May 7, 2009

Baktisiswa : 1


Sunday 19.04.09
BAKTISISWA NURSING, Sik, Kedah.

Selaku person-in-charge utk transport akulah manusia separa gila bergerak ke sana sini utk memastikan semua peserta baksis mendapat tempat masing-masing hehe poyo je! Credit to Rara, Ecah and kak Effy sebab memainkan peranan dgn sebaiknya! Thanks a lot guys =)
Mengambil-alih tugas Bambukh, my headcom yang tiada sewaktu nk bertolak sebab Bambukh pergi terus ke Sik dari rumahnya di Baling, tried to give my best on that day. Bas dibahagikan kepada A dan B kerana jumlah peserta adalah seramai 64 orang. Malang sekali kami dapat bas persiaran, bukan bas UIA huu..tak tahu kenapa tapi di saat akhir bila ak contact Bro Mokhti,orang admin ofis yg handle bahagian transport, dia bagitahu kami hanya dapat bas persiaran...Whatever..yang penting boleh sampai Sik sudaa
Alhamdulillah setelah segala kelam-kabut sewaktu nak naik bas semua akhirnya bas bergerak dalam pukul 3.30ptg. Waktu bertolak sepatutnya pukul 3.00 petang. Salah seorang daripada peserta, Nizam dah bagitahu aku dia akan naik dekat KL
'jar, kalau korang dah nk gerak dari Kuantan bagitau k. aku nk tunggu kt mana?'
'orait bereh. em ko tunggu kt tol Jalan Duta k'
aku pun bagitau la kat driver
'bang nanti berhenti kt tol Jalan Duta ye, ada lagi sorang nak naik kt sana'
'kita mana lalu sana. ikut Terengganu, Jerangau-Jabor'
ehhhhh?? Jerangau-Jabor??
'eh kenapa tak lalu ikut KL?'
'permit bas ikut Jerangau-Jabor'
muka takde darah, terkedu.. yup permit! adoii laa kenapa aku boleh tak teringat langsung pasal permit. bas persiaran memang ada permit perjalanan sendiri adehhh
cemana niiiii...cabaran besarrr ni huu
lantas aku mengkhabarkan hal ni kepada Mr PM, inchek Jadul [PM=project manager]
hadoii laa semua pun fikir bas ni akan lalu ikut KL
'weh nizam, masalah besar ni. bas ni tak lalu KL dowh'
'apadia??'
ak, afisya n few of friends mengerah kepala otak mencari jalan...tiba-tiba teringat Kayan jugak dtg straight dari umah. Kayan dok kat Yan, Kedah. roger Kayan,
'kayan, weh ada masalah blablabla'
'aku jauh kot drpd stesen bas Alor Setar, em try contact Nuaim. dia kan dok SP'
yes Nuaim!! thanks Kayan! aku terlupa psl Nuaim dok Sungai Petani
'nizam, ko bli tiket bas ke SP, contact Nuaim blablabla'
few hours later
'jar, ak da dapat tiket ke SP'
Alhamdulillah selesai sudah 1 cabaran fuhhh..lega! em rasanya dekat 4 movie kot kitorg tengok sepanjang perjalanan haha layan je..huu bila tetiba terbau sesuatu yg menusuk smpai submucosal layer arghhhh tertekan!
i hate smokers! silent killer..ah benci benci!! hadoii laa signage NO SMOKING terpampang sebesar-besar alam kot dlm bas tu tapi inchek drebar bahagia je dok sedut menatang haram tu, dah la dlm aircond kot adehh agak-agak rr kalau mengantuk punn.. kami pakat dok batuk kuat2 biar dia perasan sket! hmmm em tido bangun tido bangun sedar2 dalam kul 3.30 pagi camtu kami dah smpai depan Masjid Pekan Sik. Maka sambung tidurlah dalam bas beramai-ramai sementara menanti waktu subuh masuk...


thanks Rara,Ecah n K.Effy

May 6, 2009

Nak balik Kuantan huuu

Salam'alayk

huaaa aku la insan yg paling+sangat+amat nak balik ke Kuantan!
sebab
dah lama tinggalkan bilik yg mcm tongkang pecah haha
ye ah lepas finals balik Penang pastu datang balik Kuantan sebab nak urus transport utk baktisiswa then gerak ke Kedah for baksis pastu tak ikut bas terus balik Kuantan sebab singgah umah nk amik PCL pastu terus ke Temerloh...disebabkan ada sket masalah teknikal the next week tu kena balik Penang semula then barulah dpt amik PCL dgn hati yg bahagiaaa yeay! end of the story.fullstop. hehe
ntahpape laaa dok main kot jalan je keje huuu
ingat dekat mcm jalan kaki gi kedai sebelah umah ke haha
what to do...
Wamakaru wamakarallah Wallahu khairal makirin =)

Alhamdulillah ak sempat mencuri ruang utk ke bookfair di PWTC hari tu
dah tau dah kena bwk duit cukup2 je
kalau tak semua buku nk borong kot! hehe
Alhamdulillah finally tak off budget =) suke suke
ak rembat few magazines like Forward, Milenia blablabla
sebab sape suh dia jual yg keluaran lepas2 tu RM2 je, pastu 3 = RM5 plak tu
kalau normal price RM6.50 each sooo tunggu apalagi..
opportunity knocks but once lalala
lagi beli buku Emergency Nursing sebab memang dah plan dari awal dah
nak beli few more buku nursing tapi gile mahal dowh...off budget maa so kena la pegang letak pegang letak buat timbang-tara yg bijak which 1 is the best!
Em lagi beli few books of Tok Guru dan yg paling best beli latest novel HLOVATE; Rooftop Rant! hehe dah survey kt website Jemari Seni dah the night before =p
tak boleh blahnya beli buku Qawaid Bahasa Arab! sebab selepas dok belek sekian lama serius macam best!! hehe ops tu out of plan hehe
em agak terkilan sebab tak sempat gi gerai ALAF 21
huuu nak cari latest novel Ramlee Awang Murshid, MIKHAIL..his novel tak pernah tak best punya uhuk
tapi beli buku banyak2 pun tak baca takde makna jugak kann
banyak gile nk kena habiskan pembacaan b4 start new sem! huuu few buku Kak Rif yg aku pinjam berzaman pun tak habis baca lagi haiilaa nak buat khazanah ke apa cik hajar oiii!
huaaa sebab tu la nk balik Kuantan sebab all those things ada kt sana huu =(
takpe2 insyaAllah weekend ni kita balik Kuantan ye

Apr 25, 2009

Reaching the limit..

Allahuakbar....
ak jdi bisu seketika sebab ak terlalu bengang!!
yup ak fail emotional management...
Ya Allah tabahkan hati hambaMU ini
arghh sungguh aku taktau apa perasaan aku skrg
kenapa lelaki mcm tu??
Arghhh tetiba ak rasa ak benci lelaki yg suka trigger perasaan perempuan!
maafkan aku wahai kaum adam
bukan niatku..
em bila p'puan marah,membebel,menangis dikatakan p'puan emosi lebih
tapi korg yg selalu trigger keadaan2 mcm tu!!
Astaghfirullah..ya Allah lapangkan dadaku seluas-luasnya
em bukan sekali dua aku berhadapan dgn kes sebegitu tapi countless..
em kenapa ak jdi bengang sgt ni?? begini...
em ak sengaja tidak ikut naik bas bersama peserta2 Baktisiswa yg lain utk pulang ke Kuantan sebab aku nak singgah umah utk ambil kereta yg hampir sebulan lebih ditinggalkan di bengkel
sebab org bengkel tu dh berjanji dgn aku kereta akan siap segalanya 20hb
maknanya hari ni 25hb memang kereta dh siap la sepatutnya
em sebelum ni ak pernah balik dh sekali utk check kereta dh siap ke belum dan pernah telefon jugak
maknanya ni kali kedua la ak balik
yg buat aku jadi bengang sangatt pagi tadi bila aku call,
'kereta xsiap lagi dan tak dpt siap esok'
'haaa??'
aku terus siap2 utk pegi ke bengkel nk tgk apa cite sebenarnya niii
aku rembat Honda Wave milik pakcik
arghh kepala otak dah start menggelegak masa tu
ya Allah sabarkan aku
aku tgk PCL masih tersadai dgn badannya berbalut dan masih belum dicat baru lagi
arghhh aku mengalami tekanan perasaan tahap Z!
'bang, sy nak balik Pahang esok ni. hari tu janji boleh siap dah, Isnin saya keja'
'kalau esok memang tak dan siap, lgpun la ni pun kejap2 hujan'
'saya emergency ni bang. kena bg siap esok jugaklah mcm mana pun'
'em tak dapatlah kalau esok, mmg takdan'
ak tarik nafas dalam, rasa panas kepala otak..
the incredible hulk in me terasa nk keluar bila-bila masa
em keluar jap ke luar mencari ruang
apakah disebabkan ak hanya seorang perempuan maka ak diperlakukan sebegitu??
Ya Allah sabarkan aku
em tiba-tiba terasa sukarnya berdiri di atas kaki sendiri arghhh
bertabahlah! ya Allah ampunkan aku..
terus aku call Ckg Shimah,
'ckg, keta tak siap lagi ni'
'haaa? hari tu bukan dia dh janji ka? berapa lama dh hntr?'
'sebulan lebih dh pun, masa awal2 dia kata boleh buat dlm masa 2 minggu ja. ni malas nk bwk mai kedai melayu ni'
'hmm tu la, org melayu suka mcm tu.try la gempaq dia sket ckp nk bwk g kedai lain ka'
'ckg kt mana? boleh dak mai?huuu sy takleh nk ckp dah sebab dh rasa kembung pipi semacam dah, satgi bisa kott. rasa geram taktau nk ckp ni, satgi meleleh kot'
'sy tak dpt nk pi, Ammar demam plak, Iman pun dok kacau ni..em sat2 saya try cari jalan, japgi saya call'
There're times when strangers are like family, and family are like strangers
ak duduk kt luar tepi bengkel tu dgn muka menahan perasaan
YA Allah pasaipa la bangsaku mcm ni?
macam mana bangsaku nk maju kalau berniaga mcm ni??
em mgkin sebab dia tgk ak hanya seorang perempuan pastu dtg bengkel pun sorang sejak awal hntar keta dulu lagi
hmm tapi apa pilihan yg ada??
oh abg bengkel, janganlah ambil kesempatan dgn keadaan sy mcm ni
pasaipa abg tak cakap awal2 yg abg xdapat nk buat kereta sy?
i don't mind n takkan kisah klu abg ckp awal2 xdpt nk siapkan sebab sy akan cari altrnatif lain like hntr gi kedai lain ke apa ke
tpi sebab awal2 abg dh janji, sy pegang janji tu..
dan sy balik ke Penang ni bukannya dekat, sy dari Kuantan nun
kalau setakat Bayan Lepas, Balik Pulau ke sy tak heran
em awal2 duluuu lagi, aku ada 2 pilihan; 1 kedai abg ni, 1 lagi kedai cina
selepas membuat timbang-tara dan memikirkan takpalah kita tolong org kita
tapi tengoklah mcm mana jadinya....
sebab nk tolong org kita punya pasal lah ni..
bukan tak tahu mcm mana beza org melayu dan cina buat keja tapi sebab nk tolong org kita..sebab nk tolong org kitaaa!
Ya Allah sedihnya!!
incoming call: Ckg Shimah
'sy call husband ckg Rokiah, dia ada kt Bagan la pulak, sat2'
few mins later,
'nmpk keta ckg Aysraf tak?'
'em tak nmpk lagipun.awat? suh ckg asyraf dtg ka?'
'ckg asyraf kt Irshad tadi, sy mntk tlg dia'
within few mins after that, nmpk sebuah kereta Peugeot masuk ke halaman bengkel.
Yes that's Ckg Aysraf!
'ha apa cerita?'
There're times when strangers are like family, and family are like strangers
aku cite 1 by 1 bla bla bla kt ckg
slps ckg asyraf negotiate dgn abg tu
'em esok tak dpt siap jgk la hajar tapi dia janji dgn sy Selasa ni. Awk bg kunci, duit smua dekat sy nnti hari Selasa sy mai ambik'
'terima kasih ckg!'
There're times when strangers are like family, and family are like strangers
Em Ckg Shimah, Ckg Rokiah n Ckg Asyraf memang mcm kawan, kakak n abang sndri dah
memang kamceng sejak sekolah n selalu join diorg ni gi camping ke jalan2 ke masa di Irshad dulu..
Alhamdulillah i feel better!
ak nk bercerita je huuu
em seorg rakan msg,
'ko relax2 je k'
yup apa pilihan yg aku ada..
Life is not easy huh??
Expect the unexpected??
em kena mencari tiket bas ke Temerloh lah kejap lagi sebab OJT kt Temerloh start Isnin ni, 27hb
kalau nasib baik ada, ada lah..kalau takda, call abg Samad n abg Borhan suh dtg ambik laa..best jugak boleh terbang sama2 hoho kalaulah semudah itu....
bak kata ibunda, pandai-pandailah nk hidup... baiklah

Apr 24, 2009

tade tajuk

Salam'alayk

Alhamdulillah finally ak kembali ke alam nyata!
haha mcm laa mengembara ke alam misteri, back to the future ke hehe
SYukur alhamdulillah Baktisiswa disperse secara rasminya dlm pukul 6.30ptg tdi
setelah menyelesaikan tugasan terakhir sbg cmte Transport, ACcomodation & Catering aku pun balik dgn hati yg bahagia
alhamdulillah mak K.Rif offer nk hantar smpai rumah =)
hhuuu nk tulis lagi tapi ak dh nk bertukar jadi zombie dh within few mins..

Apr 15, 2009

Jalan-jalan cari pasal

Salam'alayk

Alhamdulillah hari ke-3 di rumah terchenta!
Sangat bahagia =)
Hari ini baru aku keluar menjengah dunia hehe poyo semacam je ayat
dah berjanji dgn ibunda mahu tidur di rumah ibunda hari ini maka ak merancang perjalanan dari rumah tok di Tasek Gelugor ke Jalan Masjid Negeri dgn sebaiknya..
pukul 11.30 pagi aku bergerak ke jeti bersama dgn Syakinah, sahabat se-tadika+se-sekolah rendah+se-sekolah menengah heee
kebetulan dia pun nak balik Shah Alam tgh hari tadi jadi aku pun tumpang lerr..
tiba di jeti, feri ku naiki yeay! hmhm alhamdulillah tambangnya masih RM1.20 utk org dewasa [dewasakah aku?? haha]
em mungkin disebabkan hari biasa maka feri tidak ramai orang
kalau takkk...huhu penuh dgn mat indon,bangla ja semua sampai kadang-kadang ak terasa cam ehhh kt oversea ke aku ni..??
smpai di jeti sana, aku mencari-cari rapid penang yg akan melalui KOMTAR huu
kenapa aku nak pegi KOMTAR?
sebab aku takde kunci rumah, nk masuk umah tak boleh dan mak aku pulak balik keja pkul 5..dlm 5.30 cmtu baru smpai rumah..situlah port lepak aku mcm biasa..
jadi utk memenuhi masa aku pun merayap laa! haha bajet je..padahal memang saja nk jalan2 kt shopping kompleks kt negeri terchenta pun huahua
em sampai di KOMTAR dah dekat pukul 2ptg jadi aku terus ke surau dahulu
huuu surau tetap mcm dulu, xde kemajuan punnn!tapi alhamdulillah mujur bersih dan kemas =)
1st destination: PRANGIN MALL
hehe dh puas keluar masuk kedai-kedai kt situ, naik atas turun bawah lalu aku melangkah ke GAMA- the one n only supermarket yg boleh dijumpai di Penang je- di seberang jalan nun!
hehe sebenarnya ak memang nk pegi GAMA je asalnya huahua
sebab barang2 kt GAMA memang murah, memang berbaloi!
em hampir jam 5
kaki,jomlah kita balik..nk tunggu bas lagi ni..
di tepi GAMA, aku sabar menanti rapid penang bernombor 202
sewaktu di dalam bas..
Subhanallah terharunya dpt hidup dgn aman kt negara yg masyarakat majmuk ni
segala jenis warna kulit ada! mami penang ka, nana tanjung ka semua ada
aku sekadar memerhati dan tersenyum sendiri
em tiba di jalan apa ntah lupa nama hehe
waahhh Penang Times Square dh 90% siap rupanya!! tu dia laa nak kata lamanya tak balik tanah tumpah darah terchenta huhu
pastu tetiba baru perasan ada beberapa bdk sekolah di sisi
akan tetapi ada sesuatu yg buat ak tertarik
hoho budak2 sekolah sekarang dh advance! dah takda masalah nk dye rambut gi sekolah huuu sedey..sebab bdk pompuan sebangsa+seakidah dgn aku =(
tiba-tiba loceng berdeting, ada orang nak turun..move!move!
aiyakkk aku terkagum! sebab kakak tu bertudung comey molek dah tapi tiba-tiba wujud 1 jenis makhluk plak kt atas hidung dia..kak apesal tindik hidung maa??
huuu sungguh aku confuse identiti seketika!
anak bangsaku generasi wawasan
penyambung warisan kegemilangan

huuu lagu tema masa aku kt Kem Gerak Sedar Bersepadu Dadah Kebangsaan masa form 4
uhuk tatau nk ckp apa, jdi speechless seketika..
em alhamdulillah ak berjaya tiba di Jalan Masjid Negeri dgn selamat
utk ke rumah ibunda aku perlu melintasi Masjid Negeri Pulau Pinang
'mak dah smpai belum?'
'belum lagi, baru kt traffic light sini bla bla bla'
haaaiit! em kat mana nk lepak lagi ni..??
lalu ak decide lepak kat kerusi yg ada kt perkarangan masjid negeri..
di hujung kerusi sana ada seorang pakcik berusia lebih drpd separuh abad jangkaanku
'pakcik tunggu sapa?'
aiyakk apesal tetiba aku terlebih ramah plak..huuu
'tunggu cucu. kelas agama. kamu?'
'saya tunggu mak saya'
'balik keja ka?'
'eh taklah pakcik, saya belajaq lagi'
'belajaq mana?'
'UIA pakcik'
'jurusan?'
'saya ambik misi pakcik. nurse' jawab aku penuh yakin
'kenapa tak amik kedoktoran?'
huuu kenapa mesti pakcik tanya soalan yg 1 ini? hailaaa memang soalan fav sungguh kat mana-mana pun..
'sebab minat'
'dulu sekolah mana?'
'sekolah IRSHAD pakcik'
'ooo yg kat Pokok Sena tu..'
aku senyum dan angguk
'bdk Irshad bkn ka boleh pi lagi tinggi2? pakar jantung kt Island Hospital tu kalau bedah seorang boleh dpt RM18,000' pakcik menambah
huuu pakcik..jgn la buat hati saya jadi cirrhosis..
kemudian aku senyum =)
saya nk jadi front liner pakcik, aku jawab dlm hati
cuba lapangkan hati, positifkan mentaliti
takpe pakcik tu tak baca Health Today jar
[huu teringat Health Today edisi May yg baru dibeli tadi, helaian 44;
It's been said that " nurses are the heartbeat of the health care system. Without them they cannot survive"]
kemudian kami terus berbual-bual itu dan ini bla bla bla
dan hoho pakcik ni orangnya agak well-educated juga rupanya
em perkara yg menarik minat bila pakcik kata;
'kalau ada masa bacalah buku2 psikologi tentang manusia, tentang psikologi parenting etc sebab kita org agama jadi bila ilmu itu digabung dgn agama ianya akn menjadi sgt mantap dan kalau dapat peluang belajarlah tahfiz ke'
insyaAllah pakcik, terima kasih
perbualan kami berakhir bila kelibat cucu pakcik kelihatan dan aku pula meminta diri memandangkan jam sudah pukul 5.30, ya pasti ibunda sudah sampai di rumah

hoho seharian yg penuh makna!

Apr 14, 2009

Mari beramai-ramai ke Pesta Buku


Salam'alayk

KLIBF 2009 PWTC 17-26 APRIL

Seperti tahun-tahun yg sebelumnya aku akn tetap mencari ruang utk ke Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC walau cemana sekalipun huuu
jadi kpd sesape yg kelapangan jomlah kita pergi ke Pesta Buku beramai-ramai =)

Apr 10, 2009

Kerja Tuhan Siapa Tahu

Salam'alayk

Allahuakbar...ujian apakah akhir-akhir ini??
kes kecurian hp anje dan kejadian di bilik Kak Ess masih panas lagi
tiba-tiba pula pagi tadi,
'Vee..Mas..'
terdengar suara esakan yg memanggil-manggil nama Vee dan Mastura
waktu itu aku di compartment Kak Rif, bermastautin di situ
eh mcam suara kaYan je tu
lantas aku pun jenguk
ya itu memang kaYan, wajah suram dgn tangisan itu menimbulkan 1001 persoalan
'kaYan kenapa? hang pasaipa ni?'
'aku kena ragut jaq..aku kena ragut!'
Allahuakbar..
Ya Allah tak sampai seminggu pun lagi tapi macam2 kes bermotifkan kecurian berlaku terhadap kenalan-kenalan di sekeliling..
Pagi tadi,kaYan keluar atas urusan tertentu dgn menaiki Honda Wave miliknya
dalam perjalanan pulang ke kampus kami di Bandar Indera Mahkota
waktu itu di Jalan Bukit Ubi
ada sebuah motosikal daripada arah belakang melanggar Wave milik kayan
lalu kayan memperlahankan motosikalnya kerana memikirkan accident telah berlaku dan memandangkan waktu itu juga lampu isyarat di hadapan masih merah
sejurus selepas itu terus beg sandangnya yg kebetulan terletak di posisi kanan badan diragut kasar!
kayan cuba melawan dan mengejar tetapi oleh kerana noradrenaline telah menguasai diri hingga menyebabkan kayan shaking tahap maut maka peragut itu terlepas..

Ya Allah dugaan apakah?
apakah ini kafarah?
Atau apakah ini secebis tarbiyah?
teringat lirik lagu Kehidupan nyanyian Inteam feat Nazrey,
Ujian adalah tarbiyah dari Allah
apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya...


Kepada mahkluk2 perosak alam
semoga kalian disembur pesticide yg paling advance
takpun diberi minum potassium cyanide!
Ya Allah 'adili mereka dgn selayaknya
Berilah petunjuk dan hidayah agar spesies mereka terus luput dari muka bumi!

Duhai sahabat-sahabatku, teman-teman yg dikasihi sekalian
Bertabahlah dan bersabarlah
dengan segala ujian dan dugaan
memang ianya pahit utk ditelan, sakit utk dikenangkan
tapi kita tiada daya utk menidakkan takdir dan percaturan Tuhan!
positifkan minda dan jiwa;
bahawa Allah menjadikan sesuatu itu ada sebabnya
bahawa tarbiyah Allah itu boleh jadi apa sahaja,
boleh datang dalam pelbagai rupa..
Sesungguhnya Allah tidak menguji seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya
Barangsiapa bertakwa maka Allah akan membukakan jalan baginya
Bersangka baiklah dgn DIA Yang Maha Kuasa!

Kerja Tuhan siapa tahu
(Faisal Tehrani, Tunggu Teduh Dulu)

Apr 8, 2009

Nak Detektif Conan lah....huuu


Salam'alayk

Alhamdulilah OSCE berlangsung dgn jayanya walaupun terasa macam ntahpape heee..
Tawakal lah, usaha dah usaha dah..moga yg terbaik insyaAllah =)
Erm aku kena sesi pagi, last session..w.pun kami semua budak2 sesi pagi dah selesai dah part kitorg tapi kami semua tetap kena kuarantin sampai laa bdk sesi petang pulak masuk huhuhu..sengsara kot menanti!
sungguh la penantian itu satu penyeksaan huuudebar menanti OSCE

dalam pada waktu itu
kecoh telefon bimbit anje hilang!
kedua-dua telefon bimbit milik anje dicuri sekitar jam 6pagi..
sebab menurut anje, sekitar jam 4 pagi dia masih mendengar bunyi alarm telefon bimbitnya..
dan sebaik sahaja anje keluar drpd bilik utk pergi mengambil wudhu' sekitar jam 6, anje menyedari Sony Ericson W880i yg berada di atas katil telah tiada.. dan setelah puas mencari dan menggeledah kamarnya + apabila dia cuba menghubungi melalui telefon bimbit milik Yayan,
"the no. u've dialed..."
huu kemudian anje mencari telefonnya yg lagi 1, Nokia 2310 yg selalunya memang ditempatkan disebalik langsir ditepi tingkap kerana telefon yg itu memang diletakkan di situ utk tujuan mencari frekuensi radio..tiada!
Allah Allah ujiannya buat anje!

em penantian kami berakhir..dlm 1.30pm mcm tu kami akhirnya dibebaskan juga drpd tempat kuarantin!
Ya Allah nikmatnyaaa!!
mcm burung terlepas drpd sangkar kot haha
sebab kena kuarantin since pukul 7.30pagi huuu bayangkanlah..lapo weh!
bila dah dibebaskan tu barulah dapat semula h/p masing2..
dan bila buka inbox,
tengok ada mesej drpd Cik Kem,11.30am,
"Jar, dah habis exam? huu bilik aku kena masuk pencuri awal pagi tdi..huu takot!"
ehhhhh???
kebetulan apakah??
em aku tak tunggu lama, terus dial Cik Kem
"weh apa cer??"
lalu cik Kem cite A to Z apa yg telah berlaku..
"dlm pkol 5 pagi camtu, Kak Ess terjaga drpd tido sebab dengaq mcm ada org masuk bilik. terus Kak Ess panggil Bah di compartment sebelah..
disebabkan terkejut pencuri tu terus lari dan Kak Ess just nampak kelibat cmtu je, tak nmpk exact muka sebab Kak Ess tak pakai spek. Bila semua dah bangun check2 tengok pintu bilik terbuka dgn keadaan ada kunci bilik di situ.Takot gile!"
Allahuakbar!!
'Bah tertinggal kunci kt luaq ka apa?ka kunci safi?'aku tanya
'Dak lah. Rupanya tengok2 tingkap bilik Bah terbuka dgn luasnya dan barulah Bah ingat semalam dia terletak kunci bilik atas meja study..Bila call security, depa mai check semua, memang jumpa kt luar tingkap Bah ada kayu kt bwh tu"
maka fahamlah aku yg pencuri itu menggunakan kayu utk mengambil kunci melalui bilik Bah dan dapatlah dia masuk ke bilik mereka dgn mudah..
Hasilnya, Bah hilang purse, Kak Ess hilang purse+broadband huuu..
[lokasi bilik cik Kem: ground floor, roomates cik Kem: Kak Ess,Bah,Safi]

Allah Allah..dugaan apakah terhadap teman-temanku ini??

Em pukul 4ptg kami perlu berkumpul semula untuk mendengar keputusan dan komentar tentang OSCE kami..
dan saat menanti
kami semua tak sudah2 berbincang tentang 2 kes kecurian yg berlaku awal pagi tadi..
Allah..tak habis fikir weh!!
'toyol ke apa'
'pro gile laaa'
'aku kalau jmpa pencuri tu ak nk tampar smpai berdarah hidung'
'aku nk ikat,cucuk tgn kaki dia mcm waktu bedah katak time form 5 dlu'
haha macam2 suara yg kedengaran..
lucu laa pulak!!

hmm hebatnya makhluk2 perosak ni, pencuri kelas pertama..
aduhaii takkan laa sesama sahabat2 sendiri pun nk buat dajal?
What's the motive? Who's the real culprit? btol ke bdk kita?? How they do it, why bla bla bla
Allahuakbar..sungguh kami semua buntu bila fikir bab ni!
tak jumpa jalan keluar..
Persoalan yg tinggal persoalan..
tetiba rase nk panggil Detektif Conan plak huuu
abg samad pun boleh juga heee

Ya Allah berilah petunjuk + hidayah kepada makhluk2 perosak ini
Bantulah kami Ya Allah!

Erm tadi sudah diadakan solat hajat 1 blok, dan
insyaAllah esok kami squad rescue rangers heee =P akan buat operasi gempur ke sekitar Bandar Kuantan utk check kat kedai2 hp samada ada org trade-in hp anje ke tak..Itulah usaha yg terdaya buat masa ni!
Oo Allah please help us!
Yeah jom gempur!!

Apr 7, 2009

Hati Tua Ibarat Kaca

Salam'alayk

Alhamdulillah i just have another 1 clinical exam and 1 written exam to go! Yeah I can do it insyaAllah =)
Hehe sekarang aku dah boleh psycho budak-budak sciences merangkap teman-teman seblok aku dengan bahagianya
sebab
diorang semua baru nak start paper pertama, kedua camtu sedangkan aku dah nak habis dah final exam
huahuahua
setiap kali lepas solat jemaah kt surau yg kebetulannya terletak kat depan bilik aku,
"korang, nak dengar ayat psycho aku tak?"
"mende?"
"aku dah nak habis exam, tinggal 1 paper je lagi =p"
"ahhh diam ko hajar"
"shut up jar"
haha, sarcastic huh?
well, revenge! haha takdelah..
fair and square, peace!
sebab aku mula exam sangat awal daripada bdk2 yg course lain kot hehe
korang tak tahu betapa berjihadnya aku nak study di waktu orang lain semua belum exam lagi huhu takpe takpe tadehal!
learning process =)

Well,well,well this is not the core business for today okay!
It's all about gerontology paper..
Erm answering yesterday's paper, Gerontological Nursing, did realize and remind me on something.
Looking at one of the Multpile Esei Questions(MEQ) which asked about how to maintain physical and mental health of the elderly [something like that, forgot already hehe]
oh gosh!! the phrase came across my mind;

DEALING WITH THE ELDERLY IS LIKE HANDLING A PIECE OF GLASS

Yes that's true.
I admit it.
Bila usia semakin meningkat apatah lagi menjengah ke usia emas ironinya fizikal akan berubah,begitu juga dgn emosi dan segala bagai akan berubah.
Umpama sebuah kereta yang cantik lagi segak dan bergaya di awal waktu membelinya tetapi lama kelamaan mula rosak di sana sini,sahamnya jatuh dimamah usia..
Aging process is an inevitable process!

Have you ever seen a signage saying;
"Do not touch. Once broken consider sold!"
Hati tua ibarat kaca
Tersilap cara, tidak kena gaya kaca akan retak malahan jika daya yang dikenakan ke atasnya adalah lebih kuat maka kaca akan pecah, retak seribu..
kerana
sifat kaca itu adalah rapuh, mudah pecah. Fragile.
Begitulah juga dengan jiwa seorang warga tua.
Lewat usia ini, jiwanya amat sensitif. Mudah terluka.
Adakalanya kita tidak pernah terniat untuk menyakiti, apatah lagi melukai namun niat itu disalahertikan
Bila percakapan atau perbuatan mereka cuba diperbetulkan
"Aku lebih lama makan garam daripada kamu semua"
kita disalahtafsirkan..
Adakala bila kemahuan mereka tidak diturutkan atas sebab kekangan masa yg begitu menekan
"aku sedar siapa aku. Aku sekadar bebanan kepada kamu semua"
Rajuk hati menjadi balasan..
"Aku tak suka itu, aku tak suka ini"
Leteran demi leteran dan bebelan demi bebelan yang kadangkala sampai membingitkan telinga
Arghhh sukarnya mahu memahami jiwa seorang tua!
Begitukah yg kita rasa?
Tetapi itulah hakikat jiwa seorang dilewat usia!

Elderly is twice a baby! [Community Health Nursing subject]

Ya memang benar
Tidak dinafikan sama sekali ungkapan di atas
sebab
aku hidup dalam dunia itu
dunia di mana dikelilingi dengan mereka-mereka yg berusia emas ini
pengalaman tinggal bersama dgn tok sejak kecil menjadikan aku seorang yg memahami,agak peka dan berhati-hati dalam berurusan dgn golongan seperti mereka..
My dearest grandma, Rokiah Mat, my dearest Tok Long, Habsah Mat [my grandma's sister] and my beloved great grandmother, Zainab Hussin.
What a precious experience Allah has granted to me-living with these people since I was young!


Lantas, bagaimana harus mahu berurusan dgn jiwa sekeping kaca ini?
Dealing with a fragile heart?
The keyword is = SATH BA RA
Kitalah yg perlu banyak bersabar
dengan segala karenah, leteran dan sebagainya
Kitalah yg perlu melatih diri agar lebih berhati-hati
kerana kaca sifatnya tidak gagah,mudah pecah
Jiwa lewat usia ini amat perlukan sepenuh perhatian dan kasih sayang daripada kita
Spend more time with them so that they can feel the sense of belonging
Take them out to somewhere they like such as garden etc
To those who stay further away, ring them frequently thus they don't feel lonely
Please,please and please don't put stress on them!
Thanks a lot tok for growing me up until what I am right now

Fahami,sayangi dan selamilah sekeping hati insan di lewat usia
kerana
suatu hari nanti,kita semua akan dimamah usia jua!

Kitakan hamba

Apr 3, 2009

A HandOver


Salam'alayk

Seusai solat Subuh dan menyelak kalam Allah, aku termenung

mengintai suasana pagi melalui jendela kamar Kak Siti

Subhanallah nyaman dan tenang!

Aku suka

Rutin pagi yg jarang ditinggalkan..

Bilik Kak Siti jadi kamar peraduan utk semalaman mlm Jumaat

sengaja mencari kelainan suasana

Hmm..hari ni tampuk kepimpinan negara bakal bertukar tangan

PAK LAH in Memory

Jasamu dikenang

"Macam mana ni Kak Siti?"

kami berdua berpandangan, bertafakur bersama...

Ya Allah andai ini yg terbaik utk kami semua

peliharalah agar bumi Islam Malaysia ini Islam bukan hanya pada nama

ameeen

Apr 2, 2009

TAKING AN EXAM tip

Salam'alayk

just wanna share a health tip from Health Today magazine, April 2009 edn.

EAT RIGHT FOR POWER!

TAKING AN EXAM

For immediate energy just before an exam, drink a glass of juice.
It contains simple sugars that are easily digested and absorbed by the body.
"Eat a regular meal three hours before the exam so you'll have an adequate supply of blood glucose for the brain," advises Liezl Marinay (a member of the Institute of Human Nutrition and Food, Univesity of the Philippines-Los Banos College of Human Ecology).
"[Without food] you will not remember things or might even have a mental block," Nieves Serra (Chief Dietician at The Asian Hospital and Medical Center,Philp).

[Health Today, April 2009, p21]

Apr 1, 2009

Welcome to My Life SOLUSI

Salam'alayk

2nd paper for final exam is over. Alhamdulillah.
after having my lunch with anje and the rest
aku merayap ke bilik Kak Siti sementara menanti waktu Zohor masuk..
tiba-tiba ternmpk ada majalah di atas katil Kak Siti
ehh majalah picisan apakah??? heee
lalu aku ambil, belek dan telek..
Subhanallah bestnya! menarik dan tertarik heee
terus aku jatuh chenta tak perlu pandang dah haha
SOLUSI
unik namanya. sebuah majalah ilmiah yg berorientasikan motivasi dan panduan fardhu ain kepada ummah terbitan Telaga Biru Sdn Bhd[hehe promo..promo]
antara kolumnisnya ialah Ust Zahazan Mohamed, Ust Hasrizal Abd Jamil, Ust Zaharudin, Ust Pahrol Mohd Juoi, Fatimah Syarha etc
aku kira kalau sesape yg malas2 nk buka rujukan lain tentang hal2 fardhu ain yg berkaitan dsb sebagai contoh, cukuplah SOLUSI sebagai teman =)
sebab SOLUSI amat sarat dgn ilmu
argghh sungguh aku teruja!

Mar 27, 2009

Sunday-to-Sunday Final Exam huu

Salam'alayk

dah nak finals dh huaaaa
final exam buat ak jadi separa gil,
kepala otak x betul, mereng tahap Z huhu =(

Sunday, 29/3/09 Medical Surgical Nursing 4, 4 crdit
Tuesday, 31/3/09 Medical Surgical Nursing 5, 4 crdit
Thursday, 2/4/09 Community Health Nursing 1, 4 crdit
Saturday, 4/4/09 Philosophy of Sciences, 3 crdit
Monday, 6/4/09 Gerontological Nursing, 2 crdit
Wednesday, 8/4/09 OSCE [clinical exam]
Sunday, 12/4/09 Communicable Disease Nursing, 1 crdit

Ya Allah terangkan hati hamba

"Wa allaisalilinsani illa ma sa'a"
Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yg telah diusahakannya [53:39]

Berusahalah!!
ganbatte ne yosh

Mar 22, 2009

HOSHAS ; I'm coming

Salam'alayk

Alhamdulillah bumi Temerloh kami jejaki jua akhirnya..
Selamat tiba sekitar 6.00pm syukur alhamdulillah!
haha tetiba kena jadi driver on-call
dpt msg dri Farael pagi tdi
'jaq,mu tlg bwk keta ak g Temerloh ptg nnti bleh?'
eh??bila masa laa si Farael ni bwk keta...hoho rupanya pakcik dia bru hntr ptg smlm..
ok2 berita paham..
'boleh je..' ak bls..
jadi driver kehormat laa plak utk kali ni,pun bole laaaa! tadehal!
Rindunya pada rumah Temerloh hehe
kali ni ak kena dok umah lain plak
tapi masih di Taman Seberang Temerloh
UIA sewa 4 buah rumah
no. 18,double-storey terrace house itulah rumah yg memuatkan kami seramai 14 org dlm tempoh praktikal ni..
Musim OJT memang seronok tpi huuu..
tak seronok kalau part OJT before final exam..huaaa kelam kabut jugak hidup!
sebab
sangatttt3 laa kena pandai cari masa utk study
huu bertabahlah!
Life is not easy uhuk =(

Mar 21, 2009

PCL on Vacation

Salam'alayk

PCL sekarang telah selamat berada di rumah di Pulau Mutiara tanah air terchenta!
memang dah plan lama nk balik hntar dia utk baiki n touch up apa yg patut sket
tup tup dh peristiwa di Balok berlaku tanpa diduga,
lagilah encourage aku nk balik hantar PCL secepat mungkin huu
i'm so sorry PCL
i know u deserve enough rest!
Friday, March 13..petang tu dh terdetik di hati nak balik tak balik
after maghrib
confirm, jom balik kg!
terus roger Kak Rif n Hidayah, my cousin at UMP
'weh jom balik Penang'
'bila?'
'mlm ni dlm kol 9 lebih 0r 10'
'serius? aku no hal'
pastu roger mak
'mak, org nk blk Penang ni mlm ni..dgn Kak Rif n Dayah'
'ok,bwk keta elok2. kalau ngantuk berhenti'
memang tak bleh blah btol
drastik tahap langit kelapan!
dahh kalu yg dok plannya tak jadi2 pun, hmmm yg drastik plastik ni jugaklah yg jadinya..heee
i drove all the way from Kuantan to Penang
alhamdulillah Allah bagi kekuatn
around 3.30am stop kt R&R Tapah,Perak sebab rasa ngantuk
tido jap smpai kol 4.45am cmtu pastu teruskan perjalanan semula
Alhamdulillah finally selamat tiba di Penang dlm kol 8am
terkezutt tok,aku sampai dpn umah pagi tuu
nk buat surprise ke kata tok
hehe sorry tok, ad hoc planning, xsempat bgtau..
yg bestnya dpt mkn nasi lemak gerai dkt simpang depan jalan
nasi lemak sambal sotong yg banyak + lauk asasnya telur rebus,
ikan bilis,timun,kacang = RM1
arrrgh apalagi balas dendam laa aku! hehe
sgt puas hati =)

2 hari aku dok umah je
dpt makan sup ayam mak n gulai ikan tok
perghh sedapnya sehingga menjilat ibu jari kaki!
haha xdelah..
pastu yg sempoinya, ptg ahad masa dh nk gerak g bus station dh
sementara dok tunggu Kak Rif dtg pick me up utk sama2 ke sana,
alih2 siaran tv, sekali...
aaaah tidak!
sekali cite abg samad daaaa
hhaha rezeki..rezeki..
apalagi..layan laa!
nk jadi cite, bila cite abg samad da habis Kak Rif pun sampai.. hehe =)

em masa hntar PCL gi bengkel pagi ahad tu
uhuk sedih la plak nk berpisah dgn PCL.. =(
huahua tak bleh blah..
bye PCL, sayonara
jaga dri bebaik
insyaAllah nanti bulan 4 aku balik menjemput dirimu semula

Mar 20, 2009

Balok in Memory

Salam'alayk

Alhamdulillah selesai sudah 2 minggu being posted in community clinic,
Poliklinik Kesihatan Balok, Kuantan.
Terlalu banyak perkara baru yg dipelajari sewaktu di Balok
alhamdulillah skrg dah berani dan confident utk inject baby
sebab hari2 buat keje tulah..huhu sian baby kena inject
what to do, dah baby memang kena terima immunization huuu
lagi, blaja how to palpate pregnant's mother, check kedudukan fetus smua
yeah sangat best!
sebab part ni next sem baru blaja, sem ni just focus on child's health je..
em other than that kami diberi peluang utk handle case sepenuhnya start dri panggil patient masuk sampai la ke keja check patient semua pastu documentation dan sampai la patient kluar, staff nurse just assist n monitor je
the rest kitorg buat sendiri
w.pun first day cam ntahapehape ntah but alhamdulillah we managed to catch up on the next day
pastu dpt peluang gi home visit
em home visit ni mmg wajib dijalankan sekurang2nya 3kali utk setiap pregnant women
objektif dia nk assess environment diorg smua
heeee it was a memorable experience!
Thanks a lot to PHN [Public Health Nurse] Staff Nurse Noor Aidah and all the staffs
for your guidance etc
We owed u all a lot!

em detik indah 2 minggu di Balok tercemar dgn 1 insiden tak terduga, malang tak berbau huhu cam hampeh je ayat haha
em March 11,2009 was a bad day..
it was just about 400m to reach our destination, Poliklinik Balok when suddenly...bump!!
being hit by a motorbike on the left side..
n lepas tu that motor gi langgar keta yg nk kuar dri simpang tu plak..
huu it was totally not our fault
yes, very sure! ada saksi yg nmpk
em sebab tu lepas berhenti keta kt tepi aku bleh kuar dri keta dgn muka toya takde perasan sebab tau dah, bukan salah ak okeyy..
dari sebatu lagi kot kitorg dh bagi signal nak turn to left, pastu nk dri mana tetiba motor tu muncul dgn laju gil kt sebelah kiri
yg tak bleh blahnya dia nk ke gi terus kot
hailaaa yg bijak sangat ikut kiri apesal, hmm bajet lepas kot nk overtake kitorg..
dah la takde lesen, tak pakai helmet, bwk motor org plak hmm elok sgt la tu..
that rider injured at his right hand side and was sent to our clinic by the passer by
overall alhamdulillah tiada kemalangan jiwa selain drpd itu..
cuma akak yg keretanya mangsa kedua tulah cam trauma teruk jugak, terjerit2 dia masa being hit by motor tu.. involuntary action maybe
Allah Allah ujian di pagi hari..
kesian kwn2 ku dlm keta,Yayan,Kak Ayu,Farael,Mok n Azed
trauma!
Yayan paling trauma sebab dia dok kt seat co-pilot,motor tu langgar byk kt part situ huuu
so kira hari tu smua yg terlibat tak masuk keja la
emergency leave huu
paham2 la bila involve dlm accident, nak2 jadi mangsa pulak huu almost seharian jugak laa nk settle segala benda kuar masuk balai polis, gi repair yg penting2 dulu bla bla bla
at last kitorg end up lepak kt lorong gelap sambil menikmati air kotak dgn jajan sementara tunggu keta siap dipasang side mirror,[baiki yg penting dulu]
haha lorong gelap laa sangatt padahal tepi bangunan bengkel tu je sebab terlindung dgn panas matahari heee
em thank you so much, jazakallahukhairu jazak to Sister Meriati Mohamad our Clinical Instructor + Bro Mus our van driver yg sama2 membantu kuar masuk balai polis n settlekan psl hal accident ni
May Allah bless u all!




hehe mai mai sapa nk kena cucuk


Home Visit

Mar 19, 2009

NANSYM was a success!


Salam'alayk

Alhamdulillah NANSYM was a success after all =)
walaupun Opening Ceremony sedikit tidak membahagiakan
tapi ak redha, terima seadanya..
Find the hikmah!
em ak ske Plenary Talk from Adjunct Prof Nik Safiah, UKM
really inspired me!
Prof Nik kata being a nurse is not an easy job
be an excellent professional nurse with perfect knowledge and skills
practice makes perfect!

apepun ak memang ske sangatttt slot Fiqh Medic by Ust Hasrizal Abd Jamil!
pemilik blog Saifulislam.com
urgh memang sedap, best tahap tak bleh blah!!
dah la 1st time dpt jumpa ust in person
Ya Allah syukurnya!
kata ustaz
Professionalism itu perlu diasah!
Jadilah Par Excellence nurse
Integrity + Competency = PAR EXCELLENCE NURSE

ustaz ada cerita pengalaman sewaktu anak sulungnya Saiful Islam dilahirkan semasa di Belfast, Ireland [ada dicerita dlm buku Aku Terima Nikahnya secara tak langsung]
betapa bagusnya health system kat sana adalah diorg sangat3 meng-aulakan ahli keluarga terutamanya bapa sewaktu dlm labour room, diorg sgt meraikan dan appreciate kita sehingga sewaktu mula2 bahagian kepala Saiful Islam dh keluar w.pun hanya baru nampak rambut, medical staff di sana mengajak ust utk melihat rambut anaknya, they said, let the father be the first to see his son's hair..
dan begitu juga saat umbilical cord [tali pusat] hendak dipotong
mereka menjemput ust sendiri utk memotongnya
they said, let the father cut it by himself. don't worry we'll assist you to do it'
dan selepas tubuh Saiful Islam dibersihkan dgn elok
the nurse came and said
'now is the time for religious ritual. You are given 10mins to do it. i'll stay over there and pls call me if there's anything'
Allah Allah! terkagum seketika mendengar cerita ustaz..
w.pun di situ ialah tempat Kristian Katolik yg sgt kuat tetapi sistem mereka yg sebegitu buat aku terpana seketika..
bezanya dgn health system kita..
ustaz juga ada buat perbandingan pengalaman sewaktu anak keduanya, Naurah Sabihah dilahirkan di Malaysia..
betapa semasa di dlm labour dirinya totally being ignored by the team.. huuu =(

haiii ni yg buat ak rase nk gi merantau keje kt luar dulu nih! haha
em lagi
ustaz ada bg 1 cerita
begini..

suatu hari seorang budak lalu di hadapan sebuah rumah yg sedang dicat
lalu dia pun menyapa pekerja yg sedang mengecat itu
'pakcik tengah buat apa ni?'
dengan wajah masam kelat lagi tak bahagia pekerja tu menjawab,
'ko tak nampak ke aku tengah mengecat ni'

hari yg berikutnya,
budak itu di lalu di hadapan sebuah rumah yg sedang dicat juga
tetapi dia lihat pekerja itu sedang mengecat dgn wajah tersenyum,
lalu dia menyapa
'pakcik tengah buat apa?'
dengan wajah tersenyum beliau menjawab
'pakcik tengah sain cek'

hari yg seterusnya,
budak itu lalu di hadapan sebuah rumah yg juga sedang dicat
tetapi dia lihat pekerja itu sedang mengecat dgn riak wajah yg sangat bahagia,
lalu dia menyapa
'pakcik tengah buat apa?'
sambil meneruskan kerja mengecat beliau membalas,
'pakcik sedang membayangkan apabila rumah ini siap sepenuhnya nanti di penjuru sana duduk seorang ayah sedang membaca akhbar, di laman utama anak-anak sedang berlari, alangkah bahagianya keluarga itu dan pakcik bangga kerana pakcik juga sebahagian drpd kebahagiaan itu'

terlalu ketara utk dibandingkan ketiga pekerja ini
yg 1st, bekerja sebab terpaksa
yg 2nd, bekerja sebab memikirkan habuan yg bakal diterima
tetapi yg 3rd, bekerja untuk memberi sesuatu

so moral of the story = Bila bekeja utk memberi sesuatu, dgn penuh kasih sayang; itu lebih seronok!
itulah ERTI HIDUP PADA MEMBERI kata ustaz..

all in all i got so many lessons in NANSYM
+ such a wonderful experience

Mar 13, 2009

Selamat bertugas

Salam'alayk

Selamat bertugas everyone!
w.pun dh nak masuk minggu kedua clinical posting or OJT ak rse belum terlewat utk ucap selamat kt semua teman seperjuangan..
huu ada 2 groups je tertinggal kt Kuantan ni sebab kena posting kt klinik kesihatan komuniti
group ak laa salah 1 nya..huuu
dont worry we'll join the rest at HOSHAS, Temerloh on the 3rd week insyaAllah =)

Mar 4, 2009

Tagamet oh Tagamet!

Salam'alayk

Tagamet oh Tagamet
where are u?
where should i find u?
i'm looking for u since few days ago..huuu

Tagamet (trade name) a.k.a Cimetidine (generic name) is an agent for gastric acid supression.
Basically this medication is indicated to acute gastritis cases.
huuu frust seketika sebab pegi ke sebuah farmasi tapi pekerja kt situ tidaklah tahu apakah itu Tagamet atau Cimetidine..
patut la pun diorg tak tahu, kebetulan pharmacistnya ngak ada di situ dong =(
pulang dgn perasaan yg keciwa dan hampa
stok simpanan sudaa habis maaa..
boleh aja nk mnta kt klinik uia dgn bahagia tapi kekangan masa yg dihadapi membatasi segalanya..klinik hanya dibuka time office hour sedangkan diriku kuliah di luar..
huuu balik2 lagi masa yg disalahkan
'asifi masa!

Mar 1, 2009

Front Liner

Salam'alayk

FRONT LINER
ya that's the word that gives great impact to my life!
lately ak slalu dgr 2 patah perkataan ni..
sebab
2 patah perkataan nilah yg menjadi antara penyumbang utama ak tukar ke nursing from biomedic
ya ak masih ingat sewaktu 2-3bulan terakhir di matrikulasi
tiba-tiba terdetik di hati
y not nursing??
ehh?? apesal tiba-tiba nih?? huuu
sungguh tak pernah termimpi,terlintas di fikiran langsung utk terjebak ke dunia nursing sepertimana ak hari ini
tapi itulah..
Wamakaru wamakarallah Wallahu khairal makirin
em yup selepas buat thoroughly post-mortem+SWOT+istikharah+istisyarah smua
Alhamdulillah Allah lorongkan ak ke dunia kejururawatan
antara sebabnya
sepertimana ak pernah mengkhabarkan kpd beberapa org sahabat
ak nk jadi front liner!
that's it

dan hingga ke saat ini
ak terlalu bersyukur sebab being a front liner is no longer a dream but
it becomes a reality from time to time
thank you Allah!

Alhamdulillah hari sabtu yg gumbira+bahagia!hehe
tiba-tiba hari jumaat dpt msg yg lebih kurang cmni
'jom tolong PAPISMA buat program medical check up kt Maran, hri sabtu'
yeah ak tak tunggu lama utk balas msg tu
'alright.no prob'
suke suke suke!
suke sgt klu dpt join program PAPISMA [Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina M'sia]
b4 this pernah ikut gi program berkhatan

em perjalanan ke Maran bermula around 1.15pm dgn Grand Livina milik Dr Hanafi
turut serta Dr Fadhli, geron,anje,tiq n aku
Dr Hanafi- physician kt ICU
Dr Fadhli- MO kt surgical department
both of them are from HTAA
Ya Allah sungguh perjalanan yg hmpir 2 jam tu sangat2 bermakna!
Dr Hanafi treated us like his brothers n sisters
seronok sgt bersoal jawab, berdiskusi dgn beliau
Dr Fadhli pun tak kurang hebatnya
dah sembang terlajak entah ke mana
baru teringat nk ta'aruf hehe
both of them memang sempoilah!
em singgah solat zohor seketika di masjid sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi utama
huhu ini bukan Maran dah, haha dekat2 Temerloh dh rupanya..
em setibanya di sana around 3pm cmtu
Dr Hasyimah aka Kak Syima sedang menanti
[kak Syima juga seorang MO kt wad mata]
seterusnya operasi dimulakan
basically kitorg buat general medical checkup
i.e check BP,glucose level bla bla bla
alhamdulillah around 6.30pm we finished our works successfully
w.pun agak penat sebab ramai org, rasa tak menang tangan jugak
tapi sgt puas hati n enjoy!

terngiang-ngiang kata-kata Dr Hanafi
'u all nurses ni front liner tau. sebab tulah penting utk u all tahu segala bnda yg penting dan basic'
insyaAllah Dr Hanafi
i'll be the front liner of the ummah
insyaAllah
biizinillah ammeen!

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni