Jun 7, 2013

Turn to HIM =)

Dulu..aku pernah bermimpi, ingin keliling dunia membantu sesiapa sahaja. Aku ingin ke Mesir, Gaza, ke Kemboja, Aceh dan ke mana sahaja mengikut misi bantuan kemanusiaan terutamanya. Ahh minat sungguh diriku dengan aktiviti seumpama itu! Paling penting, aku nak jadi seorang 'HELPER'! Ya itu suatu kenyataan yg pernah ditulis dalam ruangan cita-cita sewaktu dalam sebuah program di tahun satu semasa kuliah di universiti.

Sekarang, sesudah  hampir dua tahun usai kuliah, Tuhan benar-benar mengotakan segala keinginanku suatu masa dahulu! Tuhan benar-benar memberi ruang kpd aku untuk merealisasikan cita-citaku untuk menjadi seorang 'Helper'dalam erti kata yang sebenar. Dalam segala ruang lingkup kehidupan! Alhamdulillah Mesir sudah ku jejaki (menuntut ilmu walau hanya 2 bulan lebih tetapi amat bermakna bagiku), kemudian mengenali IMAM (International Muslim Aid Malaysia, sebuah NGO) yg baaaanyak membuka ruang untuk aku "reaching the ummah" seperti yang aku pernah angankan suatu masa dahulu, mengikut misi bantuan ke Kemboja pun sudah, mengikut trip Amal ke Indonesia juga sudah, alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah! Tinggal lagi aku hanya perlu terus celik mata dan jiwa bersyukur atas segalanya serta mesti berlapang dada dengan segala ketentuan-NYA.

Find the hikmah. Ayat yang aku sering utarakan kepada teman-teman dahulunya. Ya Allah, aku lupa. Sentiasa! Bahagian rezeki yang tidak akan diambil orang. Itu janji-MU yang pasti. Ya Allah teguhkan hatiku yang mudah goyah. Tetapkan hati ini. Engkau mengetahui apa yang tidak kami ketahui.

----manusia mungkin akan mentertawakan angan-angan dan impian kita tetapi Tuhan tidak pernah mentertawakan segala angan-angan dan impian kita walau sekecil, seremeh dan sepelik apapun. Therefore, turn to HIm! =)

Jun 5, 2013

ohsem!





..he always wins my heart! My lovely "double A!" - Asyraf Aiman, anak buah

Jun 4, 2013

masterpiece


                           




...paSsion =)

May 16, 2013

G U R U

Dahulu, saya begitu kepingin mahu makan gula-gula kapas. Untuk seorang kanak-kanak berusia 5-6 tahun, keinginan untuk makan gula-gula kapas bukanlah suatu kepelikan. Tetapi ayah selalu tidak pedulikan permintaan saya yg satu ini. Setiap kali ke pasar malam dan lalu di hadapan pakcik penjual gula-gula kapas, saya akan menarik-menarik baju ayah untuk berhenti. Tetapi ayah tetap tidak peduli. Pura-pura tidak mendengar rengekan saya.

Sehinggalah pada suatu hari sewaktu menziarahi saudara di Alor Setar, sepupu saya mengajak ke kedai. Kebetulan di kedai itu ada dijual gula-gula kapas. Wah inilah peluang! Saya minta dibelikan gula-gula kapas tersebut. Alangkah girangnya hati tatkala tangan mencapai gula-gula kapas tersebut! Saya makan di sepanjang jalan dgn penuh perasaan. Sebaik sahaja tiba di rumah saudara, terus saya khabarkan kepada ayah,

'Haa ayah tengok ni. Ceq dah beli dah aih gula-gula kapas. Suruh ayah beli, ayah takmau beli sangat!'

Ayah senyum-senyum tengok saya lalu berkata, "Haa syok ka makan benda tu? Sedap? Lekat celah gigi ja"

"Eleh!" hati saya sedikit membengkak. Apalah ayah ni. Benda ni bukan mahai pun, tu pun ayah takmau beli. Saya merungut di dalam hati. Sebagai seorang sahaja anak ayah, saya agak terasa hati. Iyalah, masakan tidak hanya soal gula-gula kapas yang tidak seberapa ringgit itupun ayah seperti berkira.

Tetapi, apabila sudah dewasa barulah saya faham. Kenapa banyak keinginan saya tidak tertunai. Kebiasaannya anak seorang mudah dapat apa shj yg dihajati. Tetapi tidak untuk seorang saya. Ayah tidak mahu mengajar saya bermewah-mewah. Kata ayah apabila saya minta dibelikan sesuatu, 'Ayah dulu orang susah. Pi sekolah pun tak pakai kasut. Nak beli apa pun semua susah sebab kami orang susah. Kalau hendak sesuatu kena kerja cari duit sendiri baru boleh beli'. Saya akan terdiam saat ayah berkata begitu.

Ayah nak saya usaha. Itu sebenarnya.

Tetapi saya agak perasan ayah agak tidak berkira bila masuk bab buku. Jika kemana-mana dan lalu di hadapan kedai buku, ayah akan ajak saya singgah. Walaupun tidak beli apa-apa, sekadar pusing-pusing ronda jamu mata. Mungkin inilah puncanya saya punya daya tarikan yg kuat dgn kedai buku. Ahh tetapi tetap tidak cemerlang pun. Saya masih ingat beliau selalu mengulang kata, "kami dulu tak ada peluang belajar mcm zaman hampa. Susah. Sekarang peluang banyak. Kita nak taknak sahaja".

Ayah juga merupakan orang yg bertanggungjawab dengan kegilaan saya terhadap kamera. Sejak kecil ayah sudah mengajar saya cara-cara untuk mengambil gambar dari sudut yang betul. 'Rule-of-Third' mungkin sudah diajar masa ini tetapi saya yg tidak faham haha.. Ayah sudah biasakan saya memegang kamera dan memberi kepercayaan kpd saya utk shoot. Walaupun hanya dengan kamera kodak biasa tetapi pesonanya bisa membuat saya ingat sampai sekarang!

Oh maafkan saya!! Saya hanya rindukan seorang 'guru' saya yang ini =)

SELAMAT HARI GURU buat semua warga PENDIDIK! Khususnya kpd;

-ibu bapa, keluarga
-Cikgu Sam, Tadika Kemas Tok Bedu
-warga pendidik SK Kg Tok Bedu + KAFA
-warga pendidik SMKA Al-Irshad, KISAS (seketika)
-warga pendidik UIAM
-teman-teman serta sesiapa sahaja yang pernah memberi ilmu, mengajari aku walau hanya sesuatu di setiap persinggahan dalam hidupku!

TERIMA KASIH atas segalanya! Semoga Allah merahmati kalian di mana sahaja kalian berada. Fi amanillah wa barakallahufikum!~

May 6, 2013

Gelombang Anak Muda

Young voters, ahlan2. Please get ready for the next 5years =) Bagus juga ada tempoh lgi 5 tahun ni, maksudnya makin ramailah anak muda di bawah umur yg boleh mengundi bila tiba pilihanraya seterusnya nnti. Sekarang pun dah banyak penipuan dan ketidaktelusan terang-terangan kita boleh nampak dalam PRU 13 ni. Jadi anak muda sudah boleh menilai dari sekarang. Tetapi jika tidak mahu buka mata lagi dan sengaja menjadi golongan yang pekak dan tuli, sungguh saya tidak tahu apa yang harus diperkatakan lagi...

Apa guna belajar tinggi-tinggi hingga masuk universiti tetapi minda kelas ketiga masih dimiliki? Bukankah generasi muda adalah pewaris tampuk kepimpinan negara pada masa akan datang?

Ayuh anak muda, jom sama-sama kita tambah ilmu di dada supaya menjadi golongan terpelajar yang lebih terbuka mata dan minda serta tidak mudah diperdaya atau dimanipulasi sewenang-wenangnya! Gelombang 'young voters' sangatlah mampu memberi impak yang besar terhadap pilhanraya Malaysia. Kami sayangkan dan cintakan Malaysia! Ya Allah tunjukkanlah kebenaran, hancurkanlah kezaliman dan kebatilan..

Generasi X, Y Penentu Masa Depan Politik Negara (dah lama tak baca BH, tpi tiba2 terjumpa ni. Interesting! 'Gelombang-anak-muda' is coming. Get ready!)



Apr 18, 2013

Rahmat

How beautiful, is this worldly life
But not a soul shall remain
We all come into this world
Only to leave it one day
I can see that everything around me
Rises then fades away
Life is just a passing moment
Nothing is meant to stay

This worldly life has an end
And it's then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It's a just bridge that must be crossed
To a life that will go on forever

So many years, quickly slipping by
Like the Sleepers of the Cave
Wake up and make a choice
Before we end up in our graves
O God! You didn't put me here in vain
I know I'll be held accountable for what I do
This life is just a journey
And it's taking me back to You

So many get caught in this beautiful web
Its gardens become an infatuation
But surely they'll understand at the final stop
That its gardens are meant for cultivation


للهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,

wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya)

Tuhan melambai-lambai lagi hambaNya ini yg seringkali mengundang kemurkaanNya. Allah..Betapa Tuhan terlalu Menyayangi dan Mengasihi hambaNya! Terima kasih Tuhan.
Perjalanan mencari hidayah dan rahmat Allah! Bismillah!~

 

Apr 16, 2013

Taubat

Doa akan menjelma, melainkan kita tak sungguh-sungguh berdoa. Have faith in HIM!


Apr 14, 2013

Saya katakan..

Ada yg cakap mereka tak suka politik apatah lagi utk melibatkan diri serta mempunyai apa jua kaitan dengan politik. Saya katakan, suka ataupun tidak, kita tetap tidak dapat lari daripada menjadi intipati sesebuah kehidupan berpolitik. Kita tetap tidak dapat lari daripada menerima kesan dan tempias politik. Kerana, hakikatnya kitalah pelakunya. Kitalah subjek dalam sesebuah permainan kehidupan. 
Kitalah yang akan hidup dan menjalani kehidupan seharian di bawah sebuah kepimpinan. Harga minyak naik, harga barang naik, saman AES, kos belajar yang tinggi, bukankah semua itu melibatkan diri kita? Memberi tempias dan kesan yang terlalu ketara buat kita?? Sebab kitalah pelakunya! Suka atau sengsara kitalah juga yang saban hari akan tetap menanggungnya.. 

Dari sudut pandang yang lain, jenayah berleluasa, rasuah di mana-mana, zina menjadi perkara biasa, remaja dirasuk hiburan menggila, realiti Tv yang ntahapa-apa, hukuman dan undang-undang tidak dilaksanakan dgn sewajarnya, bukankah semua hal ini ternyata melibatkan kita sebagai isinya?? Apakah kehidupan sebegini yang kita mahukan? Di mana nilai keharmonian sebuah kehidupan berTuhan? 

Supaya kita tidak terus-terusan menjadi mangsa keadaan, ayuhlah lakukan sesuatu sementara peluang telah diberikan. Sebagai subjek utama dalam sebuah permainan kehidupan, kita ada kuasa untuk mengubah keadaan. Kuasa MENGUNDI. 

Pilihlah kepimpinan yang boleh menjamin kesejahteraan hidup bukan sekadar di dunia tetapi akhirat juga. Hidup dalam keadaan kadar jenayah terkawal, anak-anak mendapat pendidikan percuma, kos sara hidup yang tidak membebankan, harga minyak dan harga barang berpatutan, tiada lagi tol dan saman AES, rumah dan kereta mampu dimiliki, tidakkah semua itu menguntungkan kita sebenarnya..? Bukan lagi hanya mengenyangkan perut sebelah pihak sahaja.. 

Hidup dalam negara berkebajikan bukan lagi angan-angan seandainya kita bijak membuat keputusan. Saya pilih mengundi!

Apr 12, 2013

Asal Jumaat mesti semangat!






..Untuk manusia Tuhan tidak pernah memberi kisah yang sia-sia =)..

Dahulu, impian nak masuk sekolah sains, alhamdulillah dapat tawaran ke SMS Tun Syed Sheikh Shahabudin. Namun terpaksa ditolak atas sebab-sebab tertentu dan terpaksa terima tawaran ke SMKA Al-Irshad..Tak pernah terlintas langsung dan tak pernah teringin nk masuk sekolah agama. Masuk Irshad dgn hati yang paksa rela gila. Bebai.

Kemudian, di matrik UIA, bermula sebagai seorang pelajar sains Biologi yg sepatutnya end up sebagai pemegang ijazah Sains Bioteknologi ataupun BioMedik. Tetapi, semester terakhir di matrik tiba-tiba terdetik di hati, awat tak tukar ke nursing. Gilo ke hapa! Tak pernah terfikir langsung nak end up keja sbg nurse satu hri nnt.,Malah siap pernah underestimate kerjaya nurse lgi ada la. Tapi, kerja Tuhan siapa tahu kan? Setelah menganalisis diri dgn terperinci, istisyarah dan istikharah alhamdulillah Allah mudahkan jalan dpt tukar ke nursing semasa minggu orientasi di univ. Alhamdulillah skrg dah grad pun, Bachelor of Nursing (Hons), UIAM.

Pastu, kali pertama dapat kerja nurse, Allah campakkan ke maternity hospital! Again, tak pernah terlintas nak menjebakkan diri ke bidang midwifery (perbidanan). Never! Yang ada dalam senarai pilihan ialah Emergency Department ataupun ICU.

Sekarang, semakin jatuh chenta dgn midwife pula. Am falling in love in midwifery! Siapa sangka kan...Yang tak pernah terlintas di fikiran itulah sebenarnya yang terbaik Tuhan nak berikan. Kita je selalu tak perasan..akulah tu. Hikmah itu perlu dicari, diselak. Barulah kita nampak.. Percaturan Allah tak pernah salah kan?

Apapun sekarang, kena simpan sat segala impian dan angan-angan. Ada misi yg lebih besar perlu didahulukan. InshaAllah setelah selesai apa yg sepatutnya, spread the wings and fly high! yeah!!
InshaAllah pasti akan ada bahagian rezekiku yang takkan diambil orang =) Have faith in HIM!~

(Maaf mencalar mode PRU sat. Tpi asal malam Jumaat je mesti semangat! hehe gomenasai!....Selamat Hari Jumaat)

Apr 10, 2013



Holding back... La khiyar. Kal 'adah =)







Mar 15, 2013

Segalanya Allah yang punya

Tuhan senantiasa mendengar.

Walau sedalam mana kita sembunyikan segala suara hati, hatta hingga ke lubuk hati yang paling dalam sekalipun DIA tetap sahaja tahu segala apa isi hati. Seringkali aku impikan dapat menonton "matahari-merah-telor-mata-kerbau" di dada langit saat senja menjelma. Kalaupun tidak kedapatan seperti itu, aku suka benar jika dapat bertemu dengan "matahari-kuning-keemasan-gilo" ataupun golden hour yang menghiasi langit sekali sekala. Jika ada pun, seringkali sahaja aku terlepas peluang merakam fotonya dengan lensa kerana selalu sahaja ia menjelma di kala aku sedang memandu kereta. Itulah, aku fikir-fikirkan seperti mahu sahaja memasang kamera di hujung jari supaya mudah untuk terus snap jika kedapatan apa sahaja yang menarik di pandangan mata..hmm..

Namun, semalam kerajaan hati bersorak-sorai bersuka-ria kerana diizinkan Tuhan bertemu dengan si-merah-telor-mata kerbau- sewaktu menjejak Negeri Indera Kayangan. Kemudian hari ini, di bumi Mutiara sekali lagi diizinkan-Nya untuk bertemu dengan yang serupa! Subhanallah!

Haza min fadli Rabbi =) Kurnia Tuhan terlaluuuuuu banyak. Semuanya DIA punya. Kita langsung tak punya apa-apa..Faqir semata-mata. Itupun kita selalu lupa. Akulah khususnya..Tuhan, bagilah aku sempat taubat sebelum aku mati. Ameeen!

Salam Jumaat~


Semalam...di negeri Indera Kayangan

Hari ini...dirakam oleh sahabatku Cikgu Fiza


                           






Mar 5, 2013

Perempuan

....found this at my friend's page. Interesting to share then!


Mar 4, 2013

..mental diarrhea verbal constipation. phewww...

Feb 12, 2013

........Kadang-kadang kita tidak perlu pun nasihat yg berjela-jela, tidak perlu pun pendapat yang bernas tak terkata, tetapi cukuplah sekadar menerima sepatah kata yg biasa-biasa tanda ada yg sudi meminjamkan telinga buat seketika.........
DIA memang sentiasa mendengar! kita je yang selalu lupa..

Feb 5, 2013

Beliau

Hari itu, sy bawa emak ke Maybank SP untuk suatu urusan di kaunter. Kena pula kaunter yang petugasnya seorang perempuan sebangsa saya. Selama keberadaan saya dan emak di hadapan kaunter itu, sekali pun beliau tidak cuba senyum apatah lagi cuba untuk memaniskan muka. 

Mula-mula saya buat biasa tetapi disebabkan urusan yg agak lama, saya mula rasa meluat gila dgn reaksi beliau! Muka masyaAllah ketat gila! Kalau cantik takpa, tapi alahaiii...rasa nk lempang semua ada! Saya hanya memandang tepat ke wajah beliau, nak tengok kot2 la ada perasaan nak berubah riak. Yang bikin panas lagi, boleh pula beliau senyum sewaktu bersembang dgn rakan sekerja berbangsa Cina di sebelahnya. Saya dan emak yang berada di hadapan beliau ini, seolah-olah patung tak bernyawa. Seperti tidak wujud langsung! 

Sehinggalah selesai urusan, beliau tetap begitu. Muka seperti memandang kami sebelah mata sahaja, tanpa senyuman langsung dan seperti menyuruh kami blah dengan segera. Hadoiiiii budi bahasa budaya kita celah mana tuuu?? Saya cukup pantang dgn orang yg bekerja di front desk / kaunter yg tak reti memaniskan muka. Senyum tak kena bayar maaa.. Dapat pahala lagi ada. Smile at no cost!! Emm tapi tak tahulah kalau beliau ada masalah genetik tak boleh senyum lama...haiiiii agak-agak laa..

Hari ini, saya bawa emak ke Public Bank KB untuk suatu urusan di kaunter. Rata-rata pekerja di situ terdiri drpd bangsa Cina. Akan tetapi, sejak memasuki bank saya lihat mereka tidak lokek dgn senyuman. Jika tidak senyum sekalipun, mereka sekadar memaniskan muka. Setidak-tidaknya sedap la jugak mata memandang. Takda la rasa nak lempang. Ini bukan kali pertama saya berurusan di Public Bank yg sama.. 

Lalu saya fikir, inilah kot yg pernah dikatakan oleh seorang ilmuan (tak ingt namanya) kurang lebih sebegini, "Aku menemui ISLAM pada orang/tempat yang BUKAN ISLAM, tetapi aku TIDAK menemui ISLAM pada yang memang ISLAM/Muslim..."~

Sedih...Ya Allah saya nak jadi org ISLAM yg praktis ISLAM. Islam is the way of life, ain't it..?

Jan 28, 2013

Mereka tanya, "kerja apa sekarang?"
Aku jawab sejujur hati bersama senyuman sampai ke telinga, " Pengurus keluarga"
Kebanyakkan respon yang diterima adalah dengan ketawa, "hahaha kerjaan apakah itu..?"
Aku jawab lagi dengan senyuman. Biarlah mereka tidak faham dan padaku mereka tidak perlu faham.


Cukuplah hanya Tuhan yang mengerti dan aku yakin dengan bahagian rezekiku yang tidak akan diambil orang... =)
Bukankah janji Allah itu pasti dan Tuhan sama sekali tidak pernah memungkiri janji..? 

Terima kasih Tuhan atas segalanya!

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni