaha gigih kalian smua yg bekerja dgn bahagia tahap tak ingat dunia..hati terkesan.
Ya Allah indahnya ukhwah!
terasa kemanisan kesatuan ummah di situ.
Ya inilah sebenarnya objektif tersirat di sebalik kewujudan MEGA ASSEMBLY AGAINST ISRAEL.
sungguh ak terharu dgn semangat kalian!
keep up with that spirit!

Dan apabila troublemakers bekerja....







dan hasil tangan troublemakers;





Jan 7, 2009

Khaibar khaibar ya yahud!

Salam'alayk


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


GAZA BERHADAPAN JENAYAH KEMANUSIAAN

Itulah hakikat yg tidak dapat disangkal oleh sesiapa pun seperti yg dinyatakan oleh Menteri Luar Syria, Walid Muallim dalam mesyuarat Menteri-Menteri Luar Arab di Kaherah baru-baru ini.
Hakikatnya,
1] Umat Islam Palestin di Gaza khususnya yg ditimpa penyakit kronik tdk dapat keluar drpd Gaza bg mendapatkan rawatan kerana larangan drpd pihak Israel

2] Sumber kesihatan Palestin mengesahkan angka bilangan kematian yg tercatat sepanjang kepungan yg dibuat oleh Israel seramai 261 orang termasuk seorang wanita berumur 34 tahun. Dr Mu'awiyah Husnain berkata, "termasuk yg syahid setakat ini ialah seorang wanita yg bernama Karimah Zuhair Abu Dallal, ibu kpd 5 orang anak." Penyakit yg dihidapinya sepatutnya dpt dirawat di hospital luar Gaza. Akan tetapi dek kepungan ini beliau tidak dibenarkan utk mendapatkan rawatan sehinggalah beliau mati

3] Kementerian Kesihatan Palestin menyatakan bahawa hospital terbesar yg terdapat di Gaza berhadapan dgn masalah kehabisan gas memasak, keadaan ini amat menyukarkan kerana mereka sepatutnya menyediakan hampir 1500 makanan setiap hari kepada para pesakit. lebih menyulitkan keadaan apabila gas yg sama sepatutnya digunakan juga untuk proses pengeringan tuala dalam proses pembedahan. Oleh yg demikian kementerian tersebut menyeru negara arab dan Islam menyuarakan isu ini ke peringkat antarabangsa.

4] Lebih memalukan umat Islam apabila sebuah akhbar berbahasa Arab bertarikh 20/11/08telah melaporkan Majlis Kesatuan Ekonomi Arab di bawah Liga Arab membelanjakan 50 juta dolar untuk projek membela Penyu Laut, sedang umat Islam di Gaza dikepung dan dihimpit kesusahan serta penderitaan, mereka sibuk dgn projek yg tidak menguntungkan ini. Muhammad Abdul Fudhail Syusyah, gabenor timur Sina menyifatkan " inilah projek pertama yang sepertinya di Mesir". Adakah penyu laut lebih berharga daripada nyawa saudara mereka di Gaza?

5] Akibat daripada kepungan ini, bekalan makanan juga semakin berkurangan. Satu laporan menyebut bahawa mereka yg menduduki Gaza kini terpaksa mengambil tepung yg pada asalnya adalah dijadikan makanan kpd burung-burung, kini ianya dijadikan makanan kepada sebahagian penduduk Gaza yg kekurangan bekalan

6] Bantuan drpd luar juga tidak dibenarkan masuk untuk disalurkan kepada masyarakat dan penduduk Gaza

7] Bekalan elektrik juga terputus akibat daripada kepungan ini, bermakna mereka kini berada dalam keadaan bergelap pada waktu malam


sumber: handout from One Faith Unit




Jan 4, 2009

7 days non-stop working, schooling, meeting

Salam'alayk

6 Muharam 1430

i just reach my room an hour ago. Today we got Mahabbah Charity program. organizing by Nursing Students Society aka Nurss, this program usually held once in every semester. basically we'll cook together and send all those food to nearby mosques, orphanage, charity homes etc..

Bermula awal pagi tadi team utk part memasak dah sibuk2 dah prepare. aku plan nak gi tengah hari sket laa, nk tolong2 part packing smua. Memandangkan hujan lebat dan turun non-stop sejak 2hari lepas maka pergerakan agak terbatas. Kali ni tapak projek kt umah fellow..nun jauh di hujung sana nun..
Ak call la bebudak ni suh dtg amik..tunggu punya tunggu sekali Jijan pun dtg laa..aiyak rupanya dia ajak trus gi hantar makanan2 tu ke tempat2 berkenaan.. 1 lagi keta utk tugas menghantar ni dah gerak dh..hoho aiseh keta da penuh dgn segala bungkusan makanan sampai terpaksa la meriba sebahagiannya.pun boleee! walla misi keamanan bermula! haha cam salah je penggunaan ayat..belasah laa
ada 5-6 tempat kami kena gi..seluruh Kuantan kmi jelajah! yeah
paling sempoi bila nk gi 1 umah anak yatim ni kt area Pantai Sepat. jauh jugak la location dia sebab dkt2 arah menuju ke Pekan.
disebabkan tak berapa pasti kt mana lokasinya maka berhenti tanya jap kt kedai. Mini Market Kak Su menjadi pilihan. selepas bertegur sapa utk seketika, ak pun angkat kaki nk blah laa dan tiba-tiba;
"eh awak bukan ke yg keje kt hospital dulu? yg pakai seluar hijau tu?"
erk??
sape lak yg cam identiti ni..hoho
rupanya she's my patient masa kt HTAA dlu laa..Allah Allah sungguh ak tak cam + tak dapat recall sape dia..huaaa mintak maaf bebyk ke dia masa tu sebab dh tak dpt recognize muka dia..
hmm perjalanan diteruskan selepas itu
yang tak bleh blahnya sampai area2 situ aiyak..banjirrr sudaa..air dah melintasi jalan dah..
cemana ni weh?
dah jauh dah ni takkan nak patah balik kot? hoho pilot kata redah!! haaaiit selaku co-pilot aku akurr..off air-cond, radio smua dgn penuh hati2 kami redah banjir. dalam hati hanya Allah saja tau betapa cuak tahap supernya kitorg..huhu mana taknya. tgk air laju kot! arus deras separa gil..haha bahasa apakah ini? pun bole..
tak putus2 kami pohon doa agar Allah mudahkan segalanya. 2 tempat pulak tu kena redah banjir arus deras..Allah Allah
Alhamdulillah akhirnya selamat tiba di rumah anak2 yatim Permata Camar. kami bergegas pulang sebab misi belum selesai, nk kena gi area Gambang plak.
Syukur alhamdulillah banjir berjaya diredah buat kali terakhir dan selamat tiba di Gambang sekitar jam 6.30pm..solat asar di Masjid KIPSAS sebelum meneruskan misi terakhir ke rumah pemulihan mangsa2 dadah..
Alhamdulillah finally mission completed by 7pm..fewww

erm semalam ada grand meeting NANSYM [ National Nursing Symposium ]buat kali ketiga
akan berlangsung awal Mac depan InsyaAllah.. everybody starts being busy with their tasks. with the help and commitment from each n everyone may this prog runs smoothly n successfully insyaAllah
erm pagi ahad pula menanti dgn grand meeting BAKTISISWA..hoho this is another big event for our kuliyah for this semester. will be held in Kedah during net vacation on April 2009, this prog also requires high commitment n cooperation from everyone.. ganbatte!!

ahad mlm insyaAllah akan berlangsung grand solat hajat sbg salah 1 sumbangan utk saudara2 seakidah di Palestin,,anjuran Dakwah n Tarbiyah bureau of MRC [ Mahallah Representative Council]..selaku balaci murahan ak tlg pe2 yg patut je

hmm no specific purpose, just wanna share with u people..haha nk jugak cite!!
we still got class in the pass 1st Jan although others enjoyed their new year's break happily! uhuhuhu
huaaa my life turns upside down from now on..eh?? really??
i keep thinking why i'm getting slightly busy like this and feel so n so eventhough this is still in the beginning of the semester..
astaghfirullah..please go away all the wrong niat n -ve thoughts..please!
then i began to realize..pop in my head those words of my uni silver jubilee celebration theme;
EDUCATING THE UMMAH SERVING THE NATION
yaa..serving the nation..yeah i got it! wokatta!
only then i started to smile again..haha saangat tak bleh blah! mcm selama ni kena sindrom tak mampu senyum je heh!
ust ak penah kata, tugas seorang daie tak ada masa rehatnya..jadi ingatlah sampai mati..baikklah!!
insyaAllah i'll bear in mind

kitakan hamba

Jan 3, 2009

Stop accusing others!

Salam'alayk

seketika terkenangkan peristiwa dlm kelas hari ni..
apalah malang nasib batch penjenayah batch 4 ni..huhu tak habis2 kena ambush!
kalau setakat dgn m-16 je bleh tahan lagi tapi kali ni..adeh..
tak boleh blah..
i need sedative!

Why people like to accuse others without asking the truth or investigating first?
ISLAM never ever teach its followers to practice this " stylo" manner.
Attacking others + do not let them have even a chance to say a word..urghh this is so sarcastic + super duper cruel! sarcastic tahap gaban!

Please and please do not practice this in your daily life. No harm to be kind, ask and negotiate gently rather than simply accuse people without knowing the real story.
ISLAM teaches us to be just in whatever condition but does everyone practise it accordingly?
that is the matter between those person with The Almighty. actually i've no idea to tell anymore bcoz i felt so sad being ambushed like that. Correction, not only me, my whole batch 4 comrades would have the same feeling..
the mood swung 360 degree, turned upside down!
everybody suddenly became busy with their own 'works' even though the session was still running.
the ear is there but the soul is already somewhere! Planet Pluto maybe.

O Allah, please forgive our wrongdoings, please coreect us if we are wrong.
Please guide us to the right path. YOU are the only ONE who knows everything!
ameeen

Hadiah Tahun Baru

Salam'alayk

1 Muharam 1430 meninggalkan kenangan masam-manis buat diriku =)
"peristiwa pen biru itu" akan terpahat di ingatan insyaAllah
haha tergelak guling-guling kot bila ingat balik..
begini..
sewaktu pulang dri cafe membeli makanan Cik Kem, ak plan nk g bilik Kak Reef buat assignment. lepas je parking kudaku yg gagah berlari tu, nk gerak ah g naik blok Kak Reef. baru few steps melangkah smbil bwk sebatang pen n buku nota tiba2 erk? pen jatuh pulak..
dan bermulalah episod suka duka itu..jeng jeng jeng..
that incident happened in the twinkling of eyes!
rupanya pen itu jatuh dlm keadaan terpacak dgn matanya menghala ke atas dan belum sempat mendarat ke lantai lagipun dan di saat itu jugalah ak sedang melangkah..
dan...bayangkanlah..
zaaappp!
erk?
ak terhenti serta-merta
angkat kaki
tengok bawah
stoking tembus
pen tertusuk dia bahagian bawah kaki sisi kanan haha interpret laa cemana pun bole..
ku tarik pen dan lucutkan stoking dan terus duduk
darah pekat hitam mula keluar..
Allah Allah..
kala itu teringat doa yg pernah diajarkan seorang ust suatu ketika dahulu
"kalau nk bagi darah berhenti bacalah YA BANI ISRAEL, sebut 7 kali, yakinlah dgn Allah dan ludahlah ke tempat yg berdarah itu..insyaAllah"
ak test power even sebelum2 ni pun dh pernah cuba
Alhamdulillah dgn izin ALLAH darah beransur berhenti mengalir
ak capai hp dlm poket seluar
"Salam. Kak Reef, tolong turun bwh jap. bwk minyak gamat dgn tisu ye"
kebetulan lokasi kejadian bertentangan bilik anje
"Anje, buka tingkap jap. tgk bawah"
dan selepas itu beberapa sahabat skuad rescue rangers pun datang..
credit to Anje, Kak Reef, Afisya, Yayan, K.Dayah dan beberapa sahabat yg lain yg namanya ak tak termention kat sini, harap jgn kecik hati,
thank u so much to all of u! i owe u people 1 !
korang plak yg terasa sakit lebih2 plak eh w.pun ak x pape.. haha pun bole laa
disebabkan sakit dan bengkak yg melanda maka ak tak dpt naik kuda seperti biasa utk ke sekolah..tumpang K.yan..
Alhamdulillah i'm getting better up until this moment =)
cuma xdpt nk step on dgn sepenuhnya lgi je. insyaAllah just need a lil bit more effort n time for thing to back to normal again..

termenung sejenak..apakah ini kifarah atas dosa2 lampau? apakah ini salah 1 cara utk Allah buang segala kekotoran dlm diri ini bagi memberi nafas baru sempena maal hijrah? Allah Allah..
Praise be to Allah!
He knows everything very well


kitakan hamba

Dec 30, 2008

Salam Hijrah 1430

Salam'alayk

Salam Hijrah 1430 to all
new year, new spirit, new strategy, new aims
May Allah make it easy on me ameeen..


Terasa kelainan Awal Muharam kali ini
Sungguh terasa lain! tapi ak xpasti cemana kelainan tu..huuu
Dengan semangat dan tekad yg baru semoga ak terus tegar utk melayari kehidupan yg seterusnya!

Semoga ak istiqamah! insyaAllah..




Dec 21, 2008

Futsol yg sempoi

Salam'alayk

Interbatch-futsal tournament 08 menutup tirai.
Pagi Sabtu 20 Dis 2008 menyaksikan batch penjenayah beraksi di atas court futsal kat dpn Medicine Square =)..main 7 sebelah dan guna sistem kira mata je huhu..
setiap team wajib lawan 3 x je
hehe memang sangat-sangattt tak bleh blah!
enjoy n happening tahap super ah! hehe main cap ayam je...gaya bebas ntahpapa!!
Hasilnya, berkongsi tmpt kedua dgn 1st batch pada mulanya sebab sama mata tpi disebabkn diorg lebih gol sket maka ke tmpt ketiga laa kmi tercampak. Pun bole laa tuu.. =P
Congrats to everyones sbb korg mmg perform abih arr..main gaya ala-ala star kot!
Thanks to our coach also, Meji , for your guidance n everything!
we owe u sensei =)

Mantap ah Yuwi!



Cayalah Kakek =)
Al-aqlu saliim fil jismi saliim =)

New sem begins

Salam'alayk

Semester kedua utk sesi 08/09 bermula secara rasminya w.pun aku dah start 2 minggu awal drpd bdk2 course lain..
MSN 4 Endocrine system + Musculoskeletal system
MSN 5 GIT system + Hepatobilliary system
Community Nursing
Gerontological Nursing
Communicable Disease
RKUDs
Family Management and Parenting Skills

These are the subjects that wait for me for this sem huhu..
InsyaAllah berjuanglah! yeah

Em antara perkara yg menarik minat ak utk dikongsi bersama ialah peristiwa suatu pagi.. hehe mcm gempak je.
Begini..
pagi tu kelas mula pukul 10 so lepak2 ah awal pgi tu, xde la nak rush mana sgt..
suasana pagi tu syahdu je dgn keadaan yg masih gelap lagi..
tetiba seorg sahabat dtg bilik ak dgn keadaan yg tercungap2
"Jaq, emergency ni. emergency."
erk?
ak tgh pakai telekung bru nk solat subuh kot..
"Erm apehalnya ni anje?"
"El dia tak boleh bangun. Sakit kat bahagian belakang kepala. Kepala takleh gerak. Dah nangis2 dah dia"
"Ok tggu tepi blok, lps sy solat kta g hospital"

Alhamdulillah jalan lengang sebab masih awal pagi.
Kami selamat smpi di hospital.
A & E menjadi sasaran
[A&E= accident and emergency]
lepas daftar dan tggu turn utk amik baseline data smua baru laa dpt turn kna gi tunggu depan bilik doc plak..
Almost 45minutes ++ kitorg tggu dpn bilik doc tapi xsampai lagi giliran. walhal masa tu ada dlm 2-3 org patients je. the other 2 pun nmpk tgh menahan sakit yg amat.
Si El makin tak tahan dah dgn sakit yg menjadi2..
dah la result observation yg dibuat ke atas El menyatakan pain score 7. it means that kes ni kena prioritized laa.
[ Pain score scale : 1-10 . 1= less pain, 10= extremely pain ]
hmm apa cite ni..
kesabaran teruji.
tetiba ada seorng yg berpakaian staf hosp berkenaan turut dtg menunggu giliran bersama
tetapi keadaan beliau amatlah berbeza jika ingin dibandingkan dgn 3 org pesakit yg sedia ada termasuklah El.
zahirnya org itu tidak nmpk sakit @ sakitnya tidaklah memerlukan perhatian segera sebagaimana keadaan the other 3. org itu siap boleh bertegur sapa dgn kami lagi..
tup-tup nama beliau dipanggil dahulu.
ehh???
cuba utk husnuzon seterdaya mungkin tapi nmpknya lebih kpd gagal.
apakah disebabkan beliau kakitangan hosp maka beliau diberi keutamaan??
itu 1 persoalan.
dan selepas beliau keluar drpd bilik doc, kami terpaksa menunggu lagi.
penantian yg tiada kesudahan.
di hujung kerusi sana ada seorang pakcik yg kelihatan seperti kakitangan emergency department seperti sedang memandang2 ke arah kami sedari tadi.
mungkin dia dah bleh nmpk aura 'panas' ak dan anje yg mula sekejap bangun dan duduk mengintai2 bilik doc.
at last, nmpknya dia sedang bergerak ke arah kami.
"tumpang tanya Encik, apa masalah ye skrg ni?"
we asked him.
" ni ha doc tak masuk lagi.."
haaaa??
ternganga smpai rasa nk jatuh rahang bawah.
"habis bila doc nk masuk?"
"rasanya pagi ni doc ada exam"
"berapa lama doc exam?"
"sekejap je..1 jam mcm tu"
haaaa??
sekali lagi ak dan anje rasa mcm xpijak tanah dah..silap dengar ke?
"habis tu takkan xde back up or doc yg standy ke?"
"entahlah"

Ya Allah...ak dan anje urut dada.
kmi bertanya El samada nk terus tunggu or how?
lantas keputusan dibuat utk bergerak ke private hosp
gasaklah mahal sket pun..
lepas cancel nama kt registration kitorg trus blah g private hosp

Di sana, within 10-15 minutes El da siap dpt rawatan n jmpa doc smua.
mujurlah kata doc ada hanya ada masalah urat. pelik jugak tapi entahlah sebab ak xmasuk ikut El jmpa doc.
Selesai sudah 1 masalah.

tapi sesungguhnya ak pulang dgn 2 PERSOALAN yg ckup buat ak pening kepale jap kalu fikir..
1. Apakah hanya disebabkan seseorang itu kakitangan di sesebuah tmpt kerja itu maka dia berhak diberi keutamaan?
2. Is that the correct role of an emergency department? apakah erti EMERGENCY?

Sungguh ak sangattt222 tak paham dan keliru..

Dec 6, 2008

Cuti-cuti Malaysia : MELAKA

Salam'alayk
Alhamdulillah akhirnya bumi Melaka berjaya ku jejaki setelah sekian lama..hehe
last minute plan!
30.11.08 - 2.12.08
w.pun di saat2 akhir ada hal yg tiba2 berlaku tapi memandangkan teman2 ak dh excited sangat nk jalan2 cari pasal gi Melaka sampaikan ada yg sanggup cancel tiket balik kg..huu..maka ak sangatlah rasa ralat kalau x dpt memenuhi harapan mereka itu. perjalanan ke Melaka bermula pd petang ahad selepas asar.. Smpai Melaka dkt2 kol 8.30mlm cmtu laa lebih kurang..
ops tempat penginapan kt rumah seorg saudara classmate aku..hehe..Jijan! mekaseh ye tumpangkan kitorg kt umah Mak Teh ko.. 1st class resort in the world! heee..
bestnya dapat pusing2 Melaka!! En. Jijan bertindak sebagai pemandu pelancong kami haha..
da beza sgt bandar Melaka masa ak dtg dulu ngan skrg huhu..
sangat3 beza huhu..ye ah da berapa lama da kott..haha the journey of 4 of us + 1 Mr Jijan begins..

Malacca, here we come!








Melaka River Cruise. best!!!

Senpai! =P

baaisl

Dec 5, 2008

Life is full of surprises!

Salam'alayk

We never expect something to be happened but all of sudden it happens without any signal, without any delay for even 1 second.. As Allah says so, then it will be..
Life is unexpected
Life is unpredictable
Life is full of surprises!
thats how life is all about..
TAQDIR. thats the right word.
Praise be to Allah. Everything is in HIS hand..

Segala yg berlaku dlm hidup kita adalah ketentuan Allah yg telah tersurat. Kalau kita kaji dan teliti, memang banyak sangat kejutan yg berlaku dalam hidup kita.. kejutan-kejutan yg adakalanya tak terduga dek akal fikiran.. jauhhh di luar jangkauan pemikiran makhluk homo sapiens yg sememangnya terhad ni.. kejutan2 yg datangnya tidak kira masa dan di kala kita memang tidak bersedia utk menerima apatah lagi menghadapinya..tapi.. siapa kita untuk menidakkan taqdir yg berlaku? yang bakal berlaku?

Sebagai contoh, kejutan seperti berita kehilangan.. tak kesah laa kehilangan apa sekalipun, samada kehilangan yg bersifat sementara atau selamanya.. Suka saya mengambil contoh kehilangan orang yg tersayang, orang yg paling hampir dan dekat dgn kita.
Siapa yg tidak sedih? kucing hilang anak pun dah macam nk gila mak kucing tu meraung2 cari anak dia..inikan pula manusia yg fitrahnya penuh dgn kasih sayang..
MEmang dan memang kesedihan, kepiluan dan kehibaan akan melanda diri saat mendapat berita mengenai kehilangan orang tersayang..
Terasa dunia ini gelap buat seketika. Terasa dunia ini bakal menuju ke penghujungnya.. dan bermacam2 rasa lagi laa..
Bersedih itu tidak salah kerana itu memang fitrah insan bernama manusia dan sememangnya hak kita untuk bersedih atas insiden yg tak terduga berlaku. Namun, janganlah dibiarkan kesedihan menguasai diri berlama-lama sehingga menjejaskan perjalanan hidup.
Whatever happens, life must go on!
Kita perlu bangkit, keluar daripada kepompong kesedihan untuk meneruskan perjuangan yg seterusnya! Andai kita terus diselubungi kesedihan melampau, terus-menerus bermuram-durja kelak ia hanya merosakkan diri sendiri..
Look forward and move on.
Andaikata kita kata kitalah yg paling malang, paling teruk tatkala diuji begini tidakkah pernah terlintas di minda bahawa di luar sana terdapat insan2 yg lebih teruk nasibnya berbanding kita? Saudara-saudara seakidah di Palestin umpamanya..kehilangan insan tersayang di hadapan mata bukanlah lagi merupakan suatu perkara luar biasa..tambah memilukan kehilangan mereka dalam keadaan yg amat menyayat hati..

Sesungguhnya Allah tidak pernah membebani hambaNYA melainkan sesuai dgn kesanggupannya.. Memandangkan Allah lebih mengetahui bahawa kita layak dan kuat utk diuji sedemikian rupa maka didatangkan kejutan2 yg tak terduga itu. We need to find the internal strength that we already have! we have it actually..Yes, we have it..
There must be a reason behind all those things that happened.
Mungkin sekarang kita masih tidak nampak akan hikmahnya tetapi percayalah segala persoalan akan terjawab bila kita menjumpai hikmahnya from time to time..
Find the hikmah!

Be strong + bersangka baiklah dgn Allah kerana sesungguhnya DIA mengetahui apa yg tidak kita ketahui..

Verily after each difficulty there's a relief.. Yakinlah dgn janjiNYA!

Kitakan hamba

Perkongsian ilmiah; KHILAF

Salam'alayk

sekadar perkongsian ilmiah bersama..

ak pernah tanya ust yg ngajar Islamic studies dlu, Ust Hasbullah Mohamad, tentang budaya masyarakat kita yg mengamalkan bacaan Yassin pd setiap mlm Jumaat dan tahlil kpd si mati.

Rumusannya, memang tidak ada dalil khusus yg menunjukkan suruhan membaca surah Yasin pd setiap mlm Jumaat. Bahkan sesetengah pendapat menolak terus amalan ini dan tidak kurang juga ada pendapat mengatakan ia Bid'ah [ perkara yg tidak diamalkan Rasulullah, bukan sunnah]. Rasulullah sebaliknya membaca surah Al-Kahfi pada mlm Jumaat. Memandangkan penerimaan dan tahap pemahaman masyarakat yg berbeza, ada pendapat yg mengatakan bahawa amalan ini tidak menjadi kesalahan kerana yelah daripada org tak baca langsung kalam Allah, setidak-tidaknya pada malam Jumaat dia baca surah Yassin. berzikir mengingati Allah secara tidak langsung..lagipun, membaca kalam Allah bukanlah perbuatan yg melanggar syarak.

Berkenaan tahlil pula, ni ak quote drpd email apa ust ckp;

berkenaan kes tahlil, ia lebih kurang sama dgn bacaan yaasin juga. terdapat khilaf dlm masalah ini.
Pendapat 1.
tiada nas yg jelas tentang tahlil, yg ada hanya hadith tentang apabila seseorg itu mati, akan terputus amalannya kecuali daripada 3 gol. iaitu sedekah jariah, ilmu yg bermanfaat dan anak yg soleh sentiasa mendoakan mrk. oleh itu sedekah drp org lain tak sampai kpd simati, disebabkan tiada dalil jelas. bahkan ia dikira bid'ah.

Pendapat 2.
apa salahnya kalu kita sedekah pahala / benda baik kpd sesiapa sahaja, tidak hanya terbatas spt hadith di atas shj. mereka mengemukakan hujah berdasarkan satu hadith...iaitu semasa Nabi saw melalui satu kaw perkuburan, nabi beritau sahabat bahawa org dlm kubur ini diazab kerana dosa tak jaga air kencing ( tak bersih masa ambik wudhuk) dan yg satu lagi dosa mengumpat. maka nabi ambik pelepah tamar yg masih hidup dan pacakkan atas kubur lantas bersabda : ia akan meringankan azab keduanya2 selagimana pelepah tersebut tidak kering ( kerana pohon/ tumbuhan sentiasa bertasbih kpd Allah) so, sebahagian ulama kiaskannya dgn sedekah2 termasuk zikir, bacaan quran dsb, boleh kurangkan azab kubur / beri syafaat kpd simati w/pun bukan ada pertalian darah.

Pendapat terpilih
boleh beramal dengan mana2 pendapat di atas. tetapi yg aulanya kita (siwaris si mati) sendiri menghadiahkan fatihah, tahlil, tersebut kpd kaum kerabat ( ibubapa, dll...) yg mati kerana nas yg jelas. namun kalau dibuat tahlil pun tak mengapa...mudahan2 sampai kpd simati. kalu tak sampai pun ia dikira mendapat pahala utk mrk yg berzikir tersebut. cuma jangan jadikan ia adat atau kewajipan...bila mati mesti buat tahlil. dibimbangi kita ikut agama / cara yg bukan Islam spt kepercayaan Buddha/ Confucius yg percaya kpd tarikh tertentu utk buat sesuatu kpd simati spt hari ke 3, 7, 40, 100 ...dsb. oleh itu, buatlah dengan niat yg betul. jangan terikut2 dek adat masyarakat yg jahil.


wassalam.

Alhamdulillah

thurs, Dec 4, 2008. 10am
Salam'alayk

Alhamdulillah akhirnya ak selamat tiba di rumah maghrib semalam..
w.pun sangat letih sbb drive seharian dri Melaka tetapi ku gagahkan jua utk layan internet jap smlm..hehe lama dh kot xjmpa internet source.
Masuk OJT kt Temerloh, trus terputus hubungan sket haha..pun bole..

Alhamdulillah OJT utk sem ni dah selesai..
Being posted in the surgical male ward and female orthopaedic ward at Temerloh really creates a memorable experience for me! yeah suka sgttt..hehe jatuh chenta jap kt HOSHAS - Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, sbb almost all equipments needed available + the staffs there are very friendly! The environment there is so condusive!
HOSHAS, we'll meet again next year insyaAllah!

Result final dah release..
Alhamdulillah result kali ni merupakan result terbaik ak penah dapat!!
syukurr yg amat sangat.. memang Allah tolong banyak laa..
Thank YOU ALLAH!

huhu ak nk cite lagi..nk post entry lagi.tapi sangat3 tak bleh blah dah ni...
rasa badan masih letih lagi..
tu laa nk sgt g travel lagi haha..
tpi seriously dah ada rupa mcm mayat hidup kot! haha nk qadha tido sket lagi..huhu


till then
wasalam

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni