Oct 14, 2010

J for..

J for Jarr...
J for 'Jadilah budak baik'
J for 'Jangan degil'
J for 'Jangan suka bertangguh'
J for 'Jangan cepat emo. Control jiwa'
J for 'Jangan suka mengarut melalut sampai luar alam'
J for 'Jangan aniaya binatang terutamanya kucing gatal'
J for 'Jangan banyak cakap'
J for 'Jaga lidah jaga perut jaga hati'
J for 'Jiwa mau maintain'
J for 'Jalan juang jarang senang tapi banyak jurang'
J for 'Jangan takut, jangan lemah. Innallaha ma'ana'
J for 'Jangan rasa rugi untuk memberi'
J for 'Jadilah diri sendiri'
J for 'Janji Allah itu pasti'
J for 'Jadi orang bukan senang, jadi beruang,koala, mangkuk tingkat dan yg sewaktu dengannya sangat senang'
J for 'Jadilah orang biasa-biasa yang berakhlak mulia'
J for 'Jangan risau tarahal punya'
J for Just do it!


Oct 13, 2010

Newly Weds

Congrats to Imran & Nadia! (Both are my classmates)
Ini pasangan keenam dan ketujuh kelas kami hehe
Barakallahulakuma wabaraka 'alaikuma wajama'a bainakuma fil khair
03.10.10 @ Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.
Luv this pic sebab dia guna kanta cembung! Terbaekkkkk

Oct 12, 2010

Cerita karut tetapi benar

Petang ini tenang sahaja. Lalu aku pun turun ke bawah dengan harapan untuk menyidai baju di ampaian bawah. Sedang aku menyidai sehelai dua kain tiba-tiba aku terperasan ada sesuatu yang merenungku dari jauh. Oh kau.. Duduk diam-diam di situ ok. Jangan cuba-cuba nak kacau aku. 


Namun dia datang semakin dekat. Aku mula rasa tak selesa. Ketenangan petang itu dinodai! Lantas aku bergerak ke sebelah sana dan dia juga ikut sama. Aku bergerak ke sebelah sini dan dia juga menuruti. Ahh sudahh.. Jangan kacau akulah.. Niat aku murni nak sidai baju je nii.. Tetapi dia tidak mengerti apatah lagi cuba untuk memahami..


Aku bergerak setapak dua ke belakang. Dia ikut. Melangkah lagi dua tiga tapak. Dia laju mengejar. Ahh ini tak boleh jadi ni! Ini kepantangan aku nih! Jangan kacau akulahh kucing gatal! Walaupun kau masih lagi layak dipanggil bayi akan tetapi sifat kegatalanmu itu buat jiwa aku kacau tau takkk...


Aku pusing ke sana dia juga ikut ke situ. Ahhh sudahh! Lantas aku terus naik atas meja yang memang ada kat depan tu dan terus duduk di situ. Hahaha kau ingat kau sorang je hebat haaa?? Aku nak sidai baju pun tak aman tau takk..


Duhhh cemana nihh? Aku pandang bawah tengok dia dengan muka yang penuh bangga sambil angkat kening double jerk dan dia pandang atas tengok aku dengan muka yang langsung tidak ada rasa bersalah seakan-akan mahu berkata ' haaa sekarang nak lari ke manaa??'


Arghhh.. ikut hati aku nak je baling anak kucing ni jauh-jauh takpun buat flying kick je. Tetapi sumpah aku akan dikutuk oleh seluruh warga blok M6 terutamanya pencinta-pencinta kucing tegar. Cukup-cukuplah aku dok buat jenayah sepak-terajang kucing ni masa zaman sekolah dulu. Berubahlah.


Tiba-tiba aku nampak kelibat Yayan dekat depan bilik aku di tingkat dua
'Yannnn!'
Yayan menoleh.
 'Wei tolong ambik anak kucing ni jap. Aku nak sidai baju niii'
Dan Yayan ketawa terkekeh tengok aku yang bertenggek kat atas meja macam hapa jaa..
'Alah takpe je Jaq, kesian anak kucing tu. Dia tak bersalah pun'
'Wei kesian aku ni weii'


Haishhh cemana aku nak buat nih... Hmm dapat idea hehe..Nak tau apa yang aku buat untuk meloloskan diri?
Disebabkan anak kucing tu macam eager sangat nak terkam aku, aku pun test buat gaya ala-ala nak gerak ke sebelah sana. Dia terpengaruh dan mula nak gerak juga. Aku gerak badan ke sini dia pun ikut. Lantas aku terus cabut sebelah selipar dan campak kat hujung sana dan dengan serta-merta dia terus berlari ke arah itu. Hahaha terpedaya juga dia dengan sandiwara aku. Dan tanpa membuang masa aku pun terus angkat kaki dan blah naik ke bilik ikut tangga sebelah kiri. Yeah berjaya juga akhirnya!


Anda jangan tiru aksi ini. Tidak bagus. Anda cintailah kucing dengan sepenuh hati. Kucingkan binatang kesayangan Abu Hurairah? Saya cakap kepada anda kerana tahu anda mampu. Saya tak mampu... Allergik tahap 12 kuasa tiga. My bad...


Dan baldiku yang masih ada kain baju tetap duduk molek di bawah ampaian itu...

Oct 7, 2010

ikod

IIUM KUANTAN OPEN DAY 2010 (IKOD)





Jemput datang!!

Oct 3, 2010

Patutlah...

Saat ini aku baru sahaja menghabiskan Rotiboy pemberian Syazana petang tadi. 


Owh rupanya hari ini 23 Syawal. Patutlah...Baru tengok kalendar seketika tadi. Patutlah aku beriya-iya sangat nak keluar ke mana-mana. Patutlah...Rupanya hari ini Sabtu, 23 Syawal. Patutlah..23rd Syawal is my birthday =)


Terima kasih Sya kerana sudi menemaniku siang tadi. Walaupun cuma setengah hari. Walaupun kamu sibuk dengan tugasan yang macam-macam mengalahkan menteri. Today is really a lovely day. Really enjoy hanging out with u at Midvalley. Walaupun aku pun tak tau apa istimewanya Midvalley, apa yang best sangat kat Midvalley pun entahlah tetapi sudah sekian lama aku asyik dok jaja seluruh alam aku nak pergi Midvalley hahaha. Betul tak Cik Kem?


Dan terima kasih Sya sebab bagi kat aku sesuatu yang aku sudah jatuh chenta hahaha.. U know my taste! Kira hadiah la kan?? 


Em ingat nak cari Rich Dad Poor Dad kat memana bookstore tetapi sudahnya ini yang aku rembat sebab buku yang dicari sudah sold out =(




Apapun terima kasih tuan punya bilik kerana sudi menumpangkan saya di bilik anda. Tuan punya bilik sangatlah sibuk outstation ke sana ke mari. Jadi saya pun buatlah bilik anda macam bilik saya wakaka

Dan di bilik ini aku jumpa chenta hatiku yang telah terpisah buat sekian lama sejak zaman matrik rasanya... Ayuh pulang ke Kuantan bersamaku nanti ya!

 




23 Syawal 1431/02.10.10
bedtime
Bilik 'Izzah
UIA Gombak

Oct 2, 2010

Good Lesson

Sebenarnya seronok kerja syif malam ni. Enjoy. Di kala orang lain sibuk buat tahi mata kita sibuk berjaga. 


Waktu inilah kita dapat tengok mana anak yang sanggup berkorban menjaga ibunya, mana ahli keluarga yang sanggup bergilir-gilir bersengkang mata menjaga saudara mereka, mana cucu yang sanggup tidur di kerusi malas bersebelahan nenda tercinta. Baru terbukti nilai kasih sayang dan pengorbanan yang sebenar. 


Walaupun pesakit di katil 17 seorang wanita berusia 50-60an dan disahkan ada Sepsis si anak lelaki tetap sabar menunggu si ibu yang kerap-kali muntah sepanjang malam, kemudian merengek-rengek tidak selesa dan juga menangis sesekali dua. Si anak tetap tenang melayan dan memenuhi permintaan si ibu.


Walaupun pesakit di katil 21 yang baru berusia 50 tahun baru sahaja selesai pembedahan AKA (above knee amputation) bahana kencing manis, sejak pukul 4 petang hingga 11 malam tetapi seorang anak lelaki dan anak perempuan beserta 2 orang lagi saudara mereka tabah menanti di luar dewan bedah hingga lewat malam itu. Kemudian berkejaran bersama-sama kami ikut ke wad pula kerana mahu melihat keadaan terkini ibu mereka sewaktu Staff Nurse Sham dengan aku pergi ambil patient di dewan bedah. 

Walaupun pesakit di katil 26 seorang warga emas berusia 70-an dan sudah tak berapa ketahuan tetapi cucu lelakinya tetap tabah melayan keletah si nenek yang tidak berkesudahan. Lucu juga bila sesekali tengok si cucu semacam tertekan dengan kerenah nenda yang inginkan lebih perhatian.

Ya Tuhan, pengajaran apa yang KAU mahu tunjukkan?

Juga aku ingin berpesan. Untuk diri ini dan sesiapa jua. Jagalah kesihatan anda dengan sebaiknya. Eat well-balanced diet + exercise sepanjang hayat! Itu pesanan Dr Islah sewaktu kuliah dahulu tentang apa petua untuk hidup sihat. 

Kerana rata-rata pesakit yang masuk ke Wad Ortopedik selain punya masalah seperti terlibat dengan accident, kebanyakannya adalah disebabkan diabetes atau bahasa mudahnya kencing manis. Ramai yang masuk sebab kaki sudah infected teruk akibat Diabetic Foot Ulcer. Sudahnya potong kaki adalah jalan terbaik agar kuman tidak terus merebak ke seluruh badan. Itu lebih bahaya.

Jika penduduk Afrika mati kerana tak cukup makan, ramai rakyat kita pula mati kerana terlebih makan. 

Sedentary lifestyle. Dangerous!  

Oct 1, 2010

Bagus Tetapi Hancus

Selamat hari Jumaat!


Semalam sangat tenang. Wad pun tenang. Tak sibuk macam malam sebelumnya. Allah tapi bila tenang lama-lama sangat ni aku mula la gelisah. Sebab  kerja semakin kurang untuk dibuat dan mata mulalah dok bagi signal. Lawan jarr lawan!


Sudahnya aku pergi duduk dekat kaunter depan sebelah radio sambil buat report dekat case note patient dan belek-belek apa yg patut kot ada kerja yang tertinggal ke apa ke apa ke sambil telinga melayan SinarFM. Sesekali aku g buat round tengok patient.


Em ada satu cerita. Lebih kurang dalam pukul 12 lebih aku dengan Amy tolak trolley untuk buat observations. (Observations = check BP, pulse, respiration rate, temperature, pain score). Sampai dekat cubical yang last sekali tiba-tiba ada seorang budak medic sebuah universiti atas sket dari KL turut serta. Sebelum tu aku dah menyedari kehadiran dia dengan kawannya yang sedang sibuk menelaah case note patient di meja tengah. Ok fine.


Dia mula buat ramah. Bertanya itu dan ini. Amy je yang layan. Aku diam je. Malas nak ambil kisah. Ayat-ayat dia bunyi macam tak sedap untuk didengari. Mula rasa macam tak senang hati. Tapi takpe. Aku bo-layan dulu perasaan tak senang itu. Kemudian dia bertanya sinis kepada Amy,


'Oh lepas habis ni korang takde buat apa dah la? Korang gi tido laaa?'


Haishh mamat ni apesal. Fikir panjang sket boleh tak? Cuba think out of the box sket. Aku semakin rasa tak senang. Aku masih lagi mendiamkan diri.


Amy jawab,


'Banyak lagi keja nak buat. Tulis report blablabla'


Hmmm...


Tiba-tiba dia tanya soalan lain pula,


'Eh korang minggu depan posting kat HUKM kan? Posting apa haa?'


Amy jawab,


'Haah posting kat HUKM. Em posting Oncology, ICU'


'Hah? Posting Onco? Ish peliknya posting korang. Buat pe korang nak posting Onco? Ish peliknya...' sinis dia bersuara.


Kali ni memang tak boleh tahan.


'Yelah nanti kalau nak up chemo semua nurse yang buat. Bukannya doctor. Doctor bukannya tahu sangat punnn' itu ayat yang terkeluar dari mulut.


'Eh asyik nak perli je dari tadi' dia membalas.


'No. Tak perli. But I'm telling you the truth ok' ....dan beberapa ketika selepas itu dia pun blah.


Nah ambik ko! Free je dapat 1 dose dengan aku. Sapa suruh cari pasal. Nak ikut kami buat kerja mulut tu dok diam-diam sudahlah. Ini tak. Lebih baik diam dari berkata-kata la wei kalau kata-kata lu tu boleh menyakitkan hati orang. Apa daa.. Meh sini aku suruh ko basuh berak seorang patient je dah la. Try buat aku nak tengok. Ko mampu? 


Apesal la kepala otak tu jumud sangat? Kepala otak janganlah letak dekat kepala lutut. Haishhh pantang sungguh aku orang underestimate karier masa depan aku nih. Apa nurse ni lekeh sangat ke haa? Sedar tak bro yang satu hari nanti ko akan keja satu team dengan nurse? Mampu tak doctor nak survive tanpa nurse? Lu pikir la sendiri bro. 


Yang tak boleh blahnya dan buat aku nak ketuk-ketuk kepala sangat, bro kopiah kat kepala tu aku rasa baik ko takyah pakai. Simpan je kat dalam laci almari. Aku yang malu tau tak! Attire dah bagus tapi attitude hancus. Apa cerita nih? Tolonglah berakhlak mulia sket. Takkan la kopiah kat kepala tu buatkan minda ko jadi lebih tertutup dan tak berkembang maju? Haiilaaa... Nilah dia golongan soleh tetapi aneh, bak kata Izzah.Ini baru jadi student medic ni bukannya real doctor lagi. Kalau beginilah sikapnya haiilaaa aku tak tahu nak cakap apa..


Doctor yang non-Muslim boleh je behave well, apesal doctor Muslim tak mampu? Malu plak aku dengan Dr. Joy dan Dr Shakil yang sangat bagus sikap mereka, boleh je say hi masa jumpa kita, cakap baik-baik waktu nak minta tolong itu dan ini. Kita pun rasa sejuk je dengar dan memang rasa nak tolong. Manner! Manner! Tolonglah...


Kepada bakal-bakal doctor di luar sana, tolonglah behave. Susah sangat ke nak berakhlak mulia? Mahal ke harga untuk berakhlak mulia? Kata Izzah lagi, lebih baik jadi orang biasa-biasa yang berakhlak mulia daripada jadi orang soleh tetapi aneh.


Think about it.

Sep 30, 2010

Dalam hati ada taman

Semalam merupakan hari pertama aku bekerja syif malam. Almaklumlah sudah bergelar pelajar tahun akhir kan makanya posting kali ini memang sedikit berbeza daripda kebiasaannya. Kali ini kami posting untuk management. Jadi kena belajar dan apply selok-belok untuk menguruskan sebuah wad. 


Aku dapat posting dekat Wad Kenanga 6 iaitu wad Ortopedik Perempuan. Tetapi disebabkan wad Ortopedik Lelaki penuh maka ada juga tiga empat orang pesakit lelaki ditumpangkan di wad K6.


Staff nurse wad K6 memang semangat-semangat dan berdedikasi belaka. Aku tabik spring ah! Staff nurse tak tido langsung walaupun untuk 15 minit atau setengah jam. Jadi aku dan Amy pun tak tido langsunglah. Lagipun, entah rasa cerah je mata hehe..


Semalam keadaan wad agak sibuk juga sebab ada 2 orang patient under critical condition tambah satu patient DIL ( dangerous in life). Maknanya doctor dah declared 50-50 la. Jadi ada yang kena monitor tekanan darah, nadi  hourly lah, paras gula hourly, urine output hourly dan macam-macam lagi. Juga tiba-tiba doctor request nak buat ECG (pemeriksaan jantung) pula. Sudahnya aku buat ECG untuk 4 orang pesakit semalam. Sedar-sedar jam dah nak dekat pukul 4.30pagi hohoho.. Kemudian buat itu ini bersama staff nurse dan terakhir pusing 1 wad untuk kerja menukar cadar dan mengemas katil pesakit. By 6.15am  macam tu segala kerja yang perlu dibuat boleh kata sudah siap sepenuhnya.


Pukul 4.50am tu aku pergi melantak sekejap dekat pantry sampai pukul 5.04am. Makan nasi goreng yang dibekalkan oleh Hajar Iberahim di rumah. Sahur? hehe arigato gozaimas!


Seusai solat Subuh, dalam pukul 6.40am macam tu aku pergi round cubical depan dan tengah. Sebab keadaan pesakit di situ lebih stabil berbanding cubical di hadapan.Saja nak tengok patient. Kemudian aku menyapa seorang pesakit di katil nombor 3 yang kala itu kedua telinganya terpasang earphone, 


'Dah solat Subuh?' aku bertanya
'Kaki macam ni...' dia membalas
Oh yaa.. kaki kananya patah dan dia ada skeletal traction. Tidak boleh berjalan.
'Boleh je solat. Sekadar yang termampu. Islam tak bebankan umatnya kan' 
'Kiblat pula cemana?' dia mula menunjukkan minat.
'Tak apa, sekadar yang awak mampu. Antara nak dengan tidak je sekarang ni. Boleh je saya nak tolong ambilkan besen berisi air untuk awak ambil wudhu' aku meneruskan tawaran.
Dia berfikir kemudian,
'Ya bolehlah. Tolong ambilkan air'


Selepas besen air diserahkan aku menarik skrin untuk memberikan dia sedikit ruang privacy untuk menunaikan solat Subuh dan aku menunggu di luar skrin sambil kaki pantas diatur ke tepi tingkap untuk menikmati pemandangan pagi. Keadaan ini mengingatkan aku kepada Fauzi, Din dan bro apantahnamadia sewaktu aku posting di Wad Ortopedik Lelaki semasa tahun dua dahulu. Fauzi patah tulang dekat pangkal peha, Din patah kedua kaki dan tangan dan bro apantahnamadia injured seluruh badan. Bedridden. Tetapi mereka sangat gigih mahu mengerjakan perintah Tuhan. Fauzi tidak malu menyuruh aku ambilkan air untuk berwudhu' walaupun pada mulanya dia macam segan-segan. Din pun sudah mula menyuruh adiknya membantunya untuk menunaikan solat dan bro apantahnamadia tidak segan silu menyuruh aku mengajarkan cara-cara mengambil wudhu' dan membaca surah Al-Fatihah. Dah lama tak buat katanya. Apa khabar korang semua haa?


Kemudian aku bergerak ke katil bertentangan. Memberikan tawaran yang sama kepada brother apa ntah namanya. Macam lupa haha. Akan tetapi responnya agak keras. 


'Saya tak boleh solat. Kaki tu..' dan dia geleng-geleng kepala. Oraito. Kemudian aku ke cubical tengah. Bertanya makcik katil nombor 8, dia menjawab sudah solat sambil tersenyum. Kemudian aku berganjak ke katil nombor 5. Soalan yang sama. 


'Makcik dah solat? Saya boleh tolong'
'Kaki macam tu macammana la makcik nak solat blablabla'. Aku senyum. Rasanya kaki brother katil 3 lebih teruk keadaannya. Setidak-tidaknya makcik masih boleh berjalan. Tidak mengapalah.Makcik ni tak belajar rukhsah solat sepenuhnya kot. 


Aku berpatah semula ke cubical depan.Menjenguk ke sebalik tirai. Dia masih belum sudah. Aku jenguk ke luar tingkap lagi menghirup udara segar.


Lama.


Aku menjenguk ke sebalik tirai lagi. Dia selesai meraup wajah. Aku buka tirai. Ya Allah mata dia merah! Aku tak bersalah. Tolonglah! Hmm agaknya dia terharu kot sebab selama ini takda yang offer untuk tolong dia melaksanakan perintah Allah. Alhamdulillah. Aku tersenyum girang dalam hati. Selama terjebak ke dunia kejururawatan itulah perasaan yang sukar digambarkan dengan perkataan. Perasaan bila setiap kali kita offer untuk tolong orang melaksanakan solat dan kemudian dia menyahut tawaran itu.


Dan hari ini aku pun pulang dengan hati yang sangat riang! Walaupun kerja sejak jam 9 malam hingga 7 pagi tetapi entah, rasa bahagia gumbira sahaja.


Dalam hati ada taman.


p/s: Jom tido untuk menjana sedikit tenaga sebagai bekalan untuk bekerja pada malam nanti!

Sep 23, 2010



.....When you feel nothing at all...
..Kepada-Mu ku bersujud wahai Yang Maha Mendengar..
                      Sebelum mata terlena mohon ampun atas segalanya!

Sep 21, 2010

Ceritera Raya 2, 3...


Raya kali ini aku memang raya sakan sungguh sungguh. Tak tahulah kenapa. Terasa macam Aidilfitri yang terakhir pun ada hahahaha..


Tetapi apapun aku sangat bahagia seronok extravaganza teragiga gila raya kali ini.
Sebab Aidilfitri kali ini menemukan aku dengan ramai insan-insan yang telah lama terpisah.


Seusai solat sunat Aidilfitri, ketika melawat pusara ayahanda aku terserempak dengan Cikgu Ahmad bin Darus. Tidak disangka-sangka cikgu menegur aku terlebih dahulu. Haishh malu la saya wakaka.. Cikgu bertanya buat apa sekarang, sudah habis belajar ke belum itu ini dan blablabla. Dahulu beliau ialah guru Pendidikan Jasmani sewaktu aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kg Tok Bedu. Sekarang khabarnya beliau orang penting juga dalam politik.


Petang Raya pertama, aku dikunjungi Nurul Zanah Mohd Said teman seperjuangan di zaman sekolah rendah yang terpisah setelah keluarganya berpindah ke Bota, Perak. Ahhh lamanya tak jumpa kamu! Sudah semakin jelita.Tetapi mulut masih becok macam dulu lagi ya hahaha biasalah kita kan kalau bersembang memang gaya tak ingat dunia punya. ( huu seronok jumpa punya pasal sampai tak ingat nak ambil gambar sekeping dua =(


Raya kedua Nazirul dan Najib bertandang ke rumah seperti kebiasaannya. Time raya jelah nak jumpa kanak-kanak dua orang ni pun. Kemudian kami bergerak ke rumah Kak Raidah iaitu isteri kepada Abang Badrul Sani yang rumahnya hanya sekangkang kera dari rumah aku. Ohoo Ahmad Danial Ikmal sudah besar rupanya. Sudah la dah besar lepas tu seronok pula minta aku dukung dan tak mahu turun ahhh sudahh.. hang tu bukannya ringan cheq oii! Haha bakal dapat adik dah kanak-kanak tu hujung tahun ini inshaAllah.


Seterusnya hari Ahad raya ketiga, aku berkunjung ke rumah Cikgu Isfaliza. Aku jumpa ramai kanak-kanak ribena yang sudah membesar rupanya. Ramai junior Irshad datang rumah Cikgu. Batch Shahirun ramai juga. Punyalah aku dok mengerah otak berfikir siapakah makhluk yang sedang berbual dengan aku ketika itu haishh sapa dia ni...? Bila Shahirun kata ' alah Kak Hajar dulu dia ni kecik ja. Kan masa tu kami baru form 1, Kak Hajar form 5'.. Ohhhhh patutlah rasa muka macam kenal tapi di mana ya...


Kemudian hari Isnin, kebetulan buat bihun sup, ramai juga yang datang. Mat Nih aka Hanif teman seperjuangan semasa zaman kanak-kanak ribena yang kebetulan balik beraya di Malaysia tahun ini datang bertandang. Sejak dia berangkat ke Mesir 4-5 tahun lalu ni baru jumpa. Makin sihat hang nooo hehe..
Juga jumpa Umi Fasihah, teman sekelas yang memang duduk sebelah meja aku di 5 Ibnu Sina dahulu walaupun aku kerap kali menghilangkan diri macam chipsmore pun ada hehehe..


Aidilfitri kali ini juga menemukan aku dengan Ustazah Alawiyah, Cikgu Shimah, Cikgu Rafidah.. Kemudian bila hari Rabu rumah kami buat laksa, aku jumpa lagi ramai kanak-kanak ribena yang sudah membesar. Najib angkut geng dia! Hahaha takpa, takpa. Tarahal punya! Si kembar Hazman, Hazwan datang, Sabihi, Fatihi, Zakri, Fahmi, Nazirul lagi sekali kemudian Uzair the gengstaz last sekali. Mereka ini dahulunya kanak-kanak hingusan yang nakal macam hapa tetapi sekarang sudah segak bergaya dan sedikit matang serta berbudi bahasa. Tahniah!


Aidilfitri kali ini juga menemukan kami 4 sekawan sejak tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Yana, Epit dan Kinah.Yana dan Epit baru tamat pengajian. Yana di UUM dan Epit di UPM. Kinah pula di UiTM Shah Alam. Walaupun kita ni rumah bukan jauh mana pun, kentut pun dengar akan tetapi hailaaa susah sungguh la nak jumpa satu sama lain walaupun semua orang balik ke rumah. Semua menyepi. Sudahnya aku pula yang terjebak jadi information centre orang tu tanya orang ni dah balik kampung ke belum haishhh kita..kita..apa nak jadi ni? hahaha



Mereka; Norliyana, Noorsyakinah, Norafiza

Raya kali ni aku bawa mak beraya di rumah kawan sekolah merangkap rakan sekerja mak suatu ketika dahulu. Ohhh seronok sungguh mak dapat jumpa Makcik Hasnah. Sembang tak ingat dunia. Tidak mengapa. Aku duduk diam bagi chance sahaja sambil tangan dok sentap apa sahaja yang ada di depan mata haha.



Dan sebelum aku sampai ke Kuantan aku terjebak singgah di KL terlebih dahulu. Dan aku jumpa makhluk ini di rumahnya di Taman Ferngrove Cuepacs, Cheras. Dulu di matrik, dia ni makhluk yang aku suka buli eh silap bukan buli, kalau buli dia boleh buli balik hahaha erm bergurau manja wakaka.. Dan makhluk ini memang tetap istimewa di hati sampai bila-bila. The pinky lady in red, she is Diana Daim. Keep in touch okai. Aku sayang ko 3 kilo wakaka
   

Chenta hati Diana. Gilo pink sampai tahap ni =p siap offer nak jual kat aku lagi tuh ceh


Kemudian aku terjebak pula ke Bandar Tun Hussien Onn untuk berjumpa dengan dia di Jalan Suasana. Dia antara sahabat terbaik pernah ditemui.Sudah bekerja sekarang setelah tamat belajar di US pada tahun lepas. 
Dia bagi aku ni sebab dia kata aku kurus
Ni la dia. Nama dia Maryam Kamal yang poyo 
Pendek kata, raya kali ini ialah program jejak kasih bagi akulah! Hehehe bahagia apa.

Tempat Jatuh Lagi Dikenang

Khamis malam Jumaat kami gerak balik ke rumah ibunda di pulau. Pagi Jumaat aku hantar mak ke tempat kerja. Mujurlah banyak sekolah yang masih cuti maka jalan agak lengang. Dan selepas menghantar mak alamak macam malas pulak nak balik rumah terus. Terus aku halakan stereng ke arah Padang Kota Lama. Parking kat tepi jalan kemudian aku turun berjalan menghirup hawa pagi di tepi pantai. Seronok juga lepak pagi-pagi  kat tepi laut Padang Kota ni. Walaupun pemandangan tidak seindah laut Semporna atau laut Setiu mahupun Marang tetapi entahlah, terasa damai dan tenang di situ. Pagi Jumaat mungkin. Saiyidul Ayyam. 


Aku bertenggek di atas tembok batu. Di hujung sana ada orang sedang memancing. Macam nak pergi tumpang sekaki pun ada wakaka tetapi segan ekeke. Di hadapan jalan kelihatan beberapa orang sedang berjogging  di padang Esplanade. Di kiri padang ada dua tiga orang makcik berbangsa Cina sedang berehat di bawah pokok. Melepaskan lelah mungkin setelah penat berjogging. Muka melayu mana? Eh tuu diaa kat bangku bawah pokok sana tu baru perasan ada dua orang pakcik berusia emas sedang duduk berbicara.Tiba-tiba bila aku berpaling ke belakang kelihatan kapal Star Cruise yang bersaiz tidak kecil baru tiba di Pelabuhan Swetennham di hujung sana. Aku berpaling semula ke depan. Kemudian aku bangun dan terus melintas jalan menuju ke satu arah. Senyuman dilebarkan. Yes! Ini yang untung datang Padang Kota pagi-pagi ni. Sebab buaian kosong! Takda orang main. Yeay! Bolehlah aku main wakakaka. Satu perkara yang aku suka tentang Padang Kota ialah di sini terdapat selajur buaian yang terdiri daripada pelbagai saiz. Bukan setakat kanak-kanak riang, orang tua pun boleh main sama. Kalau ada satu dua tiga aku tak heran sangat tetapi ada sampai lima enam tujuh lapan sepuluh kot tu yang macam bahagia teragiga sikit. Best! Di hadapan buaian ialah pintu masuk ke Fort Cornwallis. Tempat yang pelancong selalu ambil gambar tu. Di kiri dan kanan pula abangLa sedang sibuk menjalankan tugas menyapu membersihkan kawasan. 


Alamak macam lapar pula huahuahua haishh kalau dapat pekena koey teow sup pokok ketapang sedap jugak nih. Lantas stereng di hala ke arah bulatan Jam Besar kemudian masuk ke Lebuh Pantai dan seterusnya aku belok ke kanan masuk ke jalan Lebuh Chulia. Lalulah depan Restoran Kassim Mustafa main branch. Terus aku masuk ke Penang Road dan menghala ke Jalan Dato' Keramat kembali. Seterusnya tiba di Jalan Masjid Negeri yang selalu terjebak dengan kesesakan lalu-lintas itu. Aku short cut ikut Jalan Delima dan Island Glade untuk sampai ke Gelugor. Bila pandang ke sebelah kiri alamakk koey teow sup pokok ketapang tutup la pulak! Aiseh lupa pulak Jumaat tutup. Uhuu kempunan la jawabnya. Kemudian aku terus belok ke jalan Tingkat Pemancar dan menuju ke Market Taman Tun Sardon, Gelugor mencari-cari nasi lemak sotong yang best di situ. Sekali lagi aku tiada rezeki. Tutup lagi. Ahh belasah la apapun. Belambak je gerai situ sebenarnya hahaha.. 


Sebenarnya kawasan Gelugor ini adalah tempat bermain suatu ketika dahulu (tempat bermain? ayat macam tak boleh blah). Dulu ayah dan mak menetap di Kuarters Kastam Bukit Gelugor. Jadi kira ini memang kawasan yang aku dah biasa sejak kecil la. Dan kuey teow sup pokok ketapang dan nasi lemak sotong itu juga telah wujud sejak zaman dahulu kala lagi sejak aku masih bayi. Warisan turun-temurun.


Apesal aku seronok cerita pasal kampung halaman ni? Sebab aku macam malas gilerrr nak balik negeri SANA aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!



Ingatkan benda ni wujud dalam cite Single Dad ja rupanya memang ada sungguh la 
 Lori kontena rosak kat tengah jalan. Kesian pemandu dia. Jiwa jadi kacau


P/S: Sebenarnya waktu menulis entry ini aku dah selamat sampai pun di sini. Saja buat gimik huahuahua

Sep 16, 2010

Ceritera Raya 1

Aku baru sahaja sampai di rumah sejam dua yang lalu. Pulang dari beraya di rumah Ustazah Alawiyah. Gigih tak pergi beraya sampai larut malam? Ahahaha well what to do..siang tadi kan rumah aku buat open house makan laksa ( aku rasa rumah aku bila-bila masa open ja hehe) maka malam la baru ada ruang untuk pergi beraya. 


Mula-mula aku ingat nak pergi esok ja rumah ustazah sebab sehingga maghrib tadi pun masih ada tetamu di rumah. Uzair the gengstaz la datang last sekali tadi wakaka. Lama gile aku tak jumpa makhluk tu. Budak-budak batch Najib la yang banyak datang tadi. Geng-geng yang aku selalu minta tolong susun kerusi dalam dewan sekolah untuk perhimpunan setiap hari Isnin. Siap solat jemaah Zohor lagi, tumpang jamban pun ada juga. Korang memang sempoi ah!


Erm sambung ayat tadi. Mula-mula aku ingat nak pergi rumah ustazah Alawiyah esok ja. Aku mesej ustazah. Kemudian ustazah balas suruh datang juga malam ni sebab bukannya jauh pun dah rumah dia dengan rumah. Dekat Bertam tu ja. Aisehh dua kali dah ustazah mesej suruh datang jugak nih. Sebelum tu mak ada ajak aku pergi rumah Tokcik selepas maghrib sebab Tokcik ajak datang makan-makan. Ahh sudahh cemano nih? Sudahnya selepas pergi rumah Tokcik aku angkut sekali dengan mak dan tok aku pergi rumah Ustazah Alawiyah hahaha. 


Nak jadi cerita, tiba-tiba ustazah beritahu Cikgu Rafidah on the way. Hah?? Memang havoc la kalau cikgu Bio aku tu sampai kejap lagi. Memang bahagia sungguh la. Sebab tu kot Allah gerakkan hati nak datang juga rumah Ustazah malam-malam begini. Sebab nak jumpa dua-dua cikgu fav aku sejak sekolah sampai sekarang. Di Irshad dulu aku rapat dengan semua orang wakaka perasan gilos tetapi yang aku paling rapat adalah 3 orang cikgu ini; Cikgu Shimah, Ustazah Alawiyah, Cikgu Rafidah.


 
Cikgu Shimah tak payah cakap la. Memang dah macam kawan sangat dah, nak-nak pula dia kahwin dengan sepupu-sepapat sedara sebelah ayah hahh lagilah tiada jurang Marihuana di antara kami. Secara automatik aku PA dia selagi hayat dikandung badan haha. Boleh pulak masa semalam aku datang beraya rumah dia aku kena tolong buatkan air dan perisi taugeh untuk majlis makan-makan petang tu hailaaa.. Cikgu Shimah datang juga ke rumah petang tadi bersama ibu mertua, Nurul Iman dan Ammar Ziyad! Mat Yad jangan lupakan cik hajar ehh cik hajar ni yang cadangkan nama Ammar Ziyad tau hehehe.. Dan cikgu Shimah juga sangat tidak berkira terutamanya bab fulus. Kalau tak tolong top up dia akan belanja makan. Hehe tapi tu dululah. Sekarang pun ada juga belanja makan sekali sekala.


Ustazah Alawiyah pula selalu menjadi motivator tak kira masa. Seronok. Nak-nak pula kalau time kelas Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, selalu je kami dapat kuliah Zohor atau Dhuha secara percuma hehe. Setiap butir kata ustazah memang penuh dengan hikmah. Ustazah otai ni kalau hampa nak tau. Erm mungkin jadi lebih rapat sebab ustazah jadi guru pembimbing untuk Pertandingan Syarahan selama 2-3 tahun berturut-turut. Maka banyak perkara yang aku selalu kongsi dengan ustazah. Ustazah pun treat macam adik dia so memang aku tiada lagi segan silulah.


Cikgu Rafidah juga merupakan tempat aku selalu bertukar buah fikiran, tempat rujukan, bertanya itu, ini dan blablabla... Sepoting abess ibu kepada 3 orang cahaya mata ni. Siap ajak aku pergi teman dia bershopping pun ada. Haha pun boleh la.. Aku masih ingat sewaktu hari ambil keputusan SPM dahulu. Di saat aku tengah down gila macam hapa duduk di tepi longkang di luar dewan sambil menatap result yang tak seberapa, meleleh la jugak setitik dua tiga air mata wakaka itu laa dulu orang suruh belajar betul-betul aku sibuk ke hulu ke hilir berbakti kepada negara hahaha tidak mengapa itu cerita lama. Erm untuk compensate balik perasaan aku masa tu, aku terus pergi jumpa Cikgu Rafidah di makmal biologi serta beberapa orang lagi cikgu selepas itu yang aku rasa boleh bagi aku jadi motivated balik. Cikgu Rafidah bagi semangat kat aku, dia kata ' Alah result awak ni kalau dekat sekolah biasa ok ja la. Mungkin sebab ni dekat sekolah kita sebab tu awak rasa down gila'. Dan cikgu nasihat itu dan ini lagi sehingga seketika aku berjaya menarik nafas lega. Alhamdulillah. What a relief. 


Terima banyak cikgu semua. Semoga Allah memberkati hidup anda dan permudahkan perjalanan hidup anda.

Sep 14, 2010

Cerita Saya

Assalamualaikum.
Nama saya Ahmad Irfan. Umur saya 2 tahun. 
Saya sudah pandai berlari, makan berdiri eh silap, makan sendiri, menari-nari, memerhati, menyepak orang pun sudah pandai juga, erm lagi sudah pandai senyum, control macho, mengorat awek pun boleh juga hmm pendek kata saya sudah pandai macam-macam kecuali satu sahaja iaitu bertutur dengan baik dengan menggunakan Bahasa Melayu standard. Itu kelemahan saya buat masa ini.


 

Ini pula ialah abang saya. Namanya Ahmad Danial. Abang saya seorang yang kacak, hensem dan bergaya bukan? Saya dan abang memang kamceng. Bagai isi dengan kuku. Kami memang suka beraksi terutamanya di hadapan lensa kamera. Ahh malu pula nak beritahu yang kami ini memang fotogenik kan?

Erm ini pula ialah adik kami iaitu Ahmad Haziq yang masih blurr serta belum mengerti sepenuhnya tentang erti kehidupan. Usianya baru 10 bulan. Tidak mengapa dia masih punya banyak masa untuk belajar tentang kehidupan. Err dia hensem macam saya bukan? Atau sayalah yang paling hensem di antara kami bertiga? Jawapan di tangan anda. Boleh email atau mesej saya untuk memberi sebarang respon anda.

Dan ini pula ialah kami semua sepupu-sepapat yang datang beraya di rumah Tok Ngah pada hari itu! 
Tok Ngah ialah nenek kepada tuan punya blog.
Ops terlupa pula. Saya nyaris lupa diri bahawa tuan punya blog ini pesan agar saya jangan melalut sampai ke kerak bumi. Baiklah saya sudah kembali ke pangkal jalan. 
Apapun saya ingin mengucapkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada anda semua! 
Doakan saya menjadi insan yang berguna, berjaya dunia akhirat. Ameen...

Sep 9, 2010

Pulang ke rumah adalah satu kepuasan yang tiada tandingan

Di kala ini meriam kabat sedang rancak berdentum di sana sini. Maklumlah duduk di kawasan segitiga Bermuda. Kalau orang kampung sana bagi satu das, kampung aku balas dua das dan kampung lagi satu pun taknak kalah juga bagi satu dua tiga das. Tiga kampung duduk dekat-dekat macam inilah jadinya. Status sekarang adalah memekakkan telinga buat-buat tak dengar dentuman yang adakalanya buat jantung terasa macam nak terkeluar dari tempat duduknya.


Pagi semalam sampai Penang dalam pukul 9 pagi tapi sampai rumah dekat pukul 1 tengah hari hahaha.. tido kejap di R&R  Behrang dari pukul 5-6 pagi sebab mata dah tak mampu nak buka.  Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan. Jalan tak jem cuma kereta tetap banyak juga. Semua orang nak pulang ke kampung kan. Yang bestnya dekat lebuhraya MTD (lebuhraya Karak + lebuhraya Pantai Timur) tol free! Yuhuuu bahagia. Sebab sekurang-kurangnya jimat RM25. Itulah antara kelebihan balik kampung di waktu malam. Tapi dekat lebuhraya PLUS disebabkan sampai di tol Juru hari sudah siang maka tiadalah diskaun tol sebanyak 20%. Jadi kenalah bayar RM43.30 macam biasa. 


Tiba-tiba terlintas di kepala otak hmm ni dah lalu Giant segala bagai nih, alang-alang baik beli barang terus. Maka stereng terus dihala ke arah Giant Perai. Lepas tu macam terasa nak cari sesuatu pula. Hehehe. 'Kak Rif jom kita singgah Jusco Perda sat. Satu hala dah ni'
Kak Rif angguk je. Dah puas pusing alamak macam tak jumpa laa. Err kejap lagi akan lalu dekat Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya jom singgah sat boleh?! Wakaka bengong dak aku. Dengan muka sememeh macam apa, kepala otak dah masuk air tetap ada hati dan perasaan untuk masuk pasaraya. Kisah apa bukan kacau orang pun. Tetapi yang paling tak boleh blah 'Kak Rif diam-diam sudah kita ni tak mandi lagi' huahuahua.. 'Shhh orang lain taktau pun'.


Sebenarnya nak meneruskan perjalanan untuk menghantar Kak Rif balik rumah di Baling. Saja melencong kejap. Kak Rif kata takpa ja hantar dia pergi stesen Bas Bagan (panggilan tempatan untuk stesen bas Butterworth). Nanti dia boleh naik bas yang terus ke Baling. Oh aku tidak sampai hatilah. Em kebetulan jumpa Kak Sal dan adiknya, Cik Thirah di Sunway Carnival Mall. Aku rasa kepala dah berat macam hapa. Rasa macam kena hempap dengan batu pun ada. Lantas aku bertanya samada Kak Sal free atau tidak jika aku mahu minta tolong dia hantarkan Kak Rif ke Baling. Mujurlah Kak Sal kata ok ja. Sedikit lega. Kerana jika tidak potensi aku memandu dalam keadaan mabuk adalah sangat tinggi dan pastinya itu mengundang bahaya. Terima kasih Kak Sal dan minta maaf Kak Rif kerana tidak dapat hantar kamu pulang.


Erm sepanjang perjalanan balik aku buat sesuatu yang di luar kebiasaan. Tak pernah-pernah sebelum ni dengar Radio Klasik Nasional, asal dapat siaran Klasik Nasional je tukar, dapat je tukar siap kutuk-kutuk pun ada juga kadang-kadang hahaha tetapi nak katanya Allah itu Maha Kuasa, all the way from Kuantan aku layan Klasik Nasional je wakaka. Sebabnya siaran itu sahajalah yang dok putar lagu raya tanpa henti. Suka. Ohh tangkap lentok habis! Tulah orang tua-tua selalu katakan. Jangan cakap tak suka nanti yang tak suka itulah kita suka. Benarkan firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 216; Boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. 


Menyusuri lebuhraya PLUS aku exit ke Sungai Dua - Bagan Ajam. Nasib baik bukan peak hours jika tidak memang aku terlena dalam kereta terus akibat tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Setibanya di persimpangan Tok Bedu, ohh bahagianya! Di kiri dan kanan jalan sawah padi menguning. Musim menuai rupanya sekarang walaupun tengah bulan puasa. Aku sangat suka pemandangan di jalan masuk ke rumah ini. Dan bila sampai rumah aku nampak rumah aku warna peach.  ' Rumah kita cat baru ka?' ' Haish dak aihh, bila pulak cat. Warna tu ja laa' tok aku jawab. Sah ni memang simptom otak masuk air tahap lima! Kemudian mak terus suruh aku buat apa yang patut kemudian tido. Hahaha memang syahid kubra la jawabnya.


Petang itu aku pergi bazaar Ramadhan Tasek Gelugor. Tempat masih sama macam biasa. Aku sangat dan amat suka bila makcik dan pakcik yang menjual lauk-pauk mengajukan satu soalan ni, 'nak berapa ringgit ni dik?'. Soalan yang bukan menjadi kelaziman bagi penjual lauk-pauk di tepi jalan serta bazaar Ramadhan di SANA. Dah la kuantiti banyak walaupun harga cuma RM2. Hmm benarlah pepatah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri. Aku kata lebih baik tak payah hujan wakaka.


Sewaktu aku sedang membeli tepung talam secara tidak sengaja aku terkerling ke gerai sebelah kiri. Mata manusia kan tiga dimensi. Dan aku nampak imej yang tidak indah di pandangan mata. Seorang makcik separuh abad bersama anak lelakinya kelihatan bermuram durja. Tiada sinar bahagia dan ceria apatah lagi segaris senyuman gumbira. Tak tahulah kot-kot itu memang masalah genetik keluarga mereka. Inherited disease? Mungkin. Tetapi aku lihat ayam goreng yg terletak di atas meja semacam tak luak lagi. Haishhh kesian la pulak. Lantas sebaik sahaja membeli tepung talam aku segera ke gerai mereka dan membeli ayam goreng seketul dua tiga empat lima. Kemudian barulah aku perasan ada sinar gumbira di wajah mereka. Selepas itu pula datang kakak berbaju merah untuk membeli ayam juga. Alhamdulillah. Tolong beli sebab kasihan dikira kebajikan juga tak haa?


Pagi tadi aku ke pasar tani. Semestinya ramai orang dan bermacam ragam. Kemudian aku nampak satu dua tiga orang peminta sedekah. Cara macam sama. Ada yang main biola, bawa anak pun ada. Yang pastinya mereka OKU. Aku cakap dekat mak macam sama ja style peminta sedekah ni. Kemudian aku terfikir. Kenapa Allah hadirkan mereka di tengah-tengah kelompok manusia? Ohh ya mungkin Allah nak bagi peluang free untuk kita dapat pahala ni bila kita bersedekah. Kalau tidak ada peminta sedekah maka tidak adalah pemberi sedekah. Ya ya betul betul. Aku cakap dan angguk sorang-sorang. Insaf.


Subhanallah tarbiyah Allah di mana-mana. Ramadhan bulan barakah yang penuh dengan tarbiyah. Samada kita sedar atau tidak itu sahaja.


Erm jom buat kek? Macam rajin sangat jek....hahaha



Sep 8, 2010

Ramadhan terakhir

Unney telah selamat naik bas
Afisha juga telah lama ikut jejak
dan insyaAllah kejap lagi aku dan Kak Rif pula bakal menyusul..

Ramadhan terakhir di bumi Kuantan..
haishh rasa sedih pula
sebab untuk Ramadhan akan datang entahkan sempat entahkan tidak
berada di mana pun entahlah tidak dapat dijangkau akal fikiran

Memandangkan budak-budak course lain telah selamat bercuti sejak Jumaat lalu
maka tinggallah kami dan sedikit budak dentist serta medic
yang setia dan gigih menuntut ilmu
disebabkan itu juga sejak 2-3 hari lepas kami terawih sendiri-sendiri sahaja di musolla blok
bergilir-gilir aku kau dan dia jadi imam
dan yang tak tahannya siap lawan 'O-Som' dengan Ecah siapa dahulu kena jadi imam huahuahua
tetapi seronok pula begitu
terasa ukhwah semakin erat

Tadi berbuka puasa di rumah Sister Nik Kausar
lebih kurang 10-11 orang kami-kami yang belum lagi meninggalkan bumi Kuantan memenuhi jemputan Sister Nik
Heaven!. Havoc. Sangat bahagia. Benarlah ukhwah itu indah. dan mungkin kerana ini Ramadhan terakhir di bumi Kuantan (insyaAllah) maka bahagianya extravaganza sikit hahaha dan yang bestnya juga tadi dapat duit raya! Wakaka Sister Nik memang buat lawak antarabangsa! tetapi kami tetap terima juga sebab bila orang memberi wajarlah kita menerima. Tak gitu?

Ya Allah andai ada rezeki pertemukan kami dengan Ramadhan akan datang. Semoga tautan ukhwah yang terjalin ini berkekalan hingga ke akhir hayat ameen..

Oleh itu jom balik kampung! Wahai Kak Rif setialah anda menjadi co-pilot saya hingga ke Pulau Mutiara. Tuhan,  permudahkan dan selamatkan perjalanan kami ameeen...

Sep 1, 2010

Kalaulah ada yang tahu..

Sekarang sudah pukul 2 pagi. Saya sedang berjuang menyiapkan kerja sekolah yang berbaki. Kenapa saya tidak siapkan siang tadi? Saya buat apa? Berfoya-foya? Membuang masa? Atau adakah saya malas? 


Semalam saya tiba dari Kelantan pada pukul 12 malam. Saya memandu dengan penuh bergaya. Bila berhenti di traffic light saya akan memalingkan muka ke sebelah kiri dan mengangkat tangan kanan konon-konon menutup muka kerana malu jika kereta sebelah ternampak wajah saya yang stylo dengan cool fever di dahi. Sebelum itu saya telah menelan panadol 500mg seketul akibat terpaksa sebab hendak memandu kereta. Saya teruskan pemanduan dengan penuh bergaya walaupun saya tetap rasa seram sejuk, loya dan mengalami diarrhea sejak tengah hari semalam. Saya pun tidak tahu di mana silapnya dan apakah puncanya saya menjadi begitu.


Sejak siang tadi kerja saya hanya ulang-alik mengunjungi Mr Tan sahaja. Dia pun sudah muak melihat rupa saya. Mujurlah Mr Tan tidak pandai berkata-kata jika tidak sudah tentu saya dimaki hamunnya. Itulah hikmahnya Mr Tan diciptakan sebagai tandas semata-mata.


Teh kelat sudah diminum, ORS (oral rehydration salt) juga telah diteguk dan juga jus jambu dan madu juga sudah ditelan. Mencari-cari ubat diarrhea seperti Lomotil tetapi tidak ketemuan pula. Stok sendiri sudah kehabisan.


Saya memang tidak tabah. Cukuplah jika Allah hanya menguji saya dengan ujian perasaan dan kesihatan memang sudah mampu buat saya jadi tidak tabah.


Cuma saya ingin berdoa supaya Allah beri kesihatan yang baik semasa hendak menjawab exam Research Methodologies pukul 9pagi nanti dan supaya perut saya tidak berbunyi dengan kuat lagi seperti hari tu. Malu. 


Ohh tidaak.. perut saya memulas-mulas lagi. Saya macam perlu pergi dahulu.
Kalaulah ada yang tahu apa yang saya rasa sekarang...

Aug 28, 2010

At glance

Workload+time constraint = STRESS.

Stress ---> lead to: behavioral changes, ability to hurt others, moral down, become another person (bipolar) etc.
Pantaskah sibuk dijadikan alasan untuk menjadi stress? Ya, boleh juga.
Manusia bukan robot android atau adik-beradiknya yang tak punya perasaan. Ya benar. Maka jangan biarkan stress mengawal kita sebaliknya kita yang perlu mengawal stress.
La taghdob! La taghdob! La taghdob!
Stress ko duduk diam-diam or else please get out of human's life!
Stress is just a matter of word. Ingat tu.

Oleh itu mari kita keluar berjalan-jalan. Yeay! =)

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni